kertas kerja program sukaneka sainmatik

27
KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA SAINMATIK PERINGKAT SEKOLAH 2013 ************* MOTTO : “SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR” ********* TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA SEKOLAH TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU) MASA : 0730 – 1400 PETANG DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIK UNIT KOKURIKULUM SK LANDEH

Upload: anne-fyward

Post on 18-Jun-2015

10.628 views

Category:

Education


24 download

DESCRIPTION

PROGRAM KELAB SAINS & MATEMATIK

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA SAINMATIK

PERINGKAT SEKOLAH 2013

*************

MOTTO :

“SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR”

*********

TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA

SEKOLAH

TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU)

MASA : 0730 – 1400 PETANG

DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIKUNIT KOKURIKULUM SK LANDEH

1.1 Rasional Program

Program Sukaneka Sainmatik merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sains dan

Matematik SK Landeh. Program ini merupakan program yang pertama kali diadakan yang

melibatkan murid, warga sekolah, PIBG serta ibu bapa dan masyarakat setempat. Program ini

juga bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Sebelum ini, aktiviti sains dan matematik hanya melibatkan murid-murid sekolah sahaja

memandangkan kekangan kewangan yang menghadkan aktiviti bercorak pertandingan secara

terbuka diadakan. Semoga dengan adanya program sukaneka ini akan dapat melahirkan murid

yang berketrampilan, kreatif dan inovatif dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta

matematik selaras dengan transformasi pendidikan terhadap kedua-dua mata pelajaran ini.

1.2 Matlamat Program

Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk :

1.2.1 melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berminat dalam mata pelajaran sains dan

matematik.

1.2.2 merangsang minda murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik supaya mereka

lebih memahami pembelajaran sains dan matematik melalui aktiviti di luar bilik darjah.

1.2.3 membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dan seterusnya mencapai sasaran

akademik yang telah ditetapkan.

1.2.4 melahirkan murid yang bijak pandai, kreatif, inovatif dan kompeten dalam bidang sains

dan matematik selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, teras kedua

iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.

1.2.5 melatih murid bersatu hati dan bekerjasama melalui pertandingan atau permainan secara

berkumpulan terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara melalui

konsep “1 Malaysia”

1.3 Objektif Program

Antara objektif program sukaneka sainmatik adalah :

1.3.1 untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik.

1.3.2 untuk meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik melalui

aktiviti bercorak permainan.

Page ii of 20

1.3.3 untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing dengan rakan mereka

dalam mata pelajaran sains dan matematik.

1.3.4 untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains dan

matematik di samping mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan.

1.4 Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan program ini disasarkan kepada semua murid SK Landeh termasuk ibu bapa mereka

dan warga guru serta masyarakat setempat.

1.5 Jawatankuasa Induk Kelab Sains dan MatematikPenasihat : Tn. Haji Zulkipli Haji Amin

Guru Penasihat : Pn. Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains)

Pn. Masni Bt Alem (Ketua Panitia Matematik)

Cik Sarsifarila Bt Usin

Pn. Annabell Decapena

Pengerusi : Clarre Joandy Ak Richard Kawi (murid Tahun Enam)

Setiausaha : Nurul Hazirah Bt Mahrup (murid Tahun Enam)

Bendahari : Mohd. Shazrin bin

AJK Kecil : Nur Nisa, Siti Maisarah, dan Laila (murid Tahun 4)

Mohd. Azri, Adawiyah dan Vhaleeny (murid Tahun 5)

AJK Guru : Semua guru mengajar sains dan matematik SK Landeh

Page 3 of 20

2.0 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013

Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 ini telah diubah tarikh cadangan pelaksanaannya kepada

13 April 2013 iaitu selepas cuti pertengahan penggal pertama yang jatuh dari 22 Mac hingga 31

Mac 2013. Pemilihan hari Sabtu disebabkan hari tersebut adalah hari tidak bekerja dan

diharapkan para ibu bapa dapat menyertai pertandingan yang dirancang bersama-sama dengan

anak-anak mereka. Warga sekolah juga dapat meluangkan sepenuh masa dan tenaga mereka

dalam memastikan kelicinan setiap aktiviti pertandingan yang dirancang. Penyertaan semua

pihak seperti warga sekolah, pelajar dan masyarakat setempat dalam menjayakan aktiviti

pertandingan ini amatlah digalakkan untuk memupuk hubungan erat dikalangan warga sekolah

dengan ibu bapa pelajar.

