legal issue

35
1. 0 Pengenalan Kebelakangan ini para guru sering terdedah dengan isu yang melibatkan mahkamah di mana sebarang kejadian yang menimpa pelajar akan dibawa ke mahkamah. Pengetua sekolah, guru-guru dan kakitangan lain di sekolah terdedah kepada dakwaan atas berbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku. Di antara punca-punca dakwaan tersebut, kecuaian merupakan bidang yang amat luas dan pihak sekolah paling berkemungkinan didakwa atas tuduhan ini. Faktor kecuaian ini jugalah yang menyebabkab setiap hari guru disaman sehingga menyebabkan mereka berada dalam trauma dan takut untuk mengajar. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyatakan setiap hari pihaknya menerima laporan guru disaman oleh ibu bapa pelajar sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan trauma dan takut untuk mengajar. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, antara saman yang difailkan ke atas guru ialah kerana didakwa cuai dan melakukan tindakan melampaui batas ketika mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar. Keadaan ini amat membimbangkan kerana guru kini semakin takut dan berada dalam trauma untuk melakukan tugas-tugas yang diamanahkan oleh kerajaan. Apa yang menyedihkan, NUTP adalah satu-satunya saluran bagi guru mendapatkan bantuan dan nasihat jika mereka disaman oleh ibu bapa pelajar, (Utusan Malaysia, 3 Febuari 2007).

Upload: chekgu2007

Post on 07-Jun-2015

2.509 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: legal issue

1. 0 Pengenalan

Kebelakangan ini para guru sering terdedah dengan isu yang melibatkan mahkamah di

mana sebarang kejadian yang menimpa pelajar akan dibawa ke mahkamah. Pengetua sekolah,

guru-guru dan kakitangan lain di sekolah terdedah kepada dakwaan atas berbagai tuduhan

seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan

penyelewengan yang mungkin berlaku. Di antara punca-punca dakwaan tersebut, kecuaian

merupakan bidang yang amat luas dan pihak sekolah paling berkemungkinan didakwa atas

tuduhan ini. Faktor kecuaian ini jugalah yang menyebabkab setiap hari guru disaman

sehingga menyebabkan mereka berada dalam trauma dan takut untuk mengajar. Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyatakan setiap hari pihaknya menerima

laporan guru disaman oleh ibu bapa pelajar sehingga menyebabkan mereka berada dalam

keadaan trauma dan takut untuk mengajar.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, antara saman yang difailkan ke atas

guru ialah kerana didakwa cuai dan melakukan tindakan melampaui batas ketika mengambil

tindakan disiplin terhadap pelajar. “Keadaan ini amat membimbangkan kerana guru kini

semakin takut dan berada dalam trauma untuk melakukan tugas-tugas yang diamanahkan oleh

kerajaan. Apa yang menyedihkan, NUTP adalah satu-satunya saluran bagi guru mendapatkan

bantuan dan nasihat jika mereka disaman oleh ibu bapa pelajar,” (Utusan Malaysia, 3 Febuari

2007).

Kecuaian dijadikan isu utama oleh ibu bapa dan penjaga untuk mengemukakan saman

terhadap guru dan pihak sekolah. Dalam kes saman menyaman, biasanya guru akan dijadikan

Page 2: legal issue

sebagai defendan utama dalam kes yang dibawa oleh ibu bapa plaintif, pengetua sebagai

defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga (Tie, 2004,m.s 64). Keadaan

ini memerlukan semua pihak yang berada di dalam sesebuah sekolah terutamanya pengurus

sekolah peka dengan peraturan-peraturan, akta dan pekeliling-pekeliling dari pihak

Kementerian Pelajaran untuk tujuan perlindungan.

2.0 Definisi Kecuaian

Kecuaian (negligence) dikaitkan dengan “kewajiban berjaga-jaga” (duty of care).

Semua sekolah mempunyai kewajiban berjaga-jaga (owe a duty of care) kepada pekerja-

pekerja dan anak-anak muridnya. Ini bermakna pengurus sekolah atau pengetua perlu

melindungi kesihatan dan keselamatan para guru dan muridnya. Ini termasuk mengambil

langkah-langkah untuk mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh

dijangka (forseeable risks) daripada berlaku (Ling,2001).

Kecuaian di dalam bidang pendidikan boleh dibezakan antara ‘kecuaian guru’ dan

‘kecuaian pendidikan’. Kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga

daripada segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya kecuaian

guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Guru

terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud

liabiliti guru dalam sesuatu keadaan. Biasanya ganti rugi dibayar kepada ibu bapa pelajar

berkenaan.

Page 3: legal issue

Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada

beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh ataupun menguasai

sesuatu kemahiran dalam pendidikan. Tetapi usaha membuktikan sesuatu kecederaan intelek

berpunca daripada pengajaran guru yang kurang baik adalah amat menyukarkan.

Oleh itu, kamus Random House (1997) mendefinisikan kecuaian adalah kegagalan

mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang

dikehendaki oleh undang-undang (Tie,2004,m.s 1).

Menurut Webster’s New Dictionary & Thesaurus, kecuaian bermakna “careless,

disgraceful, forgetful, inattentive, indifferent, lax, neglectful, thoughtlessness, uncareful,

uncaring, unmindful, unthinking” (Suresh,2006.m.s 1)

Sementara Compact Oxford DictionaryThesaurus & Word Power Guide, Indian

Edition, mendefinisikan kecuaian sebagai “carelessness, dereliction of duty, disregard,

inadvertence, inattention, indifference, negligence, oversight, slackness, failure to give a

proper care or attention to, fail to do something” (Suresh,2006.m.s 1).

Kesimpulannya kecuaian boleh didefinisikan sebagai melakukan sesuatu yang tidak

dilakukan oleh seseorang yang waras dalam satu masa dan keadaan atau tidak melakukan

sesuatu yang biasanya dilakukan oleh seseorang yang waras dalam satu masa dan keadaan.

