peraturan sukaneka

18
PROSEDUR DAN PERATURAN SUKANEKA PRASEKOLAH 2012 ”1 MURID I SUKAN”

Upload: jiateh

Post on 30-Nov-2014

836 views

Category:

Education


15 download

DESCRIPTION

peraturan sukaneka

TRANSCRIPT

Page 2: peraturan sukaneka

1.0 PROSEDUR DAN PERATURAN PERLAKSANAAN ACARA

1.1 GERAK MAHIR 1

1.1.1 Nama acara : Lari antara skital, leret bola menggunakan gelung rotan , berdiri

dan berjalan mengimbang badan menggunakan ’walking turtle’.

1.1.2 Bilangan peserta : 5 orang satu kumpulan

1.1.3 Alatan yang digunakan :

Bil Nama Alatan Bilangan yang diperlukan

1. Bola sepak saiz 4 20 biji

2. Terompah penyu 20 set

3. Skitel 32 buah

4. Gelung rotan 28 gelung

5. Bendera merah 4 set

6. Bola kecil 20 set

7. Bakul sampah 4 buah

1.1.4 Kawasan acara :

Dijalankan di padang yang mempunyai lorong 2 meter lebar dan 30 meter panjang bagi setiap rumah sukan yang bertanding.

Jarak antara stesen adalah berbeza. ( rujuk lampiran pelan organisasi )

Mempunyai 4 stesen yang berlainan perlakuan atau aktiviti yang perlu dibuat oleh murid.

Jarak antara penonton dan peserta dihalang atau ditanda dengan tali keselamatan bagi mengelakkan gangguan atau kelancaran kepada acara yang berlangsung.

Kawasan acara berlangsung bebas dari bendasing atau bahan-bahan yang boleh memudaratkan keselamatan peserta seperti paku, kaca, duri dan sebagainya.

Page 3: peraturan sukaneka

1.1.5 Kemahiran pergerakkan asas yang terlibat :

Berlari membawa bola Meleret bola dengan gelung rotan

Mengimbang atas ’terompah penyu

Melontar bola

1.1.6 Langkah-langkah dan peraturan acara:

1. Murid-murid beratur lurus dalam kumpulan masing-masing.

2. Pengelola bertugas memberi penerangan tentang arahan dan peraturan pertandingan kepada

murid-murid.

3. Murid akan bermula di garisan mula dimana bola diletakkan dihadapan mereka.

4. Apabila wisel di bunyikan peserta pertama akan berlari dan mengambil bola lalu berlari

melalui antara skitel menuju ke stesyen kedua.

5. Dari stesen kedua peserta meletakkan bola dan mengambil gelung kemudian meleret bola

menggunakan gelung bergerak ke stesen ketiga.

6. Di stesen kedua peserta akan meletakan gelung dan bola kemudian berjalan menggunakan

‘walking turtle’ sehingga ke garisan yang ditetapkan kemudian peserta akan mengambil bola

kecil dan melontar bola masuk ke dalam bakul. Seterusnya murid akan berlari ke arah bakul

dan mengangkat bendera.

7. Peserta ke 2 seterusnya menjalankan aktiviti yang sama selepas peserta terdahulu mengangkat

bendera.

8. Kumpulan yang menang dikira mengikut kutipan bola terbanyak.

Page 4: peraturan sukaneka

1.5

1.1.7 Lakaran pelan organisasi

Petunjuk :

Zon Pasir Putih

Zon Tiram

Bola

Skitel Walking turtle

Bakul

Gelung rotan

5 m 5 m 3 mZon Rinting

Zon Johor Jaya

Page 5: peraturan sukaneka

1.1.8 Borang skor: (contoh borang)

BORANG SKOR ACARA SUKANEKA (GERAK MAHIR 1)

Kedudukan Sekolah Bilangan Bola Masa

1.

2.

3.

4.

11.0 Nama acara : Jalan atas bangku gimnastik dan imbang pundi kacang atas kepala,

Mengelecek bola melalui antara skital , isi air dalam botol guna

cawan kertas polistren.

