final report (practical) - bab 3 isi

23
3.2 KERJA TANAH 3.2.1 Pengenalan Dalam menjalanakan sesuatu projek pembinaan, jurutera perlulah bertanggungjawab bagi merekabentuk dan merancang asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Kestabilan tapak asas ini sangat penting bagi menentukan kekukuhan dan tempoh ketahanan sesebuah binaan tersebut. Dalam kerja-kerja tanah, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti : 1) Tinjauan Tapak. 2) Penyelidikan Tanah. 3) Perlaksaan Penyelidikan Tanah. 4) Menyelenggara Pengujian Mudah. 5) Kerja Tanah. 65

Upload: mustakim-shaary

Post on 26-Jul-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

3.2KERJA TANAH3.2.1PengenalanDalammenjalanakansesuatuprojekpembinaan,juruteraperlulahbertanggungjawab bagi merekabentuk dan merancang asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Kestabilan tapak asas ini sangat penting bagi menentukan kekukuhan dan tempoh ketahanan sesebuah binaan tersebut. Dalam kerja-kerja tanah, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti : 1) Tinjauan Tapak. 2) Penyelidikan Tanah. 3) Perlaksaan Penyelidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

3.2 KERJA TANAH

3.2.1 Pengenalan

Dalam menjalanakan sesuatu projek pembinaan, jurutera perlulah

bertanggungjawab bagi merekabentuk dan merancang asas bangunan. Asas bangunan

merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Kestabilan tapak asas ini

sangat penting bagi menentukan kekukuhan dan tempoh ketahanan sesebuah binaan

tersebut.

Dalam kerja-kerja tanah, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti :

1) Tinjauan Tapak.

2) Penyelidikan Tanah.

3) Perlaksaan Penyelidikan Tanah.

4) Menyelenggara Pengujian Mudah.

5) Kerja Tanah.

3.2.2 Kerja Penambakan Dan Pemotongan Tanah ( Cut And Fild).

Kerja pemotongan dan penambakan ini dilakukan bagi mendapatkan aras tanah

yang sesuai bagi sesebuah tapak. Pemotongan ini dilakukan dilereng bukit dan

dipotong dengan jentera dan tanah yang terhasil dipanggil tanah pindah manakala

65

Page 2: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

tambakan pula ialah kerja-kerja menimbun tanah kerana aras level lebih tinggi dari aras

asal. Biasanya cerun dipotong pada sudut 60º dan cerun tambakan adalah sudut 45º.

Ianya lebih ekonomi kerana bahagian potongan boleh digunakan untuk bahagian

timbusan/tambakan. Penambakan dilakukan sama ada menggunakan bahan sekata

atau dari bahan pelbagai jenis. Di bawah menunjukkan keratan rentas cara

pemotongan dan penambakan tanah di tepi lereng bukit :

Rajah 3.2.2.1 Keratan Rentas Pemotongan dan Penambakan

66

Page 3: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Gambar 3.2.2.2 Kerja Pemotongan Tanah.

3.2.3 KERJA PEMADATAN

Kerja pemadatan adalah sebagai satu proses meningkatkan ketumpatan tanah

dengan cara merapatakan atau menyendatkan zarah-zarah atau butir-butir tanah.

Proses pemadatan ini akan mengurangkan isipadu udara dalam tanah tetapi tiada

perubahan ketara terhadap isipadu air di dalam tanah tersebut. Proses pemadatan ini

boleh dilakukan dengan menggunakan jentera penggelek atau jentera penggetar. Ianya

juga dapat menyusun zarah tanah dengan lebih rapat.Ianya dapat mempertingkatkan

lagi kekuatan benteng tanah.

