reputasi global - office of corporate affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi...

8
Reputasi Global UTM berhasrat menjadi sebuah Universiti tersohor yang tergolong dalam 50 buah Universiti Kejuruteraan dan Teknologi terbaik dunia menjelang tahun 2020. Usaha ke arah mencapai hasrat ini dipergiatkan melalui inisiatif menjadikan UTM pusat rujukan dalam ruang lingkup Asia Tenggara dengan serlahan kehebatan para ilmuan mempunyai kepakaran tinggi, selain pelaksanaan program berimpak tinggi yang memperkukuhkan jenama UTM di peringkat global.

Upload: vuongdung

Post on 27-Jun-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk

Reputasi GlobalUTM berhasrat menjadi sebuah

Universiti tersohor yang tergolong dalam 50 buah Universiti

Kejuruteraan dan Teknologi terbaik dunia menjelang tahun 2020.

Usaha ke arah mencapai hasrat ini dipergiatkan melalui inisiatif menjadikan UTM pusat rujukan

dalam ruang lingkup Asia Tenggara dengan serlahan kehebatan para

ilmuan mempunyai kepakaran tinggi, selain pelaksanaan

program berimpak tinggi yang memperkukuhkan jenama UTM

di peringkat global.

Page 2: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk
Page 3: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk

87

Reputasi GlobalPencapaian dalam University Global Ranking

University Global Ranking merupakan satu kaedah untuk mengukur kedudukan reputasi Universiti di peringkat global. Kaedah ini membolehkan banyak pihak mengetahui pencapaian sesebuah Universiti. Reputasi yang dicapai oleh sesebuah Universiti akan menarik minat pelbagai agensi untuk berkolaborasi dan menjadi penanda aras kejayaan sesebuah Universiti sekaligus meningkatkan nilai kompetitif Universiti dan menjadi destinasi pilihan utama mahasiswa. Ianya juga berupaya menarik pelabur asing dalam meningkatkan jumlah pemberian penajaan pengajian kepada mahasiswa cemerlang disamping dapat menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan mahasiswa, penyelidikan dan sebagainya.

Penarafan UTM di Peringkat Antarabangsa

Penarafan UTM di dalam QS World University

UTM QS World University Rankings (2012-2014)

Rankings (QS WUR) bagi tahun 2014 juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum ini iaitu di tempat ke-294 berbanding tempat yang ke-355 dalam tahun 2013. Carta kedudukan UTM di dalam QS WUR bagi tahun 2012-2014 adalah seperti Jadual di bawah.

UTM juga telah menduduki tempat ke-134 dalam QS World University by Subject Rankings bagi tahun 2014 berbanding tempat yang ke-256 pada tahun 2013. UTM buat julung kalinya telah menduduki tempat ke-93 di dalam The BRICS

and Emerging Economies Rankings 2015. Ini merupakan satu permulaan yang baik bagi UTM dalam usaha memperkasa kedudukan dan jenama UTM di peringkat antarabangsa.

Pencapaian UTM di dalam QS Asian University

Rankings (QS AUR) tahun 2014 mencatatkan kenaikan sebanyak dua anak tangga iaitu di tempat yang ke-66 berbanding tempat ke-68 pada tahun 2013. Carta kedudukan UTM di dalam QS AUR bagi tahun 2012-2014 adalah seperti Jadual berikut.

80

70

60

50

40

30

20

10

0

QS Asian University Rankings (2012-2014)

2013 20142012

Penarafan

Tahun

400

350

300

250

200

150

100

50

02013 20142012

Penarafan

ke-358ke-355

ke-294

Tahun

ke-74

ke-68ke-66

Page 4: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk

88

UTM telah menganjurkan 8th South East Asian Technical University Consortium (8th SEATUC) pada 3 hingga 5 Mei 2014 bertempat di M-Suites Hotel, Johor Bahru. Program ini dihadiri oleh seramai 200 peserta dari teknikal universiti di Asia. Para peserta terdiri daripada ahli akademik dan mahasiswa universiti Shibaura Institute of Technology (Jepun), Hanoi University of Science and Technology (Vietnam), Ho Chi Minh University of Technology (Vietnam), Institut Teknologi Bandung (Indonesia), Universitas Gadjah Mada (Indonesia), Suranaree University of Technology (Thailand), King Mongkut’s University of Technology Thonburi (Thailand) dan juga Universiti Teknologi Malaysia (satu-satunya Universiti di Malaysia yang menjadi ahli konsortium).

Aktiviti Pengantarabangsaan

Program ini memberi peluang kepada ahli untuk

membincangkan tentang perlaksanaan Hybrid

Twinning Program iaitu program usahasama

pendidikan peringkat pascaijazah dan Program

Ijazah Berkembar (Dual Degree) bersama ahli.

Setakat ini, seramai 29 orang (6 orang daripada

UTM) telah bergraduat dan memperoleh Ph.D

melalui program ini. Fokus utama SEATUC adalah

memupuk individu yang berbakat menerusi

program pertukaran di antara ahli konsortium.

Penglibatan UTM dalam simposium ini adalah selari

dengan matlamat UTM bagi meningkatkan aktiviti

penyelidikan dan pembangunan (R&D) selaras

dengan status UTM sebagai sebuah Universiti

Penyelidikan RU).