Page 4: legal issue

3.0 Undang-undang Tort dan kecuaian

Kemalangan yang sering berlaku di dalam persekitaran sekolah selalunya

dihubungkaitkan dengan kecuaian pihak guru. Situasi ini akan membawa kepada masalah

perundangan yang berkait rapat dengan Undang-undang Tort.

Tort berasal daripada perkataan latin iaitu “tortus” yang bermaksud “tidak lurus” dan

di dalam Bahasa Inggeris ianya merujuk kepada suatu kesalahan. Apabila undang-undang ini

dikaitkan dengan kecuaian dalam pendidikan Tort boleh ditakifkan sebagai satu perbuatan

salah di mana mangsa mengalami kecederaan fizikal, reputasi atau pada hartanya dan mangsa

yang cedera boleh menuntut ganti rugi. Perbuatan yang sengaja juga boleh dikaitkan dengan

Tort tetapi kemalangan di sekolah selalunya terjadi dengan tidak sengaja di mana kecederaan

yang dialami adalah daripada hasil kecuaian.

Yang Arif Hakim Lord Wright (1934) mentakrifkan kecuaian sebagai satu Tort

sebagai “ kecuaian bukan setakat tidak mengambil peduli atau perlakuan cuai......tetapi

menampilkan konsep yang kompleks mengenai kewajipan, kemungkinan dan kerugian yang

dialami oleh orang” (Tie,2004,m.s 33).

Walaupun Undang-undang Tort menyatakan dengan jelas plaintif atau pelajar boleh

menuntut setiap kerugian yang mereka alami, pelajar mesti membuktikan empat perkara atau

unsur sekiranya mereka ingin menang iaitu:

Page 5: legal issue

(a) Guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajar untuk memastikan

keselamatan pelajar.

(b) Guru telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga.

(c ) Pelajar mengalami kecederaan fizikal

(d) Terdapat perhubungan rapat di antara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku

guru.

4.0 Kes-kes kecuaian dalam pendidikan

Sehingga kini, terdapat beberapa kes yang telah diadili di mahkamah yang telah

berpihak kepada pelajar dan juga guru. Antara kes yang berpihak kepada guru ialah:

4.1 Kes Zazlin Zakaria Haji Kamarulzaman dan satu lagi lawan Louis Marie

Neubert Ambrose a/l J Ambrose dan lain-lain.

4.1.1Senario kes

Kejadian berlaku pada 19 Mac 1985. Plaintif Pertama yang pada masa itu berumur

lebih kurang tujuh tahun, pelajar Darjah 1T di Sekolah Kebangsaan Taman Selayang,

Selayang. Beliau baru sahaja tiga bulan masuk ke sekolah tersebut. Pada hari tersebut di

sebelah pagi beliau berada di bilik darjah untuk kelas muzik yang diajar oleh Defendan

Pertama. Tidak dipertikaikan bahawa kelas muzik adalah satu mata pelajaran di dalam darjah

tersebut apabila sistem KBSR diperkenalkan ke semua sekolah pada tahun 1984. Juga tidak

dipertikaikan bahawa Defendan Pertama adalah seorang guru muzik yang terlatih setelah

Page 6: legal issue

menghadiri beberapa kursus di sekolah-sekolah dan maktab-maktab apabila sistem KBSR

akan dan telah diperkenalkan.

Defendan Pertama juga telah dilatih cara-cara mengajar muzik di sekolah-sekolah.

Beliau juga seorang guru lepasan maktab yang menunjukkan ia seorang yang terlatih. Juga

tidak dipertikaikan murid yang berada di dalam Kelas 1T berjumlah 39 orang. Mengikut

keterangan, yang juga tidak dipertikaikan,bahawa pada hari tersebut Defendan Pertama telah

mengajar muzik bertajuk “Gerabak Keretapi” dimana semua murid darjah 1T mengambil

bahagian. Defendan Pertama telah memberi arahan bagaimana pergerakan murid-murid

mengikut rentak muzik. Adalah jelas dari keterangan kedua-dua belah pihak bahawa

Defendan Pertama telah mengarahkan murid-murid memasukkan bangku tempat duduk di

bawah meja tulis masing-masing dan pergerakan “Gerabak Keretapi” mengelilingi meja-meja

murid dan bukan mencelah di antara meja. Semasa muzik dimainkan murid-murid

memulakan pergerakan gerabak keretapi dari belakang bilik darjah berjalan keliling bilik

darjah. Apabila tamat satu pusingan dan semasa gerabak keretapi berada di belakang bilik

darjah iaitu tempat permulaan, Plaintif Pertama telah terjatuh dan akibatnya tangannya telah

patah.

Apabila Defendan Pertama sedar bahawa Plaintif Pertama terjatuh dan cedera serta

menangis Defendan Pertama telah membantu Plaintif Pertama untuk berdiri dan

memimpinnya ke meja guru di mana tangan Plaintif Pertama telah diletakkan di atas meja

guru. Dia ke mudian meminta bantuan dari seorang lagi guru untuk membungkus tangan

Plaintif Pertama dengan suratkhabar supaya jangan bengkok. Defendan Pertama juga telah

memberitahu guru besar sekolah tersebut yang telah mengarahkan Defendan Pertama dan

Page 7: legal issue

guru yang seorang lagi membawa Plaintif Pertama ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Guru

besar sekolah tersebut telah memberitahu ibu bapa Plaintif Pertama. Di hospital Plaintif

Pertama telah dimasukkan ke wad kecemasan ditunggu oleh Defendan Pertama dan guru yang

seorang lagi sehingga ibu bapa Plaintif Pertama sampai. Selepas itu Defendan Pertama dan

guru yang seorang lagi balik ke sekolah untuk meneruskan tugas mereka.

