majlis perbandaran klang · rkk agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi...

16
MANUAL MPK BIL : 85 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARIS PANDUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS

Upload: others

Post on 04-Nov-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

MANUAL MPK BIL : 85 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARIS PANDUAN RANCANGAN

KAWASAN KHAS

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 11

8.0 CARTA ALIR 12

9.0 PENUTUP 13

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan

yang disediakan dalam masa singkat untuk menangani isu-isu spesifik

sesuatu kawasan untuk tujuan pelaksanaan. Hasil kajian RKK ini

adalah dalam bentuk pelan tindakan pemuliharaan iaitu dalam bentuk

pelan pengurusan dan pelan susunatur.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dan mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan Bin Mukri Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Rancangan Kawasan Khas Majlis

Perbandaran Klang ini telah dapat diterbitkan. Ucapan

syabas juga kepada semua yang terlibat dalam

menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual

Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang bagi Edisi

Pertama ini. Buku "Manual Rancangan Kawasan Khas Majlis

Perbandaran Klang" merupakan garis panduan edisi pertama yang

diterbitkan bagi memantapkan lagi pelan cadangan pembangunan di

kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini

diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga Majlis

Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Rancangan Kawasan

Khas Majlis Perbandaran Klang ini adalah tertakluk kepada peraturan

dan undang-undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang

digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran

Klang. Adalah diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati

matlamat penghasilan buku ini.

Wassalam. En. Zailani Bin Panot Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan di dalam penyediaan kajian

Rancangan Kawasan Khas terutama kepada PBT (Majlis

Perbandaran Klang).

1.3 Menerangkan secara ringkas berhubung keperluan kajian dalam

mengikut Akta 172 dan pendekatan proses penyediaan

Rancangan Kawasan Khas.

1.4 Menerangkan secara ringkas berhubung kawasan Rancangan

Kawasan Khas, keperluan, bidang, program, pendekatan dan

aspek pengurusan kajian.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Penyediaan Rancangan Kawasan Khas oleh Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan (Majlis Perbandaran Klang) adalah

diperlukan mengikut Subseksyen 16B(1), 16B(2) dan 16B(3)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.

2.2 Penyediaan Rancangan Kawasan Khas adalah bertujuan

seperti berikut:

i. Melengkapkan sistem perancangan fizikal Negara yang

terdiri dari empat peringkat, iaitu Rancangan Fizikal Negara

(RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan

Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

supaya lebih sistematik dan berkesan.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

6

ii. Menterjemahkan cadangan-cadangan RSN, RT, dan lain-

lain dokumen cadangan dengan lebih terperinci dalam

konteks kawasan RKK.

iii. Menentukan penyediaan kemudahan sosial, utiliti dan

infrastruktur yang seimbang dengan pembangunan yang

sedang dan akan berjalan.

iv. Mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk

dimajukan serta corak pembangunan ruang fizikal yang

optima serta menyediakan program pelaksanaan.

v. Menyediakan pelan tindakan pembangunan bagi kawasan

RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh

agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam

membangun dan menguruskan kawasan kajian.

3.0 DEFINISI

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan

yang disediakan dalam masa singkat untuk menangani isu-isu spesifik

sesuatu kawasan untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK adalah

Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan samaada dalam

bentuk pelan pengurusan atau pelan susunatur yang disokong oleh

spesifikasi. Pelan tindakan pembangunan ini disokong oleh

pembangunan terperinci dan jadual tindakan pembangunan. RKK juga

menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi

fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Struktur Organisasi Kajian Rancangan Kawasan Khas

Juruteknik Perancang Bandar (J22)

PN NAFISAH BT ISMAIL

Juruteknik Perancang Bandar (J14)

EN ALI BIN MOHD NOOR

Timb. Pengarah Perancang Bandar

(J48)

EN. ZAILANI BIN PANOT

Pegawai Perancang Bandar (J41)

PUAN NORHAYATI BINTI MOHD LADZIM

Pen. Peg. Perancang Bandar (J29)

PN. IVANA MAS AYU BT MOHD ALI

Pembantu Tadbir (N17)

PN. AZIRA FAZLIANA BINTI MOHD SHAH

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

8

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan

manual adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Membuat semakan ke atas kawasan kajian yang telah

dikenalpasti dan bersetuju untuk dilaksanakan kajian tersebut.

