ppeenneemmuuaann uuttaammaa - …onemapserver.com/mapserver2014/mbmb/rkk/taskpane/laporan/ba… ·...

30
P P P E E E N N N E E E M M M U U U A A A N N N U U U T T T A A A M M M A A A B B B A A A B B B 3 3 3 R ANCANGAN KAWASAN KHAS Pelan Pengurusan K Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Berse j j arah 3 - 1 D R A F Teras rancangan pengurusan warisan Bandaraya Melaka Bersejarah adalah untuk pemeliharaan kawasan warisan supaya nilai-nilai kepentingannya dapat dijaga dan dilindungi. Pada amnya, kawasan warisan di Bandaraya Melaka Bersejarah adalah dalam keadaan baik khususnya bangunan di bawah penyeliaan PERZIM dan Jabatan Warisan Negara yang telah menerima peruntukan wang kerajaan bagi menampung kos pembaikan dan membaikpulih bangunan. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan rumah di zon utama yang usang kerana kebanyakan bangunan-bangunan itu adalah dimiliki oleh individu yang tidak mampu kerana tiada insentif diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk memelihara dan menyelenggara bangunan- bangunan mereka. Pemilik swasta merupakan pemilik utama bangunan di zon utama iaitu sebanyak 97.3 peratus.

Upload: trinhkhanh

Post on 17-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

PPPEEENNNEEEMMMUUUAAANNN UUUTTTAAAMMMAAA

BB B AA A

BB B 3

3 3

R ANCANGAN KAWASAN KHAS PPeellaann PPeenngguurruussaann KKaawwaassaann PPeemmeell iihhaarraaaann BBaannddaarraayyaa MMeellaakkaa BBeerrsseejjaarraahh

3 - 1

D R A F

Teras rancangan pengurusan warisan Bandaraya Melaka Bersejarah adalah untuk pemeliharaan kawasan warisan supaya nilai-nilai kepentingannya dapat dijaga dan dilindungi. Pada amnya, kawasan warisan di Bandaraya Melaka Bersejarah adalah dalam keadaan baik khususnya bangunan di bawah penyeliaan PERZIM dan Jabatan Warisan Negara yang telah menerima peruntukan wang kerajaan bagi menampung kos pembaikan dan membaikpulih bangunan. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan rumah di zon utama yang usang kerana kebanyakan bangunan-bangunan itu adalah dimiliki oleh individu yang tidak mampu kerana tiada insentif diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk memelihara dan menyelenggara bangunan-bangunan mereka. Pemilik swasta merupakan pemilik utama bangunan di zon utama iaitu sebanyak 97.3 peratus.

Page 2: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 2

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Pemeliharaan fabrik kawasan warisan iaitu bangunan, jalan, kubur, kawasan landskap, kawasan sungai serta karektornya termasuk “intangible heritage” adalah tertakluk kepada pemahaman, minat dan galakan yang diberi kepada pemilik. Sempadan kawasan pemeliharaan yang telah diterima sebagai kawasan Warisan Dunia (WHS) serta sempadan zon penampannya hendaklah dimaklumkan serta difahami oleh semua pihak.

Tujuan zon penampan adalah untuk memberi perlindungan kepada kawasan zon utama supaya nilai-nilai sejagatnya dipelihara dan diberi keutamaan. Bangunan baru seperti Dataran Pahlawan dan lain-lain projek dalam perancangan telah mengancam ciri-ciri, “setting” yang bersejarah serta ketulenan (authenticity) dan integriti pelbagai elemen dalam kawasan warisan. Keadaan ini menunjukkan kurangnya kefahaman tentang pemeliharaan kawasan Warisan Dunia. Sebuah bandaraya bersejarah yang diuruskan dengan baik akan mengambilkira perancangan yang mencerminkan corak dan susunan bandar tradisional dan mengambil langkah untuk memperkukuhkan kesinambungan.

Kualiti pemeliharaan bangunan bersejarah di Melaka adalah bergantung kepada pendidikan dan kesedaran orang ramai di samping penggunaan bahan serta kaedah yang betul. Ini bermakna usaha-usaha yang melibatkan kerja-kerja pemeliharaan bangunan hendaklah dipergiatkan melalui kefahaman dan sumber-sumber yang sesuai supaya mutu kerja-kerja pemeliharaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Penglibatan pihak “stakeholders” termasuk penduduk, pemilik bangunan dan lain-lain adalah mustahak dalam meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan warisan. Beberapa program latihan dan kesedaran orang awam telah dilaksanakan oleh MBMB, PERZIM, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara dan Melaka Heritage Trust (MHT). Program-program yang diatur perlu lebih fokus kepada golongan sasaran secara terancang. Keahlian Jawatankuasa Konservasi yang diketuai oleh MBMB perlu diperluaskan dengan menjemput perwakilan dari pelbagai persatuan kebudayaan dan penduduk tempatan. Projek-projek yang melibatkan kawasan pemeliharaan perlu dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Maklumat mengenai sejarah kawasan dan bangunan-bangunan warisan boleh membantu kefahaman dan pemeliharaan kawasan warisan. Teknik-teknik arkeologi dan kajian sejarah “streetscape” boleh digunakan untuk memahami ketulenan dan integriti elemen-elemen dalam kawasan warisan.

Page 3: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 3

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.1 Isu-Isu Pemeliharaan

3.1.1 Meningkatkan Kefahaman Kepentingan Tapak Warisan, Sempadannya dan Zon Penampan

i. Kefahaman kepentingan kawasan warisan, sempadannya dan zon penampan

adalah asas pemeliharaan. Orang ramai perlulah diberi maklumat mengenai sejarah dan lain-lain kepentingan kawasan warisan secara mudah dan melalui laman web.

ii. Rasional sempadan kawasan Warisan Dunia dan zon penampan hendaklah diumumkan dan diterangkan dengan jelas.

3.1.2 Integrasi Pembangunan Moden Dalam Kawasan Warisan

i. Integrasi reka bentuk moden atau kontemporari dalam kawasan bersejarah adalah suatu cabaran yang besar. Terdapat beberapa pembangunan mega di tepi kawasan pemeliharaan seperti Dataran Pahlawan, pembangunan hotel dan marina. Pembangunan yang berskala besar akan mengubah wajah dan penampilan kawasan warisan.

ii. Tiada garis panduan bagi pembangunan ”in-fill” dalam kawasan zon utama dan zon penampan.

iii. Mutu dan kualiti senibina kontemporari yang ada sekarang tidak setanding dengan mutu senibina bangunan bersejarah.

iv. Adalah sukar untuk menilai kualiti senibina kontemporari, jadi kecenderongan hendaklah diberikan kepada pemeliharaan fabrik bersejarah dalam kawasan Warisan Dunia.

v. Kajian impak atau kesan sesuatu cadangan pembangunan baru kepada kawasan Warisan Dunia adalah bergantung kepada kefahaman nilai-nilai sejagat dan karektor kawasan Warisan Dunia. Kawalan pembangunan di kawasan pemeliharaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor visual seperti reka bentuk, saiz, bahan-bahan yang digunakan, integrasi dengan ruang awam, impak isipadu lalulintas dan penukaran kegunaan bangunan, tapak atau kawasan.

