majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · iii. menyelaraskan cadangan-cadangan daripada...

19
MANUAL MPK BIL : 86 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARIS PANDUAN RANCANGAN TEMPATAN KLANG (PENGUBAHAN 1) MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Upload: votuyen

Post on 17-May-2019

326 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

MANUAL MPK BIL : 86 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARIS PANDUAN RANCANGAN

TEMPATAN KLANG (PENGUBAHAN 1)

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 11

8.0 RANCANGAN TEMPATAN 13

9.0 CARTA ALIR 17

10.0 PENUTUP 18

11.0 LAMPIRAN 19

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Penyediaan Rancangan Tempatan Klang adalah sebagai panduan

kepada warga MPK dan warga Klang dalam menentukan corak

pembangunan semasa dan akan datang di dalam kawasan

pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Rancangan Tempatan ini perlu

disediakan bagi mengenalpasti dan mewujudkan koridor

pembangunan yang bersepadu dan mampan yang terdiri dari bandar

pelabuhan utama negara, koridor perindustrian, pusat petempatan,

serta mewujudkan pusat perdagangan yang berdaya saing serta

mewujudkan imej Bandar DiRaja yang jelas.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dan mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan

rakyat umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan Bin Mukri Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran

Klang (Pengubahan1) 2020 ini telah dapat diterbitkan.

Ucapan syabas juga kepada semua yang terlibat

dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan

Manual Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang

(Pengubahan1) 2020 bagi Edisi Pertama ini. Buku "Manual Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan1) 2020" merupakan

laporan kajian yang diterbitkan bagi menjadi rujukan dan panduan

kepada orang awam bagi merancang dan memandu pembangunan di

kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran

Klang. Laporan Rancangan Tempatan ini disediakan adalah tertakluk

kepada peraturan dan undang-undang yang digunakan sebagai

rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garis Panduan Rancangan Tempatan Majlis

Perbandaran Klang edisi pertama. Adalah diharapkan agar apa yang

dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku ini.

Wassalam. En. Zailani Bin Panot Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan

yang terlibat (Majlis Perbandaran Klang) dalam penyediaan

kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang

(Pengubahan1) 2020 (RTMPK(P1) 2020).

1.3 Manual ini menerangkan secara ringkas berhubung kawasan

Rancangan Tempatan, keperluan, bidang, program, pendekatan

dan aspek pengurusan kajian. Proses penyediaan RTK(P) 2020

hendaklah mengikut keperluan Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976 (Akta 172).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kawasan kajian meliputi seluruh kawasan Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan di dalam Daerah Klang seluas 57,380

hektar dan terletak bersempadan dengan Daerah Kuala

Selangor di bahagian utara, Daerah Kuala Langat di bahagian

Selatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam di bahagian Timur.

Kawasan kajian terdiri daripada dua (2) Mukim iaitu Mukim

Klang dan Mukim Kapar.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

6

3.0 DEFINISI

3.1 Mengikut Seksyen 12(3) Akta 172, RT mengandungi suatu peta

dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah:

a. Membuat rumusan yang mengandungi apa-apa perincian

yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang

Tempatan (PBPT) mengenai cadangan bagi :-

i. Memajukan dan menggunakan tanah;

ii. Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi

fizikal;

iii. Memelihara topografi semulajadi;

iv. Memelihara dan menanam pokok;

v. Memperelok landskap;

vi. Mengadakan tanah lapang;

vii. Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa

bangunan;

viii. Memperbaiki sistem komunikasi; dan

ix. Mengendalikan pengurusan lalu lintas

b. Mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan atau yang

ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Struktur Organisasi Kajian Rancangan Tempatan

Juruteknik Perancang Bandar (J22)

PN NAFISAH BT ISMAIL

Juruteknik Perancang Bandar (J14)

EN ALI BIN MOHD NOOR

Timb. Perancang Bandar (J48)

EN. ZAILANI BIN PANOT

Pegawai Perancang Bandar (J41)

PUAN NORHAYATI BINTI MOHD LADZIM

Pen. Peg. Perancang Bandar (J29)

PN. IVANA MAS AYU BT MOHD ALI

Pembantu Tadbir (N17)

PN. AZIRA FAZLIANA BINTI MOHD SHAH

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

8

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan

manual adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Membuat semakan ke atas kawasan kajian yang telah

dikenalpasti dan bersetuju untuk dilaksanakan kajian tersebut.