Menyelaras ke atas semua Mesyuarat yang rancang berkaitan

dengan Penyediaan Rancangan Kawasan Khas. Pengarah

Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

membentangkan kertas kerja yang disediakan di peringkat

Majlis untuk kelulusan. Pengarah Perancang juga

bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan laporan

yang dihasilkan oleh perunding mengikut keperluan yang

ditetapkan dan akan mengesahkan laporan tersebut.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Mencadangkan kepada Pengarah Perancang Bandar

berkenaan kawasan kajian yang telah dikenalpasti mengikut

keperluan dan kepentingan berdasarkan kriteria yang telah

ditetapkan. Setelah cadangan dan kawasan kajian dipersetujui

di peringkat jabatan, Pegawai Perancang Bandar akan

menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan kepada

Mesyuarat Pengurusan Majlis dan Mesyuarat bulanan Majlis

untuk kelulusan dan pengesahan. Selepas dari itu, Pegawai

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

9

Perancang Bandar akan mengemukakan kertas kerja kepada

Jawatankuasa Perancang Negeri untuk kelulusan untuk

menyediakan kajian Rancangan Kawasan Khas. Pegawai

Perancang Bandar juga perlu mengadakan publisiti awal bagi

tujuan hebahan dan mendapat pandangan daripada orang

awam. Selepas daripada mengadakan publisiti awal tersebut,

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

menyediakan Laporan Asas Rujukan untuk dibentangkan di

dalam Mesyuarat Bulanan Majlis dan Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri untuk kelulusan. Setelah dipersetujui,

Pegawai Perancang akan membuat tawaran sebutharga kepada

mana-mana perunding yang berminat terlibat di dalam

penyediaan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang.

Perlantikkan perunding selaras dengan peraturan dan undang-

undang yang telah ditetapkan.

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

menyemak laporan awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir

Rancangan Kawasan Khas. Pegawai Perancang Bandar juga

bertanggungjawab untuk mengadakan program publisiti dan

penyertaan awam untuk draf Rancangan Rancangan Kawasan

Khas dan mengadakan mesyuarat Penyiasatan dan

pendengaran awam. Pegawai Perancang Bandar juga

bertanggungjawab untuk memohon kelulusan Draf Rancangan

Kawasan Khas daripada Mesyuarat Bulanan Majlis dan Pihak

Berkuasa Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri.

Setelah mendapatkan kelulusan Draf Rancangan Kawasan

Khas daripada Pihak Berkuasa Negeri, Pegawai Perancang

Perlu memohon pewartaan Rancangan Kawasan Khas kepada

Penasihat Undang-Undang Negeri.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

10

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Penolong Pegawai Perancang Bandar membantu Pegawai

Perancang Bandar untuk mengenalpasti kawasan kajian bagi

tujuan menjalankan kajian Rancangan Kawasan Khas.

Penolong Pegawai Perancang Bandar membantu Pegawai

Perancang Bandar menyediakan maklumat bagi penyediaan

kertas–kertas kerja mesyuarat, laporan asas rujukan serta

membantu mengadakan program publisiti awal serta program

publisiti dan penyertaan awam untuk Draf Rancangan Kawasan

khas. Selain itu juga, ia berperanan untuk menyediakan draf

surat-surat jawapan kepada pembantah yang terlibat di dalam

mesyuarat penyiasatan dan Pendengaran Awam.

Penolong Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab

untuk membantu Pegawai Perancang untuk menyemak laporan

awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir Rancangan Kawasan

Khas.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Membantu Pegawai Perancang Bandar/ Penolong Pegawai

Perancang Bandar untuk menyediakan pelan-pelan berkaitan

dengan kajian Rancangan Kawasan Khas dan sekiranya perlu,

Juruteknik perlu membuat siasatan tapak. Di samping itu juga,

Juruteknik Perancang Bandar terlibat untuk membantu Pegawai

Perancang untuk menyemak pelan-pelan pengezonan, laporan

awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir Rancangan Kawasan

Khas yang telah disediakan oleh pihak Perunding. Juruteknik

juga terlibat di dalam melaksanakan program publisiti awal dan

serta program publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas dari segi

membantu Pegawai Perancang Bandar menyusun jadual

pameran awam.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

11

6.5 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja dan surat-surat berkaitan Rancangan

Kawasan Khas serta membantu melaksanakan kerja yang

diarahkan dari semasa ke semasa.