Pertandingan sukaneka Sainmatik ini akan dilaksanakan dalam masa hampir satu hari iaitu

bermula dari jam 0730 pagi hingga jam 2.00 petang. Penganjuran aktiviti pertandingan adalah

sepenuhnya dikendalikan oleh Kelab Sains dan Matematik dengan bantuan guru-guru penasihat.

kelab serta pihak PIBG sekolah. Sumbangan hadiah untuk pertandingan sukaneka sainmatik ini

adalah daripada pihak PIBG sekolah serta peruntukkan daripada pihak pejabat pendidikan

daerah. Sukaneka Sainmatik ini adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6

bersama ibu bapa serta warga sekolah. Di bawah ini disenaraikan bersama jadual-jadual aktiviti

pertandingan sukaneka sainmatik tersebut.

2.1 Pertandingan Sukaneka Sainmatik anjuran Kelab Sains dan Matematik

Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum yang telah dipilih dalam senarai takwim aktiviti tahunan kelab sains dan matematik bagi sepanjang tahun 2013 sebagai satu aktiviti untuk melaksanakan tugasan ini seperti yang tercatat dalam carta gantt aktiviti tahunan di bawah (Jadual 1). Hakikatnya untuk sekolah saya, pelaksanaan bagi aktiviti Kelab Sains dan Matematik adalah pada bulan Mei (minggu 1 dan 2) dan Jun (minggu 3 dan 4) iaitu diperuntukkan sebagai Bulan Sains dan Matematik dalam takwim sekolah bagi tahun 2013.

Page 4 of 20

Page 5 of 20

AKTIVITI TAHUNAN

KELAB SAINS DAN MATEMATIK

2013

BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR

MEI

Bulan

dan

JUN

Sains

Matematik

JUL OGOS SEPT OKT

1Mesyuarat AJK

Perlantikan AJK Kelabx x x x x x x

laporan

2Mesyuarat AJK

Kokurikulum Sekolahx x x x

3 Kenali Bahan, Peralatan

dan Radas Sainsx x x x x x x

4Kenali Kemahiran Proses

Sains (KPS)x x x x x x x x

5 Sukaneka Sainmatik x

6Projek Buku Skrap Sains

Matematik

x

Tahap 1

x

Tahap 2

Page 6 of 20

7 Projek Kuasai KPS Sains x x x x x x x x

8Kuiz Sains dan

Matematik

x

tahap 1

x

tahap 2

9 Pertandingan Menghafal

Sifirx

10Saintis Muda

Tahap 2x

11 Kem Motivasi Sains dan

Matematik

x Tahun

6

12Pertandingan Melukis

Poster Sains dan Matematik

x

Terbuka

semua

pelajar

x

Terbuka

semua

pelajar

x

Ahli

kelab

x

Ahli

kelab

13Pertandingan

Sains/Maths Puzzle

x

Ahli

kelab

x

ahli

kelab

Page 7 of 20

2.2 Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik

Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kelab sains dan matematik yang

telah dipilih untuk melaksanakan tugasan ini sebagai memenuhi syarat Tugasan bagi Modul

HBEF2703 Kokurikulum, Semester Januari 2013. Berikut disertakan bersama Jawatankuasa-

jawatankuasa yang akan bertugas sebagai pelaksana bagi Program Sukaneka Sainmatik 2013.

2.2.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Tuan Haji Zulkipli bin Haji Amin (Guru Besar SK Landeh,

Padawan)

YDP PIBG Encik Haratono bin ………..

Pengerusi 1 : Cikgu Linem ak Nyogor (PK KK Sekolah)

Pengerusi 2 : Cikgu Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains)

Pengerusi 3 : Cikgu Masni Binti Alem (Ketua Panitia Matematik)

Setiausaha : Cikgu Sarsifarila bt Usin (Guru Sains)

Bendahari : Cikgu Ivy ak Japloi (Guru Matematik)

AJK : Semua guru matematik dan guru sains serta ahli kelab sains dan

Pertandingan matematik sekolah.