11.1.1 GERAK MAHIR 2

11.1.2 Bilangan peserta : 5 orang satu kumpulan

11.1.3 Alatan yang digunakan :

Bil Nama Alatan Bilangan yang diperlukan

1. Bangku kantin 4

2. Pundi kacang 20 biji

3. Bola sepak saiz 4 20 biji

4. Cawan polistren 4

Page 6: peraturan sukaneka

5. Botol 500ml 20 botol

6. Skitel 36

7 Baldi 4 buah

8. Gelung rotan 8 gelung

9. Bendera 4 set

11.1.4 Kawasan acara :

Dijalankan di padang yang mempunyai lorong 2 meter lebar dan 30 meter panjang bagi setiap kumpulan yang bertanding.

Jarak antara stesen adalah berbeza. ( rujuk lampiran pelan organisasi )

Mempunyai 4 stesen yang berlainan perlakuan atau aktiviti yang perlu dibuat oleh murid.

Jarak antara penonton dan peserta dihalang atau ditanda dengan tali keselamatan bagi mengelakkan gangguan atau kelancaran kepada acara yang berlangsung.

Kawasan acara berlangsung bebas dari bendasing atau bahan-bahan yang boleh memudaratkan keselamatan peserta seperti paku, kaca, duri dan sebagainya.

11.1.5 Kemahiran pergerakkan asas yang terlibat :

1. Mengimbang 3. Duduk

2. Mengelecek 4. Berlari

11.7.6 Langkah-langkah dan peraturan acara :

1. Peserta berbaris lurus mengikut kumpulan masing-masing di belakang garisan permulaan.

( stesen 1)

2. Pengelola memberi penerangan tentang arahan dan peraturan pertandingan kepada peserta.

Page 7: peraturan sukaneka

3. Apabila wisel di bunyikan, peserta akan berlari dan mengambil pundi kacang yang berada atas

bangku dan letakkan atas kepala.

4. Peserta berjalan di atas bangku panjang sambil mengimbang pundi kacang yang diletakkan di

atas kepala,

5. Jika pundi kacang jatuh, peserta dikehendaki mengambil semula pundi kacang dan meletakkan

di atas kepala dan terus jalan sehingga ke hujung bangku ia dikira batal dan peserta akan

melakukanya semula sehingga ke stesen seterusnya.

6. Pada stesen 2 peserta akan meletakkan pundi kacang dan megelecek bola ke hadapan melalui

antara skitel dan berhenti pada stesen 3.

7. Pada stesen 3 peserta akan mengisi air ke dalam botol menggunakan cawan polistren. Setiap

peserta hanya 1 cawan sahaja.

8. Peserta berlari membawa botol berisi air ke garisan penamat dan angkat bendera.

9. Pemenang akan dikira berdasarkan isipadu air yang terkumpul menggunakan bikar.

11.1.7 Lakaran pelan organisasi

Page 8: peraturan sukaneka

12 m

Petunjuk :

11.1.8 Borang Skor: (contoh borang)

BORANG SKOR ACARA SUKANEKA (GERAK MAHIR 2)

Kedudukan Sekolah Isipadu air Masa

1.

2.

3.

4.

Zon Rinting

Zon Pasir Putih

Zon Tiram

Zon Johor Jaya

Pundi kacang

Baldi Bola

Bangku gimnastik Botol

Skitel

Gelung rotan

5 m 3 m2 m

Page 9: peraturan sukaneka

12.0 GERAK MAHIR 3

12.1. Nama acara : Go! Go! Grooming.

Lompat antara skitel, pakai baju, pakai seluar, pakai kasut, pakai topi,

dan melempar gelung ke dalam skitel.

12.1.1 Bilangan peserta : 5 orang satu kumpulan

12.1.2 Alatan yang digunakan :

Bil Nama Alatan Bilangan yang diperlukan

1. Gelung 40 gelung

2. Skitel besar 4 set

2. Skitel kecil 4 set

3. Baju 20 helai

4. Seluar 20 helai

5. Kasut 20 pasang

6. Topi 20 set

7. Bendera 4 set

Pakaian perlu dibawa sendiri oleh setiap pasukan iaitu baju uniform prasekolah (baju dan seluar) dan kasut sekolah kecuali topi(akan disediakan).