3.1.3 Meningkatkan Kaedah dan Kemahiran Pemeliharaan Bangunan

i. Kebanyakan kerja-kerja pembaikan dibuat secara reaktif, iaitu setelah masalah berlaku dan bukan proaktif iaitu penyelenggaraan mencegah (preventive maintenance).

ii. Kerja-kerja pembaikan yang dijalankan hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang diiktirafkan oleh UNESCO (Burra Charter, Nara Charter dan sebagainya) serta kefahaman yang mendalam tentang nilai-nilai kawasan Warisan Dunia dan menggunakan bahan-bahan, reka bentuk dan kemahiran yang sesuai.

Page 4: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 4

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

iii. Adalah sukar untuk memastikan kerja-kerja pemeliharaan bermutu tinggi. iv. Hanya mengadakan undang-undang atau garis panduan adalah tidak

mencukupi, mereka yang terlibat dalam kerja-kerja binaan dan pemeliharaan bangunan mesti mempunyai kemahiran yang sesuai bagi pemeliharaan dan penyelenggaraan bangunan warisan.

v. Tiada program latihan yang menyeluruh dan pengiktirafan bagi pekerja-pekerja dalam industri pemeliharaan bangunan warisan di Melaka atau di tempat-tempat lain di Malaysia.

vi. MBMB atau PERZIM tiada program untuk memberi penghargaan kepada pakar pemeliharaan bangunan yang boleh menjadi contoh kepada pemilik bangunan warisan.

3.1.4 Penglibatan ”Stakeholders”

i. Minat, sokongan dan rundingan dengan ’stakeholders’ atau masyarakat tempatan adalah amat penting bagi kejayaan sesuatu program pemeliharaan dan pengurusan ’World Heritage Sites’ (WHS).

ii. Program Local Agenda 21 masih belum dilaksanakan oleh MBMB dengan aktif. iii. Tiada saluran komunikasi dua hala yang mudahsampai bagi penduduk dan

pemilik untuk menyuarakan sesuatu masalah atau isu. iv. Program penyertaan “stakeholders” mestilah diadakan secara berterusan

dengan memberi peluang kepada semua untuk memberi maklumbalas. v. Tiada pusat sumber atau pusat khidmat nasihat ditempatkan di kawasan

pemeliharaan. 3.1.5 Melindungi Bangunan-bangunan Lama Daripada Kosong dan

Dalam Keadaan Buruk

i. Sebilangan bangunan di kawasan zon utama telah rosak dan tidak digunakan. Bangunan yang rosak atau tidak digunakan akan merosot lebih cepat daripada bangunan yang digunakan dan ianya tidak memberi sumbangan kepada ekonomi tempatan.

ii. Semua bangunan yang tidak digunakan atau rosak hendaklah dikenalpasti dan segala usaha diambil untuk membaiki dan memberi nafas baru kepada bangunan tersebut.

iii. MBMB hendaklah memantau dan mengemaskinikan maklumat mengenai keadaan bangunan-bangunan warisan dalam inventorinya.

Page 5: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 5

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.1.6 Teknik Pencahayaan Bangunan Yang Tidak Sesuai i. Pencahayaan bangunan-bangunan warisan dan ruang awam dengan

menggunakan lampu-lampu yang sesuai akan mengindahkan kawasan pemeliharaan dan menyerlahkan kawasan warisan.

ii. Teknik pencahayaan hendaklah dikaji supaya ianya sesuai dengan reka bentuk bangunan dan tidak merosakkan fabriknya.

iii. Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri dalam konteks bersejarah.

iv. Teknik pencahayaan sekarang adalah kurang sesuai kerana ia seragam dan tidak menonjol reka bentuk bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang pelbagai.

3.1.7 Warisan ”Intangible” Yang Kurang Diberi Perhatian

i. Penduduk dalam kawasan pemeliharaan terdiri dari komuniti pelbagai kaum. Jadi, kebudayaan, kesenian, kraftangan dan aktiviti tradisional semua kaum yang masih diamalkan sehingga kini adalah warisan ”intangible”.

ii. Aktiviti tradisional seperti tukang emas, tukang besi dan pembuat barang-barang hiasan manik, sulam dan sebagainya semakin berkurangan oleh kerana kehidupan moden.

iii. Tiada program yang komprehensif bagi memastikan aktiviti ekonomi tradisional dapat dikekalkan di era moden ini.

iv. Lebih banyak penyelidikan dan dokumentasi hendaklah dijalankan berkaitan warisan ”intangible” di Melaka.

3.1.8 Aktiviti-aktiviti Yang Tidak Sesuai

i. Terdapat kegunaan bangunan warisan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan perusahaan yang tidak sesuai dan perlu dihentikan seperti perusahaan sarang burung.

ii. MBMB hendaklah menggariskan senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam kawasan pemeliharaan.

iii. MBMB hendaklah mengambil tindakan ke atas kegunaan bangunan yang tidak dibenarkan dalam kawasan pemeliharaan.

3.1.9 Pengurusan Risiko

i. Kawasan pemeliharaan menghadapi risiko besar iaitu ancaman kebakaran dan serangan anai-anai. Kekurangan pili bomba dalam kawasan pemeliharaan amat membimbangkan. Di tempat yang mengalami isipadu lalulintas yang tinggi, pencemaran udara serta gangguan bunyi dan getaran kenderaan yang lalu juga memberi kesan yang buruk kepada struktur dan fabrik bangunan warisan.

Page 6: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 6

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

ii. Pada masa kini, tiada penilaian yang menyeluruh tentang risiko-risiko yang dihadapi oleh kawasan pemeliharaan.

iii. Suatu penilaian risiko-risiko sedia ada dan berpotensi akan membantu mewujudkan strategi-strategi dan tindakan untuk menguruskan risiko dan menyediakan strategi-strategi lain untuk mengelakkan bencana yang berpotensi.

iv. Pengurusan risiko adalah tanggungjawab pelbagai pertubuhan dan individu. v. Risiko tapak warisan juga boleh berpunca dari pertukaran dasar dan perubahan

tren tempatan dan antarabangsa.

3.1.10 Interpretasi Tapak Warisan

i. Komponen utama dalam pengurusan warisan ialah untuk memudahkan orang

ramai memahami apa yang mereka lihat apabila tapak warisan dikunjungi dan memberi akses maklumat mengenai nilai-nilai dan kepentingan tapak kepada orang yang tidak dapat mengunjungi tapak tersebut.

ii. Maklumat yang terdapat di tapak warisan masih kurang dari segi kaitannya dengan kefahaman kawasan Warisan Dunia.

iii. Terdapat terjemahan maklumat daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris di papan maklumat yang tidak tepat.

iv. Program interpretasi bagi semua tempat pelancongan termasuk muzium swasta dan lain-lain tempat interpretasi hendaklah diberi penekanan lebih.