AJK Buku Program : Sarsifarila bt Usin, Pn. Patricia ak Iyus, Pn. Masni bt Alem dan

AJK Kelab Sains dan Matematik

2.2.2 Jawatankuasa Kerja

Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatankuasa kerja Pertandingan Program Sukaneka

Sainmatik 2013. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada warga guru sekolah, pihak PIBG dan

AJK Kelab Sains dan Matematik.

BIL JAWATANKUASA TINDAKAN

1Urusetia Pendaftaran Peserta

(Ibu Bapa dan Murid)

Pn. Zuana bt Sulong

Pn. Zulina bt Buang

Clarre Joandy, Mohd. Ihsan,

Nursarahanie dan Laila

2 Penyelia Peserta

Pn. Ivy ak Japloi

Pn. Zuhana bt Abdul Rahim

Pn. Annabell Decapena

3AJK Makanan dan Minuman Pegawai

Pertandingan dan PIBG Sekolah

Pn. Noriah Tamam

Cik Khamsiah bt Haji Saiee

AJK PIBG (4 orang wakil)

4 AJK Persiapan Peralatan Sukaneka

Cik Sarsifarila serta semua guru

sains dan matematik dan AJK

Kelab Sains Matematik

5 Juruacara Majlis SukanekaPn. Noni Ak Keli

Pn. Noming Ak Nase

6AJK Persiapan Tempat dan Peralatan

Siaraya Sukaneka Sainmatik

En. Dollah Haji MahajiEn. Ismail bin EliEn. Zainurin bin MustaffaUstaz Faizol Che Kob

7AJK Promosi Pertandingan Sukaneka

Sainmatik

Sarsifarila bt Usin

Pn. Rassidah bt Ahmat Sahari

AJK Kelab Sains dan Matematik.

8 AJK Gerai Makanan dan Minuman

Ustazah Kasmini bt

Ustazah Norhanis bt Ismail

Ustazah Hazlina bt Hamzah

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

9 AJK Pengelolaan Aktiviti SukanekaAJK Pertandingan dan AJK Kelab Sains dan

Matematik

10 JurufotoTn. Haji Zulkipli Haji Amin

Cik Sarsifarila bt Usin

11AJK Pegawai dan Pengadil

Pertandingan

En. Dollah Haji Mahaji

YDP PIBG En. Haratono bin Sulaiman

En. Zainurin bin Mustaffa

12 AJK Hadiah

Sarsifarila bt Usin

Pn. Linem Ak Nyogor

semua guru sains dan matematik

Jadual 2 : Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik

Dengan adanya jawatankuasa kerja pertandingan Program Sukaneka Sainmatik seperti di atas

adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada setiap aktiviti

sukaneka yang telah dirancang demi untuk manfaat anak didik kita. Selain itu, juga diharapkan

hubungan erat di antara pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dapat dipertingkatkan

lagi demi untuk kebaikan bersama dan kecemerlangan akademik anak-anak warga sekolah

landeh.

2.3 Jawatankuasa Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik

Jadual di bawah menunjukkan senarai pegawai pertandingan serta beberapa orang murid tahun

enam yang terlibat dalam pengelolaan aktiviti bagi program sukaneka sainmatik. Peranan mereka

ialah untuk membantu juruacara majlis dalam memastikan setiap peserta telah bersedia untuk

acara yang dipertandingkan.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

JAWATAN JENIS AKTIVITI PEGAWAI TERLIBAT

1 Taklimat PertandinganPengerusi Pertandingan

Sarsifarila bt Usin

2Pengelola Aktiviti 1 dan 2

(Penyelia Peserta)

Pn. Noni Ak Keli (Juruacara)

Pn. Ivy Ak Japloi

Clarre Joandy, Mohd. Ihsan

3Pengelola Aktiviti 3 dan 4

(Penyelia Peserta)

Pn. Noming Ak Nase

Cik Zuhana bt Abdul Rahim

Nursarahanie, Mohd. Imran

4Pengelola Aktiviti 5 dan 6

(Penyelia Pserta)

