khasiat buah kurma

16
Yusuf Taiyoob SDN.BHD ditubuhkan pada tahun 1988 dan merupakan pengimport terkenal, pengeksport dan pengedar dari produk makanan dan bahan-bahan di pasaran Malaysia. Yusuf Taiyoob SDN.BHD. mempunyai pengalaman yang luas di pasaran domestik sahaja dan luar negeri dan berkaitan dengan banyak syarikat terkenal besar di seluruh dunia yang menguntungkan syarikat dalam memastikan bahawa produk- produk yang ditawarkan standard tinggi dan dengan harga kos yang efektif. Pernah hadapi cabaran apabila produk dicampak tanpa dinilai terlebih dahulu pemborong SEMANGAT kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar dicontohi generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita meneroka bidang perniagaan. Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal. Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar. "Orang tua saya fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar, nasib baik cepat mendapat rawatan. "Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang. Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri dan keluarga rapat. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang. Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu. "Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling begitu saja," katanya. Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain.

Upload: nikfatimah

Post on 24-Jun-2015

454 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khasiat Buah Kurma

Yusuf Taiyoob SDN.BHD ditubuhkan pada tahun 1988 dan merupakan pengimport terkenal, pengeksport dan pengedar dari produk makanan dan bahan-bahan di pasaran Malaysia.

Yusuf Taiyoob SDN.BHD. mempunyai pengalaman yang luas di pasaran domestik sahaja dan luar negeri dan berkaitan dengan banyak syarikat terkenal besar di seluruh dunia yang menguntungkan syarikat dalam memastikan bahawa produk-produk yang ditawarkan standard tinggi dan dengan harga kos yang efektif.Pernah hadapi cabaran apabila produk dicampak tanpa dinilai terlebih dahulu pemborong

SEMANGAT kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar dicontohi generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita meneroka bidang perniagaan.

Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.

Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.

"Orang tua saya fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar, nasib baik cepat mendapat rawatan.

"Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang.

Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri dan keluarga rapat.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang.

Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu.

"Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling begitu saja," katanya.

Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain.

"Saya bernasib baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk yang sebelum ini biasa terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, saya juga masih muda, ada peluang, untuk

Page 2: Khasiat Buah Kurma

tukar haluan.

"Selepas keluar hospital dan berehat seketika, saya bertekad memulakan perniagaan lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecilan,” katanya.

Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.

Kini, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya.

Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Beliau yang enggan memberitahu nilai jualan syarikatnya, berkata kini syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram.

Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

"Saya pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran. Pelanggan kami mengetahui kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkannya," katanya.

Syarikatnya juga mengimport pelbagai makanan kering seperti rempah ratus untuk masakan dan bahan membuat kuih-muih dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat.

Dengan tempahan yang semakin memberangsangkan di beberapa negara Asia Tenggara, memaksa syarikat yang kian berkembang untuk memiliki kilang sendiri bagi menempatkan stok dan membungkus produk dengan jenama sendiri, Yu Ta.

Kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, bakal siap sepenuhnya menjelang Mac depan dengan kos RM20 juta.

"Harapan saya jenama Yu Ta menjadi sinonim di kalangan masyarakat negara ini dan luar negara pada masa depan.

"Saya juga berharap perniagaan saya ini berkembang maju bagi membolehkan saya membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.

Bapa kepada tiga anak yang berusia satu hingga tujuh tahun, berkata rezeki yang diperoleh itu sentiasa dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik pada sepanjang masa.

"Saya tidak pernah hadkan sumbangan saya, namun saya tidak suka memberi kepada sebarangan orang yang meminta.

"Saya akan pastikan mereka yang menerima golongan yang layak, kerana duit yang

Page 3: Khasiat Buah Kurma

diperoleh bukan jatuh terus dari langit," katanya.

Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam, termasuk hari cuti tidak menghalang daripada menjalankan kerja kemasyarakatan.

Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan jawatan walaupun sering ditawarkan pelbagai jawatan seperti ahli lembaga pengarah pertubuhan di Pulau Pinang.

"Biarlah saya tumpukan kepada perniagaan dan hasilnya saya kongsi kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Yusuf juga jarang bersukan termasuk golf yang digemari ahli korporat lain.

"Saya habiskan masa di rumah dengan keluarga jika tiada urusan di luar," katanya sambil menambah kejayaan yang diperoleh dapat membantu golongan kurang bernasib baik.

"Itu sudah menjadi kewajipan kita dan saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk mencapai hingga tahap ini," katanya yang menerima pelbagai anugerah termasuk yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002 dan baru-baru ini.

Pelaburan RM20 juta bina kilang canggih

PENGELUAR dan pembekal kurma serta makanan import, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, menjangkakan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus daripada kira-kira RM60 juta setahun sekarang apabila kilang barunya di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, siap Mac tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Yusuf Taiyoob, 47, berkata kilang baru serba canggih di tapak seluas lima hektar membabitkan pelaburan RM20 juta itu membolehkan syarikat menghasilkan keluaran yang lebih tinggi pada bila-bila masa menggunakan teknologi moden.