3.2 Objektif Pemeliharaan Warisan

i. Meningkatkan kefahaman mengenai nilai-nilai sejagat kawasan Warisan Dunia, sempadannya dan kepentingan zon penampan.

ii. Meningkatkan kesedaran mengenai keperluan untuk penjagaan kawasan Warisan Dunia, memberi panduan dan nasihat dan memastikan bahawa pemilik dan pengguna akan berikhtiar untuk menyelenggara dan membaiki harta mereka ke piawaian yang bersesuaian selaras dengan statusnya sebagai sebahagian kawasan Warisan Dunia.

iii. Memastikan bahawa semua maklumat mengenai kawasan warisan dikumpul, disimpan dan dianalisakan untuk membantu dalam pelaksanaan Pelan Pengurusan.

iv. Sesuatu kerja pemeliharaan bangunan di kawasan warisan sama ada untuk penambahan, penyelenggaraan, pembaikan atau pemulihan hendaklah dijalankan dengan piawaian yang tertinggi, menggunakan bahan, reka bentuk dan kemahiran yang sesuai dengan karektor tapak dan memenuhi keperluan untuk menjaga nilai-nilai sejagatnya.

v. Memastikan peruntukan yang mencukupi bagi pemeliharaan kawasan warisan. vi. Mengenalpasti dan melaksanakan langkah-langkah yang positif bagi penjanaan

semula kawasan pemeliharaan, membaiki keadaan fizikal, persembahan dan

Page 7: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 7

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

interpretasi elemen-elemen kawasan warisan serta mempertahankan karektor, nilai-nilai sejagat dan ketulenan keseluruhan tapak.

vii. Menjamin pembaikan, penyelenggaraan dan penggunaan yang mampan bangunan-bangunan yang tidak digunakan atau yang rosak di dalam kawasan Warisan Dunia.

viii. Memastikan bahawa elemen-elemen landskap dan semulajadi yang berkaitan dengan tapak-tapak warisan adalah diakui dan difahami sebagai sebahagian kawasan pemeliharaan yang integral dan diuruskan dengan sewajarnya.

ix. Menggalakkan penggunaan program penyelenggaraan yang terancang dan di mana yang sesuai, menyediakan pelan konservasi dan/atau pengurusan untuk mengelakkan kehilangan fabrik bersejarah dan ketulenan akibat kerja-kerja pembaikan yang ’adhoc’.

x. Memastikan bahawa ruang awam (public realm) difahami sebagai elemen bersejarah kawasan warisan dan sebarang perubahan kepadanya hendaklah mengambilkira kepentingan sejarah dan kebudayaan ruang awam itu.

xi. Mewujudkan piawaian-piawaian yang diiktiraf untuk kemahiran, reka bentuk, bahan dan penyelenggaraan bagi kerja-kerja yang dijalankan untuk ruang awam supaya kualiti kerja adalah bermutu tinggi dan sesuai dengan statusnya sebagai bandaraya bersejarah.

xii. Menjalankan penilaian risiko-risiko yang berpotensi kepada kawasan warisan, arkib-arkib yang berkenaan dan penyediaan rancangan pengurusan risiko untuk memastikan ianya adalah menyeluruh dan berkesan.

xiii. Memastikan bahawa status kawasan warisan akan memperkayakan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan ekonomi masyarakat tempatan dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran tentang nilai-nilai warian sejarah yang ingin dipelihara dan dipertahankan.

xiv. MBMB dan lain-lain agensi yang terlibat dalam pengurusan kawasan warisan sepatutnya tidak membenarkan sebarang pemajuan yang mengancam kawasan warisan dan ”setting”nya dan pihak pemaju mestilah memastikan bahawa projek-projek yang dicadangkan adalah bermutu tinggi dengan mengambilkira nilai-nilai kawasan warisan dan keupayaannya untuk menampung perubahan.

xv. Senibina kontemporari yang bermutu tinggi hendaklah digalakkan di mana sesuai supaya nilai kawasan warisan dipertingkatkan dan semua pemajuan baru disepadukan dengan karektor lokasi sedia ada dan meningkatkan penggunaan ruang awam.

xvi. Menggalakkan penglibatan masyarakat dengan lebih aktif.

Page 8: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 8

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.3 Isu Estetika

3.3.1 Elemen Landskap Lembut dan Kejur Isu 1 : Kekurangan elemen landskap lembut dan kejur i. Hanya kawasan di Bukit St. Paul, taman dan medan bandar, Jalan Merdeka,

Jalan Syed Abdul Aziz dan pesisiran Sg. Melaka di kawasan kajian yang mempunyai ruang yang sesuai untuk perancangan pembangunan landskap yang menyeluruh.

ii. Kebanyakan penanaman pokok dalam pasu di kawasan kajian dijalankan secara individu dan tidak secara komprehensif dan bersepadu.

iii. Keadaan persekitaran Medan Hang Jebat yang pada masa ini adalah tempat letak kenderaan perlu diberi perhatian segera.

iv. Longkang terbuka perlu ditutup bagi mempertingkat kualiti visual dan secara langsung mengurangkan kesan bau yang kurang selesa kepada pengunjung .

v. Penekanan pembangunan landskap kejur dan perabot jalan yang seragam, bersepadu dan menyeluruh (seperti laluan pejalan kaki, lampu jalan, tong sampah) hendaklah ditumpukan di kawasan ruang yang terhad. Pendekatan penanaman pokok dalam pasu dan jenis “ornamental trees/shrubs” digalakkan jika bersesuaian.

vi. Tiada pembangunan landskap yang menyeluruh di kampung warisan iaitu Kg. Morten, Kg. Portugis dan Kg. Chitty serta Kg. Ketek (Kg. Pali).

Longkang terbuka di Medan

Hang Jebat

Kg. Morten Kg. Portugis Kg. Chitty

Page 9: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 9

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

vii. Tiada pembangunan landskap lembut dan kejur di Bukit Senjuang. Pembangunan landskap lembut dan kejur di kawasan warisan ini yang bukan sahaja mampu mempertingkatkan kualiti persekitaran kawasan tetapi dapat dimanfaatkan penduduk setempat sebagai kawasan rekreasi pasif.

Isu 2 : Kemudahan landskap perlu diselenggara dengan baik dan berterusan i. Masih terdapat ruang pembaikan landskap di Taman Merdeka walaupun

kawasan taman itu telah berjaya meningkatkan kualiti visual dan persekitaran. ii. Kurang penyelenggaraan di taman bersebelahan Mahkota Parade perlu diberi

perhatian segera kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan pengunjung Bandaraya Melaka Bersejarah. Penyelenggaraan secara berkala perlu dijalankan di kawasan ini agar tidak wujud kawasan terbiar.

iii. Pencahayaan kawasan lapang dan taman perlu diberi perhatian bagi

mewujudkan persekitaran yang selamat.

Masalah penyelenggaraan telah menurunkan kualiti persekitaran taman ini

Landskap lembut dan kejur di Taman Merdeka

Bukit Senjuang

Page 10: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 10

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Isu 3 : Tiada pembangunan landskap kejur yang bersesuaian di hadapan bangunan bersejarah iaitu Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Tokong Cheng Hoon Teng, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Makam Hang Jebat, Makam Hang Tuah dan Perigi Hang Li Po i. Usaha perlu dibuat bagi mewujudkan suasana ‘sense of welcoming’ di hadapan

bangunan bersejarah. ii. Pencahayaan yang bersesuaian di hadapan bangunan bersejarah hendaklah

disediakan. Isu 4 : Pengindahan kawasan pesisiran Sungai Melaka perlu dijalankan secara menyeluruh i. Pengindahan pesisiran Sungai Melaka lebih tertumpu di sebelah timur Sungai

Melaka. Usaha ini perlu diperluaskan di kedua-dua tebing sungai.

ii. Kesemua bangunan di pesisiran Sungai Melaka perlu membuat pembaikan fasad bangunan agar mempunyai dua ‘frontage’.

iii. Garis panduan pembaikan fasad mengadap sungai diwujudkan bagi memastikan aktiviti pembaikan tidak merosakkan senibina bangunan.

iv. Terdapat cadangan pembangunan di kawasan pesisiran Sungai Melaka yang melibatkan pembinaan kincir air (dalam pembinaan), tapak replika kapal (kapal Melaka, kapal Laksamana Cheng Ho dan kapal Mendam Berahi), pembangunan muara Sungai Melaka dan pembangunan semula Kampung Jawa.

