refleksi projek

3
Refleksi Alhamdulillah ,beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana pada 8 Julai 2013 yang lalu, satu forum profesionalisme perguruan telah berjaya dilaksanakan di Surau Nurul Iman anjuran pelajar Pengajian Agama Semester 6. Anjuran forum ini sebenarnya bagi melengkapkan tugasan projek bagi subjek PIM 3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Tugasan projek ini merupakan tugasan secara berkumpulan di mana ianya menggabungkan kedua-dua kelas Pengajian Agama Semester 6 iaitu A dan B. Usai sahaja tugasan diberikan, satu mesyuarat telah diadakan bagi melicinkan gerak kerja forum profesionalisme perguruan ini. Setelah berbincang dalam mesyuarat, saya dan 3 lagi rakan yang lain telah pun diberi tugas sebagai Ahli Jawatankasa pendaftaran. Antara tugas utama jawatankuasa inia adalah mengambil kedatangan setiap peserta yang hadir dalam Forum Profesionalime Perguruan ini. Berdasarkan tugas yang diberikan, saya dan 3 rakan yang lain perlu menyediakan senarai nama ahli kedua-dua kelas untuk ditandatangani sebagai bukti keadiran. Terdapat beberapa ilmu baharu serta pengalaman yang dapat saya peroleh sepanjang tempoh menjayakan forum profesionalisme perguruan ini. Pengalaman serta ilmu baharu tersebut diperoleh sebelum, semasa atau selepas forum ini berlangsung. Antaranya, sebelum proses pelaksanaan forum berjaya dilaksanakan, saya belajar menyediakan senarai nama untuk ditandatangani oleh pelajar. Perkara yang paling penting saya

Upload: fana91

Post on 28-Nov-2015

105 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi projek

Refleksi

Alhamdulillah ,beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana pada 8

Julai 2013 yang lalu, satu forum profesionalisme perguruan telah berjaya dilaksanakan

di Surau Nurul Iman anjuran pelajar Pengajian Agama Semester 6. Anjuran forum ini

sebenarnya bagi melengkapkan tugasan projek bagi subjek PIM 3111 Profesionalisme

Guru Pendidikan Islam.

Tugasan projek ini merupakan tugasan secara berkumpulan di mana ianya

menggabungkan kedua-dua kelas Pengajian Agama Semester 6 iaitu A dan B. Usai

sahaja tugasan diberikan, satu mesyuarat telah diadakan bagi melicinkan gerak kerja

forum profesionalisme perguruan ini. Setelah berbincang dalam mesyuarat, saya dan 3

lagi rakan yang lain telah pun diberi tugas sebagai Ahli Jawatankasa pendaftaran.

Antara tugas utama jawatankuasa inia adalah mengambil kedatangan setiap peserta

yang hadir dalam Forum Profesionalime Perguruan ini. Berdasarkan tugas yang

diberikan, saya dan 3 rakan yang lain perlu menyediakan senarai nama ahli kedua-dua

kelas untuk ditandatangani sebagai bukti keadiran.

Terdapat beberapa ilmu baharu serta pengalaman yang dapat saya peroleh

sepanjang tempoh menjayakan forum profesionalisme perguruan ini. Pengalaman serta

ilmu baharu tersebut diperoleh sebelum, semasa atau selepas forum ini berlangsung.

Antaranya, sebelum proses pelaksanaan forum berjaya dilaksanakan, saya

belajar menyediakan senarai nama untuk ditandatangani oleh pelajar. Perkara yang

paling penting saya belajar ketika menyiapkan senarai nama tersebut adalah sikap

kerjasama dan saling menolong antara satu sama lain. Memandangkan penganjuran

program forum profesionalisme perguruan ini adalah gabungan dari dua kelas yang

berbeza cara pemikirannya, maka masalah komunikasi sedikit mengganggu kami. Cara

inidividu yang mempunyai sifat dan ragam yang berbeza sedikit sebanyak mengajar

saya untuk berlapang dada dengan sikap manusia serta sentiasa berfikiran positif

terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah, di akhir pelaksanaan forum, kami sudah pun

mampu berkomunikasi secara normal.

Page 2: Refleksi projek

Selain itu, sebelum berlangsungnya forum pada malam itu, saya juga sempat

duduk berbincang bersama-sama panel forum untuk memberi komen ataupun sebarang

cadangan penambahbaikan untuk tujuan mempersembahkan yang terbaik untuk forum

ini. Dari situ, saya belajar tiada benda mudah dalam dunia ini. Untuk mendapatkan yang

terbaik, latihan secara berterusan perlu dilakukan dan sifat berputus asa perlu

dilelakkan. Walaupun ahli panel mendapat kritikan yang banyak dari beberapa pihak,

beliau tidak sesekali berputus asa dan sentiasa menerima kritikan dan cadangan yang

diberikan secara positif. Benarlah apa yang selalu disebutkan oleh Prof Dr Muhaya,

“apabila otak kita berfikir secara positif, apa yang akan hadir di sekeliling kita juga

semuanya positif”. Alhamdulillah, sifat positif ini memberi kesan yang terbaik pada

penyampaian ahli panel pada malam tersebut.

Seterusnya, ketika forum sedang berlangsung, antara perkara baharu yang saya

peroleh ialah teknik penyampaian yang digunakan pada malam tersebut. Teknik senda

gurau serta jenaka santai yang digunakan ternyata membuatkan penonton lebih

berminat untuk mendengar isi yang disampaikan. Forum yang berlangsung secara

santai itu juga mengajar saya bahawa santai yang berlebihan juga memberi kesan

kepada penonton yang hadir pada malam tersebut. Justeru itu, dari pengalaman ini,

saya tahu bahawa, jika ingin menggunakan teknik jenaka dalam penyampaian kelak

tidak kiralah forum, syarahan, perbahasan atau sebagainya , jenaka yang digunakan

haruslah tidak berlebihan yang mana boleh membuatkan penonton jemu pada isi yang

disampaikan.

Tuntasnya, jika diberi peluang melakukan tugasan ini sekali lagi, saya dan rakan-

rakan lain ingin lebih berusaha bersungguh-sungguh dalam membina isi yang baik

untuk dipersembahkan ketika forum. Perancangan yang rapi dan sifat berlapang dada

yang tinggi terhadap perbezaan manusia juga ingin ditambah baik. Kolaboratif bersama

pensyarah pembimbing juga ingin saya lakukan dengan lebih kerap bagi menghasilkan

tugasan projek yang lebih bermutu dan berkualiti. Akhir kata, saya amat berharap agar

tugasan projek ini akan diterima oleh pensyarah bagi subjek ini iaitu Ustaz Azman bin

Ariffin dan saya meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam menyiapkan

tugasan projek ini. Sekian.