7.0 PROSES KERJA

Berikut merupakan proses kerja dalam penyediaan kajian Rancangan

Kawasan Khas:

a. Mengenalpasti Kawasan RKK

Pihak majlis perlu mengenalpasti kawasan yang hendak

dilaksanakan Rancangan Kawasan Khas.

b. Publisiti Awal

i. Pihak Majlis Perlu melaksanakan rundingan awal iaitu

publisiti awal (FGD) yang melibatkan beberapa pihak

yang berkaitan seperti agensi teknikal dan wakil daripada

pihak penduduk.

ii. Publisiti awal ini adalah bertujuan mengenalpasti tapak

cadangan telah memenuhi pra-syarat yang digariskan

dan sekaligus membentuk pasukan kerja serta

mendapatkan kelulusan peruntukan / bajet.

c. Penyediaan Asas Rujukan

Asas rujukan meupakan dokumen yang dilengkapi dengan

keperluan kajian, skop, kos dan kawasan kajian. Dokumen ini

akan menjadi rujukan utama bagi memastikan cadangan

pembangunan tersebut mencapai matlamat dan objektif kajian

tersebut.

d. Pelantikan Perunding

Pelantikan perunding adalah secara sebut harga.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

12

e. Laporan Pendekatan Kajian

i. Laporan Pendekatan kajian mengandungi skop kajian,

pendekatan serta metodologi dalam menjalankan kajian

dan menghasilkan output yang dikehendaki. Laporan ini

merangkumi hasil-hasil penemuan kajian serta isu-isu

utama yang dikenalpasti, maklumat / data yang

diperlukan, program kerja dan jangka masa kajian.

ii. Data-data serta maklumat yang diperlukan beserta

dengan sumberjayanya akan diperincikan dengan

penjelasan akan teknik analisis yang akan digunakan. Ia

juga akan menerangkan secara terperinci jangka masa

kajian yang akan diambil serta jadual tenaga kajian

terlibat.

f. Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas

Laporan ini mengandungi:

i. Analisis kawasan kajian.

ii. Cadangan konsep dan strategi pembangunan

berdasarkan analisis.

iii. Pelan Tindakan Pembangunan yang merupakan pelan

susunatur dan pelan pengurusan.

iv. Pelan Susunatur mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Kawasan pembangunan sediada yang akan

dikekalkan.

b. Aktiviti gunatanah yang komited.

c. Cadangan-cadangan aktiviti gunatanah.

d. Cadangan-cadangan bagi kawasan yang memerlukan

pertimbangan khas.

e. Kawasan-kawasan yang perlu disokong dengan

spesifikasi pembangunan terperinci.

v. Pelan Pengurusan mengandungi perkara-perkara

berikut:

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

13

a. Pelan perkawasan bagi pembangunan, pemeliharaan

dan pemuliharaan.

b. Pelan gunatanah semasa dan kawasan sekitarnya

(termasuk gunatanah komited).

c. Inventori sediada mengikut spesis pokok atau ciri-ciri

keistimewaan warisan samada semulajadi atau

bangunan yang dikekalkan yang terdapat di kawasan

kajian RKK.

d. Penilaian analisis 'sustainability' seperti Penilaian

e. Kesan Sosial.

f. Cadangan pembangunan dan pemuliharaan di

kawasan kepentingan khusus.

g. Cadangan mekanisma penglibatan penduduk,

’stakeholders’ dan para ikhtisas untuk bekerjasama

dengan MPK dan lain-lain agensi awam dalam

menentukan kejayaan perlaksanaan pelan tindakan.

g. Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas

Publisiti adalah usaha dan langkah pemberitahuan kepada

orang awam oleh PBPT semasa menyediakan rancangan

pemajuan bagi meneliti cadangan-cadangan laporan dan

membuat perwakilan serta memberi pandangan / bantahan.

h. Pindaan Draf Rancangan Kawasan Khas

Draf RKK mengandungi draf awal RKK yang telah diluluskan

oleh Jawatankuasa Teknikal dan tambahan perkara-perkara

berikut:

i. Spesifikasi Pembangunan Terperinci yang merupakan

perincian pelaksanaan pembangunan yang akan dijalankan.

ii. Jadual Tindakan Pembangunan yang merupakan

pernyataan perincian aktiviti bagi setiap kategori kegunaan

tanah yang dicadangkan dalam Pelan Tindakan

Pembangunan.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

14

iii. Program Pelaksanaan yang mengandungi perkara-perkara

berikut:

a. Fasa pembangunan dan keutamaan jenis pembangunan.

b. Projek/program pembangunan, kos perlaksanaan dan

agensi pelaksana.

c. Bentuk insentif pembangunan

d. Pendekatan/ kaedah pengurusan pelaksanaan RKK,

termasuk prosedur pengambilan balik tanah dan

pampasan jika ada

e. Peranan PBT, agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam

pelaksanaan RKK.