Pn. Noni Ak Keli

Pn. Annabell Decapena

Nur Fakhira, Mohd. Azri

Jadual 3 : Senarai Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik

2.4 Jadual Pelaksanaan Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2013

Jadual di bawah menunjukkan aturcara pertandingan Program Sukaneka Sainmatik yang akan

berlangsung selama hampir sehari bermula dari jam 0730 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Masa Aktiviti Tindakan

0730-0800

pagi

Ketibaan semua peserta pertandingan : warga

sekolah, ibu bapa dan pelajar.Urusetia Pertandingan

0800-0900

pagi* Kata-kata Aluan Guru Besar SK Landeh.

* Taklimat Pertandingan

* Senamrobik / Senaman Ringan

Guru Besar

Pengerusi Pertandingan

Guru PJKs Sekolah

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

0900-1000

pagi

Acara Pertandingan dimulakan.

Aktiviti 1 : Permainan Sains & Matematik

Aktiviti 2 : Maths Puzzle

Guru Penasihat Kelab,

Juruacara, Pengerusi

Pertandingan, AJK Kelab

1000-1100

pagi

Aktiviti 3 : Pertandingan Rekacipta

(Jambatan Paling Stabil)

Aktiviti 4 : Selesaikan Masalah

(Sains dan Matematik)

AJK Pertandingan

AJK Kelab Sains &

Matematik

1100-1200

pagi

Aktiviti 5 : Rekreasi Sainmatik

Aktiviti 6 : Teka Silang Kata

AJK Pertandingan

AJK Kelab S & M

1200 tengah

hari

Taklimat Penutupan Program Pertandingan

Sukaneka

Aktiviti Kebersihan

Pengerusi Pertandingan

Semua warga sekolah

Ibu Bapa dan Pelajar

1300-1400 Makan Tengah Hari PIBG dan Staf

1400 petang Bersurai -

Jadual 4 : Aturcara Program Pertandingan Sukaneka Sainmatik

2.5 Anggaran Perbelanjaan Aktiviti Program Sukaneka Sainmatik 2013

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi setiap aktiviti Program Sukaneka Sainmatik.

Bentuk hadiah adalah berupa “Hamper” bagi johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati.

Bilangan hadiah mengikut bilangan peserta yang mengambil bahagian. Perancangan belanjawan

untuk hadiah dilaksanakan oleh AJK Hadiah. Anggaran belanjawan adalah seperti berikut :

Aktiviti Perkara Kos (RM)

Majlis Perasmian

Program Sukaneka

Sainmatik

Cetakan Buku Program

Kertas Pembalut Hadiah

Iklan Promosi Pertandingan

20.00

Pertandingan Aktiviti

1 hingga Aktiviti 6

Hadiah Peralatan Sekolah

Johan : Naib Johan : Tempat

Ketiga : Saguhati :-

Johan : 15.00 x 6 = 90.00

Naib Johan : 10.00 x 6 = 60

Ketiga : 5.00 x 6 = 30.00

Saguhati : 3.00 x 6 = 18 00

Jumlah = 198.00

Pertandingan Aktiviti

1 hingga Aktiviti 6

Peralatan Sukaneka :

Kad manila, kad A4, pen marker,

cawan dan pinggan plastik, straw,

belon, beg plastik, sampul surat,

gam, selotep, kertas lukisan dan

tali

Anggaran :

50.00 – 100.00

Majlis Penutupan

Penyampaian Hadiah

Makan Tengah hari

Makanan dan minuman AJK

Pertandingan, Pegawai

Pertandingan, staf, guru dan AJK

PIBG.

