kertas kerja sukaneka sukan ragam

Upload: qaseh-lavender

Post on 19-Jul-2015

976 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN

KERTAS KERJA SUKANEKA DAN SUKAN RAGAM 2012

ANJURAN PELAJAR-PELAJAR DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN DISEMBER 2011

1.0

PENGENALAN Aktiviti Sukaneka dan Sukan Ragam merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan hubungan antara semua pelajar DPLI ambilan Disember 2011 di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Ini kerana institut adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Sukaneka dan Sukan Ragam ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktivitiaktiviti yang akan dijalankan semasa Sukaneka dan sukan Ragam ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar. Antara pengisian dalam aktiviti sukan ragam ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan, sambutan aktiviti sukaneka dan sukan ragam ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2.0

TUJUAN Tujuan utama Sukaneka dan Sukan Ragam ini adalah untuk memenuhi keperluan kursus Pendidikan Jasmani (PJK2102W) di samping itu mengetengahkan potensi diri pelajar-pelajar dalam bidang sukan. Ia juga dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang proses pengelolaan dan pengendalian aktiviti-aktiviti seperti acara sukaneka atau Hari Sukan di sekolah nanti. Seterusnya pelatih-pelatih DPLI akan dapat ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis Sukaneka dan Sukan Ragam dan juga TGFU iaitu Teaching Games For Understanding.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN 3.1 NAMA PROGRAM SUKANEKA DAN SUKAN RAGAM 3.2 TEMA Cadangan tema hari sukaneka dan sukan ragam ialah SANTAI SAMASAMA 3.3

OBJEKTIF Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar DPLI IPGKTB. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar DPLI IPGKTB sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Untuk membudayakan budaya hidup sihat di kalangan warga IPGKTB. Mengetahui cara pengelolaan dan mengendalikan Sukaneka dan Sukan Ragam.

3.4

PESERTA Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (GSTT) Ambilan Khas Ambilan Disember 2012. Kumpulan yang terlibat adalah : 3.4.1 DPLI Pra Sekolah-Muzik 3.4.2 DPLI Matematik3.4.3 DPLI Muzik-KH 3.4.4 DPLI Muzik-PC Peserta ini dibahagikan kepada 8 kumpulan (rujuk Lampiran A).

3.5

TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : Masa : Tempat 26 Mac 2012 7.30 pagi 11.00 pagi : Padang Bola Jaring

3.6

TENTATIF PROGRAM 7.45 8.00 8.15 8.25 8.35 8.45 8.55 9.05 9.15 9.25 9.35 9.45 10.0010.20

: : : : : : : : : : : : : :

Kedatangan Peserta acara Perasmian Acara Shoalin Soccer Acara Berganding Bahu Acara Ku Tuju Cintamu Acara Hoki Rehat Acara Debu Debu Cinta Acara Isi Air Dalam Botol Acara Melintas Jalan Cross the road Acara Lambung Lambung Sayang Acara Jemputan Penyampaian Hadiah Penutup

3.7

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN3.7.1 3.7.2 3.7.3 3.7.4 3.7.5 3.7.6 3.7.7 3.7.8

Shaolin Soccer (Muzik-KH-Halimah Bt Abdullah) Berganding bahu (Muzik-PC-Fong Mei yen) Ku Tuju Cintaku (Pra Sekolah-Siti Nor Dalila Bt Abd.Manap) Hoki (Matematik-Nur Ilda Bt Kamaruzzaman) Debu debu cinta (Pra Sekolah-Saripah Bt Zainol Abidin) Isi air dalam botol (Matematik-Rohaslinda ) Melintas Jalan (Cross the road)(Muzik-PC-Poh Phiak Huang) Lambung lambung sayang (Muzik-KH-Nor Asyikin Bt Mohamad Noh )

Syarat-syarat dan peraturan permainan Sila rujuk Lampiran B.

