refleksi trends n issue full
TRANSCRIPT
TAJUK 1: PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SEKOLAH BANDAR DAN
LUAR BANDAR.
ISI PENTING:
1. Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas R. Detwyler 1985 ialah satu unit
politik dalam suatu petempatan yang mempunyai gabungan antara tempat dengan
penghuni dan mempunyai pelbagai fungsi.
2. Antara faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar ialah ibu bapa. Di luar
Bandar, golongan ibu bapa mempunyai pengharapan yang rendah terhadap anak –
anak mereka berbanding ibu bapa di Bandar yang sentiasa menggalakkan anak – anak
mereka untuk terus maju dalam pelajaran.
3. Untuk menangani masalah ini ibu bapa dan masyarakat setempat terutamanya di luar
Bandar harus mengubah persepsi dan sentiasa menggalakkan anak – anak mereka
untuk terus belajar.
4. Pengurusan sekolah dan organisasi bilik darjah penting dalam menarik minat pelajar
untuk mempelajari subjek matematik.
5. Seorang guru yang cemerlang harus kreatif untuk menangani masalah dengan mencari
alternative yang lebih baik dan berkesan kea rah memupuk minat murid terhadap mata
pelajaran matematik.
SOALAN:
1. Adakah betul yang dikatakan Matematik adalah suatu kemahiran dalam pengiraan?
2. Dari ketiga – tiga definisi Bandar, apakah yang kamu boleh maksudkan sebagai
Bandar?
3. Bagaimanakah Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
membezakan sekolah Bandar dan luar Bandar?
4. Adakah penggunaan ifrastruktur bilik darjah seperti computer, LCD dan sebagainya
mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam Matematik?
5. Apakah langkah yang seharusnya seorang guru lakukan untuk meningkatkan tahap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran yang diajarnya terutamanya Matematik?
6. Apakah langkah yang perlu dibuat untuk mengubah persepsi ibu bapa di luar Bandar
terhadap pendidikan?
TAJUK 2: PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK LELAKI DAN PEREMPUAN.
ISI PENTING:
1. Murid perempuan adalah lebih baik dalam melakukan tugasan dan penghafalan fakta.
2. Perbezaan pencapaian anatara lelaki dan perempuan semakin besar apabila umur
semakin meningkat. Pencapaian perempuan adalah lebih tinggi.
3. Antara factor penyebab perbezaan pencapaian ini adalah pelajar, guru, ibu bapa dan
persekitaran.
4. Daripada analisis sikap pelajar, murid lelaki dan perempuan memberikan persepsi
yang tinggi terhadap matematik (23.67 dan 26.51). persepsi ini termasuklah
pandangan positif terhadap matematik (perempuan lebih tinggi), kesedaran matematik
adalah satu mata pelajaran wajib syarat kemasukan ke university dan pengaplikasian
matematik dalam kehidupan seharian.
5. Murid lelaki dan perempuan mempunayai persepsi terhadap guru yang tinggi (24.93
murid lelaki dan 26.78 murid perempuan). Ini bermakna pandangan pelajar terhadap
guru dari aspek kaedah pengajaran, penampilan dan perhatian guru adalah tinggi. Ini
mempengaruhi keinginan pelajar untuk mempelajari matematik.
SOALAN:
1. Daripada keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, apakah yang dapat
disimpulkan mengenai pencapaian murid lelaki dan perempuan?
2. Apakah teknik pengajaran yang berkesan untuk menarik minat pelajar supaya dapat
mempelajari dan memahami matematik?
3. Mengapakah dikatakan ibu bapa mempunyai pengharapan yang lebih tinggi kepada
anak perempuan berbanding lelaki?
4. Adakah bilangan pelajar lelaki yang kurang daripada pelajar perempuan menyebabkan
pencapaian lelaki adalah lebih rendah daripada perempuan? Apa alasan anda?
