koorientasi pendapat terhadap isu dan reputasi pemimpin dalam

18
KOORIENTASI PENDAPAT TERHADAP ISU DAN REPUTASI PEMIMPIN DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-12 DI SABAH PENDAHlJLUAN Saat Hj. Awg. Damit Syahruddin Hj. Awg. Ahmad Pemimpin politik baik ketika beliau berdiri, duduk, bercakap, ketawa, menangis, bertindak dan membuat keputusan eksekutifboleh dilihat menerusi dua dimensi iaitu sebagai manusia biasa dan sebagai seorang ketua yang diberikan amanah untuk mengetuai satu-satu parti. Oleh itu, setiap bentuk gerak kerja, perlakuan dan sikapnya sepatutnya diteliti dari kedua-dua dimensi ini juga. Setiap manusia mempunyai kelemahan yang menyebabkan kesilapan manakala hampir pasti bahawa setiap kesilapan boleh menjejaskan reputasi seseorang dan j ika individu berkenaan adalah pemimpin maka semua pihak akan menghitung setiap satu kesilapan berkenaan dan cuba menganggarkan kadar reputasi yang terjejas dek kesilapan terse but. Sungguhpun begitu, kelemahan individu pemimpin boleh diperbaiki melalui tindakan memulihkan kesilapan berkenaan. Satu cara yang sesuai untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seseorang ketua atau pemimpin politik adalah dengan cara mengaplikasikan teknik dan strategi komunikasi yang hetul. Strategi ini penting tatkala kelemahan pemimpin dikenal pasti agak ketara dalam rangka usaha heliau menangani sesuatu isu berkaitan tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat atau menteri berportfolio. Hal yang sedemikian sudah tentu memberi kesan kepada keyakinan pihak yang diwakilinya di kawasan yang ditandingi dalam satu-satu pilihan raya. Dua perkara penting yang menjadi kerangka dalam teknik dan strategi komunikasi ialah sistem dan proses. Dalam sistem komunikasi, terdapat elemen- elemen asas yang membentuk satu-satu sistem seperti komunikator (sarna ada sebagai pengirim atau penerima mesej), sa luran atau media dan mesej (isu yang menjadi fokus perbincangan dan interaksi antara komunikator) manakala proses komunikasi pula adalah sebarang usaha untuk menghidupkan sistem komunikasi agar mesej dapat dikongsi antara komunikator yang terlibat dalam sistem berkenaan. Proses komunikasi seharusnya dipenuhi dengan aktiviti bercakap, menulis dan menerima maklum balas daripada kandungan mesej yang ditulis atau diperkatakan. Komunikator adalah individu atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu sistem komunikasi. Komunikator juga adalah agen

Upload: trandat

Post on 28-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

KOORIENTASI PENDAPAT TERHADAP ISU DAN REPUTASI PEMIMPIN DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-12 DI

SABAH

PENDAHlJLUAN

Saat Hj. Awg. Damit Syahruddin Hj. Awg. Ahmad

Pemimpin politik baik ketika beliau berdiri, duduk, bercakap, ketawa, menangis, bertindak dan membuat keputusan eksekutifboleh dilihat menerusi dua dimensi iaitu sebagai manusia biasa dan sebagai seorang ketua yang diberikan amanah untuk mengetuai satu-satu parti. Oleh itu, setiap bentuk gerak kerja, perlakuan dan sikapnya sepatutnya diteliti dari kedua-dua dimensi ini juga. Setiap manusia mempunyai kelemahan yang menyebabkan kesilapan manakala hampir pasti bahawa setiap kesilapan boleh menjejaskan reputasi seseorang dan j ika individu berkenaan adalah pemimpin maka semua pihak akan menghitung setiap satu kesilapan berkenaan dan cuba menganggarkan kadar reputasi yang terjejas dek kesilapan terse but.

Sungguhpun begitu, kelemahan individu pemimpin boleh diperbaiki melalui tindakan memulihkan kesilapan berkenaan. Satu cara yang sesuai untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seseorang ketua atau pemimpin politik adalah dengan cara mengaplikasikan teknik dan strategi komunikasi yang hetul. Strategi ini penting tatkala kelemahan pemimpin dikenal pasti agak ketara dalam rangka usaha heliau menangani

sesuatu isu berkaitan tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat atau menteri berportfolio. Hal yang sedemikian sudah tentu memberi kesan kepada keyakinan pihak yang diwakilinya di kawasan yang ditandingi dalam satu-satu pilihan raya.

Dua perkara penting yang menjadi kerangka dalam teknik dan strategi komunikasi ialah sistem dan proses. Dalam sistem komunikasi, terdapat elemen­elemen asas yang membentuk satu-satu sistem seperti komunikator (sarna ada sebagai pengirim atau penerima mesej), sa luran atau media dan mesej (isu yang menjadi fokus perbincangan dan interaksi antara komunikator) manakala proses komunikasi pula adalah sebarang usaha untuk menghidupkan sistem komunikasi agar mesej dapat

dikongsi antara komunikator yang terlibat dalam sistem berkenaan. Proses komunikasi seharusnya dipenuhi dengan aktiviti bercakap, menulis dan menerima maklum balas daripada kandungan mesej yang ditulis atau diperkatakan.

Komunikator adalah individu atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu sistem komunikasi. Komunikator juga adalah agen

Page 2: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Saot H} Awg. Damil d SyaJvvddm H}. Awg. Ahmod

yang merangsang proses komunikasi untuk berjalan dengan lancar. Komunikator boleh menjadi pengucap yakni penyampai mesej dan dalam masa yang sama boleh menjadi pendengar yang menerima mesej. Interaksi komunikator-komunikator dalam satu sistem komunikasi dianggap berkesan dan berjaya memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat jika semua elemen komunikasi digarap dengan betul dan dijana sehingga ke tahap optimum.

Komunikator yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu sistem komunikasi seharusnya memiliki ciri-ciri berikut:

• Bermaklumat yakni mempunyai maklumat asas dan maklumat terkini berkaitan dengan isu atau perkara yang menjadi pokok perbincangan dalam satu-satu sistem komunikasi.

• Berkebolehan menyampaikan mesej secara lisan, tulisan, isyarat dan menggunakan perantaraan teknologi.

• Tabu menilai aspek asas interpersonal dan memanipulasi aspek berkenaan untuk kebaikan semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi.

Konsep komunikasi yang berkesan perlu dipaneangkan kepada dua aspek. utama, iaitu manusia sebagai komunikator yang mengamall-an prinsip komunikasi asas dan media sebagai saluran menyampai dan menerima semula mal-Ium balas bagi mesej yang dikongsi antara komunikator. Kedua-dua aspck ini memtx.'1i pctunjuk kepada eara satu-satu sistem komunikasi boleh digambarkan sebagai baik atau scbaliknya sarna ada ke atas komunikator yang menjayakan sistem mahupun mesej yang menjadi dasar dalam sistem berkenaan.

Kebijaksanaan pemimpin parti sesebuah politik menjawab sebarang isu tertakluk kepadajenis isu., keupayaan menilai sumher isu dan kemampuan individu pemimpin berkenaan mengawal emosi. Kedua-dua aspek ini memberi petunjuk kepada bagaimana satu-satu sistem komunikasi bolch digambarkan sebagai baik alau sebaliknya sarna ada ke atas komunikator yang menjayakan sistem mahupun mesej yang menjadi dasar dalam sistem berkenaan.