Menyelaras ke atas semua Mesyuarat yang rancang berkaitan

dengan Pengubahan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran

Klang. Pengarah Perancang Bandar juga bertanggungjawab

untuk membentangkan kertas kerja yang disediakan di peringkat

Majlis untuk kelulusan. Pengarah Perancang juga

bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan laporan

yang dihasilkan oleh perunding mengikut keperluan yang

ditetapkan dan akan mengesahkan laporan tersebut.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Mencadangkan kepada Pengarah Perancang Bandar

berkenaan cadangan pengubahan Rancangan Tempatan Majlis

Perbandaran Klang berserta cadangan kawasan kajian. Setelah

cadangan dan kawasan kajian dipersetujui di peringkat jabatan,

Pegawai Perancang Bandar akan menyediakan kertas kerja

untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Pengurusan Majlis dan

Mesyuarat bulanan Majlis untuk kelulusan dan pengesahan.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

9

Selepas dari itu, Pegawai Perancang Bandar akan

mengemukakan kertas kerja kepada Jawatankuasa Perancang

Negeri untuk kelulusan permohonan pengubahan.

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

menyediakan Laporan Asas Rujukan untuk dibentangkan di

dalam Mesyuarat Bulanan Majlis dan Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri untuk kelulusan. Setelah dipersetujui,

Pegawai Perancang akan membuat tawaran sebutharga kepada

mana-mana perunding yang berminat terlibat di dalam

penyediaan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang.

Perlantikkan perlantikan perunding selaras dengan peraturan

dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

menyemak laporan awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang. Pegawai

Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk mengadakan

program publisiti dan penyertaan awam untuk draf Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang dan mengadakan

mesyuarat Penyiasatan dan pendengaran awam. Pegawai

Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk memohon

kelulusan Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang

daripada Mesyuarat Bulanan Majlis dan Pihak Berkuasa Negeri

melalui Jawatankuasa Perancang Negeri. Setelah mendapatkan

kelulusan Draf Rancangan Tempatan daripada Pihak Berkuasa

Negeri, Pegawai Perancang Perlu memohon pewartaan

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang kepada

Penasihat Undang-Undang Negeri.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

10

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Penolong Pegawai Perancang Bandar membantu Pegawai

Perancang Bandar untuk merangka dan mengenalpasti

kawasan kajian bagi tujuan Pengubahan Rancangan Tempatan

Majlis Perbandaran Klang. Penolong Pegawai Perancang

Bandar membantu Pegawai Perancang Bandar menyediakan

maklumat bagi penyediaan kertas-kertas kerja mesyuarat,

laporan asas rujukan serta membantu mengadakan program

publisiti dan penyertaan awam untuk Draf Rancangan Tempatan

Majlis Perbandaran Klang. Selain itu juga, ia berperanan untuk

menyediakan draf surat-surat jawapan kepada pembantah yang

terlibat di dalam mesyuarat penyiasatan dan Pendengaran

Awam.

Penolong Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab

untuk membantu Pegawai Perancang untuk menyemak laporan

awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Membantu Pegawai Perancang Bandar/ Penolong Pegawai

Perancang Bandar untuk menyediakan pelan-pelan berkaitan

dengan Pengubahan Rancangan Tempatan dan sekiranya

perlu, Juruteknik perlu membuat siasatan tapak. Di samping itu

juga, Juruteknik Perancang Bandar terlibat untuk membantu

Pegawai Perancang untuk menyemak pelan-pelan zon

gunatanah, laporan awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang yang telah

disediakan oleh pihak Perunding. Juruteknik juga terlibat di

dalam melaksanakan program publisiti Draf Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang dari segi membantu

Pegawai Perancang Bandar menyusun jadual pameran awam.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

11

6.5 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja dan surat-surat berkaitan Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang serta membantu

melaksanakan kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa.

