refleksi practical 1

Upload: sire-ariff

Post on 04-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Refleksi Practical 1

    1/1

    REFLEKSI.

    Untuk praktikal SCE3109 yang pertama bagi semester 5 ini adalah tentang haba

    peneutralan. Bahan tindak balas yang telah digunakan adalah Asid hidroklorik dan

    natrium hidroksida, Asid sulfurik dan natrium hidroksida dan Asid nitrik dan kalium

    hidroksida.

    Berdasarkan bahan tindak balas yang diberi, terdapat dua jenis asid iaitu

    monobes yang diwakili oleh HCL dan HNO3 manakala untuk asid dwibes pula diwakili

    oleh H2SO4. Mengikut teori asid dwibes akan mendapatkan jumlah haba peneutralan

    dua kali ganda lebih tinggi daripada asid monobes. Setelah eksperimen selesai dan

    pengiraan dilakukan, nilai haba peneutralan asid dwibes, H2SO4 adalah -142.8 kJmol-1

    yang mana lebih tinggi daripada nilai haba peneutralan asid monobes, HCL dan HNO3

    iaitu sebanyak -42.84kJmol-1

    .

    Walaubagaimanapun, nilai haba peneutralan, H2SO4 melebihi daripada nilai dua

    kali ganda tidak seperti yang dikira melalui teori. Ini bermaksud bahawa terdapat faktor-

    faktor yang mempengaruhi eksperimen ini. Kemungkinan besar faktor penggunaan

    cawan plastik yang nipis telah menyebabkan terdapat haba yang telah keluar

    kepersekitaran dan mempengaruhi nilai suhu tertinggi. Selain daripada itu, kemolaranasid ataupun alkali tersebut sudah berkurangan kerana terdapat lebihan air yang

    berpunca dari cucian radas yang tidak sempurna. Tambahan lagi, isipadu bahan tindak

    balas tidak seperti yang di ukur oleh radas yang mungkin terdapat kerosakan ataupun

    ralat pada radas seperti thermometer dan pipet.

    Oleh itu, untuk eksperimen yang akan datang setiap prosedur dilakukan dengan

    teliti seperti sebelum menggunakan pipet yang baru dicuci perlu untuk membilas dalam

    pipet tersebut dengan bahan yang hendak di sukat dahulu. Selain daripada itu, setiap

    radas perlu diperiksa untuk memastikan tiada ralat yang berlaku pada sesuatu bacaan.