Cara pemimpin menjawab satu-satu isu, membahaskan polemik 81au membidas tohmahan pihak lawan dalam konteks politik boleh dianggap sebagai salu atau set siri usaha yang dilakukan seeara sengaja untuk mempengaruhi fikiran dan tingkah laku manusia bagi mengambil keputusan untuk bertindak seiring dengan kehendak pemimpin berkenaan. Oleh itu, penting bagi setiap pemimpin sebagai komunikator untuk peka kepada beberapa perkara asas dalam usaha menangani khalayak kempen dan akar umbi agar misi mewujud dan mengekalkan keyakinan dalam kalangan penyokongnya berjaya dilakukan. Perlu diingat bahawa komunikasi yang berkesan adalah proses penyampaian mesej secara teralur dan mengambil lira

104

Page 3: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koonen/as; Pendapat

aspek-aspek asas dalam sistem komunikasi. Pemimpin politik sebagai komunikator perlu menilai ketepatan masa untuk menyampaikan mesej kepada penerima, kesesuaian jenis saluran yang digunakan untuk menyampaikan mesej, kesediaan penerima untuk menerima mesej selain perlu meminimumkan faktor gangguan yang

mungkin timbul semasa proses komunikasi berlangsung. Usaha memelihara reputasi perlu dilakukan secara terancang agar hasil yang

diraih memberi impak positif kepada diri pemimpin dan pada masa yang sarna menimbulkan keyakinan di minda khalayak. Hal yang demikian menuntut individu pemimpin untuk mengawal setiap elemen komunikasi dalam diri dan persekitarannya secara sisternatik dan satu kaedah yang boleh diaplikasikan adalah dengan cara menilai

diri dan elemen komunikasi di sekeliling pemimpin iaitu:

• Peringkat sahsiah diri pemimpin. Di peringkat ini, pembujuk perlu menerapkan tiga aspek komunikator yang berketerampilan iaitu bennaklumat, berkebolehan menyampaikan mesej dengan pelbagai cara dan keupayaan memanipulasi aspek interpersonal.

• Peringkat segmentasi audien; pembujuk perlu mengelaskan audien kepada kategori tertentu mengikut demografi agar reka bentuk mesej dan kandungannya dapat disesuaikan mengikut tahap pengetahuan dan kemampuan audien menyerap maklumat.

• Peringkat penerapan kandungan mesej dalam proses komunikasi; pembujuk perlu memilih kaedah terbaik untuk menyerapkan mesej pembujukan sama ada menggunakan kiasan, secara terus dan sebagainya.

• Peringkat pemantauan kesan komunikasi atau interaksi. • Pembujuk perlu membuat pemerhatian serta-merta, serentak atau pasca­

pembujukan untuk melihat perubahan yang herlaku pada diri khalayak akibat pendedahan kepada mesej pembujukan.

ISU DALA~1 K(~IP(N rOLlTlK

Dalam konteks politik, pengaruh kuasa amat besar maknanya dari sudut cara pelaksana kempen mencapai matlamat dan pad a masa yang sarna menentukan seterusnya

memilih orientasi tertentu untuk kempen yang dijalankan. Landasan utama kempen politik adalah ideologi manakala pendorong ke arah kewujudan kesuburan nilai

sokongan dalam politik secara khusus berpandukan kepada inti pati rancangan yang ingin ditonjolkan dalam menangani setiap satu isu yang timbul atau ditimbulkan oleh pihak tertentu sepeni pani lawan, hadan bukan kerajaan, pemimpin pendapat

atau mungkin orang perseorangan. Identiti pemimpin dipengaruhi oleh imej yang ditonjolkan semasa berkempen. Kejayaan menonjolkan imej pemimpin pula boleh mendorong audien untuk memilih calon yang sesuai dipilih sebagai wakil mereka.

105

Page 4: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Soot HJ Awg. Dantit /I Syahruddlfl HJ. Awg. Ahmad

Bahtiar Mohamad dan Muhammad Afifi Razak (2004) menegaskan bahawa aktiviti komunikasi yang sistematik akan mengubah pemikiran publik terhadap pemimpin dan lama-kelamaan akan wujud satu set kepercayaan dalam pemikiran publik tentang identiti yang dimiliki oleh pemimpin. Akhimya, menerusi aktiviti komunikasi yang berterusan melalui penonjolan idcntiti akan terhasil tindakan posit if daripada publik terhadap pemimpin.

Dalam kontcks kempen politik di Malaysia khususnya menerusi pilihan raya umum ke-12 (PRUI2) yang lalu, usaha merebut kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen menyaksikan orientasi pertentangan secara tradisi berlaku antara dua parti iaitu pihak pemerintah dan pembangkang. Kekuatan sesebuah parti bergantung kepada faktor nilai yang ingin diperjuangkan dan diterapkan sebagai matlamat parti sesebuah parti itu sendiri jika diberikan mandat untuk memerintah. Untuk sekian lama sejak merdeka. Barisan Nasional (BN) tampak lebih dominan dan gah dalam banyak perkara terutama dalam mcnyampaikan mesej kempen menggunakan saluran media elektronik dan cetak dalam skala yang besar dan agresif berbanding parti pembangkang.

Dalam konteks mengawal kualiti imej dan reputasi pemimpin serta parti komponen dalam kelompok parti kerajaan di negara ini, parti-parti politik menerusi think-tank masing-masing berusaha secara prinsip menyelaraskan sumber kempen dan menyesuaikan sumber dengan media massa agar mesej berkaitan kebaikan. kehebatan dan kecemerlangan pentadbiran kerajaan sedia ada diperlihatkan sejelas­jelasnya di mata rakyat atau bakal pengundi. Pada masa yang sarna. parti pembangkang menggunakan akhbar parti atau blog dalam laman web masing-masing bagi mcnjawab sebarang dakwaan atau isu yang cuba merendahkan nilai kebolehpercayaan pihak pembangkang di mata prospek pengundi.

Aspek pembujukan yang betul dalam setiap program kempen perlu dititikberatkan sebagai daya tarikan kepada mesej dan objektif yang ingin dicapai oleh pelaksana kempen tersebut. Apabila memperkatakan ten tang politik, sudah tcntulah ideologi atau fahaman menjadi sandaran kcpada semua tindakan yang diambil oleh pekerja parti dan calon parti yang berkenaan. Untuk itu, penting untuk menjelaskan kepada akar umbi atau audien tentang asas yang digunakan untuk memperjuangkan ideologi tersebut. Pengundi dalam kalangan generasi baharu kini dikatakan amat peka kepada bentuk, ragam mesej dan gaya pembujukan yang berlebih-Iebihan, konservatif dan tidak menepati cita rasa mereka sebagai sasaran kempen berkenaan.

Mcleod dan Chaffee (1973) mengutarakan hujah tentang orientasi yang wujud hasil persamaan tanggapan dua individu terhadap satu objek, situasi atau perkara. Reaksi dari kedua-dua individu ini dirangsang oleh objek. situasi atau objek yang dipersepsikan secara serentak oleh individu-individu berkenaan. Oricntasi

106

Page 5: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koorientasi Pendapat

berterusan yang berlaku dalam bentuk interaksi timbal balas antara kedua-dua individu ini akan menjadi pendapat secara am atau terdapat keselarian makna dalam kognitif kedua-dua individu tadi sebagai hasil perkongsian tanggapan tadi. Apabila terdapat lebih daripada dua orang individu dalam orientas~ maka ia disebut sebagai koorientasi.