5. Ada pendapat mengatakan apabila pelajar lelaki diasingkan daripada pelajar
perempuan, pencapaian pelajar lelaki adalah tinggi. Pelajar lelaki dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajaran dengan baik dan mampu mendapat pencapaian yang
tinggi. Sejauh manakah keberkesanan teknik pembelajaran ini dan apakah rasionalnya
kepada pelajar lelaki?
TAJUK 3: PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK ANTARA SK DAN SJKC
ISI PENTING:
1. SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang
menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah – sekolah ini
ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia.
SJKC pula merupakan lanjutan sekolah vernacular, berasaskan kaum cina di Malaysia.
Asalnya sekolah ini dibiayai oleh masyarakat cina dan pentadbiran british. Namun kini
sekolah jenis ini dibiayai sepenuhnya oleh kementerian pelajaran Malaysia dan dikira
sebagai sekolah bantuan kerajaan.
2. Pencapaian matematik di SJKC adalah lebih baik berbanding di SK. Ini disokong
dengan laporan KPM mengenai prestasi kebangsaan UPSR bagi tahun 1990 dan 2000.
3. Kelebihan waktu yang diberikan oleh kerajaan kepada SJKC untuk mengajar mata
pelajaran matematik menyebab pencapaian pelajar di SJKC adalah lebih baik daripada
SK.
4. SJKC memperaktikkan P&P yang lebih berdisiplin dan mempunyai peraturan yang
ketat. Ini dapat dilihat apabila pelajar diberikan kerja rumah yang banyak.
5. Guru – guru di SK perlu menggunakan buku kerja tambahan sepertimana yang
digunakan di SJKC untuk memnudahkan pengajaran dan menjimatkan masa.
Pembelajaran pelajar juga akan menjadi lebih efektif.
SOALAN:
1. Kebanyakan SJKC adalah berada di Bandar manakala SK terdapat di Bandar dan luar
Bandar. Adakah ini yang menyebabkan pencapaian di SKJC adalah lebih tinggi?
Kenapa?
2. Apakah yang menyebabkan perbezaan waktu untuk mata pelajaran matematik di SK
dan SJKC?
3. Apakah rasionalnya KPM memberikan waktu yang lebih (180 minit seminggu) kepada
SJKC untuk mengajar mata pelajaran matematik?
4. Masyarakat cina kebanyakannya terdiri daripada golongan pertengahan dan
berpendidikan. Mengapakah ini menjadi factor penyumbang kepada tahap
pencapaian?
5. SJKC masih menggunakan teknik pengajaran cara lama dan banyak memberikan latih
tubi kepada pelajarnya. Sejauh manakah keberkesanan teknik ini kepada tahap
pencapaian pelajar. Adakah teknik ini juga sesuai diajar oleh pelajar pada peringkat
sekolah menengah dan apakah kesannya terhadap pencapaian pelajar?
TAJUK 4: STRATEGI PEMBELAJARAN MATEMATIK – KONSTRUKTIVISME VS
LATIH TUBI.
ISI PENTING:
1. Konsktruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan penegtahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
2. Latih tubi ialah pengulangan fakta – fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang
apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk
melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan (Mat Lazim
Idris, 2010).
3. Konstrukvisme memberi kesan yang mendalam terhadap pembelajaran murid. Murid
menjadi lebih faham tentang sesuatu topik pengajaran, lebih seronok kerana terlibat
secara aktif dan lebih berkemahiran sosial. Selain itu murid menjadi lebih berfikir,
yakin dan lebih berkemahiran sosial.
4. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula
– formula yang penting. Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah
kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapkan isi kandungan
dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal
atau mengingat sesuatu.
5. Peranan guru adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Dunn (1990)
menyatakan kegagalan pelajar bukan disebabkan oeh kurikulum semata – mata tetapi
turut dipengaruhi oleh teknik dan pendekatan oleh guru. Minat pelajar terhadap
matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru (Abdul
Razak, 1993).
