refleksi tugasan 3-oku

5
REFLEKSI TUGASAN 3 Lian Li Fang (TESL SJKC) Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana telah memberikan segala kenikmatan ruang dan peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Segala kesempatan masa yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pada 5 th Oktober 2015. Keinginan dan kemahuan yang kuat sehingga mendesak kami untuk pergi ke rumah orang kurang upaya untuk melihat sendiri bagaimana keadaan dan kehidupan mereka di sana. Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya, dan ini juga menjadi sebab kenapa kami memilih untuk datang ke tempat ini. Bermacam-macam perspektif yang bermain diminda tentang kehidupan atau cara hidup warga kurang upaya. Apa yang kami faham, kebiasaannya mereka yang tinggal di pusat pemulihan dalam komuniti ini adalah orang-orang yang berkurang upaya contohnya dari segi mental atau fizikal. Keluarga mereka tidak dapat menjaga mereka dan telah hantar mereka ke pusat ini. Sudah tentu kehidupan mereka sentiasa dimurungi dengan kesedihan kerana tidak dapat hidup macam orang biasa. Kami seramai 25 orang guru pelatih telah berkumpul di balai ilmu pada jam 1.30 petang sebelum bertolak ke PDK berkenaan bersama pensyarah penasihat kami iaitu Pn Asma Nabihah. Sebaik tiba pada jam 2.00 petang, kami disambut

Upload: joanne-lian-li-fang

Post on 05-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi Tugasan 3-OKU

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Tugasan 3-OKU

REFLEKSI TUGASAN 3

Lian Li Fang (TESL SJKC)

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana telah memberikan segala kenikmatan

ruang dan peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Segala kesempatan masa

yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Saya berasa bersyukur kerana diberi

peluang untuk melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pada 5th Oktober 2015.

Keinginan dan kemahuan yang kuat sehingga mendesak kami untuk pergi ke rumah

orang kurang upaya untuk melihat sendiri bagaimana keadaan dan kehidupan mereka di sana.

Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya, dan ini juga menjadi sebab kenapa kami

memilih untuk datang ke tempat ini. Bermacam-macam perspektif yang bermain diminda

tentang kehidupan atau cara hidup warga kurang upaya. Apa yang kami faham, kebiasaannya

mereka yang tinggal di pusat pemulihan dalam komuniti ini adalah orang-orang yang berkurang

upaya contohnya dari segi mental atau fizikal. Keluarga mereka tidak dapat menjaga mereka

dan telah hantar mereka ke pusat ini. Sudah tentu kehidupan mereka sentiasa dimurungi

dengan kesedihan kerana tidak dapat hidup macam orang biasa.

Kami seramai 25 orang guru pelatih telah

berkumpul di balai ilmu pada jam 1.30 petang

sebelum bertolak ke PDK berkenaan bersama

pensyarah penasihat kami iaitu Pn Asma Nabihah.

Sebaik tiba pada jam 2.00 petang, kami disambut

oleh para petugas dan pelatih PDK berkenaan

dengan mesra. Kemudian kami meneruskan

program seperti mana yang telah dirancang setelah

berkolaborasi dengan pihak pusat tersebut. Untuk

mengelakkan peruntukan masa , maka kami diberi taklimat ringkas oleh petugas disana. Melalui

penerangan ini, maka semua kemushkilan dan tanda tanya yang bermain diminda terjawab.

Beliau memberikan penjelasan dan penerangan tentang sejarah penubuhan pusat tersebut,

kategori yang terdapat di pusat tersebut, sebab-sebab kenapa warga kurang upaya itu boleh

berada di sana, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan sebagainya.