Anggaran : 100.00

Air Mineral

Makanan Ringan

JUMLAH KASAR : RM418.00

Jadual 5 : Anggaran Belanjawan Program Sukaneka Sainmatik

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

2.6 Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik

Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik ini akan dihasilkan oleh AJK Promosi

Pertandingan bertujuan untuk menarik minat murid dan pihak ibu bapa supaya bersama-sama

anak-anak mereka dalam menyertai setiap aktiviti pertandingan yang diadakan. Sokongan dan

kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam penyertaan aktiviti yang dirancang sedikit sebanyak

diharapkan dapat merangsang minda dan minat anak-anak mereka dalam mata pelajaran sains

dan matematik. Dengan adanya iklan promosi program ini nanti akan dapat memberi peluang

kepada ibu bapa murid untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka sepanjang

pertandingan dijalankan. Pihak ibu bapa juga akan dapat memperuntukkan masa bersama anak-

anak mereka setelah dimaklumkan tentang program yang akan dijalankan. Manakala bagi murid-

murid pula, melalui iklan ini sudah tentunya akan dapat membantu mereka menyediakan diri

masing-masing dengan segala pengetahuan sains dan matematik untuk diaplikasikan semasa

pertandingan tersebut.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

PADA 13 APRIL 2013

(SABTU) JAM 0730 PAGI

HINGGA 2.00 PETANG

BERTEMPAT DI GELANGGANG

SERBAGUNA SK LANDEH.

Contoh Iklan Promosi Sukaneka Sainmatik

2.7 Peralatan Pertandingan Sukaneka SainmatikBerikut disenaraikan antara peralatan-peralatan yang akan digunakan sepanjang

pertandingan sukaneka tersebut berlangsung.

JENIS AKTIVITI

BERKUMPULAN

KEPERLUAN

PERALATAN

TINDAKAN

KUMPULAN

Aktiviti Rekacipta

(Jambatan Paling

Stabil)

Cawan Plastik (8 bungkus)

Pinggan Plastik (8 bungkus)

Straw (8 Bungkus)

Gelang Getah, Selotep, Gam

Menggunakan semua bahan

untuk membina sebuah

jambatan yang paling stabil.

Aktiviti Rekreasi

Sainmatik

Kad Manila, Kad A4, Sampul

Surat, Bola (8 biji),

Sketel/Gelung Rotan (8 biji),

Meja/Kerusi (8 buah).

Mengikut arahan yang terdapat

dalam setiap sampul surat dan

diikuti oleh halangan tertentu.

Aktiviti Teka Silang

Kata

Kad Manila, Kad A4, pen

marker,warna pensel,

Meja/Kerusi (8 buah)

Melalui beberapa halangan

untuk menyiapkan aktiviti teka

silang kata.

Aktiviti Math

Puzzle

Kad Manila, Kad A4, Sampul

Surat, Pen Marker,

Meja/Kerusi (8 buah)

Menyatukan puzzle kemudian

menjawab beberapa soalan

berkaitan.

Aktiviti Permainan

Sains Matematik

Kad A4, Sampul Surat,

Meja/Kerusi (8 buah)

Berhalangan menjawab

menyelesaikan beberapa

masalah sains dan matematik

dalam bentuk permainan.

Aktiviti Selesai

Masalah

Kad Manila, Pen Marker,

Kertas Lukisan, Meja/Kerusi

(8 buah)

Menyelesaikan beberapa

masalah secara perbincangan

kumpulan.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

2.8 Format Pertandingan

JENIS AKTIVITI

BERKUMPULAN

FORMAT

PERTANDINGAN

TINDAKAN

KUMPULAN

Aktiviti Rekacipta

(Jambatan Paling

Stabil)

Untuk murid Tahap Dua

sahaja. Setiap kelas (4,5,6)

diwakilkan oleh 8 pasukan dari

setiap kelas bersama ibu atau

bapa masing-masing.

Pertandingan dijalankan dalam

masa 20 minit bagi setiap kelas

secara serentak. Hasil

rekacipta diadili oleh pegawai-

pegawai pertandingan yang

telah dilantik khas oleh pihak

penganjur. Ibu atau bapa murid

bertindak sebagai

pemudahcara. Jambatan yang

telah siap akan diuji

kestabilannya dengan

menggunakan beberapa biji

guli oleh AJK Pertandingan

untuk ditentukan

pemenangnya.

Menggunakan semua bahan

untuk membina sebuah

jambatan yang paling stabil.