4.1.2Keputusan mahkamah

Mahkamah telah memutuskan :

a. Sebagai seorang guru, defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga ke atas

plaintif dan berkewajipan bertindak dengan cara yang munasabah bagi menjaga

keselamatan murid-murid di bawah penyeliaannya.

b. Dalam kes ini, fakta menunjukkan tidak ada perkakas merbahaya diberikan kepada murid-

murid oleh defendan pertama, dan oleh hal yang demikian, tidak ada alasan mengatakan

kelas berkenaan adalah kelas yang merbahaya yang memerlukan penjagaan yang luar

biasa rapinya.

c. Pada setiap kali kelas hendak dimulakan adalah memadai pengawasan biasa dibuat oleh

guru berkenaan. Defendan sudah mengingatkan murid-muridnya supaya jangan tolak-

menolak, berlari ataupun keluar dari barisan. Arahan-arahan ini cukup dan memadai

untuk tidak berlaku kecuaian dipihak defendan.

Page 8: legal issue

d. Tuntutan ditolak.

4.2 Kes Kerajaan Malaysia & Org melawan Jumat b.Mahmud & satu lagi.

4.2.1Senario kes

Dalam kes ini seorang pelajar berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’ Kelana

Maarof Seremban, dalam darjah lima tercedera kerana tercucuk pensel yang dipegang oleh

kawannya bernama Azmi. Azmi seorang pelajar yang nakal dan sering mengganggu rakan-

rakannya di dalam kelas. Kelas itu diajar oleh Puan Kenny. Azmi telah menggunakan pin

yang tajam mencucuk paha plaintif dan kesan cucukan menyebabkan plaintif bertindak balas

dengan berpusing ke belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang

tajam.

4.2.2Keputusan mahkamah

Dalam keputusan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Hakim menyebelahi plaintif, tetapi

setelah rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan, Hakim (Raja Azlan) memihak kepada perayu

dengan alasan:

a. Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan.

Sebatang pensil bukanlah benda yang berbahaya dan semua murid menggunakan

pensil di dalam kelas.

Page 9: legal issue

b. Andaian yang mengatakan kecuaian guru mengawasi kelas telah menyebabkan

kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana:

i) Pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan

ii) Apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, ini tidak bererti pengurusan

pada pihak guru tidak wujud sama sekali .

iii) Hubungan kurangnya pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas

murid bukanlah bererti kemungkinan, tetapi perkara itu adalah andaian semata-

mata.

Yang Arif Hakim Raja Azlan memutuskan:

The duty of care owed by (the teacher) required only that he should take such measures as in all the circumstances were reasonable to prevent physical injury to (the pupil). This duty not being one to insure against injury, but to take reasonable care to prevent it, required no more than the taking of reasonable steps to protect the plaintiff against risks of injury which (the teacher) should reasonably have foreseen.

4.3 Kes Chen Soon Lee melawan Chong Voon Pin dan Lain-lain (O.C.J. Lee Hun Hoe J)

4.3.1 Senario kes

Peristiwa berlaku pada hari Ahad, 6 Disember 1964. Kes ini merupakan kes yang

dilaporkan berkenaan kecuaian guru dalam menguruskan aktiviti kokurikulum. Tindakan

diambil disebabkan oleh kecuaian pada pihak defendan. Defendan terdiri daripada seorang

pengetua dan dua orang guru di sebuah sekolah di Miri, Sarawak. Mereka mengiringi

beberapa orang pelajar sekolah itu untuk aktiviti perkelahan di tepi pantai di Tanjong Lobang.

Page 10: legal issue

Semasa pelajar-pelajar bermain bola di dalam air, ada di antara mereka yang pergi ke

tempat yang dalam dan mereka tenggelam. Guru-guru dan pelajar lelaki cuba menyelamatkan

mereka dan didapati seorang daripada mereka hilang. Akhirnya pelajar itu dijumpai dan tidak

dapat diselamatkan. Waris mangsa menuntut ganti rugi atas alasan bahawa defendan

bertindak cuai. Defendan pertama ialah Guru Besar Sekolah Chung San, Riam Road, Miri,

Sarawak. Defendan kedua dan ketiga adalah kedua-dua orang guru di sekolah yang sama.

4.3.2 Keputusan mahkamah

Yang Arif Lee Hun Hoe berpendapat, perkelahan itu dikelolakan oleh pelajar sendiri

pada hari Ahad. Defendan berhak menolak permintaan pelajar mengiringi mereka ke

perkelahan itu. Pelajar mungkin meneruskan aktiviti mereka walaupun tanpa penyertaan

defendan. Aktiviti perkelahan itu dijalankan pada hari Ahad. Oleh itu, guru besar dan guru

tidak berkewajipan membuat penyeliaan yang cukup kepada mereka. Dalam kes ini, tiada

seorang pun yang tahu atau sedar bahawa mereka sedang berkelah di suatu kawasan yang

merbahaya. Yang Arif juga menyatakan defendan mempunyai kewajipan menjaga pelajar-

pelajarnya. Defendan didapati sudah mengambil langkah tertentu bagi memastikan pelajar-

pelajar itu mematuhi arahan mereka. Menurut defendan pertama, pelajar-pelajar tahun 6 sudah

memohon melalui guru darjah mereka untuk pergi berkelah di Tanjong Lobang dan dia

membenarkan. Dia mengeluarkan arahan kepada tiap-tiap pelajar. Daripada jumlah dua belas

orang guru di sekolah itu, enam orang bersetuju menyertai perkelahan itu. Pelajar-pelajar

dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diselia oleh guru dan guru besar. Semasa bermain di

dalam air, guru dan guru besar ada bersama menyelia murid-murid. Tujuannya adalah bagi

Page 11: legal issue

memastikan murid-murid tidak bergerak ke kawasan perairan yang dalam. Permainan di

dalam air diselia dengan rapi. Tidak ada bukti yang menunjukkan guru besar dan guru cuai

dalam tanggungjawab mereka yang menyebabkan kematian pelajar itu kerana penyeliaan

yang berterusan sudah diberikan sepanjang permainan itu. Yang Arif menyatakan, pihak

pendakwa gagal menunjukkan bukti yang kukuh defendan cuai dalam menjalankan

tanggungjawab mereka.