Hadapan Masjid Kg. Kling Hadapan Tokong Cheng Hoon Teng

Hadapan Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi

Pesisiran Sungai Melaka

Page 11: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 11

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.3.2 Sistem Papan Tanda Yang Bercelaru

Isu 1 : Sistem papan tanda yang pelbagai menyebabkan ianya menjadi kurang efektif dalam penyaluran maklumat.

i. Pengguna jalanraya menghadapi kesukaran memproses maklumat papan tanda

terutama bagi pengunjung yang pertama kali datang ke kawasan RKK. ii. Sistem papan tanda perlu mengambilkira laluan sehala dalam tunjuk arah. iii. Reka bentuk, warna dan saiz papan tanda memainkan peranan penting dalam

tunjuk arah. Isu 2 : Papan tanda menunjukkan arah dan lokasi bangunan bersejarah terutama kepada pejalan kaki adalah berkurangan i. Peta lokasi bangunan bersejarah perlu disediakan di lokasi yang strategik. ii. Penyediaan papan tanda arah di setiap jalan menuju ke bangunan bersejarah

perlu disediakan. iii. Saiz, warna dan ‘font’ papan tanda yang digunakan memainkan peranan

penting dalam penyaluran maklumat bagi pengunjung yang bergerak. Isu 3 : Kurang kepekaan dalam penyaluran informasi yang tepat ke papan maklumat i. Kurang terjemahan papan maklumat terutama papan tanda berbahasa Cina

kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan sebaliknya. ii. Salah ejaan di papan maklumat terutama dalam bahasa Inggeris seperti yang

berlaku di Kg. Morten dan Bukit Senjuang. iii. Maklumat bertulis mengenai Munsyi Abdullah adalah tidak tepat.

Contoh papan maklumat yang memberi maklumat yang kurang tepat.

Page 12: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 12

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.3.3 Penyediaan Perabot Jalan/ Ameniti

Isu 1 : Penyediaan kemudahan tong sampah di kawasan tumpuan adalah berkurangan i. Perletakan tong sampah perlu di

lokasi yang strategik dan tidak menghalang laluan pejalan kaki.

ii. Reka bentuk dan bahan tong sampah perlu keseragaman, menarik, mesra alam dan mudah diselenggarakan.

Isu 2 : Penyediaan kemudahan tempat duduk di kawasan tumpuan adalah berkurangan i. Perletakan kemudahan bangku/ tempat duduk perlu di lokasi yang strategik dan

tidak menghalang laluan pejalan kaki. ii. Reka bentuk dan bahan bangku/ tempat duduk perlu keseragaman, menarik,

mesra alam dan mudah diselenggarakan. Isu 3 : Penyediaan lampu jalan yang tidak seragam i. Keseragaman lampu jalan adalah perlu dan ianya boleh dikategorikan mengikut

kawasan (kawasan bersejarah, bangunan bersejarah, laluan pejalan kaki, medan bandar, pesisiran sungai dan taman).

ii. Reka bentuk lampu jalan perlu unik yang menggambarkan ciri-ciri tempatan. Usaha mencari reka bentuk lampu jalan yang bersesuaian perlu dijalankan seperti mengadakan pertandingan dan melantik konsultan bagi rekaan rupabentuk lampu jalan.

Perletakan tong sampah di Medan Menara

Jam yang kurang sesuai dan tidak seragam

Lampu jalan yang pelbagai reka bentuk

Page 13: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 13

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

iii. Penggunaan lampu solar digalakkan bagi memastikan pembangunan adalah mampan dan secara langsung mengurangkan bebanan perbelanjaan MBMB dalam penggunaan tenaga elektrik.

3.3.4 Laluan Pejalan Kaki

Isu 1 : Kurang kesinambungan laluan pejalan kaki i. Penutupan longkang terbuka di

kawasan bangunan warisan (komersil) mampu mempertingkatkan kesinambungan pejalan kaki.

ii. Kesinambungan laluan pejalan kaki perlu merangkumi keseluruhan kawasan warisan, bangunan bersejarah, sistem pengangkutan awam (perhentian bas/ teksi), pesisiran sungai, tempat letak kenderaan, kawasan petempatan dan kawasan komersil.

iii. Pembangunan laluan pejalan kaki yang menyeluruh secara langsung dapat mengurangkan bilangan kenderaan dalam kawasan pemeliharaan, menggalakkan riadah pasif (berjalan kaki) dan mempertingkatkan keselamatan pengguna.

iv. Pembinaan laluan pejalan kaki mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

3.4 Objektif Estetika

i. Membangunkan landskap lembut dan kejur mampan yang menekankan aspek

fungsi terlebih dahulu diikuti dengan mudah diselenggara, mesra alam, kos efektif dan akhir sekali menarik dalam semua peringkat (reka bentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan).

ii. Membangunkan landskap lembut dan kejur secara bersepadu dan menyeluruh di kawasan yang bersesuaian.

iii. Memastikan pembangunan landskap bukan sahaja untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran tetapi juga menyediakan kemudahan (rehat dan rekreasi) kepada penduduk tempatan.

iv. Memastikan pengurusan dan penyelenggaraan landskap ke tahap maksimum melalui kerja-kerja yang teratur, sistematik dan berkala.

v. Memastikan program pengindahan pesisiran Sungai Melaka dijalankan secara menyeluruh, bersepadu dan mampan.

Tiada kesinambungan

laluan pejalan kaki

Laluan pejalan kaki yang tidak

dibangunkan secara bersepadu dan mesra

pengguna

Page 14: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 14

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

vi. Menguatkuasa Arahan Pemeliharaan Pokok (Akta 172) di kawasan sekitar Bukit St. Paul.

vii. Membangunkan pengkalan data GIS mengenai kelas dan jenis tanah kawasan landskap dan maklumat pokok terutama pokok-pokok yang dipelihara di bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Bahagian VA, Akta 172). Pembangunan pengkalan data ini perlu diselaraskan dengan Sistem Inventori Pokok (SIP) yang akan dibangunkan oleh MBMB.

viii. Membangunkan perabot jalan yang unik dan bercirikan tempatan terutama dalam reka bentuk bangku dan lampu jalan.

ix. Membangunkan sistem pengurusan papan tanda yang efektif, berinformasi dan tepat.

x. Memastikan penyediaan perabot jalan/ ameniti secara seragam, menarik, mesra pengguna, mesra alam serta mudah diselenggara dan perabot jalan/ ameniti ditempatkan di kawasan yang bersesuaian dan strategik.

xi. Memastikan pembangunan laluan pejalan kaki dijalankan secara komprehensif, bersepadu, selesa dan selamat.