SOALAN:
1. Sekiranya dalam kelas tersebut tedapat murid yang pendiam dan senyap,
bagaimanakah seorang guru itu menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam
pengajaran dan pembelajaran?
2. Mengapakah talih tubi dikatakan untuk mengukuhkan kemahiran dan bukanya
mengukuhkan pemahaman konsep?
3. Latih tubi tidak sesuai digunakan untuk soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
Kenapa? Berikan sebabnya.
4. Bagaimanakah seorang guru itu menggunakan pendekatan secara konstruktivisme
dalam sebuah kelas yang muridnya mempunyai kecerdasan yang pelbagai supaya
pembelajaran murid lebih berkesan dan bermakna?
5. Apakah cabaran kepada guru apabila menggunakan pendekatan secara
konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran?
TAJUK 5: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH.
ISI PENTING:
1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip – prinsip
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek
– aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini satu bentuk pendidikan
yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta
menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
3. Kurikulum sekolah rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard kandungan ialah
pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu murid yang patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Standard pembelajaran ialah satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti
pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.
4. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk
bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan
dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
5. KSSR mengandungi elemen TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). Matlamat
Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid
dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti
dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak – kanak
yang akan kekal sepanjang hayat.
SOALAN:
1. Apakah relevannya KSSR diperkenalkan bagi menggantikan KBSR?
2. Bagaimanakah seorang guru Matematik memastikan fokus pengajaran dan
pembelajaran Matematik tercapai dalam kalangan pelajar yang pelbagai kecerdasan?
3. Mengapakah KSSR dikatakan lebih baik daripada KBSR? Sekiranya dilihat dari segi
perbezaan, tidak terdapat banyak perbezaan yang ketara bagi kedua – dua kurikulum.
4. Andainya seseorang guru itu menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran
berasaskan modul yang diberikan, bolehkah guru itu mengubahsuai perancangan yang
telah ditetapkan seperti dalam modul pengajaran yang disediakan?
5. Apakah kesannya kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran apabila KSSR
dilaksanakan?
TAJUK 6: PENGGUNAAN ICT DALAM MENGAJAR MATEMATIK (PENGAJARAN
MATEMATIK MENGGUNAKAN KOMPUTER ATAU PENGAJARAN
MATEMATIK TANPA MENGGUNAKAN KOMPUTER).
ISI PENTING:
1. Definisi penggunaan ICT dalam p&p matematik ialah menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
2. Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan
diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah
pada tahun hadapannya, iaitu tahun 2003. Sejak itu kerajaan memutuskan untuk
menggunakan ICT dalam p&p Sains dan Matematik bagi membantu dan memudahkan
guru melaksanakan p&p.
3. Contoh pengajaran Matematik yang menggunakan komputer adalah pengajaran yang
menggunakan sokongan multimedia seperti CD perisian Maktematik oleh KPM
dengan alatan sokongan teknologi yang lain seperti komputer riba, projektor dan skrin
papan putih. Contoh perisian adalah Geometer’s Sketchpad.
4. Menurut hasil kajian Shaharuddin Md Salleh (2008), pembelajara Matematik dengan
menggunakan PBK meninggalkan kesan yang positif yang mana ianya telah memupuk
minat, keseronokan dan menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran Matematik.
Ia banyak membantu mempertingkatkan pemahaman dan seterusnya pencapaian
peperiksaan pelajar.
5. Gagne & Briggs dalam Rosenberg (2000) mengatakan komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman
komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan dan
maklum balas dan peneguhan.
SOALAN:
1. Adakah pembelajaran melalui komputer memberi pengaruh yang besar terhadap
pencapaian pelajar?
2. Sekiranya setiap pelajar dibekalkan dengan kemudahan internet dan komputer,
mampukah mereka mendapat skor A dalam matematik? Adakah keciciran pelajar
tidak berlaku dalam pembelajaran?
3. Bolehkah komputer menggantikan tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran?
Mengapa?