4.4 Kes Yogeswari Nadarajah dan satu lagi melawan Kerajaan Malaysia

4.4.1 Senario kes

Berlaku pada 7 November 1975 lebih kurang pukul 7.25 pagi, iaitu sebelum sekolah

bermula, plaintif pertama, seorang murid tahun dua SRJK (T) Gemas, Negeri Sembilan

sedang berdiri di padang sekolah. Pada masa itu dua orang murid lelaki sedang bermain

membaling ranting kayu bunga raya. Ranting bunga raya itu terkena plaintif tadi dan

mencederakan mata kirinya sehingga matanya itu terpaksa dikeluarkan. Plaintif pertama dan

ibunya mendakwa defendan pertama iaitu kerajaan Malaysia, Lembaga Pengurus Sekolah dan

guru besar sekolah berkenaan. Pihak defendan mengatakan dalam kes ini, tidak terdapat

alasan yang kukuh untuk membolehkan plaintif membuat dakwaan. Bukti daripada plaintif

adalah, dia merupakan seorang murid tahun dua sekolah itu. Apabila dia pergi ke sekolah

pada 7 November, dua orang murid lelaki membaling ranting kayu dan terkena mata kirinya.

Selepas kejadian itu, matanya terpaksa dikeluarkan. Bukti juga menunjukkan ranting pokok

bunga raya dipotong dan dibiarkan berselerak di bawah pokok. Sebelum kejadian itu berlaku,

murid-murid bermain dengan ranting kayu pokok itu. Peguam bela plaintif mengusulkan,

Page 12: legal issue

defendan sepatutnya membuang semua ranting kayu dari kawasan sekolah. Kegagalan berbuat

demikian adalah suatu kecuaian pada pihak defendan kerana mereka mempunyai

tanggungjawab memastikan kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan selamat. Daripada bukti

yang didapati, perkara yang perlu diberi pertimbangan adalah sama ada defendan sudah

melepaskan tanggungjawab menjaga plaintif, iaitu ada ataupun tidak pihak defendan

memikirkan risiko yang mungkin ditanggung oleh murid. Sekiranya ada, apakah langkah-

langkah yang diambil bagi mengelakkan daripada risiko berkenaan. Bukti yang jelas adalah

dua orang murid sedang membaling ranting kayu di antara satu sama lain di belakang tandas

dalam kawasan sekolah. Dan ranting kayu tadi terkena mata kiri plaintif.

4.4.2 Keputusan mahkamah

Yang Arif Wong Kim Fatt, J.C mengatakan, ranting kayu itu bukanlah benda yang

merbahaya sama juga seperti kerusi, meja yang terdapat di sekolah. Adalah tidak munasabah

meletak seorang guru menyelia aktiviti-aktiviti permainan murid. Dalam kes itu, tidak

terdapat bukti yang menunjukkan defendan mengetahui risiko kecederaan yang ditanggung

oleh plaintif.

Page 13: legal issue

4.5 Kes Silvadurai lawan Kerajaan Malaysia

4.5.1 Senario kes

Dalam kes ini seorang murid terjatuh kerana tersandung batu selepas turun dari

bermain jongkang-jongkit. Murid tersebut akhirnya mati akibat kemalangan tersebut.

4.5.2 Keputusan mahkamah

Hakim mahkamah memutuskan guru dan pihak sekolah tidak bersalah kerana pelajar

telah selalu dinasihati tentang bahaya bermain jongkang-jongkit dan kecederaan yang

diakibatkan oleh murid berkenaan sebenarnya bukan disebabkan oleh permainan jongkang-

jongkit. Ianya merupakan satu kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian murid sendiri.

Walaupun guru dan pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan, tetapi kita mesti mengambil

iktibar dari kes ini dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kawasan berhampiran

kemudahan sukan dan permainan adalah bebas dari kemungkinan berlakunya kecederaan

kepada murid-murid. Jika kerja pembinaan sedang dijalankan atau terdapat bahan pembinaan

yang dilonggokkan, kawasan tersebut perlu dipagari dan dijadikan kawasan larangan. Murid-

murid perlu diberitahu tentang bahaya di kawasan tersebut.

Page 14: legal issue

Kes-kes yang berpihak kepada pelajar.Antaranya ialah:

4.6 Kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim dan lagi satu lawan. Kerajaan Malaysia dan

lain-lain.

4.6.1 Senario kes

Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Port Dickson mengalami

kecederaan di kepala kerana terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas

amali Sains Pertanian. Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden, guru mata

pelajaran Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang mengikuti kelas

perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaan penggunaan cangkul.

Kejadian berlaku apabila pelajar-pelajar tingkatan satu yang terdiri daripada 37 atau

38 orang mengikuti kelas amali pertanian di bawah pengawasan guru perempuan Puan Hau

Kan Yong. Selepas berbaris bagi mengambil peralatan pertanian dari setor, mereka terus ke

kebun.Pelajar-pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberikan

satu batas. Ukuran batas adalah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Plaintif meninggikan

batasnya dengan menggunakan penyodok dan rakannya, Raja Aminuddin membuat kerja

yang sama di batas sebelah dengan menggunakan cangkul yang pemegangnya sepanjang 5

kaki.Oleh sebab jarak mereka terlalu dekat, plaintif memberitahu Raja Aminuddin supaya

jangan menggunakan cangkul sehingga beliau selesai kerjanya. Akan tetapi, Raja Aminuddin

terus mengangkat cangkul tanpa menghiraukan kata-kata plaintif.Akhirnya cangkul Raja

Aminuddin terkena kepala plaintif dengan luka 2 ½ inci dan retak pada tulang tengkorak

Page 15: legal issue

kanan. Semasa kemalangan, guru sedang duduk di bawah pokok, beberapa ela dari batas

pertanian.