Page 15: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 15

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.5 Isu Ekonomi

3.5.1 Aktiviti Ekonomi Tradisional Yang Semakin Terjejas

Zon Utama i. Aktiviti ekonomi di zon utama tertumpu di

Jalan Kg. Pantai, Jalan Laksamana, Jalan Hang Jebat, Lorong Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Besi dan Jalan Tokong.

ii. Aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan ini adalah barangan am, barang antik, kraftangan, menjual dan membaiki barangan keperluan, hotel/ rumah tumpangan dan restoran/ cafe. Ini secara tidak langsung memberi perkhidmatan dan keselesaan kepada penduduk tempatan dan pelancong.

iii. Jualan produk berasaskan tradisional sudah semakin terjejas kerana dipengaruhi oleh aktiviti jualan barangan moden. Hanya terdapat sebilangan kecil kedai yang menjual barangan antik, kraftangan dan produk desa.

Aktiviti perdagangan (perkhidmatan) di Jalan Hang Jebat

Kedai barangan antik di Jalan Hang Jebat

Jalan Kg. Pantai

Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan

Jalan Besi

Jalan Tun Tan Cheng Lock

Lorong Hang Jebat

Jalan Laksamana

Jalan Hang Jebat

Page 16: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 16

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

iv. Jalan Hang Jebat yang juga dikenali sebagai “Jonker Street” merupakan kawasan tarikan pelancong tetapi kawalan terhadap jenis dagangan tidak dijalankan sehingga tidak menyokong kepada pengukuhan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.

v. Berdasarkan kepada Bengkel “Visioning”, akibat daripada terlalu banyak aktiviti perdagangan yang dijalankan di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Hang Jebat, kawasan ini dikenalpasti sedang mengalami isu sosial sehingga mengganggu penduduk setempat. Kawasan ini memerlukan kawalan daripada aktiviti bangunan yang dibenarkan agar tidak menjejaskan potensi yang ada.

vi. Kebanyakan bangunan di kawasan ini masih mengekalkan reka bentuk bangunan tradisional yang mewujudkan imej yang tersendiri.

Zon Penampan i. Aktiviti ekonomi di zon penampan tertumpu

di Jalan Bendahara, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Bunga Raya, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Temenggung dan Jalan Merdeka.

ii. Struktur bangunan juga lebih baru dan ciri reka bentuk dalaman kedai juga moden.

iii. Aktiviti dagangan yang dijalankan adalah lebih moden berbanding zon utama. Antara aktiviti utama di kawasan ini adalah perkhidmatan (perhotelan dan restoran), pejabat, institusi perbankan dan aktiviti jualan barangan am/ runcit.

iv. Aktiviti dagangan berasaskan tradisional/ produk desa tidak dijalankan secara besar-besaran di zon ini.

Restoran makanan berasaskan budaya di Jalan Tun Tan Cheng Lock

Aktiviti ekonomi (perkhidmatan) di Jalan Bendahara

Aktiviti perhotelan (Hotel Regal) di Jalan Munsyi Abdullah

Page 17: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 17

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

v. Bagi kawasan perkampungan budaya iaitu Kg. Portugis dan Kg. Morten, aktiviti ekonomi yang dijalankan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan merupakan tarikan kepada pengunjung. Pengekalan kepada aktiviti tradisional ini perlu diteruskan sebagai aset kepada keunikan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.

Pengekalan ciri-ciri kampung budaya di Kg. Morten menyokong kepada aktiviti

tradisional

Keunikan budaya di Kg. Portugis menjadi tarikan kepada pengunjung

Jalan Bendahara

Jalan Bunga Raya

Jalan Munsyi Abdullah

Jalan Temenggung

Jalan Merdeka

Jalan Tun Sri Lanang

Page 18: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 18

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.5.2 Tekanan Pembangunan Baru

Zon penampan sedang mengalami perubahan aktiviti pembangunan ke arah yang lebih moden terutama di sekitar Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Aktiviti pembangunan ekonomi seperti ini perlu dikawal agar tidak menjejaskan imej sejarah di kawasan kajian. 3.5.3 Kegagalan Mempromosi Aktiviti-Aktiviti Ekonomi Sedia Ada

i. Berdasarkan kepada kajian lapangan (Rajah 3.1), didapati sebanyak 72 peratus

pengunjung datang ke kawasan kajian adalah kerana faktor tarikan seni binaan bangunan.

Rajah 3.1 : Jumlah Kedatangan Pelancong Berdasarkan Aktiviti/ Tempat Menarik di Kawasan Kajian

Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007

ii. Muzium-muzium, “Jonker Walk” dan Galeri Seni merupakan tempat yang gemar dikunjungi oleh pelancong.

iii. Aktiviti dan tempat menarik di kawasan kajian tidak dipakejkan dengan baik sehingga terdapat produk yang tidak dikenali ramai.

Aktiviti pembangunan moden di Jalan Mahkota menjejaskan imej sejarah

kawasan kajian.

53

72

65

60

75

28

77

82

50

75

35

25

50

18

23

25

40

47

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90

Makanan

Nilai Budaya

Persekitaran

Muzium

Keunikan Senibina

"Night Life"

Pusat Beli Belah

"Jonker Walk"

Galeri Seni

Akt

iviti

/ Te

mpa

t

Peratus ( %)

ya tidak

Page 19: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 19

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

iv. Publisiti yang kurang menyeluruh mengenai produk-produk ini juga mengakibatkan hanya sesetengah produk sahaja mempunyai bilangan kunjungan yang tinggi.

v. Pengekalan terhadap reka bentuk bangunan dan aktiviti ekonomi serta kebudayaan tradisional akan mampu menggalakkan lagi kedatangan pelancong secara berterusan.

3.6 Objektif Ekonomi

3.6.1 Pengekalan Aktiviti Ekonomi Berasaskan Tradisional Sebagai Tarikan Utama Pelancongan

i. “Cultural shopping street’” di Jalan Hang

Jebat (Jonker Street) mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat, pengunjung dan pelancong. Kawasan lain yang berpotensi untuk menggunakan konsep pembangunan seperti ini adalah Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi.

ii. Aktiviti penjualan secara berjajar ini memudahkan untuk dipasarkan dan diketahui oleh pengunjung.

iii. Zon utama akan digalakkan untuk menjalankan aktiviti jualan berasaskan tradisional agar identiti ini dikekalkan sebagai daya tarikan utama di kawasan kajian.

iv. Kepelbagaian aktiviti ekonomi dikekalkan di zon penampan namun, fasad bangunan dan reka bentuk dalaman bangunan perlulah mengekalkan ciri-ciri tradisional bagi menimbulkan suasana sejarah di seluruh kawasan kajian.

Kepelbagaian aktiviti ekonomi di zon penampan pemeliharaan yang menjana peningkatan pendapatan kawasan kajian.

Keadaan kawasan perdagangan di Jalan Hang Jebat (Jonker Street)

Page 20: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 20

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

v. Aktiviti ekonomi yang berteraskan budaya perlu diterapkan di perkampungan unik iaitu Kg. Chitty, Kg. Portugis dan Kg. Morten dan dikekalkan sebagai satu pakej pelancongan. Penjanaan pelbagai aktiviti ekonomi seperti “homestay”, industri kecil sederhana (produk tempatan) dan perkhidmatan (restoran) akan digalakkan lagi.

3.6.2 Mengawal Serakan Tren Pembangunan Baru Agar Tidak Menjejaskan Nilai Sejarah Sedia Ada

i. Kewujudan kompleks membeli-belah

yang moden di zon penampan seperti Mahkota Parade, Carrefour dan Pahlawan Mall mampu meningkatkan jumlah pengunjung. Namun, tren pembangunan ekonomi seperti ini perlu dikawal agar “nature’” dan elemen sejarah yang wujud di kawasan kajian tidak terjejas dan dapat dikekalkan.

ii. Bagi zon utama, tiada sebarang pembangunan baru berbentuk moden dibenarkan bagi mengekalkan keadaan sedia ada.