f. Peruntukkan-peruntukkan yang terdapat dalam akta –akta

dan peraturan sediada yang membantu dalam

perlaksanaan RKK

i. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri

Pihak majlis perlu mengemukan Draf RKK untuk mendapatkan

kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

j. Perwartaan

Pihak Majlis hendaklah mewartakan RKK melalui Warta Negeri

dan menyiarkan sekurang-kurangnya dalam dua (2) akhbar

tempatan satu daripadanya dalam Bahasa Malaysia, yang

menyatakan nama RKK itu dan tempat ianya boleh di periksa.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

15

8.0 CARTA ALIR

Proses Penyediaan Kajian Rancangan Kawasan Khas

MENGENALPASTI KAWASAN RKK PBPT (SUBSEKSYEN 16B(1) )

PUBLISITI AWAL Rundingan awal FGD (bersama pihak berkaitan)-PBT)

Projek yang dikenalpasti memenuhi pra-syarat yang digariskan.

Pembentukan pasukan kerja serta kelulusan peruntukan / bajet.

PUBLISITI DRAF RKK

(5 minggu) Tindakan publisiti (Subseksyen 13(1),(2)&(3))

Pameran Awam, Taklimat Dan Sesi Dialog

Penglibatan Kumpulan Sasaran Mesyuarat Penyiasatan dan Pendengaran Awam (Subseksyen 14(1))

PINDAAN DRAF RKK (4 minggu) JPN Meluluskan Keseluruhan/ Sebahagian ( Subseksyen 15(1A))

Meluluskan Dengan Ubahsuaian (Sek.15(1A) & (1B)

Menolak (Subseksyen 15(1A)

Cadangan terperinci dan program pelaksanaan

Mengandungi perkara-perkara terperinci maksud (Subseksyen 16B(1) & (3))

Untuk pewartaan dan tindakan pelaksanaan

KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI (PBN)

( 1 minggu) JPN menyampaikan Draf RKK yang dilulus kepada Pihak Berkuasa Negeri

(Subseksyen 15 (1)(1c)

PEWARTAAN RKK Pengarah JPBD Negeri/PBPT Siarkan dalam Warta Negeri hakikat persetujuan Pihak

Berkuasa Negeri tentang Draf RKK (Subseksyen 15 (4))

PENYEDIAAN & KELULUSAN ASAS RUJUKAN Mengandungi keperluan kajian, skop, kos, pelan tapak, program kerja

Arah tuju pembangunan

Kelulusan Asas Rujukan

Pasukan Teras dan Pasukan Kajian

PELANTIKAN PERUNDING

LAPORAN PENDEKATAN KAJIAN (4 minggu)

LAPORAN PENEMUAN Maklumat-maklumat teknikal dan analisis dikumpulkan dalam satu

jilid/fail

LAPORAN DRAF RKK

(20 minggu)

DRAF RKK Mengandungi Rumusan penemuan, latar belakang projek (konsep dan

strategi), tindakan pembangunan, program perlaksanaan, sasaran, KPI, outcome, funding

Mengikut format digariskan

Peringkat Pra Kajian

Peringkat 1

Peringkat 3

Peringkat 2

PERLANTIKAN

PERBINCANGAN

AWAM

Perlantikan oleh JPN

(Peranggan 14 (2) (a) & (b)

Peringkat Penyediaan Draf

RKK (6 Bulan)

Peringkat 4

Peringkat 5

Peringkat 6

Nota: Tempoh penyediaan Draf RKK adalah 6 bulan tidak termasuk Peringkat kelulusan jawatankuasa

Peringkat 7

Penyiasatan Tempatan Atau Lain-Lain Perbincangan :

PBPT boleh mengarah diadakan (Subseksyen 14 (1))

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian. 3.0 DEFINISI

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang

16

9.0 PENUTUP

Manual Rancangan Kawasan Khas ini dihasilkan supaya dapat

menjadi dokumen rujukan utama warga kerja Majlis Perbandaran

Klang di dalam menjalankan kajian Rancangan Kawasan Khas

mengikut kawasan-kawasan yang telah ditentukan mengikut kriteria

dan kepentingan kawasan dan sumbangan terhadap potensi

pembangunan di daerah Klang.

Manual Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini juga disediakan untuk

memastikan pelan-pelan pembangunan yang dihasilkan mengikut

spasifikasi yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan dan skop

kajian yang ditentukan.