Orientasi dalam hubungan manusia terbentuk oleh duajenis nilai yang wujud dalam diri dan persekitaran seseorang manusia setiap kali kedua-dua individu yang berhubungan itu mempersepsikan sesuatu objek, situasi atau perkara. Seseorang individu akan memperlihatkan pend irian atau sikapnya terhadap objek, situasi atau perkara berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Nilai dalam diri dan persekitaran individu berkenaan disebut salience. Nilai seterusnya disebut sebagai pertinence. yakni nilai relatif sesuatu objek itu dilihat dengan cara membandingkannya dengan objek., situasi atau perkara lain. Objek. situasi atau perkara akan dilihat sebagai memiliki kekuatan atau kelemahan tersendiri dan ciri-ciri ini bakaJ menarik minat individu tersebut untuk terus memikirkan atau memperdcbatkannya dengan pihak lain. Antara kedua-dua nilai ini jelas memperlihatkan terdapat perbezaan antara salience dan pertinence. Nilai salience adalah satu cara individu mempersepsikan sesuatu secara bebas (tanpa dipengaruhi ideologi, pengalaman atau kuasa atau dorongan manusia lain) mengikut situasi, manakala pertinence pula bergantung kepada cara individu tersebut melihat atau merasa satu-satu situasi.

Manusia lazimnya membuat pilihan dengan cara menerima atau menolak sesuatu altematifpada satu-satu masa atau situasi. Manusia boleh diperkayakan dengan pengalaman dan pengetahuan dari masa ke semasa. Pengalaman dan pengetahuan ini digunakan untuk membuat pertimbangan yang wajar terhadap satu-satu isu (Mohd. Hamdan Haji Adnan, 1995). Kematangan dalam pemikiran hasil pertambahan pengalaman dan pengetahuan ini pula melahirkan sikap tertentu seseorang manusia untuk menilai sekali gus membuat pilihan terhadap sesuatu. Situasi ini menjelaskan bahawa setiap pendapat yang dikemukakan oleh seseorang itu sebenamya adalah manifestasi sikapnya terhadap sesuatu objek, perkara atau isu. Pendapat biasanya lahir dalam bentuk lisan yang muneul akibat rangsangan sesuatu isu mengikut situasi yang tertentu, manakala sikap pula adalah sandaran kepada hujah tentang bagaimana seseorang itu suka atau sebaliknya terhadap sesuatu objek. perkara atau isu. 'Pendapat' melibatkan peranan kognitifatau pemikiran berbanding afektif. Berbeza dcngan 'sikap', pendapat lebih bersifat serta-merta dan lahir dari intuisi.

Dalam konleks kempen politik. prinsip dan elemen interpersonal secara teknikal direalisasikan setiap kali akar umbi dan pengundi hadir dalam satu-satu sesi ceramah, di temp at awam mahupun di pond ok atau bilik operasi parti-parti politik yang bertanding. Hubungan interpersonal yang positif akan memperlihatkan perdebatan atau perbincangan ten tang isu yang berakhir dengan keputusan untuk menyetujui isu atau menolak isu sebagai mempunyai kesan kepada calon dan juga

107

Page 6: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Soot If] Awg. Dan'" & Syahruddm HJ. Awg. Ahmad

parti mereka. Sebaliknya, jika perbincangan atau perdebatan tidak berakhir dengan kata putus atau tergantung dari sudut kefahaman terhadap isu, kurang sumber yang sahih untuk mengesahkan isu atau mungkin mereka tidak berminat dengan isu berkenaan maka hubungan interpersonal tersebut dianggap negatif.

Dalam konteks hubungan interpersonal yang posit if, ketepatan terhadap isu yang diperdebatkan muncul hanya jika individu A mendapati bahawa individu B memenuhi keperluan perhubungan berkaitan dengan perkara yang ditanggapi secara bersama. Unsur ketepatan dalam elemen intrapersonal dapat menyumbang ke arah keberkesanan proses perkongsian maklumat di antara individu dengan individu yang lain. Dalam konteks pilihan raya, isu yang lazim diperdebalkan merangkumi semua jenis tema yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat yang antara lain termasuklah isu ekonomi, peribadi calon, pembangunan membabitkan prasarana, pendidikan, gejala sosial sehinggalah kepada isu membabitkan salah laku pemimpin. Ahli-ahli dalam sebuah masyarakat diikat dalam satu rangkaian perhubungan. Perhubungan ini boleh wujud dalam bentuk tetangga, rakan sekerja, rakan satu parti politik, seagama, suku kaum yang sarna dan sebagainya. Rulin kehidupan manusia pula mendorong kepada wujudnya interaksi dalam bentuk perbualan, sapaan, malah perkongsian idea dalam bentuk yang lebih formal seperti dalam sesi ceramah agama sehinggalah ke sesi perhimpunan berasaskan ideologi politik. Apabila wujud pertembungan antara dua atau lebih pihak pada sesuatu masa maka, timbul pula elemen komunikasi kumpulan kecil dan komunikasi interpersonal.

Dalam elemen interpersonal dua perkara asas yang menjadi dasar kepada pembentukan perhubungan yang mantap iaitu persetujuan dan persefahaman. Persetujuan mewakili keadaan iaitu dua atau lebih individu berkongsi penilaian yang sarna tcrhadap satu isu yang dianggap penting bagi individu-individu yang berkenaan. Persefahaman pula adalah ukuran kepada bentuk atau jenis unsur yang sama yang wujud dalam diri setiap individu yang saling berhubung. Dalam paradigma orientasi. persetujuan disebul sebagai salience manakala persefahaman pula adalahpertinence. Kebanyakan orang boleh mengemukakan pendapat yang jika dihimpunkan boleh menggambarkan keseragaman sarna ada bersetuju atau mcnidakkan salu-salu perkara dalam satu-satu isu. Kedua-dua persetujuan dan persefahaman boh:h wujud seeara serentak pada satu masa dalam pada dua pihak membincangkan satu-salu isu (Mohd. Hamdan HajiAdnan, 1995). .

Persetujuan dan persefahaman yang wujud antara individu yang saling berhubungan seeara interpersonal boleh meningkalkan lahap hubungan interpersonal dari tahap permulaan, pertengahan hinggalah ke lahap linggi. Kedua-dua aspek ini sekali gus membina koorientasi dalam kalangan individu sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Hal ini sekali gus dapal membanlu individu berkenaan untuk mempersepsikan satu-satu isu yang timbul seterusnya membincangkan isu terse but (Sharpe, 2000). Dua perkara penting yang berkait rapat dengan persetujuan dalarn

108

Page 7: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

KOcmenlasi PendapaJ

pembentukan pendapat wnwn ialah persepsi persetujuan dan persetujuan sebenar. Calon

UMNO-BN di P.176 Kimanis dan N.24 Membakut secara prinsip mendokong idea utama tentang pembangunan luar bandar dan usaha menangani miskin tegar oleh pucuk pimpinan parti berkenaan. Hal ini dilakukan khusus untuk membentuk satu sikap yang seragam dalam kalangan akar umbi terhadap isu yang diperkatakan oleh seseorang calon. Sikap ini lazimnya akan dapat dilihat dan dirasai menerusi bentuk sokongan yang diterjemahkan secara fizikal dalam sesi-sesi ceramah oleh sesebuah parti politik. Bilangan hadirin yang ramai boleh menggambarkan secara umum, sikap akar umbi atau penyokong sesebuah parti begitulah jika bilangan hadirin yang sedikit boleh memberikan makna yang sebaliknya.

