refleksi sjh

3
REFLEKSI INDIVIDU MARLINA BT MAJIH (830627-12-5708) PPG JUN 2011 MATEMATIK 6 SJH 3103 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan ini. Kerja khusus ini merupakan Tugasan Projek bagi subjek SJH3103 di mana ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Secara berkumpulan, kami dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan pengurusan grafik manakala tugasan individu pula dikehendaki menghasilkan esei tentang cara-cara menerapkan nilai dan unsur ptriotisme daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebelum memulakan tugasan ini, pensyarah iaitu Encik Baharullah bin Adam, telah memberikan peneranga kepada kami. Penerangan yang diberikan itu adalah jelas dan sangat membantu kami dalam pelaksanaan tugasan ini. Segala persoalan yang kami ajukan kepada beliau telah diterangkan sehingga kami mula memahami kehendak tugasan ini. Saya begitu teruja untuk menyiapkan tugsasan ini kerana ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan kami telah berbincang dah berpakat untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Tindakan

Upload: lie-na-majih

Post on 02-Jan-2016

414 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi sjh

REFLEKSI INDIVIDU

MARLINA BT MAJIH (830627-12-5708)

PPG JUN 2011 MATEMATIK 6

SJH 3103

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,

maka dapatlah saya menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan ini. Kerja

khusus ini merupakan Tugasan Projek bagi subjek SJH3103 di mana ianya

terbahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Secara berkumpulan,

kami dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan pengurusan grafik

manakala tugasan individu pula dikehendaki menghasilkan esei tentang cara-cara

menerapkan nilai dan unsur ptriotisme daripada Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR).

Sebelum memulakan tugasan ini, pensyarah iaitu Encik Baharullah bin Adam,

telah memberikan peneranga kepada kami. Penerangan yang diberikan itu adalah

jelas dan sangat membantu kami dalam pelaksanaan tugasan ini. Segala persoalan

yang kami ajukan kepada beliau telah diterangkan sehingga kami mula memahami

kehendak tugasan ini.

Saya begitu teruja untuk menyiapkan tugsasan ini kerana ia berkaitan dengan

sejarah negara kita. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan kami

telah berbincang dah berpakat untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama.

Tindakan kami yang pertama ialah memahami dan berbincang mengenai kehendak

tugasan yang perlu dilaksanakan. Saya percaya bahawa, sesuatu perbincangan

dapat menyuntik seberapa banyak idea dan buah fikiran bagi membantu

pelaksanaan tugasan ini. Setelah itu, kami telah membuat pembahagian tugas

mengikut persetujuan bersama. Kekuatan yang terpapar jelas melalui pelaksanaan

kerja kursus ini ialah daripada faedah yang telah saya peroleh terutamanya ketika

membuat analisis serta bersama-sama . Hal ini adalah kerana, kerjasama yang

ditunjukkan oleh ahli kumpulan adalah sangat baik.

 

Page 2: refleksi sjh

 Melalui tugasan yang kedua iaitu secara individu, kekuatan yang saya peroleh ialah

cetusan idea dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa

di sekolah nanti. Penyerapan nilai dan unsur patriotisme harus dipupuk semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik

darjah.

Pada pendapat saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka

terhadap segala keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Murid-murid

merupakan peniru yang terbaik, maka dengan adanya contoh atau teladan yang

boleh diikut sudah pastinya sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma. Sebagai

seorang guru, saya perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan

mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan.

Saya akui bahawa, saya merupakan individu yang sangat kurang membaca

dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendakmenjalankan tugasan.

Ilmu atau pengetahuan mengenai isu semasa dan sejarahnegara kita merupakan

keperluan yang mana menjadi tempat untuk rakyat Malaysia bersandar. Sebagai

contoh, sekiranya kita tidak tahu asal usul diri kita, ada kemungkinan kita akan

menjadi kosong dan tiada fokus dalam hidup. Walaupun kita tahu terlalu banyak

masalah dan isu pertikaian kepentingan berlaku dalam negara kita,namun di

segenap itu masih terdapat ruang untuk kita menilai dan berfikir untukmembuat satu

anjakan serta perubahan daripada bawah. Penguasaan ilmu yang meluas boleh

dikatakan sebagai tuntutan bagi setiapguru agar sifat berpengetahuan itu menjadi

pegangan utama dan menjadi aset untuk membimbing murid ke arah yang lebih

positif. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu mendekatkan diri saya dengan

keadaan sebenar senario negara kita dan tindakan guru untuk memperbaiki

keadaan tersebut.

Akhir sekali, dapat saya simpulkan disini bahawa guru yang sentiasa bersedia, peka

serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti pengajaran dan berusaha

meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu kemusykilan jika

mempunyai semangat yang kuat untuk mendidik serta mengubahpandangan anak

bangsa.