3.8

JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Kecil Jawatankuasa Peralatan Beh Cheap Pin (Ketua) Kong Nee Ping Jawatankuasa Kepegawaian Syahidatul Munawirah Binti Saidin (Ketua) Hakim Hakim Bagi Semua Sukaneka dan Sukan Ragam Siti Nor Dalila binti Abd. Manab Saripah binti Zainol Abidin Nur Ilda binti Kamaruzzaman Rohaslinda binti Ab.Hamid Fong Mei Yen Poh Phiak Huang Nor Asyikin binti Mohamad Noh Halimah binti Abdullah Penjaga Masa Ganeshini Naidu A/P Kanoikaiy Siti Erwina binti Tulot Syafarina binti Saman Tugas : meniup wisel untuk semua kumpulan berhenti dan bermula secara serentak. Statistik Nurul Huda binti Omar Khairunmisa binti Jamil Khir Jawatankuasa Persiapan Tempat - Maizurah - Mohamad Faizal Bin Zakri - Syahidatul Munawirah - Chua Shu Ching Jawatankuasa Hadiah Asnira binti Kamaludin (Ketua) Nora binti Idris Sobirah binti Yahya : : : : : Mohamad Faizal Bin Zakri Mohd Azman Bin Mohd Idros Noor Hafiz Fatihah binti Mohaamed Abiramee A/P Solamuthoo Lee Say Ling

Jawatankuasa Minuman - Enieza binti Azmani Jawatankuasa Dokumentasi - Mohd Auzani (Ketua) - Maznah Jawatankuasa Keselamatan Rafidah binti Mat Serat 4.0 IMPLIKASI4.1

SUMBER KEWANGAN

Setiap pelajarh membayar RM5.00. Jumlah semua pelajar adalah 87 orang. Jumlah kutipan adalah RM435.004.2

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA Makanan Hadiah Cenderahati Minuman Alatan permainan Lain - lain Jumlah HARGA (RM) 100.00 162.50 20.00 50.00 55.80 46.70 435.00

5.0 PENUTUP Dengan adanya acara Sukaneka dan Sukan Ragam, pelajar-pelajar akan dapat gambaran yang jelas tentang cara pengelolaan dan pengendalian sukaneka dan sukan ragam. Di samping itu, Hari Sukaneka ini juga akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara pelajar-pelajar IPGKTB dengan pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani. Seterusnya pelajarpelajar DPLI akan dapat ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis Sukaneka dan Sukan Ragam dan juga TGFU iaitu Teaching Games For Understanding. Ilmu ini sangat berguna dan semua pelatih akan menggunakan sebagai rujukan di masa hadapan. Disediakan oleh : Disahkan oleh :

____________________ (NOOR HAFIZ FATIHAH) Setiausaha Sukaneka dan Sukan Ragam

__________________________ MOHAMAD FAIZAL BIN ZAKRI Pengerusi Sukaneka dan Sukan Ragam

LAMPIRAN A SENARAI PESERTA Lorong 1 : Kump. Solfa 1. Noor Mumtaziah Bt Sarif 2. Fahimah Bt Zainon 3. Norfazlina Bt Yusof 4. Siti Fazilah Bt Daud 5. Hasmidar Bt Sawi 6. Nor Fadzilah Denial 7. Yuzinani Mohd Yusof 8. Khairiah Ibrahim Lorong 3 : Kump.Boiboi boy Lorong 5 : Kump. Upin Ipin Lorong 6 Bt Husrani 1. Siti Salina : Kump. Charlie 1. GoiAneeza Bt Baharum Shah Chong Siew Chin 2. 1. Seok Khim 2. Nik Nurul Ain Bt Ahmad Nazri 2. Ruslawati Bt Arifin 3. NoraBt Idris 3. Rozita Bt Mohd Serat 3. Roddiahtul Zakir 4. Rafidah Bt MatBt Awang 4. Elaini Bt Bt Yahaya 4. Junaidah Bt 5. Sobirah TajudinAbdul Jalel 5. Norhafizah A/P Subramanian 5. Nurhumairah Bt Fakir 6. Mageswari Bt Mokhtar 6. Cheong Saw Lin 6. Ifa Bt 7. Goh Pei IChe Seliman 7.Asnira Bt Kamaluddin 7.Nor Farisha Chanderan 8. Balamanie A/P Bt Nasir 8.Lee Shin Lok Bt Basiran 8.Nor Hazlila Lorong 7 : Kump. Vokal 1. Tan Chai Jo 2. Tang Chai Sia 3. Yiu Tai Ga 4.Lim Siew Mooi 5. Salini A/P Neelamagam 6. Suresh A/L Vadivaloo 7.Ling Hang Nee 8.Lee Say Ling Lorong 2 : Kump. Keyboard 1. Chin Lee Mei 2. Lim Cheng Hui 3. Lee Phooi San 4. Kong Nee Ping 5. Kuan Chee Fong 6. Beh Cheap Pin 7. Gan Geok Hiong 8. Ng Ee Tieng Lorong 4 : Kump.Alpha Betha 1. Lizawati binti Rosli 2. Fardynani binti Mohd Yusuff 3. Marniyati binti Mamat Noor 4. Uma Mageswari A/P Vijayakumar 5. Loges A/P Subramaniam 6. Sebestiammal A/P Selvam 7. Halimah binti Othman 8. Azizul bin Abd Aziz