Apabila memperkatakan tentang persetujuan terhadap satu-satu isu, duajenis persetujuan boleh dirasai pad a sesuatu masa apabila isu timbul dalam tempoh kempen berlangsung. Kedua-dua persepsi persetujuan dan persetujuan sebenar adalah dua

perkara yang berbeza. Persepsi persetujuan lebih cendernng memberi kesan kepada kelakuan masyarakat berbanding persetujuan sebenar. Malah, menjadi suatu kelaziman bagi mereka yang terlibat dalam isu yang menjadi perdebatan umum tidak tahu-menahu tentang kewujudan persetujuan sebenar dan mereka hanya tahu persepsi terhadap persetujuan itu semata-mata. Sebilangan besar individu pemimpin politik menggemari persepsi persetujuan berbanding persetujuan sebenar kerana dengan cara inilah setiap

perdebatan dan tuduhan berkaitan isu peribadi pemimpin oleh ahli masyarakat dapat diredakan seterusnya dipesongkan daripada terns mengenai pemimpin yang berkenaan.

Hussain Mohamed (2002) mengatakan bahawa politik boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut mengikut kaca mata individu dalam masyarakat. Politik mungkin sesuatu yang berkaitan dengan kuasa, kuat kuasa, tawar-menawar, permainan kuasa, kepimpinan, konflik kelas, ideologi, proses penyuaraan hak malah juga pelaksanaan

tuntutan dan kepentingan dalam kelompok sesebuah masyarakat. Oleh itu, PRU-12 menyaksikan manifesto pilihan raya digunakan agen perangsang ke arah terbitnya

persepsi persetujuan terhadap kemampuan sesebuah parti politik mentadbir sesebuah konstituen. Namun, dalam usaha memperoleh persepsi persetujuan, amat jarang isu realistik dalam masyarakat berjaya ditangani dengan sempurna. Ruang kesempumaan inilah kelak akan diisi dengan hujah membidas parti-parti pembangkang, pemerhati politik dan badan bukan kerajaan.

Pendapat wnum yang dikongsi oleh sesebuah masyarakat adalah kompleks dan dengan menggunakan model koorientasi pendapat umum dapat digambarkan mengikut tatatingkat yang tertentu. Contohnya, istilah 'monolithic consensus I

mewakili tahap yang tertinggi untuk persetujuan sebenar yang digarnbarkan secara

tepat oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam sesuatu isu manakala 'dissensus' pula wujud apabila kadar tidak bersetuju adalah tinggi. Pendapat umum berdasarkan

persepsi yang tidak tepat akan membawa masalah dalarn perhubungan antara individu dalam masyarakat 'False consensus 'wujud apabila terdapat sebiJangan ahli masyarakat

109

Page 8: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Soat Hj Awg. Damil <I Syahruddm Hj. Awg. Ahmad

mengemukakan persetujuan sebenar tetapi pada masa yang sarna, majoriti yang terlibat adalah tidak bersetuju. Aspek 'pluralistic ignorance' pula mewakili pendapat umum iaitu majoriti tidak bersetuju dan hanya sedikit bilangan yang bersetuju. Calon Bebas yang bertanding di N.26 Kuala Penyu secara terbuka memperakui kelebihan BN dari sudut keupayaan membawa masuk pembangunan fizikal ke daerah berkenaan dan beliau memilih untuk tidak mempersoalkan isu pembangunan berbanding isu kepimpinan UPKO di kerusi berkenaan.

Apabila mereka yang terlibat dalam isu seeara tidak tepat men genal pasti persetujuan sebenar, maka mereka ini hakikatnya bertindak balas menggunakan asas persepsi yang tidak tepat. Asas persepsi yang tepat seharusnya menggunakan alasan yang mempunyai sumber rujukan yang sahih dan boleh dipertanggungjawabkan untuk menjawab persoalan-persoalan yang wujud dalam satu-satu isu yang sedang diperdebatkan. Dalam situasi 1alse consensus' dan 'pluralistic ignorance', maklum balas dan pendapat umum adalah tidak konsisten dengan konteks orientasi individu terhadap satu-satu isu yang mempunyai kepentingan bersama. Dalam erti kata lain, akar umbi dan pengundi eenderung mempereayai khabar angin semata-mala dan bukannya berita atau eerita yang bersumberkan fakta. Bilangan individu dalam masyarakat akan bertambah secara relatif dengan kadar keseriusan isu yang disebarkan dalam bentuk khabar angin.

Percambahan pendapat tentang mutu kepimpinan dan implikasi gaya mentadbir kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat N.24 Membakut dan P.176 Kimanis menjadi bualan hangat dalam kalangan pengundi di kawasan ini. Beberapa isu yang antara lain bersifat peribadi timbul pada awal tempoh kempen pilihan raya. 'Sikap' terhadap isu setempat dalam kalangan akar umbi dibentuk menerusi pengalaman melihat dan merasai pembangunan fizikal selama dua penggal di bawah naungan calon parti pemerintah (persepsi persetujuan). 'Pendapat" terhadap isu setempat. pendapat akar umbi dilahirkan dengan koorientasi iaitu media arus pcrdana dan tempatan (persetujuan sebenar) dan pemimpin pendapat (persepsi persetujuan).

PEMBANGUNAN PROGRESIF DI BEAUFORT

Rakyat pasca milenia di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya hari ini begitu peka terhadap kemampuan pemerintah meraneang hala tuju. kadar dan akses perbelanjaan untuk pembangunan terutamajika dikaitkan dengan projek dan program untuk faedah rakyat (Mohd. Hamdan Haji Adnan, 2004). Pembangunan tizikal membabitkan penyediaan prasarana seperti jalan raya dan rumah kedai di P.177 Beaufort terbukti dapat dirasai dan dilihat sepanjang tempoh awal kemuneulan UMNO-BN sehingga sekarang dan situasi ini sudah tentu boleh menjadi sebab UMNO-BN mendapat sokongan berterusan di dacrah ini. Pembangunan Pekan Beaufort secara fizikal adalah

110

Page 9: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koonenlasi PendapoJ

progresif dalam banyak perkara. Beberapa kompleks rumah kedai dan pasar raya berdiri megah dalam tempoh kurang 10 tahun UMNO-BN berdiri sebagai parti mewakili penduduk di daerah ini. Sumber dalam kalangan penduduk di beberapa buah kampung di kawasan N.2S Klias menjelaskan bahawa mereka sememangnya akan terus menyokong sebarang parti yang mampu memberikan kebaikan kepada kawasan mereka. Namun, adakah ini bennakna tidak ada isu di Beaufort?

