teori an fizikal dan psikomotor kanak-kanak

Upload: istya143

Post on 09-Jul-2015

677 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Tajuk :

Teori perkembangan fizikal dan psikomotor kanak-kanakNAMA AHLI KUMPULAN : HARLIYANA BINTI PATRICK (D20101038553) NORASHIMA BINTI AHMAD ZAIDI (D20101038552) NURUL ANIS BINTI ZULKEFLI (D20101038585) SAITINA AJIRAH BINTI LAIDIN (D20101038522) TUAN NURUL KHADIJAH BINTI TUAN MAMAT (D20101038521) NURUL HUSNA BINTI ABDUL MANSOR (D20101038581) SHAZWANI BINTI MAHMOOD (D20101038576)

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR KANAKKANAK

DEFINISI PERKEMBANGAN FIZIKALPerkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

Definisi Perkembangan Fizikal Menurut Tokoh Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka.

Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah: 1. keseimbangan (stability) - merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti 2. pergerakan (locomotion) - aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. 3. manipulasi (manipulation). - kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya.

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN STRUKTUR- Perkembangan fizikal kanak-kanak sejak lahir hingga ke peringkat umur 6 tahun merupakan tahap tumbesaran yang sangat penting.- tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhui pertumbuhan dan perkembangan fizikal individu tersebut pada masa akan datang. - Pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanakkanak termasuk perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi.

- Anggaran normal bayi lelaki baru lahir ialah 3.41 kg, beratbayi perempuan yang baru lahir ialah 3.36 kg.Umur PerempuanBerat (kg) Baru lahir 3 bulan 6 bulan 1 tahun 2 tahun 4 tahun 5 tahun 3.36 5.64 7.27 12.32 14.45 16.45 18.41 Tinggi (cm) 49.50 58.50 64.25 85.25 92.75 101.5 107.25

LelakiBerat (kg) 3.41 5.73 7.59 12.59 14.64 16.55 18.41 Tinggi (cm) 49.75 59.50 65.25 86.00 94.75 101.75 107.00

- Berat bayi akan bertambah dua kali ganda pada bulan ke-5 selepas lahir. - Pada umur setahun , berat badan bayi meningkat 3 kali ganda daripada berat badannya semasa lahir. - Dari umur dua tahun hingga akil baligh, berat badan kanak-kanak akan meningkat sebanyak 2.5 kg setiap tahun (Jaafar, 1996). - Pertambahan berat kanak-kanak berlaku dengan perlahan pada umur tiga tahun dan meningkat semula semasa kanak-kanak mula bersekolah.

- Setelah ,mencapai umur dua tahun, berat badan kanak-kanak meningkat menjadi 4 kali ganda daripada berat semasa lahir.-Dalam enam bulan pertama perkembangan fizikal tertumpu kepada otot. -Seterusnya antara umur satu hingga enam tahun, perkembangan fizikal tertumpu kepada pergerakan.

- Ketinggian bayi lelaki baru lahir ialah 49.75 cm, sementara tinggi bayi perempuan baru lahir ialah 49.50 cm.- Selepas lima bulan dilahirkan, ketinggiannya akan bertambah 30 peratus daripada ketinggian semasa dia lahir. - Apabila bayi berumur setahun, ketinggiannya bertambah sebanyak 50 peratus daripada ketinggian semasa lahir.

-Semasa berumur dua tahun ketinggian kanak-kanak bertambah 75 peratus daripada ketinggian semasa dia lahir.-Pada tahun seterusnya, kadar pertambahan tinggi menjadi perlahan sehinggalah kanakkanak memasuki sekolah. - Berat kanak-kanak berumur tujuh hingga dua belas tahun bertambah antara 1.36 kg hingga 2.72 kg setahun.

RANGKA TULANG DAN OTOT Seorang bayi merah mempunyai 270 ketul tulang yang kecil-kecil, elastik dan rompang keadaannya.

Pada tahap kematangan, orang dewasa mempunyai 206 ketul tulang. Terdapat enam bahagian lembut (fontanels) pada tengkorak kepala pada masa lahir. Tulang tengkorak akan bercantum dan membentuk bahagian tengkorak keras (sutur) semasa kanak-kanak berusia 2 tahun. Apabila pertumbuhan tengkorak seseorang menjadi sempurna, sutur akan menghilang.

Kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun sudah boleh membengkokkan lengan untuk bergayut selama 40% lebih lama daripada kanak-kanak perempuan.

Kandungan lemak bermula kira-kira pada minggu ke-34 tempoh mengandung dan kemuncaknya pada 9bulan selepas lahir. Kandungan lemak berkurangan pada umur 6 hingga 7 tahun dan semakin berkurangan sehingga alam dewasa.

Perkembangan Psikomotor Daripada Lahir Hingga 2 Tahun- Peringkat bayi (0-5 tahun).- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dengan cepat. - Rangka tulang masih lembut. - Pergerakan otot boleh dikawal. - 2 tahun (kanak-kanak boleh berlari dan melompat).

Peringkat Awal Kanak-kanak (2-6 Tahun)- otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot kecil masih belum berkembang dengan sempurna.

- Kanak-kanak tidak berupaya untuk menjalankan tugasan seperti mengikat tali kasut, membutang baju dan sebagainya.

Peringkat Akhir Kanak-kanak ( 7- 12 Tahun)- Kanak-kanak lelaki suka melibatkan diri dalam aktiviti yang kasar seperti bertumbuk dan bermain secara kasar.

- Kanak-kanak lelaki gemar membuat gasing, layanglayang atau kapal terbang.

-Kanak-kanak perempuan lebih pasif dan lebih gemar memerhati aktiviti kanak-kanak lain di sekeliling mereka.

-Kanak-kanak perempuan gemar membuat dompet, mengait dan menjahit.

Peringkat Awal Remaja (12-15 Tahun)- Apabila akil baligh lebih kurang pada umur 12 tahun atau dikenali sebagai datang haid. Kadang-kadang digunakan istilah datang bulan. Kanak-kanak perempuan ini akan mengalami perubahan fizikal.- Apabila kanak-kanak lelaki akil baligh akan mengalami perubahan tubuh badan. - Otot tubuh badan kanak-kanak lelaki bertambah tegang, keras dan pejal. Otot yang lebih kuat bagi lelaki dan perempuan membolehkan mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti sukan samada di dalam atau di luar sekolah.

Peringkat Remaja (15-20 Tahun)- Remaja perempuan lebih risau tentang tinggi, berat dan bentuk badan mereka apabila berasa pertumbuhan adalah kurang sempurna. - Remaja lelaki lebih mengutamakan saiz badan yang tegap, kemahiran dan kekuatan.