Lorong 8 : Kump. Faseto 1. Sharifah Nur Diyana Wafa bt Syed Abdul Hamid 2. Najihah Bt Hussin 3. Wan Asmanira Bt Abdullah 4.Sophia Mathew 5. Nor Hayati Bt Kassim 6. Halimatussaadiah Bt Abd Wahab 7.Nor Farha Bt Mohd Aziz 8.Zulaina LAMPIRAN B

ACARA-ACARA SUKANEKA DAN SUKAN RAGAM ACARA 1 Nama permainan :Shoulin Soccer Aktiviti : Tendangan bola ke dalam gelung Markah : Mengikut jaringan gol Alatan : Bola sepak - 8 biji Gelung -8

Pengadil

Kayu pancang : 2 orang

- 16 batang

Cara Permainan 1. Setiap pemain harus menendang bola masuk melepasi lubang gelung yang dipasang pada kayu pancang. 2. Setiap pemain bebas menendang dengan gaya tersendiri. 3. Tendangan harus dilakukan dibelakang garisan yang disediakan. 4. Peraturan Permainan 1. Satu kumpulan mestilah mempunyai 8 orang peserta. 2. Setiap peserta diberi 2 kali percubaan. 3. Markah diberi mengikut jaringan gol. 4. Jika tendangan melepasi garisan permulaan, jaringan terbatal. Gambarajah permainan :

ACARA 2 Nama Permainan : Berganding bahu Cara bermain: - Satu pasukan terdapat dua pemain, kedua-dua pemain perlu menyepit bola dengan belakang badan (bola tidak boleh jatuh). - Kedua-dua pemain mesti jalan bersama (sambil menyepit bola di belakang badan) dengan merentasi pelbagai halangan (kon-kon kecil yang diletakkan di atas lantai) berjalan berbentuk s. - Selepas itu, kedua-dua pemain teruskan lagi dengan melangkah kayu pendek (dua kali). - Selepas melalui dua halangan, pemain akan memasukkan bola yang dikepit ke dalam bakul. Masa maksimum : 3 minit sepasukan Bilangan ahli pemain : 8 orang dijadikan 4 kumpulan (sepasang) Tempat: gelanggang Peralatan: kon, bakul, bola, kayu pendek Peraturan : - sepanjang perjalaan sekiranya bola/kon/kayu jatuh, dikirakan batal maka peserta perlu beratur semula di belakang baris - markah : 1 bola = 1 markah