7.0 PROSES KERJA

i. Semakan semula ke atas dasar dan strategi pembangunan yang

digariskan di dalam rancangan tempatan terdahulu yang telah

diwartakan.

ii. Menjalankan kajian semula dengan menumpukan kepada bidang-

bidang berikut :

Bidang 1: Perancangan Fizikal dan Guna tanah

a. Pelan guna tanah semasa dan cadangan;

b. Pelan susunatur terperinci termasuk perletakan

kemudahan awam mengikut blok perancangan; dan

c. Klasifikasi guna tanah, piawaian dan panduan

perancangan.

Bidang 2: Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

a) Pelan cadangan jalan dan aksessibiliti;

b) Pelan sirkulasi terperinci;

c) Pelan integrasi pengangkutan awam, termasuk

perhentian bas/teksi dan sebagainya; dan

d) Pelan penyusunan tempat letak kereta.

Bidang 3: Pengurusan Infrastruktur dan Utiliti

a) Pelan pengurusan sistem pengairan dan saliran; dan

b) Pelan pencegahan banjir kilat.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

12

Bidang 4: Pengurusan Bandar dan Pelaksanaan

a) Pelan Fasa Pelaksanaan dan Anggaran Kos.

iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan

Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan

RKK Bandar Pelabuhan Klang di dalam Rancangan Tempatan

Klang agar pembangunan yang dicadangkan dapat melengkapi

dan menghalusi lagi perancangan keseluruhan kawasan Majlis

Perbandaran Klang.

iv. Memasukkan zoning pembangunan pesisir pantai dan merancang

semula pembangunan di sepanjang pesisir pantai kepada kawasan

berpotensi tinggi selaras dengan Program Pemuliharaan dan

Pembangunan Sungai Klang.

v. Bidang kajian yang disenaraikan adalah keperluan minimum yang

perlu dikaji oleh pihak perunding. Pihak perunding perlu

mengambilkira aspek lain yang berkaitan yang mungkin perlu

diliputi setelah perundingan diadakan di antara pihak

berkepentingan atau orang awam untuk tujuan penambahbaikan.

vi. Mengadakan publisiti awal merujuk kepada seksyen 12A, Akta 172.

Program publisiti awal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan

maklumbalas daripada orang ramai berkenaan cadangan-

cadangan dan perkara-perkara yang perlu dimasukkan di dalam

Rancangan Tempatan.

vii. Bagi Laporan Draf Rancangan Tempatan yang telah dihasilkan oleh

pihak Perunding perlu melalui proses publisiti Draf Rancangan

Tempatan. Sesi pemeriksaan awam perlu diadakan tidak kurang

daripada 4 minggu dan boleh dilanjutkan selama tidak lebih dari 4

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

13

minggu (Seksyen 13 (2), Akta 172. Notis perlu disiarkan dalam 3

keluaran dari sekurang-kurangnya 2 akhbar tempatan, salah

satunya dalam bahasa kebangsaan.

viii. Selepas dari sesi publisiti Draf Rancangan Tempatan, perlu

diadakan mesyuarat Penyiasatan dan pendengaran awam bagi

mendapatkan maklumbalas berkenaan borang bantahan dan

pandangan awam.

ix. Kelulusan Draf Rancangan Tempatan dibuat kepada Pihak

Berkuasa Negeri setelah memberi pertimbangan kepada Syor

Jawatankuasa Pendengaran dan Siasatan Awam.

x. Permohonan pewartaan perlu dibuat selepas Pihak Berkuasa

Negeri meluluskan Draf Rancangan Tempatan tersebut.

8.0 RANCANGAN TEMPATAN

Secara ringkas, skop kajian hendaklah meliputi setiap aspek yang

perlu dikaji dengan terperinci bagi mencapai matlamat dan objektif

yang dirumuskan serta dihubungkan dengan aspek-aspek dan dasar-

dasar yang telah ditentukan dalam Rancangan Struktur Negeri.