Secara tidak langsung, katanya, ia juga dapat mengurangkan kos operasi syarikat yang selama ini terpaksa menyewa gudang bagi menempatkan stok dan bekalan dalam kuantiti besar.

"Kilang ini mampu menempatkan 700 kontena stok makanan sejuk dan kering pada satu masa, yang diimport dan diproses semula dengan jenama Yu Ta singkatan nama Yusuf Taiyoob.

Page 4: Khasiat Buah Kurma

"Ia menjadikan kilang ini sebagai pusat pengeluaran dan pembekalan bahan makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya.

Yusuf berkata, apabila siap kelak, kilang itu mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 50 penduduk setempat.

"Bagi keperluan jangka panjang, syarikat juga membeli sebuah bangunan warisan dua setengah tingkat di Lebuh Bishop, Georgetown untuk pelaburan masa depan," katanya.

Mengenai persiapan syarikat memenuhi permintaan bekalan kurma dan produk makanan lain pada Ramadan dan Aidilfitri ini, Yusuf berkata, sebanyak 3,000 tan metrik pelbagai jenis kurma diimport untuk pasaran negara ini.

Ia tidak termasuk produk makanan lain seperti bahan untuk membuat kuih, masakan seperti rempah-ratus dan kacang serta makanan kering yang diimport dan diedar secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh negara.

Pihaknya mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta bagi musim perayaan ini iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding musim sebelum ini.

"Jualan setiap tahun memberangsangkan kerana pelanggan kami mengetahui kualiti produk kami yang bermutu dan dijual pada harga berpatutan," katanya.

INFO

# Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988).

# Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.

# Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Bila masuk bulan Ramadhan saja, buah kurma memang sinonim dengan kita. Ya la, sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita dan paling penting adalah kerana mengikut sunnah nabi supaya diamalkan berbuka dengan kurma dahulu sebelum menjamah makanan yang lain. Sebut pasal kurma juga, ada tertib dan cara makannya mengikut sunnah.Berbuka puasa dengan memakan buah kurma adalah mengikut sunnah nabi kita, Muhammad S.A.W. Bagaimanakah cara makan kurma mengikut sunnah?

1) Berbuka puasa dengan makan kurma sebanyak 3 biji.

2) Pegang kurma dengan menggunakan ibu jari & jari manis.

3) Biji kurma diluahkan dibelakang tapak tangan & dibuang.Di atas adalah cara makan kurma mengikut sunnah nabi. Rasulullah pernah bersabda, antara umatnya yang akan mudah mendapat syafaat baginda di akhirat kelak ialah yang banyak mengamalkan sunnah baginda. Ok, habis renungan untuk hari ini.Alkisahnya beberapa hari lepas, saya ke Kedah atas urusan kerja. Semasa melalui kawasan Seberang Perai Tengah, terpandang pula sebuah kilang yang tersergam indah lagi memutih. Tertera di bangunan tersebut ialah “Yusuf Taiyoob”. Siapa yang tak kenal dengan produkYusuf  Taiyoob (Yu Ta) ini dan apa yang berlegar-legar di dalam kepala saya, pastinya orang ini ala-ala Tok Arab yang berserban dan berjubah.

Page 5: Khasiat Buah Kurma

Datuk Yusuf Taiyoob mendapat gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada tahun 2002. Bercerita mengenai jatuh bangunnya dalam perniagaan, beliau telah mula berniaga sejak berumur 19 tahun lagi dimana perniagaan pertama beliau adalah penjualan minyak wangi yang diadunnya sendiri.

Datuk Yu Ta, 47, pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal. Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan tidak dapat menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.Selepas keluar dari hospital, beliau berehat sebentar dan dengan sokongan dari ibubapanya, beliau mula menukar haluan dengan memulakan perniagaan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Saya pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran. Pelanggan kami mengetahui

kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkannya,” katanya.

“Harapan saya jenama Yu Ta menjadi sinonim di kalangan masyarakat negara ini dan luar

negara pada masa depan.

“Saya juga berharap perniagaan saya ini berkembang maju bagi membolehkan saya membantu

masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Page 6: Khasiat Buah Kurma

Pencapaian yang paling membanggakannya ialah syarikatnya kini mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Yusuf juga mempunyai kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah,  yang siap dibina dengan kos RM20 juta.Info-info berkaitan  :-

Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun

beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988).

Beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu

semasa mempromosikan minyak wangin adunan beliau.

Syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa,

Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram.

Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia, Oman, Iran,

Arab Saudi, Mesir dan Jordan

Membekal 100 produk makanan lain selain kurma.

Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport

menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan

Brunei.

Rezeki yang diperoleh itu sentiasa dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik

pada sepanjang masa.

Beliau tidak berminat dengan jawatan walaupun sering ditawarkan pelbagai jawatan

seperti ahli lembaga pengarah pertubuhan di Pulau Pinang.

Yusuf juga jarang bersukan termasuk golf yang digemari ahli korporat lain.Benarlah, jika kita selalu menderma kepada golongan yang memerlukan, Allah akan melipatgandakan rezeki kita. Bak kata Syed Mokhtar AlBukhary yang mana menyebut bahawa Tuhan tidak memberi rezeki kepadanya seorang, bahkan supaya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Semoga ramai lagi usahawan-usahawan Islam berjaya di bumi sendiri. Kembalikan pegangan ekonomi kepada kita semula.