Kon mini

ACARA 3 Nama permainan : Ku Tuju Cintaku Cara permainan dijalankan : Setiap pemain perlu menjatuhkan botol-botol yang disediakan dengan membaling susunan botol-botol tersebut. Sebiji bola akan disediakan untuk membaling. Dalam permainan ini akan disediakan 6 botol mineral bersaiz kecil. Setiap botol diisi 20ml. Botol-botol itu perlu dijatuhkan untuk mendapatkan markah. Peraturan permainan : Balingan bola dilakukan dengan cara menggolekkan bola atau membaling bola. Pemain tidak boleh melepasi jarak yang disediakan di antara tempat balingan bola dengan tempat susunan botol-botol. Sekiranya melepasi gelung yang diletakkan sebagai tanda tempat balingan, peserta dikira batal dan tidak boleh membuat sebarang balingan. Setiap peserta diberi peluang membuat 3 kali balingan, namun sekiranya balingan pertama sudah berjaya menumbangkan 1 atau lebih botol, pemain tidak perlu meneruskan balingan kedua dan ketiga. Teruskan kepada pemain yang seterusnya untuk membuat balingan pula. Terdapat 6 botol yang akan diletakkan. Dalam permainan ini masa untuk menghabiskan giliran setiap pemain tidak ditentukan. Permainan tamat apabila kelapan-lapan pemain selesai membuat balingan. Cara permarkahan diberi: Markah diberi melalui jumlah kejatuhan botol. Bilangan pemain : 8 orang pemain bagi setiap kumpulan. Gambarajah permainan :

Jarak antara tempat balingan dengan tempat peletakan botol adalah lebih kurang 25meter Tempat balinga n

ACARA 4 Nama Permainan : Hoki Aktiviti : Gelecek bola . Cara permainan : Memerlukan lapan peserta setiap kumpulan. Meminta setiap peserta membawa bola getah dengan menggunakan kayu hoki. Mereka perlu membawa bola tersebut dalam bentuk S dimana perlu mengelilingi empat kon yang disediakan. Apabila peserta pertama berjaya mengelilingi kon tersebut, mereka perlu berpatah balik dan membawa bola dengan menggunakan kayu hoki tersebut dalam bentuk S. Setelah kembali, peserta tersebut perlu menyentuh tangan peserta seterusnya untuk meneruskan permainan tersebut sehinggalah peserta yang terakhir . Kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan tersebut akan dikira sebagai pemenang. Masa : masa tidak ditetapkan dimana kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan tersebut dikira sebagai pemenang. : Pemenang pertama : 5 mata Pemenang kedua : 3 mata Pemenang ketiga : 2 mata :bola getah - 8. Kayu hoki 8 batang Kon 32

Markah

Alatan

Gambar rajah

:

ACARA 5 Nama permainan : Debu-debu Cinta Cara permainan dijalankan : Peserta perlu bersedia di tempat permulaan, apabila wisel ditiup peserta perlu berlari ke kawasan tepat letak piring. Sebelum tiba di kawasan piring, peserta perlu melalui cabaran pusing 3 kon yang telah disediakan. Diikuti dengan cabaran pusing tempat letak piring senyak 3 kali kemudian baru boleh meniup piring yang berisi tepung tesebut. .Ada beberapa biji gula-gula yang disembunyikan di dalam tepung yang di letakkan di dalam piring . Peserta perlu meniup tepung tersebut sehingga menjumpai 1 biji gula-gula. Gula-gula tersebut perlu diambil menggunakan lidi. Kemudian peserta perlu berjalan ke hadapan sampai ke kotak yang disediakan untuk meletakkan gula-gula tersebut. Peraturan permainan : Peserta perlu melalui cabaran yang telah ditetapkan. Peserta tidak boleh mengambil gula-gula menggunakan tangan. Sekiranya itu berlaku, peserta itu akan didenda mengulangi permainan daripada kawasan permulaan. Cara pemarkahan diberi : Kumpulan yang paling pantas dapat menghabiskan permainan dengan mengikut peraturan akan dikira sebagai pemenang. Bilangan pemain : Satu kumpulan mempunyai 8 orang peserta. Gambarajah permainan :

Kotak tempat letak gula-gula

Pusing kawasan piring 3 kali baru boleh tiup tepung

Berlari mengelilingi kon - kon

Kawasan mula

ACARA 6 Nama Permainan : Isi air dalam botol Cara permainan : Memerlukan lapan peserta setiap kumpulan. Peserta pertama perlu berlari dengan jarak 10 meter ke baldi untuk mengambil air dengan menggunakan tangan dan perlu berlari ke botol dengan jarak 10 meter untuk mengisi air dalam botol yang disediakan. Setelah selesai, peserta pertama perlu berlari ke peserta seterusnya dan perlu menyentuh tangan untuk meneruskan permainan tersebut sehinggalah peserta terakhir. Pemenang akan dikira bedasarkan kumpulan yang berjaya mengisi air paling banyak. Masa Markah : : 5 minit pemenang pertama : 5 mata Pemenang kedua : 3 mata Pemenang ketiga : 2 mata mengikut jumlah isipadu air kumpulan yang paling tinggi. :botol air 8 biji Baldi 8 biji