Peserta 8th South East Asian Technical University Consortium (8th SEATUC)

The 8th South East Asian Technical University Consortium (8th SEATUC)

Page 5: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk

89

University Presidents Forum (UPF) 2014

UTM telah menganjurkan University Presidents

Forum Siri Ke-6 pada 3-5 Mei 2014 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Seramai 50 orang Presiden/Naib Canselor/Wakil telah hadir ke forum ini daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. Tema forum pada kali ini adalah “Global Collaboration Opportunities in Knowledge

Creation and Innovation”. Antara objektif University

Presidents Forum (UPF) adalah seperti berikut:

• Mewujudkan satu platform untuk pengurusan tertinggi universiti bertukar pandangan tentang isu-isu global pendidikan tinggi;

• Memudahcara perkongsian maklumat strategik berkaitan pendidikan tinggi;

• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan Universiti luar negara melalui perjanjian mewujudkan memorandum persefahaman;

• Mengeratkan jalinan kerjasama dengan universiti rakan kerjasama dan jemputan demi kebaikan bersama dari segi akademik dan penyelidikan berasaskan Co2;

• Meningkatkan profil antarabangsa UTM;• Meninjau peluang untuk membangunkan Pusat

Kecemerlangan Co2 di peringkat antarabangsa.

UPF 2014 juga menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Suratcara (LoC) diadakan bersama rakan Universiti kerjasama yang baharu iaitu:

• Curtin University, Australia;• Gene-Oasis Pte Ltd, Singapura;• Tsukuba University, Jepun;• Far Eastern University, Filipina – LoC;• Military Institute of Science and Technology• (MIST), Dhaka - LoC.

University Presidents Forum Siri ke-6

Page 6: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk

90

UTM melalui Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) telah menganjurkan 7th

AUN/SEED-Net International Conference on

Electrical and Electronics Engineering bersempena dengan MJIIT-JUC Joint International Symposium

2014 (MJJIS 2014) dan Malaysia-Japan Tribology

Symposium 2014. Matlamat konferen ini adalah

untuk menggalakkan penyelidik muda yang berlatarbelakangkan kejuruteraan elektrik dan elektronik berkongsi idea baru dan inovatif dan juga dapatan kajian bersama para delegasi daripada pelbagai negara anggota seperti Malaysia, Kemboja, Indonesia, Jepun, Loas, Myanmar, Filipina, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan India.

ASEAN University Network/South East Asia Engineering Education (AUN/SED Net)

Antara Program yang Dijalankan melalui Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

Page 7: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk

91

UTM telah terlibat secara aktif dalam pebagai aktiviti pengantarabangsaan. Antara program yang dihadiri oleh UTM pada tahun 2014 adalah seperti berikut:

• 7th QS World Class in South Africa

• 10th QS-APPLE in Taipei, Taiwan

• 4th QS-MAPLE in Doha, Qatar

• QS in Conversation in Brunei Darussalam

• QS Summer School Summit in Kuala

Lumpur

• NAFSA 2014 Annual Conference in

San Diego, California

• 9th APAIE Annual Conference and Exhibition

2014 in Seoul, Korea

• The 26th Annual EAIE Conference 2014 in

Prague, Czech Republic

• Going Global 2014: The Conference

forLeaders of International Education in USA

• 5th Global Initiatives Partnership (GIP)

Meeting in Belgium

• COP 20: The Sustainable Innovation Forum

2014 (SIF14) in Lima, Peru.

UTM Membership/ Alliances:

• South East Asian Technical University

Consortium (SEATUC)

• Southeast and South Asia and Taiwan

Universities (SATU)

• ASEAN University Network/South East Asia

Engineering Education (AUN/SED Net)

• ASEAN Learning Network Council (ALNC)

• Asia-Pacific Association of International

Education (APAIE)

• Asia Professional Education Network (APEN)

• NAFSA: Association of International Educators

• European Association for International

Education (EAIE)

• Global Education Exchanges for Engineers and

Entreprenuers (GE4)

• Global Engineering Education Exchange (GE3)

• International Association of Universities (IAU)

• Association of Southeast Asian Institute of

Higher Learning (ASAIHL)

• American Society for Engineering Education

(ASEE)

Kerjasama dengan Rakan Kongsi Luar Negara

UTM telah menjalankan kolaborasi strategik dengan rakan yang menyediakan program penyelidikan intensif yang berasaskan teknologi dalam membantu memacu pencapaian Universiti. Kolabarasi ini diperkuatkan melalui perbagai bentuk perjanjian dan persefahaman. Selaras dengan aspirasi ini, pada tahun 2014 UTM telah mempunyai lebih daripada 200 perjanjian seperti dipaparkan dalam jadual di bawah.

Kerjasama dengan Rakan Kongsi Luar Negara

Negara Bil. Kerjasama

Afrika - Timur Tengah 20

Eropah 43

USA - Amerika Selatan 8

Australia - New Zealand - Oceania 14

Jepun - China - Korea 59

India - Pakistan 5

ASEAN 47

Jumlah 209

Page 8: Reputasi Global - Office of Corporate Affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. ... • Meningkatkan profil antarabangsa UTM; • Meninjau peluang untuk