refleksi teori kanak

9
Refleksi (a) Chuah Sing Bee Dengan amat bersyukurnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan projek perkembangan kanak-kanak dengan lancarnya. Jadi, pertama sekali sudah tentulah saya menggunakan aplikasi ini dengan baik melalui bimbingan En Jamalludin. Perkembangan kanak-kanak merupakan sebuah topik yang mengkaji tentang proses pertumbuhan kanak-kanak. Sebagai seorang guru, guru perlu mengetahui dan mendalami topik ini agar lebih jelas dengan psikologi perkembangan kanak- kanak. Terdapat beberapa implikasi topik ini kepada saya sebagai seorang bakal guru. Semasa pembentangan kumpulan Teori Erikson ini, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Murid-murid yang sentiasa berasa kurang yakin terhadap dirinya sendiri adalah perkara yang

Upload: chuah-sing-bee

Post on 19-Nov-2015

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Refleksi (a)

Chuah Sing Bee

Dengan amat bersyukurnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan projek perkembangan kanak-kanak dengan lancarnya. Jadi, pertama sekali sudah tentulah saya menggunakan aplikasi ini dengan baik melalui bimbingan En Jamalludin.

Perkembangan kanak-kanak merupakan sebuah topik yang mengkaji tentang proses pertumbuhan kanak-kanak. Sebagai seorang guru, guru perlu mengetahui dan mendalami topik ini agar lebih jelas dengan psikologi perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa implikasi topik ini kepada saya sebagai seorang bakal guru.

Semasa pembentangan kumpulan Teori Erikson ini, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Murid-murid yang sentiasa berasa kurang yakin terhadap dirinya sendiri adalah perkara yang serius kerana akan mempengaruhi akademik mereka. Guru amat perlu untuk memainkan peranan yang penting dalam mengubah seseorang murid daripada kurang yakin kepada yakin dalam kehidupan mereka. Apabila saya telah mengetahui akan hal ini, saya akan cuba memberikan bimbingan kepada murid-murid. Bimbingan yang betul akan membantu murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Ini akan membantu ke arah pembentukan personaliti yang positif.Melalui topik perkembangan kanak-kanak ini juga, saya dapat mengetahui perbezaan individu bagi setiap kanak-kanak. Aspek-aspek perbezaan bagi setiap individu kanak-kanak adalah berbeza dari aspek kognitif, emosi, sosial, kecerdasan dan fizikal. Implikasi hal ini ialah saya sebagai seorang guru adalah perlu mempunyai ciri-ciri seperti bersifat bertolak ansur dan sentiasa bersabar untuk memahami perasaan dan emosi murid-muridnya. Saya akan memainkan peranan dalam mengenal pasti murid agar tidak melabelkan murid yang lemah sebagai murid yang bodoh dan tiada masa depan. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pintar dan lemah, saya tidak akan mempercepatkan proses menghabiskan sukatan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya akan melihat situasi bagi setiap murid-murid yang diajar. Bagi murid-murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi, saya akan cuba memberikan latihan yang lebih kepada murid-murid ini. Manakala bagi murid yang mempunyai tahap kongnitif yang lemah, saya akan lebih banyak membimbing mereka untuk memahami sukatan pelajaran di dalam kelas. Justeru, dengan saya mengetahui aspek individu ini akan memudahkan saya memahami psikologi setiap murid-murid

Motivasi merupakan salah satu perkara untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak. Ada di antara murid yang berasa kecewa kerana sering dikritik oleh gurunya dan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Sebagai seorang guru, saya akan lebih memberikan motivasi kepada murid-murid agar tidak kecenderung dalam masalah yang dihadapi. Saya akan lebih peka terhadap masalah yang dihadapi dan sering membantu murid-murid di saat mereka memerlukan perhatian dan dorongan daripada guru. Saya juga akan menggunakan percakapan yang sesuai supaya tidak menyakitkan hati mereka. Dengan motivasi yang berterusan, murid-murid akan lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.

Murid-murid yang sentiasa beranggapan bahawa kawan-kawannya tidak melayani dengan baik akan berhidup dengan tidak gembira dan bersendirian. Dengan mengetahui sifat murid-murid seperti ini, saya akan cuba mempelbagaikan suasana pengajaran dan pembelajaran. Saya akan membantu kanak-kanak itu menyedari emosi dengan menulis diari untuk luahan emosi. Dengan cara ini dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid di samping menolong mereka menyelesaikan masalah. Selain itu, saya juga akan mengelolakan banyak aktivitii kumpulan supaya memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain seperti permainan, lakonan ataupun pertandingan di samping dapat memperapatkan hubungan mereka.

Sebagai rumusannya, topik perkembangan kanak-kanak perlu difahami dan dihayati oleh setiap guru. Penguasaan topik ini akan memberi banyak implikasi yang mendalam bagi setiap guru. Dengan pengetahuan yang lengkap terhadap perkembangan kanak-kanak, guru mampu untuk memberi khidmat yang terbaik kepada murid-murid agar menjadi insan yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Refleksi (b)

Teori perkembangan kanak-kanak mempunyai beberapa jenis teori antaranya ialah teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori psikososial Erikson, teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg dan sebagainya. Saya akan menghuraikan teori dengan menggunakan teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg dan teori psikososial Erikson dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Peringkat keempat ialah fasa lndustri lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara.Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, saya akan memberi pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif untuk mencuba menjawab soalan yang ditanya atau menghantar tugasan dengan masa yang tepat.

Selain itu, saya akan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehan kanak-kanak supaya mereka mampu melakukannya dengan jaya. Saya tidak akan memberi aktiviti yang di luar kemampuan kanak-kanak supaya mereka tidak akan terasa rendah diri dan tidak percaya kepada kebolehan diri. Dengan ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori perkembangan Lawrence Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan dan perkembangan moral masing-masing.Teori Kohlberg mempunyai 3 tahap utama yang mengandungi 2 peringkat penaakulan moral.

Berdasarkan Kohlberg, tahap 1 adalah pra- konvensional yang dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat 2 peringkat iaitu peringkat 1 adalah orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat 2 iaitu orientasi ganjaran peribadi.

Pada peringkat pertama ini, kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Dalam hal ini, untuk proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan membantu murid membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat. Saya akan membincangkan sebab salahlaku dan akibat yang akan mereka hadapi sekiranya melanggar etika sekolah atau rumah dan bukannya terus member hukuman. Cara ini dapat memberi peluang bagi mereka berfikir sendiri dan mengenal pasti mana yang betul perlu diteruskan.

Peringkat kedua ialah orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Untuk proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam strategi dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran mereka tanpa mengambil kira mana-mana subjek yang diajar. Dengan ini, dapat mengelakkan murid melakukan sesuatu demi mendapatkan sesuatu balasan. Cara ini juga dapat melahirkan mereka menjadi orang yang bermoral tinggi.

Sebagai kesimpulannya, teori perkembangan kanak-kanak amat berguna untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, Hal ini akan memudahkan guru untuk memahami setiap kanak-kanak yang diajar di sekolah.