3.6.3 Mempelbagaikan Produk Dan Aktiviti Ekonomi Tempatan

Produk berteraskan industri desa dan penghasilan produk tempatan seperti kraftangan, sulaman manik, tukang besi dan sebagainya mempunyai potensi yang baik untuk dikomersilkan di kawasan kajian. Selain daripada itu, pelbagai produk makanan kaum yang terdapat di Negeri Melaka Bersejarah mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.

Kampung Morten masih mengekalkan ciri-ciri budaya yang mampu menjana sumber

ekonomi penduduk dan kawasan kajian.

Pembuatan makanan tradisional merupakan produk yang boleh dikomersilkan di kawasan

kajian.

Pemandangan Carrefour di Dataran Pahlawan.

Page 21: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 21

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Ini disokong dengan ciri pembangunan di kawasan kajian yang berteraskan sejarah dan budaya. Penghasilan produk ini akan ditekankan di zon utama, Kg. Chitty, Kg. Portugis dan Kg. Morten. 3.6.4 Menaiktaraf Pakej Pelancongan Agar Lebih Komprehensif

Pakej pelancongan berteraskan sejarah, budaya dan membeli-belah perlu dipergiatkan dengan efisyen agar potensi dan aset sedia ada dapat dimanfaat sebaiknya. Kepelbagaian produk yang terdapat di kawasan kajian perlu dipakej dan dipromosikan dengan harga yang berpatutan agar dapat meningkatkan tahap ekonomi kawasan kajian.

3.7 Isu Kemudahsampaian dan Sirkulasi

3.7.1 Kesesakan Lalulintas

Faktor kesesakan lalulintas yang berlaku hampir sepanjang masa di kawasan kajian adalah disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor, antaranya ketidaksesuaian gunatanah, ketiadaan kawalan kemasukan kenderaan serta perletakan tempat letak kereta.

Kawasan warisan yang berusia ratusan tahun dan telah dikekalkan dalam keadaan hampir asal mempunyai ukuran dimensi jalan yang sempit yang mungkin sesuai satu ketika dahulu. Di kawasan begini, usaha untuk melebarkan jalan adalah mustahil memandangkan bangunan-bangunan kediaman dan perniagaan yang terletak terlalu hampir dengan jalan. Walaupun tindakan mewujudkan laluan sehala di kawasan ini merupakan langkah yang baik, tetapi ia tidak cukup setakat itu sahaja. Ianya memerlukan gabungan beberapa tindakan seperti kawalan kemasukan kenderaan berat, waktu terhad untuk aktiviti memunggah dan sebagainya bagi mengekalkan kawasan warisan dan pada masa yang sama memudahkan laluan dan meningkatkan aksesibiliti.

Antara produk sejarah di kawasan kajian yang mempunyai tarikan kuat kepada kedatangan pelancong.

Page 22: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 22

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Perletakan sekolah-sekolah di dalam zon penampan dikenalpasti antara punca-punca utama kesesakan lalulintas yang dialami hampir setiap masa. Terdapat 3 buah sekolah yang terletak di Jalan Parameswara iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir dan Sekolah Kebangsaan Sacred Heart manakala Sekolah Tinggi Melaka terletak di Jalan Chan Koon Cheng. Kesesakan teruk berlaku di waktu tengahari bila kenderaan ibu bapa para pelajar berasak-asak dengan bas-bas sekolah untuk mengambil dan menurunkan pelajar dalam masa yang sama. Walaupun demikian, perpindahan sekolah-sekolah ini dari tapak sedia ada sukar dilakukan melainkan jika terdapat kawasan-kawasan di sekitarnya yang sesuai untuk kegunaan ini. Ketiadaan kawalan kemasukan kenderaan adalah satu lagi punca berlakunya kesesakan. Kenderaan seperti lori-lori bersaiz besar tidak sepatutnya dibenarkan memasuki zon utama dan sebahagian zon penampan kerana daya tampung jalan yang terhad di kawasan ini. Jalan-jalan seperti Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Hang Jebat, Jalan Laksamana dan Jalan Merdeka adalah sempit dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan warisan. Selain dari menggunakan ruang yang banyak, gegaran yang berpunca dari kenderaan-kenderaan besar ini mampu merosakkan struktur bangunan yang sudah rapuh (fragile) itu.

Empat buah sekolah terletak berdekatan di antara satu sama lain yang menjadi salah satu faktor penyebab kesesakan lalulintas.

Page 23: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 23

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Isu kesesakan jalanraya di zon utama dan zon penampan juga disebabkan kewujudan medan-medan letak kereta yang besar di sini. Ia menjadi tarikan kepada kenderaan untuk memasuki dan berada di dalam kawasan warisan, sedangkan destinasi mereka adalah pusat membeli-belah dan pasaraya-pasaraya mega. Di samping itu, ada juga di kalangan pemandu yang melalui zon utama untuk ke medan letak kereta yang terletak di zon penampan. 3.7.2 Kekurangan Laluan Pejalan Kaki

Kekurangan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan telah menimbulkan dua masalah iaitu kesukaran pejalan kaki untuk bergerak dan juga gangguan kepada lalulintas bermotor. Kebanyakan laluan pejalan kaki yang telah wujud sejak dahulu di kawasan kajian telah dihadang oleh pemilik-pemilik premis berkenaan, menjadikannya “segmented”. Di kawasan-kawasan yang lebih baru pula, penyediaan laluan pejalan kaki telah dilakukan secara “piecemeal” di mana bahan yang digunakan dan ketinggian laluan adalah berbeza. Ketiadaan pelan induk laluan pejalan kaki telah menyebabkan kewujudan laluan yang terputus-putus dan tidak seragam.

Kesukaran pejalan kaki untuk bergerak dari hujung ke hujung sesuatu jalan amat ketara di kawasan kajian. Boleh dikatakan hampir setiap premis telah menutup laluan ini. Masalah ini berpunca dari penukaran kegunaan bangunan terbabit dari perniagaan dahulunya kepada kediaman pada masa kini. Ini menyebabkan para pejalan kaki terpaksa menggunakan ruang jalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pemandu-pemandu kenderaan pula menghadapi masalah ketidakcekapan aliran kerana terpaksa memperlahankan, membrek atau mengelak pejalan kaki yang memasuki laluan mereka. Ini mendatangkan risiko kepada kedua-dua pihak dan menjejaskan kelancaran keseluruhan lalulintas di kawasan berkenaan. Pengasingan lalulintas pejalan kaki daripada lalulintas bermotor adalah satu kemestian dan bukan pilihan, khususnya dalam usaha ke arah pengangkutan mampan.

Tiada laluan pejalan kaki di Jln.Tun Tan Cheng Lock

Laluan pejalan kaki yang dihadang oleh pemilik premis

Page 24: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 24

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan persetujuan semua pemilik premis bagi membuka semula laluan pejalan kaki bukanlah satu perkara mudah dan praktikal pada masa kini. Pertimbangan perlu diberikan terhadap faktor “privacy” khasnya bagi premis-premis yang telah bertukar dari perniagaan kepada kediaman.