Penduduk di Beaufort rata-rata terdiri dari kalangan etnik Bisaya memiliki tahap 'monolilhic consensus' yang agak tebal terhadap calon kerusi Parlimen yang juga dalam kalangan etnik yang sarna. Demografi penduduk meneenninkan sikap dan visi mereka terhadap perkara yang ingin diperoleh dalam jangka masa panjang. Penduduk di N.2S Klias beranggapan bahawa hanya wakil rakyat yang muneul dalam kalangan etnik mereka sahaja yang memahami dan mempunyai rasa tanggungjawab yang jitu bagi memperjuangkan nasib mereka. Persefahaman tentang hal a tuju kehidupan masyarakat di Daerah Beaufort wujud atas dasar kesukuan dan kedaerahan yang menebal terutama dalam kalangan pemastautin yang memiliki mewarisi tanah pusaka. Aspek kesukuan ini memberi satu bentuk dorongan yang kuat kepada setiap penduduk di daerah ini secara umum membuat keputusan tentang siapa dan bagaimana masa depan mereka dicorakkan menerusi politik. Mansor Ahmad (dalam Mohd. Hamdan Haji Adnan & Zulkarimein Nasution, 1992) menjelaskan bahawa kepereayaan, nilai dan sikap suatu masyarakat adalah faktor penyebab kepada wujudnya pembangunan di sesebuah tempat. Pentadbir dan pengurus aktiviti pembangunan harus memelihara ketiga-tiga aspek ini untuk memastikan proses pembangunan tidak tereneat atau gagal.

Kebanyakan penduduk di Daerah Beaufort terdiri daripada nelayan, petani dan pentemak seeara berkelompok menerusi skim ladang kerajaan dan tanah-tanah persendirian. Kewujudan jalan raya yang menghubungkan Pekan Beaufort ke Pekan Kuala Penyu dan Menumbok secara total menghidupkan rutin dan membuka banyak peluang kepada penduduk setempat untuk memasarkan basil pertanian ke kawasan­kawasan berkenaan. Mereka amat menyanjungi pemirnpin yang telah dapat mengubah masa depan yang sebelum ini bergantung kepada sungai dan jalan tidak berturap untuk menjual hasil kebun dan temakan ke pekan dan daerah lain yang berdekatan.

Terdapat isu berkaitan nepotisme dan kronisme terutama membabitkan agihan hak milik tanah, sumber bumi dan kuasa di daerah ini. Namun, secara umum pengundi di kawasan Parlimen P.I77 Beaufort dapat meleraikan pelbagai bentuk pertikaian berkaitan dengan isu kepimpinan, peribadi ealon dan salah guna kuasa dengan cara merasionalkan semua pembangunan yang telah dan sedang disediakan kepada mereka. Hal yang demikian tidak memberikan gambaran bahawa penduduk di daerah ini gagal memahami isu yang ditimbulkan oleh pembangkang tetapi lebib dari itu seeara sedar telah menerapkan orientasi perlinence dalam membalas semula bujah

111

Page 10: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Sati Hj AMlg. Damit cI Syahruddm Hj. AMlg. Ahmad

dakwaan pembangkang terhadap parti pemerintah dan cal on yang dipertandingkan di kawasan ini. Penyandang kerusi DUN Klias dan calon kerusi Parlimen Beaufort menggunakan aspek demografi akar umbi di kawasan ini untuk meraih sokongan daripada pengundi dan prospek pengundi. Hujah calon parti pemerintah jelas dan memiliki fakta yang sahih dengan bukti-bukti sosiobudaya wujud secara fizikal di pekan dan kampung. Kesan langsung daripada inti pati ceramah kempen sebegini membuahkan hasil iaitu sebilangan besar pengundi berada dalam kelompok mereka yang memiliki persepsi persetujuan terhadap kemampuan parti pemerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di daerah ini.

ISU INFRASTRUKTUR DI KUALA PENYU

Masyarakat setempat memerlukan kemudahan asas seperti Jambatan Palu-Palu -Pekan Kuala Penyu, bekalan dan elektrik serta air jalan raya di seluruh daerah ini. Turut dibangkitkan dalam musim kempen pilihan raya kali ini adalah isu peluang pekerjaan di Daerah Kuala Penyu.

Ceramah politik PKR cuba menggamit perhatian pengundi di kawasan ini dengan berusaha menimbulkan isu lampau seperti raneangan membina jambatan dad Pekan Kuala Penyu ke Kg. Palu-Palu. Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan berusaha menimbulkan keraguan dalam fikiran akar umbi tentang peranan sebenar pihak kerajaan dalam membangunkan infrastruktur di daerah ini. Menerusi ceramah kelompok di kampung-kampung, pengundi diajak untuk menilai sarna ada kerajaan benar-benar serius untuk memenuhi janji mereka dalam manifesto atau sekadar mendapatkan perhatian daripada penduduk di kawasan mereka dengan harapan parti pemerintah dapat terus kekal menguasai kerusi-kerusi yang dipertandingkan di P.177 Beaufort dan N.26 Kuala Penyu.

Beberapa kain rentang digantung di tempat tumpuan orang ramai seperti di beberapa gerai, kedai runcit dan pondok menunggu feri di Kg. Palu-Palu danjeti Pekan Kuala Penyu. Strategi perang saraf ini digunakan khusu!l untuk merendahkan reputasi pihak tertentu terutama dalam hal berkaitan fungsi sertajaminan pihak berwajib untuk memberikan kemudahan awam kepada penduduk setempat. Ungkapan pantun yang sin is menyindir pihak parti pemerintah seeara jelas mempamerkan harapan dan kekecewaan akar umbi terhadap keprihatinan pihak pemerintah terhadap keperluan penduduk setempat. Penduduk di kampung ini amat memerlukan jambatan yang dapat menghubungkan kampung mereka dengan Pekan Kuala Penyu. Jika ini menjadi kenyataan, kesan langsung yang dirasai dan dapat dilihat oleh pemukim di kawasan ini adalah perubahan landskap pembangunan dan !losioekonomi penduduk. Banyak barangan keperluan, sumber pertanian dan hasillaut dapat dipasarkan tanpa bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan feri yang sedia ada. Orientasi terhadap pembangunan

112

Page 11: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koorlenlasi PendapaJ

dan pendapat yang timbul dalam kalangan penduduk di sini sudah wujud sejak Icbih 30 tahun yang lalu. Ciri-ciri salience amat ketara dalam kata-kala yang ditulis pada kain rentang dan secarajelas dalam hasil temu bual dengan kebanyakan generasi muda yang pemah bekerja di tempal lain dan yang telah melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading mampu menilai kepentingan pembangunan dan bagaimana proses pembangunan harus berjalan secara linear dan dinamik.

Generasi baharu yang kembali dari perantauan mempunyai sikap yang kritis terhadap keperluan semasa yang perlu ada di kampung halaman mereka. Aspek pertinence ini bertambah kukuh apatah lagi beberapa kawasan bersebelahan kampung dan daerah mereka telah dan sedang menerima perubahan dalam semua aspek. Pembangunan sosioekonomi dianggap telah dan sedang berubah secara beransur­ansur. Namun, hal yang difikirkan oleh akar umbi adalah cara dan hal a tuju perubahan tersebut ditumpukan adalah titik punca persoalan yang sering bermain-main di benak setiap pengundi setiap kali musim pilihan raya tiba. Akar umbi dan mereka yang berada dalam kalangan pengundi di Kuala Penyu tampak mempunyai persetujuan sebenar terhadap calon, parti dan cara parti pemerintah menjalankan fungsi pentadbiran dan pembangunan di kawasan ini.