4.6.2 Keputusan mahkamah

Tuntutan beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Plaintif membuat rayuan kepada

Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kesimpulan daripada hujah dalam perbicaraan di

Mahkamah Persekutuan, terdapat kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah dan

langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan perayu yang di bawah jagaan beliau

daripada menanggung kecederaan. Guru tidak memeriksa peralatan kebun dan tidak

menyediakan sistem keselamatan semasa kelas pertanian. Guru mempercayai pelajar dan

tidak menguruskan peralatan kebun dengan baik. Guru tidak memberi peringatan dan tidak

mengambil langkah-langkah keselamatan mengikut keadaan pelajar termasuk jarak antara

mereka, bagi mengelak berlakunya kecederaan. Hakim Salleh Abas F.J menegaskan,

It is a settled law that a school teacher is under a duty to exercise supervision over his pupils when they are in the school premises, either in the classroom or the playground. The degree of supervision depends on the circumstances of each case, such as the age of the pupils and what they are doing at the material time. If the teacher knows that the pupils are engaged in doing acts which are likely to cause injuries to one another, the teacher is under a duty to take steps to ensure the safety of the acts.

Page 16: legal issue

4.7 Kes Headmistress, Methodist Girls School & Ors v. Headmaster, Anglo-Chinese

Primary School & Anor.

4.7.1 Senario kes

Dalam kes ini seorang murid berumur sembilan tahun dilanggar oleh bas sekolah

semasa berjalan di dalam kawasan sekolah, Anglo-Chinese Primary School untuk pulang ke

rumahnya. Oleh sebab dia mengalami kecederaan yang teruk, pihak pelajar tersebut

menyaman pemandu bas dan pemiliknya serta menuntut kerugian. Pemilik bas kemudian

membawa responden (guru besar dan kerajaan) sebagai orang ketiga untuk sama-sama

bertanggungjawab membayar ganti rugi. Ini adalah kerana membenarkan bas memasuki

kawasan sekolah.

4.7.2 Keputusan Mahkamah

Hakim memutuskan untuk dibayar ganti rugi kepada murid tersebut berjumlah

RM20,000.00 dan tidak membenarkan sekolah sama-sama membayar. Pemilik bas merayu

keputusan tersebut dan kes ini di bawa ke Mahkamah Federal. Hakim mendapati sekolah

tidak terlepas dari tanggungjawab menjaga keselamatan dalam kawasannya. Keputusan yang

diambil adalah pihak sekolah membayar 30% sebagai ganti rugi dan pemilik bas membayar

70%.

Page 17: legal issue

5. Tindakan pengetua sekolah bagi mengelak berlakunya kecuaian

“Kewajipan berjaga-jaga” (duty of care) merupakan elemen utama di dalam

pendakwaan kecuaian di sekolah. Sejauh manakah tahap elemen ini diperlukan agar tidak

dianggap cuai dalam menjalankan tugas? Mengikut keputusan hakim mahkamah dalam kes

Blyth v. Birmingham Waterworks Co. (1856), tahap berjaga-jaga yang munasabah yang akan

diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan adalah memadai. Berjaga-jaga pada tahap

munasabah membawa maksud berjaga-jaga yang diharapkan adalah pada tahap biasa (Tie,

2004,m.s 42).

Beberapa faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah untuk menentukan kelakuan yang

munasabah termasuk (Ling,2001).

Adakah sesuatu kejadian boleh dijangka akan berlaku (forseeability)?

Adakah sesuatu kejadian mungkin mengakibatkan kecederaan (likelihood of harm)?

Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku (seriousness of accident)?

Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik

(practicality of precautions)?

Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang

biasa (common practice)?

Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan sesuatu yang

memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi (neccessity to take

greater risks)?

Page 18: legal issue

Walaupun kemalangan yang diangap cuai tidak boleh dijangka ataupun dihapuskan,

pihak sekolah terutamanya pengetua mestilah cuba untuk mengurangkan atau meminimumkan

kemalangan tersebut. Kecuaian yang membawa kepada pendakwaan boleh dielak sekiranya

pengurus sekolah atau pengetua mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan

tugas-tugas harian dan melaksanakan “kewajiban berjaga-jaga” (duty of care) yang wajar,

maka beliau harus selamat dan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku.

Hubungan antara sekolah dan ibu bapa mestilah dieratkan supaya kerjasama dapat dijalinkan

dalam menyelesaikan masalah yang timbul sebelum ianya dibawa ke mahkamah. Beberapa

langkah boleh dilakukan untuk cuba mengelak dari pihak sekolah dan guru-guru di dakwa.

Antaranya ialah :

5.1 Mengetahui dan menyebarkan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan

sekolah

Pengetua berperanan untuk memahirkan diri dengan undang-undang dan peraturan-

peraturan supaya menjadi penyelamat apabila berlakunya sesuatu perkara yang boleh

memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan mahkamah. Dengan

demikian pengetua perlu mengetahui, menyebarkan maklumat dan memahami dan

melaksanakan dengan sewajarnya kandungan

Ordinan Pelajaran 1957

Peraturan Disiplin 1959

Akta pelajaran 1961

Akta Pendidikan 1996 ( Sek 130)

Page 19: legal issue

Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran

Antara pekeliling yang perlu diketahui oleh pengetua dan guru-guru untuk

keselamatan sekolah ialah :

a.Pekeliling mengenai kebersihan dan keceriaan sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 1985 -Rancangan Mencantik dan Mengindahkan

Sekolah dan Kawasannya (Landscaping).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/ 1989 -Kebersihan Sekolah Keselamatan Pelajar Oleh

sebab sekolah adalah ‘loco parentis’, keselamatan pelajar di sekolah adalah

tanggungjawab guru dan pengetua sekolah selagi mana mereka berada di dalam

kawasan sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pengetua juga bagi keselamatan

pelajar di luar kawasan sekolah apabila pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam

aktiviti kokurikulum di luar atau terlibat dalam kes-kes jenayah ataupun disiplin di

luar kawasan sekolah.

b. Pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran mengenai keselamatan pelajar.

Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/ 1974 -Keselamatan Dalam Makmal.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 1988 -Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1991- Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995-Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam

dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 21/1998-Persediaan Menghadapi Bencana Alam.

Page 20: legal issue

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 -Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi

dan Balik Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000-Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa

Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan

Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992-Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan

(Syringe) Di Sekolah-Sekolah.

5.2 Memahami tatasusila profesion perguruan

Pengetua sebagai pengurus sekolah mestilah memahami tatasusila profesion perguruan

yang meliputi empat bidang tanggungjawab iaitu:

5.2.1 Tanggungjawab terhadap pelajar termasuk mengutamakan kebajikan dan keselamatan

pelajar, bersikap adil terhadap setiap pelajar, merahsiakan maklumat ikhtisas,

membimbing seseorang pelajar dan menunjuk tingkahlaku yang menjadi contoh

kepada pelajar.

5.2.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti menghormati tanggunjawab utama ibu

bapa, mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat serta merahsiakan maklumat

yang diberikan oleh ibu bapa.

5.2.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat seperti mengelakkan diri daripada menyebarkan

ajaran yang merosakkan kepentingan pelajar, memupuk dalam diri dan pelajar sikap

Page 21: legal issue

dan nilai yang membantu mereka menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab dan berguna.

5.2.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan iaitu mengelakkan

diri daripada membuat sebarang kenyataan yang mencemarkan nama baik seseorang

guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, sentiasa bersedia membantu rakan sejawat dan

sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion.

5.3 Keselamatan struktur fizikal sekolah

Undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah)

memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh semua pihak yang

mempunyai hak menggunakannya atau berada di situ. Jadi keadaan fizikal sekolah hendaklah

sentiasa diselenggarakan dengan baik kerana segalah kerosakan dan ketidak sempurnaan yang

terdapat pada kemudahan fizikal tidak selamat untuk digunakan oleh semua pihak. Contohnya

tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh untuk

memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah. Siling yang setengah terjatuh

dan bumbung yang bocor mesti dibaiki dengan kadar segera. Dalam bilik darjah, kipas, wayar

elektrik uzur, kerusi lama dan lain-lain perlu diperiksa dari masa untuk memastikan

keselamatan penggunaannya. Suis dan soket yang rosak mesti diganti. Semak-semak panjang

di kawasan sekolah mesti di tebas untuk mengelak segala bentuk bahaya seperti menjadi

tempat perlindungan ular yang boleh mendatangkan kemudaratan. Pokok juga boleh

mendatangkan bahaya sekiranya ianya tumbang ditiup angin.

Page 22: legal issue

Peraturan di dalam Schools (General) Regulations, 1951 masih digunapakai sehingga

kini. Ianya sesuai dijadikan rujukan oleh pengetua supaya keadaan fizikal sekolah berada

dalam keadaan yang selamat. Penekanan yang diberikan dalam peraturan ini adalah antara

lain:

5.3.1. Keperluan untuk bangunan sekolah

Dalam peraturan ini, semua aspek yang berkaitan dengan bangunan sekolah seperti

keluasannya, bilangan bangunan, bilik darjah serta tempat rekreasi sama ada dalam bentuk

pelan ataupun gambar hendaklah diberi kepada pendaftar sekolah apabila dikehendaki.

Bangunan itu hanya boleh digunakan apabila ia didaftarkan dan sesuai digunakan. Apabila

sekolah itu didaftarkan, nama sekolah yang didaftarkan itu hendaklah ditulis dengan jelas di

depan pintu masuk sekolah itu. Bangunan tambahan untuk sekolah tidak boleh dibuat selagi

tidak mendapat kebenaran daripada pendaftar sekolah. Tandas untuk bangunan hanya akan

dibenarkan sekiranya ia sesuai pada pandangan pendaftar atau pegawai perubatan.

5.3.2 Keperluan kesihatan

Tiap-tiap bilik darjah hendaklah sesuai pembinaannya agar udara dan cahaya dapat

masuk dengan senang melalui tingkap atau lubang, dan ruang terbuka ini hendaklah luasnya

satu perlima daripada keluasan lantai. Peraturan ini juga menentukan kawasan tempat duduk

seseorang itu tidak boleh kurang daripada 15 kaki persegi, dan sekiranya ketinggian siling

Page 23: legal issue

bilik itu kurang daripada 12 kaki, maka sijil pengesahan daripada pegawai perubatan

hendaklah diperolehi bagi mengesahkan penggunaan bilik itu agar tidak menjejas kesihatan

pelajar. Penggunaan bilik darjah Di bahagian depan tiap-tiap bilik darjah hendaklah

ditandakan dengan jelas nombor atau huruf pengenalan bilik itu. Bilangan pelajar yang dapat

dimasukkan ke dalam tiap-tiap bilik hendaklah dikira pada 180 kaki padu ruang dalaman

untuk setiap pelajar. Cahaya untuk bilik darjah hendaklah mencukupi supaya tidak

mengganggu penglihatan pelajar. Peraturan ini juga memerlukan sijil supaya dipaparkan di

tiap-tiap kelas yang menunjukkan bilangan pelajar yang dimasukkan ke dalam kelas itu.