3.7.3 Kekurangan Perkhidmatan Bas Awam

Perkhidmatan bas awam yang melalui kawasan kajian memerlukan satu lonjakan untuk dapat berfungsi dengan lebih baik. Pada masa kini, terdapat kekurangan yang amat ketara dari segi kualiti perkhidmatan yang disediakan. Kekerapan bas-bas awam dari ketiga-tiga syarikat yang melalui kawasan ini tidak konsisten. Walaupun Syarikat SKA dan Townbus ada menyediakan jadual perjalanan (yang hanya sebahagiannya sahaja dapat dituruti), tetapi jika dilihat jumlah penumpang yang menaiki bas-bas berkenaan di Melaka Sentral ternyata pada waktu-waktu tertentu penumpang terpaksa berasak-asak akibat ketidakcukupan bas. Penambahan bilangan bas khususnya pada waktu puncak akan dapat mengatasi masalah ini. Syarikat Panorama Melaka pula perlu memperkemaskan kualiti perkhidmatan terutamanya dari segi menepati jadual dan laluan perjalanan. Kajian mendapati urusan laluan antara bas setingkat dengan dua tingkatnya yang menggunakan laluan yang sedikit berbeza agak tidak teratur. Di Melaka Sentral, bas-bas Panorama Melaka tidak disediakan petak dan hanya menunggu di luar petak-petak yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat lain. Disebabkan ini, penumpang didapati kurang memberi keutamaan kepada bas-bas Panorama Melaka untuk ke destinasi mereka. Berbanding dengan dua syarikat lain, Panorama Melaka tidak mempunyai jumlah penumpang yang menggalakkan.

Bas Panorama Melaka 2-tingkat yang kurang mendapat sambutan kerana kadar tambang yang agak mahal.

Page 25: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 25

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Dari segi laluan juga didapati bas-bas ini kerap menyeleweng dari laluan yang ditetapkan. Sebagai bas yang memberi khidmat kepada pelawat dan pelancong, perbuatan ini boleh menjejaskan nama Melaka. Sebagai contoh, perhentian bas Panorama Melaka di kawasan Hang Tuah Mall dilangkau (skipped) dan bas-bas lebih banyak berada di bahagian kanan jalan. Di samping itu, laluan ke Bukit Baru/ Bukit Piatu sepatutnya diserahkan kepada syarikat lain dan Panorama Melaka hanya memfokus kepada kawasan warisan sahaja.

Satu lagi kekurangan yang diperhatikan ialah ketiadaan bas-bas yang mesra-OKU di Melaka, khasnya bagi laluan-laluan di kawasan kajian. Bas-bas konvensyenal yang mempunyai lantai yang tinggi menyukarkan penumpang-penumpang yang terdiri dari golongan tua, kanak-kanak dan OKU. Selain dari itu, penggunaan bas-bas lama yang tidak berhawa dingin boleh dikategorikan sebagai ketinggalan zaman. Hanya bas-bas Panorama Melaka sahaja yang didapati berhawa dingin.

3.7.4 Kedudukan Tempat Letak Kereta Tidak Strategik

Kedudukan tempat letak kereta yang tidak strategik sebenarnya berkait rapat dengan ketidaksuaian kegunaan bangunan setempat. Di kawasan sekitar Padang Pahlawan, misalnya kawasan letak kereta yang besar terletak di sekeliling Melaka Parade, sebuah pusat membeli-belah yang bersaiz besar . Tempat letak kereta yang khusus untuk kegunaan pengunjung dan pelawat ke bangunan-bangunan bersejarah sangat sedikit. Walaupun memberikan kemudahan meletak kenderaan, kebanyakan tempat letak kereta sebegini sebenarnya tidak strategik dari segi lokasinya. Ini adalah kerana ianya menjana lalulintas yang sebahagiannya tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan kawasan sejarah. Ia sebenarnya menarik dan menghasilkan lalulintas yang akan menyumbangkan kepada kesesakan di kawasan “bottlenecks” di sekitar.

Bas lama yang tidak berhawa dingin Bas lama yang tidak mesra OKU

Page 26: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 26

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

Penukaran kegunaan bangunan warisan kepada hotel juga ada impak negatifnya. Kawasan tempat letak kereta bagi hotel-hotel begini sudah pasti tidak berada di tempat terdekat kerana hotel memerlukan bilangan tempat letak kereta yang tinggi. Ini akan memaksa pengurusan hotel berkenaan mencari dan mendapatkan ruang letak kereta yang terletak agak jauh dari hotel berkenaan.

3.7.5 Pengurusan Bas Pelancong dan Kenderaan Komersil

Oleh kerana kawasan warisan dan kawasan perniagaan konvensional terletak berselang-seli dan tiada pembahagian yang nyata antara keduanya, kemasukan kenderaan ke kawasan ini tidak dapat dikawal. Ini menjadikan pengurusan lalulintas sukar dijalankan di sini dan sekaligus menambah kepada keadaan kesesakan yang berlaku. Aktiviti komersil yang terletak di kawasan warisan pada masa sekarang merupakan penyumbang terbesar kepada kesesakan lalulintas di mana lori-lori besar dan treler perlu memasuki kawasan ini untuk menghantar barangan. Ketiadaan had masa untuk tujuan ini juga menyebabkan lori-lori ini terpaksa bersaing untuk ruang jalan yang sama dengan kenderaan-kenderaan ringan yang lain. Satu sistem penghantaran yang menggunakan lori-lori kecil untuk sampai ke premis-premis ini adalah lebih sesuai jika aktiviti komersil begini terus dibenarkan. Sekurang-kurangnya, ia mengurangkan tahap kesesakan yang berlaku. Yang terbaik adalah penggunaan lori-lori kecil yang dihadkan waktu ia dibenarkan berada di kawasan ini.

3.8 Objektif Kemudahsampaian dan Sirkulasi

3.8.1 Zon Bebas-Kenderaan

Satu faktor yang tidak dapat dinafikan ialah wujudnya kesesakan lalulintas di dalam kawasan warisan. Ia membawa kepada pembentukan objektif untuk mewujudkan zon bebas-kenderaan persendirian di kawasan ini. Dengan mengadakan kawalan kemasukan di kawasan tertentu yang berfungsi pada waktu siang, objektif ini akan dapat dicapai. Bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk tujuan ini, semua kenderaan milik persendirian adalah dilarang dari memasuki sempadan tertentu, kecuali kenderaan milik penghuni atau pemilik premis di situ. Kelonggaran ini juga hanya dibenarkan pada waktu malam bermula dari jam 8.00 malam sehingga ke jam 8.00 pagi keesokan harinya. Kenderaan komersil yang membuat penghantaran juga hanya dibenarkan pada waktu “off-peak” iaitu dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi keesokan harinya. Ini adalah memandangkan kebanyakan aktiviti kawasan warisan akan bermula di sebelah

Page 27: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 27

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

tengahari. Selain dari itu, kenderaan pelancong termasuk van, beca, basikal dan juga kereta lembu bebas untuk memasuki kawasan ini pada bila-bila masa. Bas-bas pelancong pula dikehendaki menurunkan penumpang di Taman Rempah kerana di sini disediakan tempat meletak kenderaan yang agak luas. Daripada Taman Rempah, pelancong-pelancong digalakkan menaiki teksi air atau bas Panorama untuk ke kawasan warisan UNESCO. Bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam, Kerajaan Negeri Melaka Bersejarah sedang mengenalpasti laluan yang sesuai dan optimum untuk perkhidmatan monorail dan LRT. Sekiranya langkah ini dapat dilaksanakan, objektif untuk mewujudkan zon bebas-kenderaan akan dapat dicapai.