Page 2: Refleksi Tugasan 3-OKU

Kami juga sempat untuk bertanyakan apa-apa sahaja soalan mengenai orang kurang

upaya tersebut. Melalui respon atau penerangan dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh

petugas memberikan kami seribu satu pengetahuan yang amat berguna kepada kami. Segala

persepsi kami sebelum ini sememangnya sudah terungkai dengan sejelas-jelasnya. Kami amat

beruntung kerana mendapat petugas yang sanggup meluangkan masa bersama kami sebagai

wakil daripada pihak pusat pemulihan dalam komuniti tersebut. Menurut petugas lagi, tujuan

penubuhan PDK ini adalah untuk mengajar para pelatih agar dapat mengurus diri, bersosial dan

bergaul dengan orang lain. Ia juga bertujuan untuk membantu para pelatih agar dapat berdikari

dengan mengajar kemahiran-kemahiran asas kepada pelatih serta menggilap bakat dan

kebolehan yang dimiliki oleh setiap pelatih. Selain itu, pusat ini juga berfungsi untuk memberi

kesedaran, menggalakkan sikap prihatin dan tanggungjawab komuniti setempat untuk sedia

memberi perkhidmatan kepada golongan istimewa ini.

Antara pengetahuan baru yang saya perolehi ialah walaupun mereka adalah orang

kurang upaya, tetapi mereka masih bekerja setiap hari macam orang biasa. Contohnya, dalam

pusat tersebut mempunyai kilang sendiri untuk memproseskan sampul surat. Mereka bekerja

untuk melipat sampul surat, lekatkan gam atas sampul surat yang telah dicetak dan menyusun

sampul surat dengan teratur. Walaupun kerja-kerja tersebut adalah senang bagi kami, tetapi ini

adalah hasil daripada mereka yang berkurang upaya. Semangat yang tidak berputus asa itu

dapatlah kami mempelajari daripada mereka.

Seterusnya, kami telah menganjurkan

satu program iaitu pertandingan melukis atau

mencipta muka surat hadapan sampul surat

dengan bertemakan “Kasih Sayang”. Melalui

aktiviti ini, kami lebih dapat mengenali mereka

dari lukisan mereka. Mereka akan mencuba

menjelaskan alasan lukisan tersebut. Terdapat

seorang yang bernama Iman dalam pusat

tersebut, beliau ialah seorang yang bijaksana

dan beliau boleh berkomunikasi dengan orang lain dalam bahasa Inggeris. Saya telah

mendapat tahu bahawa dulu beliau ialah seorang yang cerdik dan mendapat keputusan yang

amat cermerlang semasa beliau belajar di sekolah. Malah saya berasa sedih kerana beliau

telah menghadapi masalah mental selepas menghadapi demam yang agak lama dan serius.

Walaupun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan meneruskan kehidupan beliau dengan

Page 3: Refleksi Tugasan 3-OKU

tabah. Apa yang saya terdapat dari lukisannya ialah beliau melukis beliau sendiri dengan

mengambil sampul surat dalam tanganya dan beliau telah tulis sepatah kata dalam bahasa

Inggeris iaitu “OKU, we can!”, ia telah membukti beliau amat gemar dengan pekerjaan beliau

sekarang dan dia mempunyai keyakinan terhadap beliau sendiri dan rakan-rakannya dalam

pusat tersebut. Saya amat terharu dengan perbuatan dia tersebut, ia mengingatkan saya

supaya hidup dengan gembira dan hendaklah menghargai segala apa yang saya ada.

Bukan itu sahaja, malahan kami juga

sempat menyediakan sedikit cenderahati untuk warga

kurang berupaya di sana. Selepas itu, kami

meneruskan program dengan minum the petang.

Dalam jam empat petang, kami mula bertolak balik ke

IPG Kampus Tun Husseion Onn. Sememangnya

banyak pengalaman yang saya perolehi melalui

program ini. Saya berasa amat beruntung dapat

melawat ke tempat ini, bukan sahaja sekadar untuk memenuhkan proforma, tetapi sebagai

pengajaran kepada saya untuk berhidup dengan tabah setiap masa tanpa berputus asa.

Secara keseluruhan, lawatan kali ini mampu mencuit perasaan tanggungjawab, kasih

sayang dan bantu-membantu kami terhadap masyarakat secara tidak langsung melatih kami

supaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat di luar apabila tamat

pengajian kelak.