Persoalan tentang keupayaan dan kebijaksanaan pemimpin mempelbagaikan aspek pembangunan adalah dua tema yang hangat dibahaskan dalam kalangan pengundi dan prospek pengundi di kawasan ini. Kemenangan cal on Bebas dalam pilihan raya umum ke-ll menjelaskan sikap pesimistik penduduk terhadap calon parti pemerintah pada masa itu. Suatu persoalan yang menarik di Kuala Penyu adalah penyokong Bebas secara terbuka mengakui bahawa beliau dan penyokong­penyokongnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan. Calon Bebas sedia berundur jika UPKO tidak bertanding. Hal yang diingini oleh calon Bebas dan para penyokongnya ialah perletakan calon UMNO di N.26 Kuala Penyu. Beliau yangjuga mantan ahli UMNO malah pelopor bumiputera bukan Islam yang pertama menganggotai parti Melayu itu di negeri Sabah secara terbuka menyokong sebarang cadangan untuk mencalonkan sebarang ahli UMNO Kuala Penyu untuk berdiri sebagai calon di daerah tersebut. Tindakan beliau ini dikatakan sebagai protes kepada konflik peribadi membabitkan dirinya dengan mantan penyandang kerusi DUN N.26 dari Parti UPKO.

Sokongan terhadap calon adalah menerusi isu ini iaitufalse consensus wujud seeara berkelompok dalam kalangan penyokong UPKO dan segelintir daripadanya optimistik bahawa hanya parti pemerintah yang relevan dengan pembangunan di daerah ini khasnya dan di negeri Sabah amnya. Sebaliknya, di pihak Bebas dan warga Kuala Penyu dalam kalangan bumiputera Muslim mempamerkan pluralistic ignorance iaitu mereka tidak bersetuju dengan gagasan idea UPKO terutamanya bekas penyandang terhadap cara beliau memimpin dan mengendalikan isu setempat

113

Page 12: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Saal H} Awg. Dami, cI SyaJrruddr" H). Awg. Ahmad

di daerah ini. Penyandang kerusi Bebas untuk satu penggal, berusaha meyakinkan akar umbi bahawa perjuangan beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat khasnya dan parti komponen BN amnya tentang tanggungjawab beliau yang belwn selesai dilunaskan kepada rakyat dan kawasan yang diwakilinya.

Sebilangan besar warga Kuala Penyu terdiri daripada masyarakat Melayu Brunai, manakala selebihnya dan kalangan masyarakat Dusun Tatana. Penyandang kerusi N.26 Kuala Penyu mengesahkan bahawa beberapa buah kampung yang majoriti penduduknya dari kalangan masyarakat Melayu Brunei menyokong aspirasi • Bebas menyokong kerajaan'. Namun, sebilangan pengundi dikatakan masih keliru dengan tindakan dan pend irian penyandang kerusi DUN Kuala Penyu berkenaan terutama apabila beliau bertegas bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding kerusi yang disandangnya sekarang jika ada calon UMNO yang disokong untuk berdiri

sebagai calon.

KRONISME DAN NEPOTISME

Mohd. Hamdan Haji Adnan (2004) menegaskan bahawa rakyat dalam kalangan generasi baharu hari ini amat menitikberatkan soal ketelusan dan cara ketelusan ditangani oleh pemerintah. Calon PKR di N.24 Membakut mendakwa bahawa

kepimpinan UMNO-BN terlibat dalam amalan kroni-nepo. Beberapa projek pembangunan setempat tidak diagih secara telus, adil dan saksama. Projek pembangunan setempat untuk membangunkan tanah, kemudahan asas seperti pondok menunggu bas dan surau dikatakan dimonopoli oleh segelintir pihak sahaja dalarn kalangan ahli keluarga dan sahabat-handai calon parti pemerintah. Tuduhan yang dikemukakan disertakan dengan bukti fizikal dan disahkan oleh penduduk setempat. iaitu projek-projek berkenaan dirancang untuk dijalankan. Dikatakan bahawa sebilangan projek yang sepatutnya te lah bermula belum menampakkan sebarang tanda seperti yang diharapkan. Khabar angin mengatakan bahawa individu dan kumpulan

yang berkenaan telah menggelapkan wang yang sepatutnya dijadikan sebagai modal untuk memberi peralatan dan menanggung kos projek. Beberapa nama yang sering diucapkan oleh sumber sememangnya adalah individu yang rapat dan mempunyai pertalian saudara dengan calon parti pemerintah.

Aspek dissensus dalam kalangan belia dan pengundi warga tua terutama mereka dalam kalangan pesara kerajaan amat ketara terhadap cara penyandang kerusi N.24 Membakut mengendalikan projek berimpak tinggi kepada daerah ini terutama projek yang membabitkan keperluan asas penduduk. Penduduk di beberapa bUah kampung yang majoriti pengundinya adalah Muslim mengesahkan bahawa

pembabitan ahli keluarga dan rakan karib calon dalam kebanyakan aktiviti rasmi pelaksanaan projek berskala sederhana dan kecil malah juga ada yang mengaitka~

114

Page 13: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koorienlasi Peruiapal

keputusan sena tindak-tanduk penyandang kerusi N.24 Membakut dibayangi oleh

ahli keluarga penyandang itu sendiri dan bukannya atas dasar kreativiti dan kuasa beliau sebagai pemimpin yang telah dipilih oleh pengundi di kawasan berkenaan.

Shukor Omar (2003), menjelaskan bahawa penyokong-penyokong parti dan 'broker

kuasa' dalam UMNO sentiasa mendalangi setiap perkara baik dalam aktiviti politik,

pentadbiran kerajaan dan penentuan calon parti berkenaan musim pilihan raya. Hal )'ang demikian berlaku kerana untuk mengekalkan akses kekayaan dan

pengaruh demi memenuhi tuntutan peribadi semata-mata. Jika dahulunya cerita berkaitan dengan peluang untuk meraih kekayaan dengan cara terlibat dalam politik

sebegini dianggap sebagai tohmahan dan telahan, kini kebanyakan individu yang

terdiri daripada pihak yang mengaku sebagai sumber dan saksi kepada amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan ahli keluarga penyandang kerusi DUN N.24

mengesahkan bahawa terdapat percanggahan nilai dan tindakan dalam hampir semua

perkara berkaitan dengan pembangunan yang diputuskan oleh penyandang kerusi DUN N.24 dalam tempoh kurang setahun sebelum tarikh pilihan raya umum ke-12

diumumkan. Dalam kehidupan masyarakat kampung, kurang baikjika satu-satu isu

dikaitkan dengan individu yang berkuasa dan mempunyai pengaruh ke atas banyak

aspek kehidupan termasuklah aspek keagamaan dan moral. Situasi ini boleh menyebabkan pengundi memperlihatkan persetujuan sebenar terhadap calon dan

mungkin bukan kepada parti yang berkenaan secara langsung. Syed Arabi Idid & Safar Hasim (1993) berpendapat bahawa dalam konteks pemprosesan maklumat

Kempen politik menerusi ceramah, audien ceramah secara peribadi atau berkumpulan

berusaha mencari dan menerima maklumat yang rasional untuk menentukan parti yang sesuai dipilih sebagai pemerintah.

POLITIK WANG

Francis (dalam Puthucheary & Norani Othman, 2005) mengatakan bahawa konsep

3M (wang, media dan jenlera) telah berjaya membantu menjayakan kempen yang

telah membawa kemenangan BN menerusi UMNO pad a pilihan raya tahun 1995.

Penggunaan arnaun wang yang banyak yang dibelanjakan khusus untuk kegunaan

Kempen parti berkenaan telah memberi impak positifkepada sasaran untuk merampas semula Sabah daripada genggaman Parti Bersatu Sabah (PBS) pada waktu itu.

Calon PKR mendakwa mendapat laporan dan bukti dari kalangan pengundi

di N.24 Membakut bahawa wang digunakan sebagai umpan memancing undi sehari

sebelum hari pembuangan undi. Sumber dalam kalangan akar umbi yang menyokong

kedua-dua parti pemerinlah dan pembangkang mengesahkan bahawa memang

terdapat rangkaian maklumat dan akses untuk memperoleh wang yang dikatakan

diberikan khusus untuk menghargai pengundi kerana keluar mengundi. Namun,

115

Page 14: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Saat Hj Awg. Dan'" <I Syahrllddln HJ Awg. Ahmad

perkara yang jelas ialah bayaran wang pada kadar RM50 ke RM300 itu bertujuan

untuk mendorong pengundi membuat pilihan mutlak kepada calon parti pemerintah semata-mata Tidak ada laporan kepada pihak polis dibuat kerana kebanyakan sumber

enggan menjadi saksi atau pelapor walaupun mereka mengetahui individu dan

kumpulan yang terbabit dalam pemberian wang kepada pengundi ini. Persepsi persetujuan dalam kalangan prospek pengundi timbul tatkala

mereka hanya mendengar isu politik wang dari mulut ke mulut. Sebilangan besar

daripada pengundi yang berpotensi untuk mengundi mempunyai peluang untuk mengubah persepsi mereka terhadap cara dan tujuan wang digunakan dalam pilihan

raya berbanding kesan penggunaan wang dalam politik. Hallahan (2000) berpendapat

bahawa terdapat kumpulan tertentu dalam masyarakat yang cenderung untuk tidak melibatkan diri dalam perbincangan berkaitan dengan isu semasa dan memilih untuk mengambil tindakan berpandukan rasional semata-mata. Kemungkinan wujud bahawa

lebih 90 peratus pengundi di N.24 Membakut mempunyai tanggapan seragam

terhadap kejelekan ahli politik yang mahu menang dalam pilihan raya dengan

menyogokkan wang kepada pengundi bagi memperoleh kemenangan. Namun, mereka

tetap merasakan bahawa hanya Kerajaan BN yang mampu memberi kebaikan kepada

mereka dan bukan pihak lain termasuk pihak pembangkang yang membangkitkan isu politik wang itu sendiri.

Secara umum. sikap masyarakat terhadap 'politik wang' adalah jelas salah di sisi agama dan undang-undang. Namun. dalam konteks kawasan ini, pemberian wang dengan tujuan untuk mendapat sokongan daripada pengundi oleh calon yang

bertanding bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau bersifat luar biasa. Sumber yang

dipetik mengesahkan bahawa amalan ini telah wujud sejak sekian lama dalam setiap musim pilihan raya. Ungkapan yang sering timbul dalam kalangan pengundi dan

penduduk kampung adalah 'orang bagi. kita ambillah yang penting undi kita rahsia' .

Bagi calon yang dikaitkan dengan pemberian wang untuk meraih sokongan secara total menafikan sebarang pembabitan atau wujud sebarang arahan untuk pekerja_

peketja parti memberikan wang kepada pengundi. Persefahaman yang wujud antara

pemberi dan penerima membentuk sikap dan pendapat yang satu tentang 'politik wang' yang digembar-gemburkan sebagai menyalahi etika dan undang-undang

terutama apabiJa dikaitkan dengan elemen sogokan atau rasuah. Pengundi mempersepsikan pemberian wang sebagai suatu kemestian setiap musim pilihan raya

dan jika ditanya pekerja parti yang bertanding, pemberian wang adalah 'sedekah'

atau tanda terima kasih atas sokongan individu at au kumpulan memakai baju.

memegang bendera atau mengenakan pelekat kenderaan dengan logo parti-pani

tertentu. Aspek pluralistic ignorance menyebabkan tidak ada usaha baik di pihak

parti pembangkang atau orang perseorangan untuk mengambil tindakan sepeni membuat laporan kepada pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR).

116

Page 15: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koorientasi Pendapal

CALON Bl·KAN ORA~G TEMPATAN

Calon dan penyokong Bebas di kerusi P.176 Kimanis mendakwa bahawa penyandang kerusi P.176 adalah 'orang luar' daerah atau kawasan yang ditandingi. Penyandang yang menjawat jawatan menteri persekutuan dikenali umum dan dikatakan sebagai berbangsa asing (Pakistan) dan bukan dalam kalangan bumiputera. Penyandang dikatakan memiliki peribadi yang negatif terutama dari segi adab dan tidak sesuai mewakili pengundi di kawasan berkenaan. Ramai kalangan akar umbi mengesahkan pemah berhadapan malah menjadi mangsa dalam insiden dimarahi di hadapan khalayak umum, dicabar dengan kata-kata kesat dan seumpamanya oleh penyandang kerusi P.176. Kejadian sebegini dianggap mencalarkan imej dan personaliti penyandang yang juga merupakan mantan Timbalan Menteri di peringkat persekutuan.

Kebanyakan penyokong cal on Bebas di P.176 Kimanis bersetuju dengan kenyataan bahawa kehadiran ramai warga Pakistan memberi kesan kepada kebanyakan aspek kehidupan masyarakat setempat di kawasan Bongawan, Membakut termasuklah beberapa buah kampung di bawah pentadbiran dua daerah ini. Persepsi persetujuan lebih cenderung memberi kesan kepada kelakuan masyarakat berbanding persetujuan sebenar. Malah, menjadi suatu kelaziman bagi mereka yang terlibat dalam isu yang menjadi perdcbatan umum tidak tahu-menahu ten tang kewujudan persetujuan sebenar dan hal yang mereka tahu hanyalah persepsi terhadap persetujuan itu semata-mata.

Penyandang dan penyokong-penyokong UMNO di kerusi Parlimen ini sejak sekian lama secara kolektif memiliki false consensus' terhadap ciri-ciri pemimpin yang seharusnya mewakili penduduk di satu-satu kawasan Parlimen. Persetujuan terhadap kenyataan ini berlaku secara tekal untuk sekian lama. Pada masa yang sama, kumpulan massa dalam kalangan golongan petani yang terdiri daripada warga tempatan yang mendiami Daerah Bongawan dan Membakut untuk suatujangka masa yang agak lama menunjukkan 'pluralistic ignorance' secara terbuka terhadap peribadi dan sikap penyandang kerusi Parlimen Kimanis. Beberapa insiden yang memalukan penyandang kerusi Parlimen Kimanis di dua kawasan yang dilawati beliau semasa kempen telah dijadikan sebagai batu sempadan bagi para penduduk untuk menilai semula kesesuaian calon yang bertanding sebagai wakil mereka kali ini.

Ceramah dalam kempen calon Bebas berjaya rnerangsang pemikiran penyokong-penyokongnya agar mempercayai bahawa hanya penduduk tempatan yakni yang mewarisi tanah serta keluarga asal sesuatu tempat sahaja layak mengetuai kumpulan penduduk di sesuatu tempat. Penggunaan slogan 'orang kitani' rnenepati usaha calon Bebas khusus untuk memisahkan persepsi sedia ada di minda pengundi tentang individu penyandang kerusi Parlimen dan individu calon yang menentang beliau. Kaedah ini tampak seolah-olah satu bent uk sentirnen kedaerahan. .

Fakta berkaitan dengan pengalaman pahit calon Bebas dan penyandang kerusi Parlimen P.176 Kimanis difahami dan diakui boleh memberi impak serius ke atas tahap

117

Page 16: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

SaaI Hj Awg. Damil cI SyaJrruddm Hj. Awg. Ahmod

sokongan pengundi dan akar urnbi di kawasan ini. Gaya penceritaan dan akses rnaklurnat daripada calon kepada penyokong calon Bebas adalah konsisten dan maklumat yang diperoleh daripada sumber juga sekata dan telah mernbentuk koorientasi yang bersifat ideal terhadap isu kepirnpinan dan keperibadian penyandang kerusi Parlimen P.176 Kimanis.

PENUTUP

Setiap isu yang dikemukakan sebagai bahan kempen menarik perhatian prospek pengundi dan akar umbi sernua parti yang bertanding di kedua-dua kawasan P.176 Kimanis dan P.I77 Beaufort. Sumber isu adalah penduduk yang tinggal di kedua­dua kawasan berkenaan. Pelbagai isu lapuk rnenjadi faktor penolak dan penarik yang secara langsung atau tidak langsung telah rnenjadikan isu yang diperdebatkan pada pilihan raya urn urn ke-12 ini rnenjadi lebih hebatdan mampu memberi impak kepada cal on dan penyandang kerusi di peringkat Parlimen dan DUN. Pendapat pengundi dan akar umbi secara keseluruhan lahir dan terbentuk dengan jelas hasil dari perbincangan lateral sesama ahli keluarga. tetangga. rakan dan ahli parti. Pendapat yangjelas berpaksikan sumber yang sahih dan diyakini boleh dipertanggungjawabkan apabiJa isu tersebut timbul beberapa kali dalam ternpoh kernpen berlangsung (Hallahan, 2000). Setiap pendapat yang diutarakan oleh akar umbi dan prospek pengundi memberi gambaran tentang subjck kempen sarna ada calon yang bakal menentang penyandang kerusi di peringkat Parlimen dan DUN, isu yang berkisar di sekeliling calon, parti dan juga isu urn urn yang bersifat sernasa. Tiga aspek penting apabila memperkatakan tentang pendapat dan bagaimana pendapat yang lahir dari individu akar umbi ialah bukti untuk mengesahkan kewujudan isu, punca berlakunya isu dan faktor kemanusiaan. Pendapat yang berasaskan ketiga-tiga aspek ini seharusnya menjadi landasan kepada tindakan oleh cal on dan parti dalam menilai keberkesanan sesuatu kern pen politik. Hal yang dernikian dapat rnembina koorientasi pendapat akar umbi dan pengundi terhadap isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dan bagaimana parti pemerintah menangani isu tersebut Pekerja parti pula seharusnya peka terhadap perkernbangan perdebatan yang mewujudkan pendapat umum yang memihak kepada parti serta calon dan pendapat yang boleh mernberi impak buruk. kepada peribadi seterusnya populariti calon yang bertanding. Sikap yang lahir dari pendapat setiap individu dan kumpulan dalarn kelornpok akar umbi pula sejajar dengan jenis pendapat yang dikemukakan. Sebilangan bukti, punca isu dan faktor kernanusiaan ini muncul dek tindak-tanduk ahli parti, calon dan pekerja dalam kempen politik sesebuah parti politik (Rossler, 1999). Namun, hal yang jelas ialah faktor kemanusiaan menjadi agenda hangat yang perlu difikirkan oleh semua pihak dan bukan setakat oleh pihak pembangkang, pemerhati politik dan prospek pengundi

118

Page 17: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Koorien/asi Pendapat

semata-mata malah juga ahli pani yang berkenaan. Persoalan yang perlu diambil kira ialah adakah calon atau penyandang kerusi sedia ada benar-benar memenuhi kriteria dari segi personaliti sebagai pemimpin yang memenuhi kchendak rakyat?

RUJUKAN

Bahtiar Mohamad & Muhammad Atiti Razak. 2004. Identiti Memprojeksi Imej dan Reputasi Pemimpin Masa Kini. Jurnal Pemikir, Jan-Mac: 1-14.

Hallahan, K. 2000. Enhancing Motivation, Ability and Opportunity to Process Public Relations Messages. Public Relations Review, 26(4):463-480.

Hussain Mohamed. 2002. Politik Melayu Mutakhir: Antara temberang abu nawas, trajedi pak kaduk dan pasrah pak pandir. Simposium Melayu Malaysia. 24

- 25 Ogos 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. McLeod, J.M. & Chaffee, S.H. 1973. Interpersonal Approaches to Communication

research. American Behavioral Scientist 16. pp. 469~99

Mohd. Hamdan Haji Adnan. 1995. Pendapat Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Hamdan HajiAdnan. 2004. Government Public Relations: Persuasion, Personality

and Power. Kajang, Selangor: APRA. Mohd. Hamdan Haj i Adnan & Zulkarimein Nasution. 1992. Komunikasi Pembangunan:

Pengenalan dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Puthucheary, M. & Norani Othman (cd.). 2005. Elections and Democracy in Malaysia.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Rossler, P. 1999. The Individual Agenda-Designing Process: How Interpersonal

Communication, Egocentric Networks, and Mass Media Shape the Perception of Political issues by Individuals. Communication Research, 26(6): 666-700.

Sharpe, L.M. 2000. Developing a Behavioral Paradigm for the Perfomance of Public Relations. Public Relations Review, 26(3):345-361.

Shukor Omar. 2003. The Malay Lost World: With Emphasis on Entrepreneurship. Shah Alam. Selangor: ANZAGAIN.

Syed Arabi Idid & Safar Hasim.I993. Pilihanraya Umum: Satu PerspektifKomunikasi

Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

119

Page 18: Koorientasi Pendapat Terhadap Isu dan Reputasi Pemimpin dalam

Soot H.J Awg. Dam" cI Syahrudd", H.J. Awg. Ahmad

Nota kajilidik PRU 12 (PI761- N.24 Membakut dan (P.177)- N.26 Kuala Penyu

(Pemerhatian dan Temu ramah Bersemuka) i. Pra-penamaan calon (16,17,21 & 22 Februari 2008) ii. Penamaan calon (24 Februari 2008) iii. Kempen (5, 6, 7 Mac 2008) iv. Hari mengundi (8 Mac 2008) v. Pasca pilihan raya (9 Mac 2008)

120