refleksi psv

3
REFLEKSI INDIVIDU NAMA : NARMATHA A/P MANI MARAN NO K/P : 930425-05-5244 Saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA saya dapat menghabiskan kerja kursus ini dengan sempurna bagi kursus Pedogogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR. Saya bersemangat apabila saya dapat menyempurnakan kerja kursus Pendidikan Seni Visual ini. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Muhamad Sukri Bin Osman di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Malah, saya telah bertungkus-lumus untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk ini. Hal ini kerana, tugasan ini merupakan satu cabaran bagi saya tetapi saya masih tidak berputus asa untuk mencari maklumat mengenai tajuk tugasan kerja kursus ini serta dapat menyiapkannya tepat pada masanya. Selain itu, penyediaan kerja kursus ini membolehkan saya berfikir dengan lebih kreatif dalam menghasilkan karya atau bahan seni. Hal ini kerana, melalui penyediaan kerja kursus ini saya bermula untuk meminati, memperkembang keperibadian, mendapat kesedaran dan mempunyai kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa penyediaan kerja kursus ini memainkan peranan dalam memperkembang sifat- sifat di dalam diri saya melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran saya. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual ini membolehkan saya dapat menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu saya dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasa diri saya sendiri. Dalam pada itu melalui kerja kursus ini, banyak input dan pengalaman baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut memberikan impak yang besar kepada saya dalam menyediakan sesi pengajaran yang menarik dan berkesan melalui pengajaran makro yang dijalankan. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini secara sistematik dan berkesan, saya telah membuat perancangan awal terlebih dahulu mengenai tugasan yang pertama, iaitu melibatkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh yang demikian, saya telah memilih untuk menyediakan dua RPH di mana bagi tahap 1 saya memilih darjah satu manakala bagi tahap 2 pula darjah empat. Jadi, sebagai langkah pertama saya telah menelitikan standard kandungan bagi darjah 1 dan darjah 4 serta mengumpul segala maklumat yang perlu dan seterusnya mengaitkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam Seni Visual bagi sekolah rendah.

Upload: previn-harry

Post on 08-Sep-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fbglnmflmbfgnmlpfghk[pfd

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDU NAMA: NARMATHA A/P MANI MARAN NO K/P: 930425-05-5244Saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA saya dapat menghabiskan kerja kursus ini dengan sempurna bagi kursus Pedogogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR. Saya bersemangat apabila saya dapat menyempurnakan kerja kursus Pendidikan Seni Visual ini. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Muhamad Sukri Bin Osman di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Malah, saya telah bertungkus-lumus untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk ini. Hal ini kerana, tugasan ini merupakan satu cabaran bagi saya tetapi saya masih tidak berputus asa untuk mencari maklumat mengenai tajuk tugasan kerja kursus ini serta dapat menyiapkannya tepat pada masanya. Selain itu, penyediaan kerja kursus ini membolehkan saya berfikir dengan lebih kreatif dalam menghasilkan karya atau bahan seni. Hal ini kerana, melalui penyediaan kerja kursus ini saya bermula untuk meminati, memperkembang keperibadian, mendapat kesedaran dan mempunyai kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa penyediaan kerja kursus ini memainkan peranan dalam memperkembang sifat-sifat di dalam diri saya melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran saya. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual ini membolehkan saya dapat menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu saya dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasa diri saya sendiri.Dalam pada itu melalui kerja kursus ini, banyak input dan pengalaman baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut memberikan impak yang besar kepada saya dalam menyediakan sesi pengajaran yang menarik dan berkesan melalui pengajaran makro yang dijalankan. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini secara sistematik dan berkesan, saya telah membuat perancangan awal terlebih dahulu mengenai tugasan yang pertama, iaitu melibatkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh yang demikian, saya telah memilih untuk menyediakan dua RPH di mana bagi tahap 1 saya memilih darjah satu manakala bagi tahap 2 pula darjah empat. Jadi, sebagai langkah pertama saya telah menelitikan standard kandungan bagi darjah 1 dan darjah 4 serta mengumpul segala maklumat yang perlu dan seterusnya mengaitkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam Seni Visual bagi sekolah rendah. Tambahan pula melalui kerja kursus ini juga, saya dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antaranya ialah saya telah mempelajari tentang Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual dengan lebih mendalam terutamanya bagi 4 bidang dalam PSV iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Oleh yang demikian, ianya memberi pengetahuan luas kepada saya. Maka, berdasarkan maklumat yang telah dikumpul saya telah menyediakan RPH yang disertakan dengan beberapa elemen lain seperti muzik dan pergerakan untuk diintegrasikan semasa sesi pengajaran nanti. Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran saya. Melalui tugasan ini juga, saya sedar bahawa banyak perkara yang perlu saya titik beratkan supaya dapat menyediakan RPH yang berkesan untuk sesi pengajaran makro. Oleh yang demikian, dengan pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada serta maklumat-maklumat baru yang saya perolehi, saya berjaya menyediakan RPH yang sesuai untuk sesi pengajaran makro walaupun terdapat sedikit kelemahan dari segi penyampaian saya sendiri. Selain daripada itu, semasa sesi pengajaran makro pula saya sedar bahawa bahan bantu mengajar adalah amat penting untuk mata pelajaran seni visual supaya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat berjalan secara berkesan dan dapat menarik perhatian murid-murid untuk melibat dalam pembelajaran secara menyeluruh. Di samping itu, dengan bantuan bahan bantu mengajar yang menarik juga, saya dapati pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan murid tidak akan bosan semasa sesi PdP dijalankan. Berdasarkan tugasan ini juga, saya mula sedar bahawa bertapa pentingnya penulisan RPH bagi seorang guru Dunia Seni Visual (DSV) kerana, apabila kita dapat merancang pengajaran dengan baik iaitu dimulakan dengan set induksi yang menarik, kemudian disertakan dengan sesi pengajaran yang berkesan dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang menarik dan penutup yang sempurna, secara tidak langsung ini dapat memudahkan kita dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan serta bersistematik. Dalam pada itu, bahan bantu mengajar turut, mendorong ke arah penglibatan kesemua murid secara menyeluruh dalam sesi pengajaran dan murid juga tidak mudah bosan dengan penyampaian guru. Melalui tugasan ini saya turut, dapat mempelajari banyak pengajaran. Antaranya, ialah saya perlu ada sikap kerjasama dan harus saling tolong-menolong serta mengkongsikan pengetahuan antara rakan-rakan kita. Malah, saya juga sedar bahawa kesabaran yang amat tinggi diperlukan bagi mencari maklumat yang tepat dan sikap kerajinan dalam menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Saya juga telah menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan. Saya juga berpendapat bahawa kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi yang akan menjadi seseorang itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Oleh yang demikian, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa perancangan yang baik dan pengintegrasian yang menarik membantu melicinkan sesi PdP serta membolehkan murid-murid lebih berkeyakinan serta seronok untuk belajar. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri saya. Ia juga telah membuka pemikiran saya terhadap bidang Pedagogi Pendidikan Seni Visual ini. Kesimpulannya, saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan ini saya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam Pedogogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR. Secara tidak langsung, tugasan ini menambahkan lagi ilmu dan kemahiran saya. Oleh yang demikian, saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan kelak. Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada Encik Muhamad Sukri bin Osman pensyarah Pedagogi Pendidikan Seni Visual saya diatas segala tunjuk ajar dan teguran yang diberikan. SEKIAN, TERIMA KASIH.