12.1.3 Kawasan acara :

Dijalankan di padang yang mempunyai lorong 2 meter lebar dan 30 meter panjang bagi setiap sekolah yang bertanding.

Jarak antara stesen adalah berbeza, iaitu sepanjang 4m. ( rujuk lampiran pelan organisasi )

Mempunyai 5 stesen yang berlainan perlakuan atau aktiviti yang perlu dibuat oleh murid.

Page 10: peraturan sukaneka

Jarak antara penonton dan peserta dihalang atau ditanda dengan tali keselamatan bagi mengelakkan gangguan atau kelancaran kepada acara yang berlangsung.

Kawasan acara berlangsung bebas dari benda asing atau bahan-bahan yang boleh memudaratkan keselamatan peserta seperti paku, kaca, duri dan sebagainya.

12.1.4 Kemahiran pergerakkan asas yang terlibat :

Melompat dari skitel ke skitel Memakai baju, seluar, kasut dan topi

Berlari ke arah yang ditentukan

Melemparkan gelung ke dalam skitel

12.1.5 Langkah-langkah dan peraturan acara:

1. Murid-murid beratur lurus dalam kumpulan masing-masing.

2. Pengelola bertugas memberi penerangan tentang arahan dan peraturan pertandingan kepada

murid-murid.

3. Peserta pertama perlu berlari ke stesen A dan akan memakai baju yang disediakan.

4. Setelah siap memakai baju, peserta pertama perlu bergerak ke stesen B untuk memakai seluar.

5. Setelah siap memakai seluar, peserta pertama perlu bergerak ke stesen C untuk memakai kasut.

6. Setelah siap memakai kasut, peserta pertama perlu bergerak ke stesen D untuk memakai topi.

7. Setelah lengkap berpakaian uniform prasekolah beserta topi, peserta pertama perlu berlari ke

hadapan.

8. Peserta dikehendaki melempar gelung rotan ke dalam skitel dan mengangkat bendera.

9. Peserta yang seterusnya perlu mengulangi aktiviti yang sama seperti peserta pertama.

10. Pemenang dikira berdasarkan jumlah gelung rotan yang masuk ke dalam skitel.

Page 11: peraturan sukaneka

12.1.6 Lakaran pelan organisasi

Petunjuk :

12.1.7 Borang Skor: (contoh borang)

4 m 4 m4 m 4 m 1.5 m

4 m 4 m 4 m 1.5 m4 m

4 m 1.5 m4 m4 m4 m

4 m4 m4 m4 m 1.5 m

Gelung rotan Skitel Baju

Seluar Bola Topi

Zon Rinting

Zon Johor Jaya

Zon Tiram

Zon Pasir Putih

Page 12: peraturan sukaneka

BORANG SKOR ACARA SUKANEKA (GERAK MAHIR 2)

Kedudukan Sekolah Jumlah Gelung Kepantasan Masa

1.

2.

3.

4.

PERALATAN SUKANEKA

BIL ALAT/ BAHAN KUANTITI

1. Skitel besar 4

2. Gelung 76

3. Bola saiz 3 40

4. Bangku gimnastik 4

5. Pundi kacang 20

6. Cawan polistrin 4

7. Botol 500ml 4

8. Skitel kecil 4

9. Baldi 4

10. Bendera 12

11. Terompah penyu 20

12. Uniform prasekolah (baju, seluar dan kasut sekolah

- disediakan oleh guru pra masing-masing)

20

13. Papan markah (whiteboard dan marker pen-merah &hitam) 1

14. Haler 3

15. Wisel 3

Page 13: peraturan sukaneka

BORANG SKOR ACARA SUKANEKA (GERAK MAHIR 1)

Kedudukan Sekolah Bilangan bola

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Page 14: peraturan sukaneka

BORANG SKOR ACARA SUKANEKA (GERAK MAHIR 2)

Kedudukan Sekolah Isi padu air

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Page 15: peraturan sukaneka

BORANG SKOR ACARA SUKANEKA (GERAK MAHIR 3)

Kedudukan Sekolah Bilangan Gelung Rotan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21