Aktiviti Rekreasi

Sainmatik

Terbuka kepada murid Tahap 1

dan 2. Pertandingan adalah

secara stesen dijalankan

Mengikut arahan yang terdapat

dalam setiap sampul surat dan

diikuti oleh halangan tertentu.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

selama 40 minit. Ada 5 stesen

dengan aktiviti rekreasi

masing-masing. Satu stesen

diberi 8 minit untuk selesaikan

aktiviti rekreasi yang diberi.

Ibu atau bapa murid bertindak

sebagai motivator kepada anak

masing-masing. Pemenang

akan ditentukan oleh AJK

Pertandingan.

Aktiviti Teka Silang

Kata

Terbuka kepada murid Tahap

1 dan 2. Selesaikan Teka

Silang Kata dan Pengelasan

dalam masa 10 minit. Ibu atau

bapa murid bertindak sebagai

pemudahcara (motivator)

kepada anak masing-masing.

Pemenang ditentukan oleh

AJK Pertandingan.

Melalui beberapa halangan

untuk menyiapkan aktiviti teka

silang kata.

Aktiviti Math

Puzzle

Terbuka kepada murid Tahap 1

dan 2. Selesaikan Math Puzzle

dalam masa 5 minit. Ibu atau

bapa murid bertindak sebagai

pemudahcara sahaja.

Pemenang berdasarkan

ketepatan jawapan dalam masa

ditetapkan.

Menyatukan puzzle kemudian

menjawab beberapa soalan

berkaitan.

Aktiviti Permainan

Sains Matematik

Terbuka kepada murid Tahap 1

dan tahap 2. Melakukan

aktiviti permainan sains dan

matematik secara rantaian.

Berhalangan menjawab

menyelesaikan beberapa

masalah sains dan matematik

dalam bentuk permainan.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

Setiap rantaian akan

disediakan AJK Pertandingan

untuk mengawasi aktiviti

dijalankan. Terdapat 4 rantaian

aktiviti dalam masa 20 minit.

AJK Pertandingan akan

menentukan pemenang

berdasarkan ketepatan jawapan

yang diberi. Ibu atau bapa

murid sebagai motivator

mereka.

Aktiviti Selesai

Masalah

Terbuka kepada murid Tahap 2

sahaja. Pasukan selesaikan

masalah sains dan matematik

dalam masa 30 minit. Ibu atau

bapa murid akan membimbing

murid selesaikan masalah

masing-masing. Pemenang

akan ditentukan oleh AJK

Pertandingan.

Menyelesaikan beberapa

masalah secara perbincangan

kumpulan.

** setiap pasukan murid dari setiap kelas adalah berlainan untuk setiap aktiviti

pertandingan. Guru Mata pelajaran dan guru kelas akan membuat pilihan awal

sebelum pertandingan dijalankan dimaklumkan kepada penyelia aktiviti

pertandingan. AJK Pertandingan akan memantau setiap aktiviti pertandingan yang

diadakan dan menentukan pemenang bagi aktiviti tersebut.

2.9 Syarat-syarat Pertandingan pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah bersama dengan salah

seorang ahli keluarga masing-masing.

setiap aktiviti disertai oleh murid-murid dari setiap kelas Tahun 1 hingga Tahun 6

mengikut ketetapan oleh pihak penganjur pertandingan.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013

setiap aktiviti pertandingan akan diwakili oleh empat pasukan murid dari setiap

kelas. Elak pilih murid yang sama untuk semua aktiviti pertandingan.

ibu atau bapa murid yang terpilih akan bersama-sama anak mereka dalam

pertandingan sukaneka sebagai motivator atau pemudah cara.

ibu atau bapa murid hanya bertindak sebagai pemudahcara kepada anak masing-

masing dalam setiap pertandingan dijalankan. Membimbing anak untuk

menyelesaikan masalah bukan memberi anak jawapan yang dikehendaki.

setiap aktiviti pertandingan akan diberi keterangan tentang format pertandingan

oleh AJK Pertandingan kepada setiap pasukan sebelum acara pertandingan

dimulakan.

pasukan yang melanggar ketetapan pertandingan akan disingkirkan dari

penyertaan.

keputusan hakim dan pegawai pertandingan yang dilantik adalah muktamad.

kertas projek sukaneka sainmatik 2013