Mengikut peraturan ini juga tidak lebih daripada 40 orang yang boleh diajar pada satu-satu

masa oleh seorang guru kecuali untuk pengajaran Pendidikan Jasmani atau Nyanyian atau

kegunaan lain yang di luluskan oleh pendaftar.

5.4 Memastikan keselamatan sewaktu kelas

Guru, mengikut undang-undang common law, dikehendaki membuat penyeliaan yang

munasabah (reasonable degree of supervision) ke atas murid-murid di bawah jagaannya

sewaktu kelas berjalan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika

murid tercedera akibat kecuaiannya. Sebagai contohnya dalam kes Kerajaan Malaysia & dan

lain-lain. lawan Jumat Bin Mahmud & lagi satu. Kecuaian pengawasan bilik darjah

menyebabkan seorang pelajar telah menjadi buta. Namun keputusan mahkamah telah

berpihak kepada guru kerana kecuaian tersebut tidak boleh dijangka.

Page 24: legal issue

5.5 Memastikan keselamatan kewaktu kelas yang menjalankan amali dan

pertukangan (Sains, Sains Pertanian, Teknik, Vokasional, Muzik, Ekonomi

Rumah Tangga dan Kemahiran Hidup)

Mata pelajaran yang disebutkan di atas merupakan mata pelajaran yang berisiko untuk

mengalami kecuaian. Oleh itu bengkel atau makmal kerja amali yang berkaitan dengan mata

pelajaran tersebut mestilah mempunyai peraturan yang jelas. Peraturan bertulis mestilah

diedarkan kepada setiap murid pada hari pertama mereka menggunakan makmal atau bengkel

tersebut. Penerangan yang jelas perlu diberikan dan ianya perlu dipamerkan dan pelajar perlu

diingatkan dari masa ke semasa. Kelas-kelas amali atau kelas praktikal hanya boleh

dikendalikan oleh guru-guru terlatih dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja.

Jika terdapat guru sementara, pengetua mesti memastikan bahawa mereka tidak

melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan yang ‘berbahaya’.

Pengetua dengan bantuan Guru Kanan Sains harus menapis rancangan kerja guru-guru

tersebut bagi kerja amali (Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974, bertarikh 8 Julai 1974). Selain

daripada itu, guru-guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada murid-muirid sebelum

sebarang tunjukcara atau percubaan dijalankan dalam mana terdapat kemungkinan punca

letupan atau bahaya. Langkah-langkah keselamatan yang lanjut dalam semua aspek

pengurusan makmal (misalnya pengendalian silinder, paip dan saluran gas, suis, alat dan

penghubung elektrik, pencegahan kebakaran; latihan kecemasan api, kelengkapan memadam

api, penyimpanan bahan-bahan berbahaya, keadaan bilik-bilik makmal, dan lain-lain) adalah

diberi dengan lengkap dan jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974. Pengetua mesti

Page 25: legal issue

memastikan semua guru sains mengetahui kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas berkenaan dan

mematuhi semua arahan dan panduan yang diberikan demi keselamatan semua pihak. Buku-

buku panduan penyelenggaraan makmal yang berkaitan juga perlu difahami dan diguna

sebagai panduan guru setiap masa.

Dalam kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim & lagi satu lawan Kerajaan Malaysia dan

lain-lain (kelas Sains Pertanian) guru kelas tersebut telah didapati bersalah kerana tidak

memberi arahan dengan jelas kepada murid dan tidak menyelia perjalanan kerja dengan

munasabah. Ini bermakna beliau telah gagal melaksanakan “kewajiban berjaga-berjaga” yang

munasabah terhadap anak-anak muridnya.

Dalam kes Kamarulzaman Mohd Ali lawan Louis Marie Neube Rt Ambrose J

Ambrose & lagi satu pula, guru didapati tidak bersalah kerana beliau memang terlatih

mengajar muzik dan telah pun menyelia murid-muridnya dengan munasabah. Beliau juga

didapati mengajar seperti yang telah dirancangkan dalam buku rekod mengajar dan bertindak

segera dengan sewajarnya apabila kemalangan telah berlaku .

5.6 Memastikan keselamatan kemudahan sukan dan kegiatan ko-kurikulum

Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan aktiviti paling berisiko menyumbang

kepada terjadinya kemalangan. Segala kemudahan sukan dan permainan mestilah dalam

keadaan sempurna dan selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Pengetua

bertanggunjawab memeriksa dan memastikan ianya di dalam keadaan selamat. Guru-guru

Page 26: legal issue

mesti memastikan bahawa padang, gelanggang, dan alat-alat sukan yang baik dan sempurna

sahaja digunakan semasa menjalankan aktiviti. Stor sukan mesti diselenggarakan dengan

sempurna dan selamat mengikut segala arahan dan peraturan yang ada kerana alat-alat sukan

dianggap berbahaya. Murid-murid hendaklah diajar dengan teliti supaya mereka tahu

menggunakan alat-alat dengan betul dan selamat. Dalam kes di mana tiang gol mudah alih

terjatuh, nyawa murid terkorban (belum dibicarakan lagi di mahkamah). Ini menunjukkan

dengan jelasnya alat sukan tersebut tidak selamat digunakan dan mesti diganti dengan segera.

Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan tentang langkah-

langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada setiap masa. Penjagaan rapi diperlukan

semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan insiden-insiden yang serius seperti pelajar

terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru, terjatuh dalam lubang, dan lain-lain (Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995). Selain daripada itu,

guru juga hendaklah:

Mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak

mendatangkan bahaya.

Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun

boleh dibantu oleh murid.

Memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan selamat

sebelum digunakan.

Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan

pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah dan

Page 27: legal issue

mesti diiringi oleh guru. Jika ada murid perempuan, maka guru pengiring perempuan

mesti ada bersama.