3.8.2 Rangkaian Pejalan Kaki

Objektif kedua adalah untuk mewujudkan satu rangkaian pejalan kaki yang menyeluruh dan bersambungan untuk kawasan warisan. Untuk itu, beberapa perubahan dan peralihan minda perlu dilakukan. Bagi kawasan warisan, laluan pejalan kaki baru perlu dibina di atas permukaan jalan. Ini adalah kerana kebanyakan bangunan warisan tidak lagi mampu untuk membuka semula kaki lima masing-masing atas faktor-faktor yang dinyatakan sebelum ini. Untuk menjamin keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalanraya yang lain, laluan pejalan kaki ini perlu dibina dengan kelebaran 2.0 meter dan sekurang-kurangnya 15cm lebih tinggi dari permukaan jalan. Walaupun ini tidak cukup untuk menghalang jenayah seperti perbuatan ragut, ketinggian yang berbeza ini sangat berkesan untuk menghalang kenderaan daripada menceroboh masuk ke laluan pejalan kaki ini. Laluan pejalan kaki juga perlu mempunyai tempat-tempat di mana dibina “ramp” untuk memudahkan pergerakan OKU. “Ramp” atau “dropped kerb” ini biasanya terletak di persimpangan-persimpangan dan pada jarak-jarak tertentu.

3.9 Isu Pengurusan

3.9.1 Merekod, Dokumentasi dan Pengurusan “Database”

i. Maklumat-maklumat penting mengenai kawasan pemeliharaan seperti Laporan Dossier yang telah dihantar ke UNESCO bagi pencalonan Melaka ke badan dunia dan laporan-laporan lain yang berkaitan sukar untuk diakses. Ini menyukarkan pihak-pihak yang menjalankan kajian tentang Bandaraya Melaka Bersejarah mendapat maklumat untuk rujukan dan semakan.

ii. Pada masa kini, tiada pengurusan “database” yang menyeluruh dan sistematik bagi merekod dan menyimpan data-data sedia ada mengenai kawasan pemeliharaan warisan bersejarah dan kepentingannya.

Page 28: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 28

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

iii. Pengetahuan luas dan pandangan bernas golongan veteran mengenai kawasan warisan tidak direkodkan dan ianya tiada ganti jika mereka tiada.

iv. Usaha untuk menyimpan rekod dan dokumentasi sedang dijalankan oleh beberapa agensi tetapi tiada program yang menyeluruh atau yang dikoordinasikan.

v. Data-data merekod hendaklah dimasukkan dalam GIS supaya dapat digunakan dalam pengurusan kawasan pemeliharaan.

3.9.2 Penguatkuasaan Yang Lemah di Kawasan Warisan

i. Salah satu bangunan warisan yang terdapat di Jalan Hang Lekiu telah dijadikan tempat penyembelihan khinzir.

ii. Terdapat pengusaha-pengusaha sarang burung yang menggunakan lot-lot kedai yang tidak berpenghuni/ kosong untuk penternakan burung walid. Selain mengeluarkan bunyi bising, tahi burung boleh merosakkan dan mengotorkan struktur bangunan.

iii. Makam Hang Kasturi yang terletak di “Jonker Street” perlu diberi penghormatan yang lebih tinggi kerana daripada pengamatan, didapati setiap hujung minggu, pintu masuk ke makam dihalang oleh gerai menjual barangan VCD.

3.9.3 Peranan Agensi-Agensi Kerajaan dan NGO

i. Kumpulan NGO seperti Melaka Heritage Trust, Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Cheng Hoon Teng Temple Incorporated dan lain-lain tidak diajak berunding untuk mendapatkan “feedback” berkenaan dengan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan zon utama dan zon penampan pemeliharaan.

ii. Kawasan yang dicalonkan ke senarai Warisan Dunia memerlukan ko-ordinasi daripada pelbagai agensi kerajaan bagi memantapkan pengurusan dan pelaksanaan programnya.

3.9.4 Sumber-Sumber Manusia

i. Kekurangan sumber manusia atau tenaga kerja di sesetengah agensi kerajaan menjejaskan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.

ii. Kekurangan tenaga kerja juga melemahkan penguatkuasaan dan pemantauan secara menyeluruh terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan fabrik bangunan warisan di kawasan zon utama dan zon penampan.

iii. Maklumat-maklumat yang diperlukan daripada sesetengah jabatan sukar diperolehi kerana hanya ada seorang atau dua orang sahaja yang bertanggungjawab ke atas maklumat/ “data base” berkenaan.

Page 29: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 29

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.9.5 Sumber-Sumber Kewangan

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak mempunyai “resources” untuk membiayai segala kos yang berkaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan kawasan warisan termasuk melantik profesional tambahan dalam bidang seni bina, ukur bahan, pengurus warisan dan lain-lain yang berkaitan.

ii. Dana sedia ada amat terhad untuk membiayai kos-kos pemeliharaan bangunan warisan.

3.10 Objektif Pengurusan

3.10.1Pengurusan “Database” Yang Lebih Sistematik

i. Mewujudkan pusat sumber di Jabatan Konservasi, MBMB supaya semua maklumat berkenaan kawasan kajian (tapak Warisan Sejarah Dunia) dikumpul dan disimpan dengan baik dan sesiapa yang berminat dapat mengakses dengan mudah.

ii. Tenaga kerja perlu ditambah supaya urusan merekod dan menyimpan data-data sedia ada dalam komputer dapat dilakukan.

iii. Maklumat dan pandangan golongan veteran perlu direkodkan. iv. Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang moden untuk

membentuk pengkalan data yang interaktif dan GIS untuk pelaksanaan Pelan Pengurusan.

3.10.2 Penguatkuasaan Yang Ketat di Kawasan Warisan

i. Pemantauan dan penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan kerana aktiviti penyembelihan khinzir dan bangunan-bangunan kosong yang digunakan untuk menarik perhatian burung walid (sarang burung) tidak sepatutnya berada dalam kawasan warisan.

ii. Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi lain yang terlibat dalam pengurusan kawasan zon utama perlu menghalang aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan aset-aset warisan yang tidak ternilai.

3.10.3Kerjasama Di Antara Agensi-Agensi Kerajaan dan NGO

Agensi-agensi Kerajaan dan NGO perlu bekerjasama untuk memastikan aset-aset warisan terpelihara.

Page 30: PPEENNEEMMUUAANN UUTTAAMMAA - …onemapserver.com/mapserver2014/MBMB/RKK/taskpane/laporan/BA… · Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri ... Program

3 - 30

Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S

B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h

3.10.4 Sumber-Sumber Manusia

Tenaga kerja baru perlu ditambah untuk menampung kekurangan kakitangan di jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dengan pemeliharaan kawasan warisan dan aset-aset sejarah.

3.10.5 Sumber-sumber Kewangan

Pihak MBMB melalui Jabatan Warisan Negara perlu mendapat peruntukan kewangan daripada KeKKWa untuk membolehkan program-program pemeliharaan aset-aset nyata (tangible) dan program kebudayaan (aset tidak nyata) dapat diadakan secara berterusan.