Rancangan Tempatan yang disediakan hendaklah mengikut

keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh:-

i. Dasar-dasar dan cadangan-cadangan Rancangan Struktur

Negeri;

ii. Wawasan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

terhadap pembangunan kawasan kajian;

iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) – Bah. III

Sek. 12;

iv. Kaedah-kaedah Rancangan Pemajuan 1984; dan

v. Manual Rancangan Tempatan Edisi 2009. Beberapa perkara

yang perlu diberi penekanan ialah:

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

14

a. Kajian Rancangan Tempatan adalah berasaskan pemetaan

(Plan Base) dari segi pengumpulan data, analisa dan

penyediaan output kajian;

b. Memenuhi keperluan ‘Statement of Conformity’ dan

menepati dasar dan cadangan-cadangan yang telah

dibentangkan dalam Rancangan Struktur Negeri serta

mengemaskinikan data dan unjuran yang dibuat oleh

Rancangan Struktur Negeri ke dalam konteks kajian;

c. Rancangan Tempatan harus mempunyai ciri-ciri yang mudah

difahami, ditafsir dan digunapakai oleh Pihak Berkuasa

Tempatan, pemilik tanah, pemaju-pemaju, bakal-bakal

pelabur serta orang awam;

d. Cadangan-cadangan Rancangan Tempatan hendaklah

mempunyai unsur-unsur daya lentur supaya dapat

disesuaikan dengan perubahan keadaan pasaran dan dasar;

dan

e. Rancangan Tempatan seharusnya berupaya untuk

menambah sumber dan kedudukan kewangan Pihak

Berkuasa Tempatan. Oleh itu, implikasi kewangan perlu

dipertimbangkan dalam pembentukan cadangan-cadangan.

8.1 Laporan Awal

Laporan Awal perlu menerangkan dengan terperinci sekurang-

kurangnya perkara-perkara berikut:-

i. Latar belakang dan profil kawasan kajian;

ii. Matlamat dan objektif kajian serta objektif Rancangan

Tempatan;

iii. Perincian bidang, pendekatan dan skop kajian;

iv. Data yang diperlukan, sumbernya serta teknik dan kaedah

analisis data yang akan digunakan;

v. Jadual kerja kajian; dan

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

15

vi. Cadangan sempadan blok perancangan yang perlu

berasaskan ciri-ciri sempadan fizikal dan perkara-perkara

yang berkaitan dengan kemampanan kawasan setempat.

Laporan Awal membentangkan kajian awalan termasuklah

membuat kajian maklumat sekunder serta tinjauan lawatan

tapak oleh perunding. Di peringkat ini, perunding perlu memberi

cadangan-cadangan yang lebih terperinci dan menjana idea

nilai tambah dari fakta-fakta dan perkara-perkara yang

dinyatakan dalam asas rujukan.

Laporan Awal juga perlu memberi cadangan-cadangan

tambahan dalam memperincikan kajian. Selain daripada itu,

indikator-indikator MURNINet dan kriteria-kriteria Penilaian

Kemampanan (Sustainability Asessment) juga perlu diperincikan

di peringkat Laporan Awal.

8.2 Laporan Penemuan

Laporan Penemuan merupakan laporan terperinci yang

mengandungi hasil penemuan kajian yang disokong oeh

justifikasi teknikal. Ia merupakan dokumen yang mengandungi

semua data, kerja-kerja penganalisaan data dan unjuran

sebagai asas sokongan teknikal dan justifikasi ke atas

cadangan dalam merangka Draf RTK(P) 2020. Kandungan

laporan ini perlu disediakan sepertimana ditentukan dalam

Laporan Awal. Secara umumnya, laporan ini perlu meliputi

analisis keadaan sedia ada, unjuran, mengenal pasti isu-isu dan

disusuli dengan cadangan am serta langkah-langkah ke arah

penyelesaian isu yang dikenal pasti.

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

16

Di peringkat ini, analisis dijalankan dalam bentuk modul/pakej

dan tidak secara sektoral. Ini bermakna, setiap analisis yang

dijalankan adalah multisektoral untuk menangani sesuatu isu,

matlamat, objektif atau tema-tema sokongan yang dicadangkan.