Alatan

Gambar rajah

:

ACARA 7 Nama Permainan: Cross the Road (Melintas Jalan) Tempat: gelanggang Peralatan: beg pasir,kon mini, meja, bakul Masa maksimum : 3 minit untuk sekumpulan Bilangan ahli pemain : sekumpulan 8 orang Cara bermain: -murid mula berjalan dan mengambil beg pasir(1), diikuti beg pasir (2). -murid teruskan perjalanan lalu mengambil kedua-dua beg pasir di atas kepala. - murid perlu mengelak halangan dan terus berjalan ke tempat tamat. - murid meletak balik beg pasir ke dalam bakul yang disediakan (di tempat tamat). Peraturan : - jika beg pasir jatuh, kira batal dan beratur semula - jika terpijak kon dan kon terjatuh dari bangku - beg pasir yang paling banyak di dalam bakul kira menang dalam 3 minit - markah : 1 beg pasir = 1 markahbakul Kon mini Beg pasir

meja

ACARA 8 Nama Permainan : Lambung lambung Cara bermain Setiap kumpulan menghantar 8 orang pemain. Kedudukan pemain ditempatkan di dua bahagian dengan jarak 5 meter dari penanda A dan penanda B. 6 orang ditempatkan di penanda A dan 2 orang di penanda B. Pemain di penanda A dan penanda B akan menggunakan kain untuk membaling dan menyambut belon berisi air. Pemain di penanda B akan bergerak ke barisan belakang penanda A, manakala pemain di penanda A yang telah membuat balingan akan bergerak ke penanda B. Prosedur ini akan berulang sehingga masa tamat. Peraturan Permaian Masa permainan ditetapkan selama 5 minit. Jarak 5 meter. Membaling dan menyambut belon yang berisi air dengan menggunakan kain (batal jika menggunakan tangan). Membaling dan menyambut belon berisi air dalam kawasan yang ditetapkan. Pemarkahan dikira berdasarkan jumlah belon yang tidak pecah. 1 belon dikira 1 markah. Bilangan Peserta a) Lapan orang mewakili setiap kumpulan. b) Empat orang pemain dalam satu-satu masa. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Peralatan Kon berwarna sebanyak Belon berisi air Kain batik sarung Baldi Wisel Jam randik Gambar rajah permain 16 unit 120 biji 16 pasang 16 biji 1 biji 1 biji

LAMPIRAN C BORANG PEMARKAHAN Acara 1 keputusan permainan adalah merujuk kepada jumlah tendangan setiap peserta dalam satu kumpulan. Begitu juga bagi acara 3 keputusan permainan merujuk kepada jumlah kejatuhan botol bagi setiap peserta. Manakala acara 6 keputusan permainan merujuk kepada isipadu ar. Bagi acara 2, 4, 5, 7 dan 8 pula keputusan permainan merujuk kepada siapa yang paling cepat selesai. Nama Kump :

Peserta/Acara 1 2 3 4 5 6 7 8 Jumlah Kedudukan

1

2

3

4

5

6

7

8

PETUNJUK Kedudukan-Mata Acara KEDUDUKAN 1 2 3 4-8 MATA ACARA 5 MATA 3 MATA 2 MATA 1 MATA

Tandatangan Hakim

__________________ Nama Hakim :

BORANG STATISTIK

KUMP ACARA

SOLFA

KEYBOARD

BOIBOI BOY

ALPHA BETHA

UPIN IPIN

CHARLIE

VOKAL

FASETO

1 2 3 4 5 6 7 8Jumlah Mata Kedudukan

Tandatangan

______________ Nama :