4. Apakah perisian yang penting yang perlu dipelajari oleh semua pelajar dan guru untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Boleh perisian ini digunakan untuk
semua topik pembelajaran dan apakah kelebihannya ia digunakan?
5. Bagaimanakah penggunaan ICT secara berfikrah membantu pemahaman pelajar dalam
mempelajari matematik?
TAJUK 7: PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK.
ISI PENTING:
1. Kalkulator boleh disimpulkan sebagai satu ciptaan teknologi moden untuk mengira
dan mendapatkan jawapan dengan tepat dan cepat untuk masalah yang melibatkan
operasi matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi, fungsi trigonometri,
logaritma dan sebagainya.
2. Persepsi negatif pihak yang membangkang penggunaan kalkulator mengatakan pelajar
yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir,
menjadi terlalu bergantung kepada kalkulator dan tidak berdaya untuk membuat
pengiraan sekiranya tiada kalkulator.
3. Sebaliknya, penggunaan kalkulator membolehkan pelajar meneroka lebih mendalam
bidang matematik, meningkatkan pembelajaran konsep matematik dan merangsang
kemahiran berfikir pelajar.
4. Penggunaan kalkulator juga tidak menjejaskan kemahiran matematik pelajar kerana
pelajar sendiri perlu menginterpretasi masalah, menentukan kaedah yang sesuai
digunakan dan memasukkan maklumat yang betul dalam kalkulator.
5. Penggunaan kalkulator di sekolah perlu diberi perhatian di mana pelajar harus
menguasai kemahiran asas matematik seperti sifir, aritmetik asas dan penyelesaian
masalah.
SOALAN:
1. Apakah kesannya kepada pelajar yang lemah dalam matematik apabila menggunakan
kalkulator?
2. Bilakah masa yang sesuai untuk guru membenarkan pelajar menggunakan kalkulator
dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran matematik?
3. Bolehkan kalkulator digunakan di peringkat sekolah rendah? Apakah implikasinya
apabila mereka masih belum menguasai kemahiran dalam aritmetik?
4. Bagaimanakah sekiranya seseorang guru matematik itu tidak boleh dalam
menggunakan kalkulator dengan cekap?
5. Apabila menduduki peperiksaan, pengawas peperiksaan menyuruh pelajar meletakkan
penutup kalkulator di bawah meja. Kenapa?
TAJUK 8: PERSIJILAN GURU MATEMATIK (PENGETAHUAN MATH YANG
MENDALAM VS PENGETAHUAN MATH + KURSUS PERGURUAN)
ISI PENTING:
1. Guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula
berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru.
2. Profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan
latihan yang khas misalnya dalam bidang pendidikan, undang-undang, senibina,
perakaunan dan lain-lain.
3. Bidang professional terlakluk kepada kod etika professional di mana ia adalah satu
‘alat kawalan’ sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam
mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.
4. Terdapat beberapa kursus profesional pendidikan yang perlu diambil sepanjang
tempoh pengajian. Kursus –kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang
guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan
yang kian mencabar dan kompleks ini.
SOALAN:
1. Mengapakah terdapat perbezaan kursus bagi pelajar IPTA dan IPG walaupun kedua-
duanya mengambil bidang keguruan yang sama?
2. Adakah profession keguruan benar-benar wujud di Malaysia? Apakah statusnya?
3. Bagaimanakah seorang guru mampu menaikkan martabat guru dan menjadikannya
dirinya dihormati?
4. Guru pada zaman dahulu dihormati dan disanjungi walaupun tidak mempunyai banyak
kemudahan pengajaran dan tidak melalui kursus keguruan. Mengapakah ia sebaliknya
berlaku pada masa kini walaupun guru dibekalkan dengan ilmu keguruan?
5. Patutkah kerajaan menubuhkan satu badan yang menjaga kualiti guru dimana guru
boleh dipecat sekiranya tidak menjalankan tugas dengan baik?