refleksi rbt

2
MOHD NIZAM BIN OMAR @ HAMID REFLEKSI RBT 3117 1 REFLEKSI Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (RBT 3117). Saya juga bersyukur kerana tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah iaitu 21 April 2014. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya, Encik Rosly Bin Ismail yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga saya iaitu isteri dan 4 orang cahaya mata yang memahami serta tidak jemu- jemu memberikan sokongan terhadap saya sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada awalnya, selepas mendapat tugasan ini dalam kuliah perjumpaan interaksi kedua, saya tanpa berlengah masa mencari bahan rujukan sama ada di dalam internet atau dalam buku. Hal demikian adalah kerana tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tambahan pula saya yang tiada pengalaman mengajar matapelajaran tersebut di sekolah dan tiada pendedahan khusus berkaitannya. Jadi, ianya amat mencabar bagi saya. Masa adalah faktor begitu penting supaya tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Pertama sekali, melalui tugasan kursus RBT 3117 ini saya dapat belajar dan mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi. Bagi menyiapkan RPH dengan memilih sub-topik bersesuaian berasaskan sukatan tahun 4 yang perlu dilengkapi dengan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu diintegrasikan dengan alat/bahan bantu mengajar yang berbentuk persembahan Microsoft Office Power Point. Walaupun banyak unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang boleh dipilih tetapi untuk mencari media pengajaran yang sesuai bukanlah mudah. Ini kerana setiap media pengajaran yang dipilih hendaklah memberi manfaat kepada murid-murid dan membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran KSSR. Tambahan pula saya yang sememangnya tiada pengalaman dalam pengajaran RBT. Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk merancang pengajaran mengikut format yang sesuai dan baik. Sebagai contohnya saya memilih untuk melaksanakan pengajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Jadi untuk membuat RPH berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran

Upload: mohd-nizam-omar

Post on 25-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi individu

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi rbt

MOHD NIZAM BIN OMAR @ HAMIDREFLEKSI RBT 3117

1

REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi akhirnya saya berjaya

menyiapkan tugasan kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah (RBT 3117). Saya juga bersyukur kerana tugasan ini dapat

disiapkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah iaitu 21 April 2014.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya, Encik Rosly Bin Ismail

yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

            Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga saya iaitu isteri dan

4 orang cahaya mata yang memahami serta tidak jemu-jemu memberikan sokongan

terhadap saya sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada awalnya,

selepas mendapat tugasan ini dalam kuliah perjumpaan interaksi kedua, saya

tanpa berlengah masa mencari bahan rujukan sama ada di dalam internet atau

dalam buku. Hal demikian adalah kerana tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah

untuk dilakukan. Tambahan pula saya yang tiada pengalaman mengajar

matapelajaran tersebut di sekolah dan tiada pendedahan khusus berkaitannya. Jadi,

ianya amat mencabar bagi saya. Masa adalah faktor begitu penting supaya tugasan

ini dapat dilaksanakan dengan baik.

            Pertama sekali, melalui tugasan kursus RBT 3117 ini saya dapat belajar dan

mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi. Bagi menyiapkan RPH dengan

memilih sub-topik bersesuaian berasaskan sukatan tahun 4 yang perlu dilengkapi

dengan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai perlu diintegrasikan dengan alat/bahan bantu mengajar yang berbentuk

persembahan Microsoft Office Power Point. Walaupun banyak unsur Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang boleh dipilih tetapi untuk mencari media

pengajaran yang sesuai bukanlah mudah. Ini kerana setiap media pengajaran yang

dipilih hendaklah memberi manfaat kepada murid-murid dan membantu mereka

dalam aktiviti pembelajaran KSSR. Tambahan pula saya yang sememangnya tiada

pengalaman dalam pengajaran RBT.           

Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk merancang

pengajaran  mengikut format yang sesuai dan baik. Sebagai contohnya saya memilih

untuk melaksanakan pengajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Jadi untuk membuat

Page 2: Refleksi rbt

MOHD NIZAM BIN OMAR @ HAMIDREFLEKSI RBT 3117

2

RPH berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 ini

memerlukan saya mencari dan membuat rujukan tentang format dan kandungannya

dengan betul. Selain bantuan dari pensyarah, saya juga perlu membuat rujukan dan

bantuan dari rakan sekerja untuk lebih memahami mengenai sukatannya. Jadi,

pendedahan yang saya dapat  dari awal ini sudah tentu dapat membantu saya

meningkatkan lagi strategi dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup (KH) seterusnya menarik minat murid untuk terus belajar.

            Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk memilih kaedah dan teknik

yang bersesuaian untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya

hasilkan. Tambahan lagi, saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan sedia

ada dan baharu berkaitan teori pembelajaran saya dalam RPH. Ianya juga turut

menuntut saya menghasilkan bahan/alat bantuan mengajar yang berbentuk

persembahan. Pada pendapat saya, tugasan ini agak sukar pada mulanya untuk

dilaksanakan kerana saya bimbang sekiranya apa yang saya rancangkan tidak

bertepatan konsep yang dikehendaki. Namun begitu, saya bertuah kerana memiliki

pensyarah dan rakan-rakan yang sudi membimbing saya.

                       Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu seronok kerana

tugasan ini menjadikan saya seorang guru yang lebih kreatif, bijak menganalisis

serta berani untuk melontarkan pendapat dalam menghasilkan sesuatu perkara.

Saya juga bersyukur kerana sudah mendapat pendedahan yang mendalam pada

peringkat awal tentang pelbagai media pengajaran untuk saya gunakan dalam

perancangan pengajaran dan pembelajaran saya.

            Akhir sekali, kemuncak kepada pentingnya kerja kursus ini dilaksanakan ialah

saya dapat meningkatkan kompetensi diri saya untuk menjadi insan yang mulia

melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan

seharian saya. Tugasan yang diberi cukup bermanfaat dan membantu guru dalam

meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.

Insya-Allah.Sekian, terima kasih.