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti

makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Murid yang cedera, lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa

mengambil bahagian.

Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai.

Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang

mesti dikawal penggunaannya dengan ketat.

Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera untuk

tindakan selanjutnya.

Peraturan-peraturan dan panduan yang diberi dalam Surat Pekeliling 3/1984,

Bil.7/1977, Bil. 7/1988, Bil 8/1995 dan Bil. 24/1998 berkenaan aktiviti kebudayaan,

“walkaton”, penyertaan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah (MSSM),

dan penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta hendaklah diikuti bagi

menjamin keselamatan pelajar-pelajar dijaga dan memastikan persekolahan pelajar-pelajar

tidak terjejas.

Page 28: legal issue

5.7 Melaksanakan Program Sekolah Selamat

Sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar

dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan

tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan

perlindungan bagi setiap kanak-kanak.

Dalam usaha meminimumkan berlakunya kecuaian di sekolah, pengetua berperanan

untuk Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah. Antara aspek yang

boleh diambil tindakan ialah:

5.7.1 Pengetua memaklumkan pencegahan kecuaian melibatkan semua warga sekolah

Pentadbir dan guru bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan

selepas persekolahan.

Warga sekolah dapat membuat jangkaan awal apa jua masalah yang akan timbul.

Kehadiran guru di setiap kawasan tempat dan bilik khas.

Warga sekolah di minta membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah

semasa dan selepas sekolah.

Warga sekolah digalakkan mengawasi dan makan di kantin sekolah

Guru diminta berada bersama pelajar pada setiap program dan aktiviti sekolah

Warga sekolah perlu memantau tandas, bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan

persekitaran sekolah sepanjang masa.

Page 29: legal issue

Guru perlu membantu pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan

Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami

tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan

Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerap kesedaran dan

keselamatan di sekolah.

Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan

keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan.

Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan

selamat.

Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan

sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan,

termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang

membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih.

Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan misalnya untuk

makmal sains, bengkel kemahiran hidup, setor sukan dan sebagainya yang perlu

dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya

peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari.

Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau

kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia.

Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid dan

ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau

surat-surat siaran.

Page 30: legal issue

Menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat

dikawal.

Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai

keselamatan di sekolah.

Menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab

merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di

atas.

5.7.2 Melaksanakan kursus perkembangan staf berkaitan pencegahan kecuaian

Pengetua mengarahkan jawatankuasa Perkembangan staf melaksanakan program dan aktiviti

bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan dengan plan, prosedur dan

tanggungjawab dalam mengelak kejadian kecuaian. Pengetua perlu memberikan

pertimbangan masa dan sumber dalam melaksanakan program ini. Antara maklumat yang

boleh disampaikan ialah:

a. Tindakan mencegah kemalangan di beberapa tempat di sekolah

Tempat Belajar - Bilik darjah, makmal sains, bengkel seni perusahaan, bilik sains

rumahtangga, kebun sains pertanian, padang, gelanggang, gimnasium, pusat sumber

dan lain-lain.

Tempat-tempat lain - Kantin, Dewan/Pentas, Tandas, Bangsal Basikal dan Motosikal,

Perkarangan Sekolah, Asrama dan lain-lain.

Aktiviti Sekolah - Sukan, bergotong royong, perkhemahan, mandi laut/sungai.

Page 31: legal issue

b. Mencegah Kebakaran

Perhatian kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pencegahan kebakaran dan

memastikan pelaksanaannya perlu diambil berat oleh pihak pentadbir sekolah dan semua

guru.

c. Keselamatan Jalan Raya

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya perlu diperkenalkan kepada murid-murid dan

pelajar sekolah memandangkan meningkatnya kemalangan di jalan raya. Oleh itu adalah

wajar dari peringkat sekolah rendah lagi murid-murid mempunyai pengetahuan, kemahiran

dan sikap yang perlu dalam menjaga diri mereka semasa menggunakan jalan raya.

 

5.7.3 Membina jaringan kerjasama dengan pihak luar

Perkongsian sekolah pintar sekolah dan komuniti untuk mencegah kecuaian contohnya

kerjasama polis , bomba dan agensi belia untuk meningkatkan keselamatan sekolah.

Mendapat kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di

kawasan- kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan.

Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi

mengelak kecuaian contohnya latihan mencegah kebakaran dari bomba.

Page 32: legal issue

5.7.4 Meningkatkan kawalan keselamatan

Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya

kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari

kecuaian.Semua warga sekolah, jabatan, unit, pelajar dan ibubapa sedar akan perlunya

kawalan keselamatan.

Pengawal keselamatan dan individu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan

berlaku.

Menyediakan Poster, buletin mengenai tatacara pelawat masuk ke kawasan sekolah

Pengenalan melalui pas pelawat melalui tanda nama dan uniform.

Kawalan kemasukkan ke sekolah dikawal melalui pengenalan diri.

Menyediakan Sistem komunikasi contohnya sistem interkom dan litar tertutup.

5.7.5 Pengetua menjalin kerjasama dengan Ibu Bapa

Pengetua melalui PIBG boleh meminta kerjasama Ibu bapa dan penjaga menunjukkan

rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan

penyertaan sebagai rakan kongsi untuk mengelak kecuaian. Contoh perkongsian adalah

merupakan program keibubapaan secara sukarela seperti rondaan keselamatan dan mengiringi

pelajar apabila pelajar menyertai aktiviti di dalam atau di luar sekolah.

Page 33: legal issue

6.0 Kesimpulan

1. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd - Pentadbiran Undang ...

Pentadbiran Undang-Undang Dalam PendidikanDalam kes ini seorang pelajar berumur 11

tahun bersekolah di Sekolah Dato' ... kes-kes kecuaian di sekolah di mana kecenderungan

menyabitkan pihak sekolah ...

www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=80 - 60k - Cached