Semua cadangan-cadangan teknikal hendaklah dalam bentuk

spatial, digabungkan untuk membentuk Pelan Konsep

Pembangunan Guna Tanah dan harus menepati dasar-dasar

RSN Selangor 2020. Seterusnya, cadangan-cadangan teknikal

juga perlu diterjemahkan ke dalam bentuk strategi-strategi

pembangunan.

8.3 Laporan Draf Rancangan Tempatan

Draf RT hendaklah disediakan berasaskan format terkini

(Manual Rancangan Tempatan) mengandungi Peta Cadangan

dan Pernyataan Bertulis untuk menyokong peta cadangan Draf

RTK(P) 2020.

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

17

9.0 CARTA ALIR

RSN

Publisiti Awal

DRT

Publisiti DRT

Penyiasatan dan

Perbicaraan Awam

Keluluasan DRT

Pemberitahuan PBN

Warta RT

Pengubahan, pemansuhan dan penggantian boleh

dibuat bila-bila masa perlu.

[Seksyen 16(1), Akta 172 ]

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

Penyataan dasar dan cadangan am pemajuan dan

penggunaan tanah sebagai asas-asas perancangan kepada

penyediaan RT

DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Mengandungi suatu Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

menepati dasar / cadangan RS.

PUBLISITI AWAL RANCANGAN TEMPATAN RT

RT mendapat maklum balas dari orang ramai mengenai

objektif, tujuan dan perkara-perkara yang akan terkandung

dalam RT

PUBLISITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Pemeriksaan awam tidak kurang daripada 4 minggu dan

boleh dilanjutkan selama tidak lebih dari 4 minggu (Seksyen

13 (2), Akta 172

Notis disiarkan dalam 3 keluaran dari sekurang-kurangnya 2

akhbar tempatan, salah satunya dalam Bahasa Kebangsaan

PENYIASATAN TEMPATAN, DAN PEMBICARAAN AWAM BERKENAAAN DENGAN DRAF RANCANGAN

TEMPATAN Suatu penyiasatan tempatan atau pembicaraan awam boleh diadakan di hadapan Jawatankuasa terdiri daripada 3 orang

yang dilantik oleh JPN [ Seksyen 14(1), Akta 172 ]

KELULUSAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN Kelulusan DRT oleh JPN hendaklah dibuat setelah memberi

pertimbangan kepada syor Jawatankuasa Pembicaraan Awam / Jawatankuasa Penyiasatan Tempatan dan

kenyataan menepati RS. Kelulusan diberikan secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya tanpa atau

dengan pengubahsuaian atau menolaknya. [ Seksyen 15 (1), Akta 172 ]

PEMBERITAHUAN KEPADA PIHAK BERKUASA NEGERI JPN memberitahu Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan persetujuan dan kuat kuasa DRT

[ Seksyen 15 (1), Akta 172 ]

MEWARTA RANCANGAN TEMPATAN PBPT mewartakan hakikat persetujuan RT oleh Pihak

Berkuasa Negeri tentang penerimapakai RT Disiarkan dalam warta negeri dalam sekurang-kurangnya 2

akhbar tempatan [ Seksyen 15 (4), Akta 172 ]

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

18

10.0 PENUTUP

Manual Rancangan Tempatan ini dihasilkan supaya dapat menjadi

dokumen rujukan utama warga kerja Majlis Perbandaran Klang dalam

menjalankan kajian Rancangan Tempatan mengikut kriteria dan

kepentingan serta selaras dengan peruntukkan undang-undang yang

telah ditetapkan.

Manual Rancangan Tempatan ini juga disediakan untuk memastikan

pelan-pelan pembangunan yang dihasilkan mengikut spesifikasi yang

telah ditetapkan berdasarkan keperluan dan skop kajian yang

ditentukan.

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · iii. Menyelaraskan cadangan-cadangan daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Jawa, RKK TRM Pulau Indah dan RKK Bandar Pelabuhan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 86 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang

19

11.0 LAMPIRAN