*****BUAH kurma bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan Ramadan. Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini?

Page 7: Khasiat Buah Kurma

Atau memiliki sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang indah?

Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu yang mustahil!

Selama ini, apa yang diketahui umum ialah pohon kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu tidak akan berbuah.

Namun kajian menunjukkan pokok kurma boleh ditanam dan mengeluarkan buah di mana-mana sahaja jika diusahakan dengan cara yang betul.

Selain itu, tanggapan terhadap pokok kurma juga tidak seharusnya dilihat dari segi penghasilan buah semata-mata kerana ia juga cukup indah jika dijadikan hiasan di halaman.

Menyedari potensi besar 

*******Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat

dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan.

Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh

beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan.

Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius)

akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk. :(

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi

seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan

mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya

semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih

1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya.

Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. ^_^

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak

senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan.

Page 8: Khasiat Buah Kurma

Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka

fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

KHASIAT 

BUAH KURMA 

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai

Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang

mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai

berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang

dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab

kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah

menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta

tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan

utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar

katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak. 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhari yang bermaksud : 

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim

bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa

yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu". 

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan

Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. 

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh

Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam

ayat 25 : 

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam

: 25) 

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah

memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains

tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara

Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan

yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia

Page 9: Khasiat Buah Kurma

adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang

menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain. 

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu

ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan

pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan

darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang

paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke

bahagian anggota lain dan otak. 

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan

buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud : 

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.

Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa

biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad) 

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla

berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana

sesungguhnya air itu pembersih. 

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma : 

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma. 

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita

terhindar daripada api neraka. 

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma

adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum

memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak. 

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan

dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. 

Sumber: http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98/h_fruit.htm 

Khasiat Buah KurmaKongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Page 10: Khasiat Buah Kurma

Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang diteladani umat Islam zaman berzaman.Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang disunatkan.Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Menjadi makanan wajib di Asia Barat, kurma menurut ensiklopedia Wikipedia dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir, kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma mungkin berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi.

Buah ini kemudian dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan California pada 1765.

Tarikh sebenar kurma dibawa ke Malaysia tidak diketahui tetapi ia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang datang berniaga dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.Pengusaha kurma terkemuka di negara ini, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata setiap tahun permintaan terhadap kurma meningkat dan biasanya syarikatnya membawa masuk kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan dari beberapa negara seperti Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

Beliau yang juga pemilik dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, berkata biasanya stok dibawa masuk dua bulan sebelum Ramadan bagi memudahkan urusan pemasaran dan pengagihan kepada pemborong dan wakil jualan di seluruh negara.

“Syarikat kami bukan hanya membawa masuk kurma untuk pasaran tempatan, tetapi juga menjadi pembekal utama untuk pasaran di Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Tahun ini, gudang kami yang lebih besar baru dibuka, jadi jumlah stok lebih banyak berbanding pada tahun sebelumnya,” katanya.

Page 11: Khasiat Buah Kurma

Beliau menjelaskan harga kurma bagi sambutan Ramadan kali ini meningkat sedikit, namun beliau masih mengekalkan harga untuk pasaran tempatan dengan kadar lama.

“Ada beberapa negara pembekal kurma menjual lebih mahal dari tahun lalu tetapi untuk pasaran Malaysia kita masih mengekalkan harganya.

Namun, beberapa bekalan kurma segar yang banyak dijual seperti tahun lalu tidak dapat dipasarkan tahun ini kerana bekalan berkurangan.

“Musim menuai kurma biasanya pada September dan Oktober. Jadi, tahun ini kita kurangkan membawa masuk kurma segar kerana kos membawanya menggunakan kargo udara mahal. Kita jangka stok baru yang lebih segar akan sampai awal September nanti,” katanya yang menguasai 50 peratus pasaran kurma di negara ini.

Penolong Pengarah, Bahagian Zat Makanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Surainee Wahab, berkata kurma atau nama botani Phoenix dactylifera mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, kalsium, vitamin B1, vitamin B2, beta karotena serta niasin.

“Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.

“Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.

Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.

“Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain,” katanya.

Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

Page 12: Khasiat Buah Kurma

Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.

Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.

Kini, kurma bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia yang hidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan pilihan dalam resipi yang dicipta.

Page 13: Khasiat Buah Kurma

Selain digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara yang menarik dan kemas.

Malah, kini kurma menjadi bahan utama dalam hamper yang dihadiahkan kepada kawan-kawan, kenalan, saudara mara serta rakan niaga terutama menjelang Ramadan.

Sumber: TimurTengah.com

Kisah Menarik : Jutawan Kurma Yusuf TaiyoobKongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Page 14: Khasiat Buah Kurma

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Page 15: Khasiat Buah Kurma

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Page 16: Khasiat Buah Kurma

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

PROFILNAMA: Datuk Yusuf TaiyoobJAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn BhdASAL: Georgetown, Pulau PinangUMUR: 51 tahunISTERI: Datin Yusnita RamliANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradikJENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan