report sukaneka

Download Report Sukaneka

If you can't read please download the document

Upload: zuraidi-hafiz

Post on 30-Jun-2015

697 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS, PERLIS . JALAN BEHOR PULAI 01000 KANGAR , PERLIS.

Tajuk Laporan Sukaneka Tahun 4 Arif, Sekolah Kebangsaan Jelempok, Perlis

ANJURAN : Guru Pelatih SK Jelempok, 2010

Laporan Sukaneka Murid Tahun 4 Arif, Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau, PerlisTarikh 30 Mac 2010. Pengenalan

Sukaneka ini merupakan salah satu program permainan kanak-kanak yang dianjurkan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani semester 7 / 2010 yang sedang menjalankan praktikum fasa tiga. Pelaksanaan program ini merupakan kerja projek bagi subjek Psikososial Sukan ( PJM 3117 ). Kerja projek ini memerlukan pelajarpelajar PISMP PJ untuk merancang dan melaksanakan satu program permainan kanak-kanak yang melibatkan murid-murid di sekolah masing-masing.

Sukaneka ini telah dilaksanakan dalam bentuk stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti-aktiviti tertentu. Di setiap stesen, murid-murid dikehendaki untuk menjalankan setiap aktiviti yang disediakan . Selepas menghabiskan 5 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dikumpulkan dan pasukan yang mempunyai markah yang tertinggi akan akan dikira sebagai pemenang. Untuk pembahagian kumpulan pula, sebanyak 5 kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan akan mempunyai ahli sebanyak 4 orang.

Objektif

1. Membina disiplin murid-murid dengan peraturan permainan yang perlu dipatuhi. 2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid. 3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih. 4. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Penganjur

Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani (PISMP PJ) semester 7 / 2010

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat Pengerusi Setiausaha P. Setiausaha Bendahari

: En. Md Noor bin Ismail ( Guru Besar ) : En. Ghazali Hashim (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) : En. Md Sobri bin Md Noor : Zuraidi Hafiz bin Mohammed Shahar : Mohd Safwan bin Ramli

Ahli Jawatankuasa : Mohammad Fikhri bin Muhri : Guru Pendidikan Jasmani SK Jelempok

Bilangan Peserta 20 Orang murid tahun 4 Arif Laporan Pelaksanaan

Pada 30 Mac yang lalu telah diadakan satu program perta sukan ria bagi pelajar tahun 5 Arif. Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani (PISMP PJ) semester 7 / 2010 dengan kerja sama Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi. Ianya telah dijalankan di Gelanggang Permainan Sekolah Kebangsaan Jelempok bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.15 petang.

Terdapat beberapa permainan yang berbentuk sukaneka yang telah dijalankan. Setiap permainan telah diaturkan mengikut stesen. Terdapat 5 permainan yang dirancang yang membentuk 5 stesen. Di setiap stesyen, muridmurid dikehendaki menyelesaikan permainan yang disediakan. Terdapat stesen yang dinilai melalui masa. Oleh yang demikian, murid perlu bersaing dalam permainan tersebut untuk mendapatkan jumlah masa yang terpantas. Terdapat juga stesen yang mengkehendaki murid untuk mengumpul mata. Di stesen ini, murid perlu mendapatkan seberapa banyak mata untuk membantu pasukan mereka memperoleh mata terkumpul yang banyak. Selepas menghabiskan 5

stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dijumlahkan dan pasukan yang mendapat markah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

Antara permainan yang terdapat di stesen- stesen ialah, i. ii. iii. iv. v. Stesen 1 ( Menggelecek bola melalui skitel ) Stesen 2 ( Mengimbang pundi kacang atas kepala ) Stesen 3 ( Mini bowling ) Stesen 4 ( Membawa bola di dalam skitel sambil berlari zig-zag ) Stesen 5 (Menarik bola menggunakan gelung sambil mengundur)

Program bermula jam 4.00 petang dimana murid-murid perlu mendaftar nama dan diberi sedikit taklimat mengenai program yang akan dijalankan. Selepas itu pada jam 4.10 petang telah dijalankan aktiviti memanaskan badan. Acara permainan bermula kira-kira jam 4.30 petang. Setiap murid bersungguhsungguh unutk memenangi pertandingan ini. Permainan ini tamat pada jam 6.00 petang. Setelah aktiviti permainan telah tamat. murid-murid dikehendaki melakukan aktiviti gerak kendur. Murid-murid bersurai pada jam 6.15 petang. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan 5.

Refleksi

Secara keseluruhan, aktiviti yang telah kami rancangkan telah berjaya dilaksanakan. Murid juga terkawal dan mereka memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan. Kerjasama yang diterima juga boleh dipuji kerana murid tidak menimbulkan sebarang bentuk masalah dan gangguan. Murid mengikut arahan daripada guru dengan baik dan ini menyebabkan program yang dijalankan tidak mengambil masa yang lama dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun pada awalnya kami berasakan agak bimbang terhadap masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, namun demikian semuanya dapat diatasi dengan jayanya. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan ini, mendapat kerjasama daripada semua murid untuk memberi yang terbaik untuk memenangi permainan ini. Akhir sekali, kami berharap agar usaha yang telah dilakukan ini akan memberi manfaat terhadap semua pihak untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan dapat diaplikasikan apabila berada di sekolah kelak.

Disediakan oleh,

(ZURAIDI HAFIZ BIN MOHAMMED SHAHAR) Setiausaha Sukaneka Tahun 4 Arif , Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau, Perlis.

Lampiran