67

Page 4: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Tujuan Pemadatan Tanah

Proses pamadatan tanah amat penting untuk membuat asas bangunan, dan

benteng terutamanya daripada tanah tambak. Pemadatan dilakukan lapisan demi

lapisan. Biasanya ketebalan setiap lapisan adalah antara 200 – 300 mm dengan

menggunakan penggelek, penggetar dan sebagainya. Antara kebaikkan kerja

pemandatan dalam pembaikkan sifat kejuruteraan jisim tanah adalah :

Pengenapan yang membahayakan boleh dikurangkan atau dielakkan.

Kekuatan tanah bertambah dan kestabilan cerun boleh diperbaiki.

Keupayaan galas bagi subgred dapat diperbaiki.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemadatan Tanah

Kandungan Air.

Tenaga pemadatan yang dikenakan pada tanah.

Sifat-sifat tanah.

Tebal lapisan tanah.

Kaedah pemadatan.

3.3 KERJA-KERJA STRUKTUR

68

Page 5: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

3.3.1 KERJA MEMBINA ‘PILE CAP’ DAN ‘STUMP’

‘Pile cap’ dan ‘stump’ dibina selepas pemotongan cerucuk dijalankan.

Kedudukan dan jarak asas ini adalah mengikut ‘point’/titik berpandukan lukisan pelan

yang diluluskan oleh Pihak Jurutera dan JKR.

Gambar menunjukkan pembinaan (‘pile cap and stump’)

Gambar rajah 3.3.1.1

Penerangan terperinci secara praktikal dan teori bagi ‘Pile Cap’ ditunjukkan

dalam BAB 6

69

Page 6: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

3.3.2 KERJA PEMBINAAN ‘GROUND BEAM’ DAN ‘GROUND SLAB’

Pembinaan ‘Ground Beam’ dijalankan setelah ‘pile cap’ dan ‘stump’ siap dibina.

Ia dibina menyambungkan satu pad ke satu pad kemudian ‘Ground Beam’ tersebut

ditimbus kembali. Tanah timbun tersebut akan diratakan dan dipadat bagi tujuan

pembinaan ‘Ground Slab’.

Gambar rajah 3.3.2.1 kerja-kerja pembinaan ‘Ground Beam’ dijalankan

70

Page 7: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Gambar Rajah 3.3.2.2 kerja-kerja pembinaan ‘Ground Slab’ sedang dijalankan

Penerangan terperinci secara praktikal dan teori bagi pembinaan ‘ground beam’

dan ‘ground slab’ ditunjukkan dalam BAB 7 dan BAB 8

3.3.3 KERJA PEMBINAAN TIANG

Setelah ‘Ground Slab’ siap dibina, kerja-kerja membina tiang dimulakan.

Tetulang / bar bagi tiang dipasang mengikut saiz dan jenis berpandukan pelan.

Kemudian kotak bentuk dibina. Kotak bentuk ini mestilah benar-benar kukuh bagi

menampung atau menahan konkrit semasa dituang ke dalamnya.

71

Page 8: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Rajah 3.3.3.1 Kerja-kerja membina kotak bentuk bagi tiang (ground floor)

Rajah 3.3.3.2 Contoh tiang yang telah siap dikonkrit.

72

Page 9: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Penerangan terperinci secara praktikal dan teori bagi pembinaan tiang akan

dijelaskan dalam BAB 9

3.4 KERJA-KERJA SUPERSTRUKTUR

3.4.1 PEMBINAAN DINDING

Dalam pembinaan dinding dalam projek Kem PGA GAling ini, beberapa ikatan bata

yang sering digunakan iaitu :

Ikatan Flamish

Ikatan Sisi Bata

Ikatan Enggeris

Ikatan Kepala Bata

Contoh ikatan dan penerangan secara terperinci bagi ikatan bata dan teori yang

digunakan akan ditunjukkan dalam BAB 11

3.4.2 KERJA-KERJA KEMASAN

73

Page 10: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

3.4.2.1 Kerja-kerja Mengubin

Ubinan simen hendaklah setebal 20mm dibuat daripada 1 bahagian simen dan

3 bahagian pasir. Ubinan hendaklah dikejapkan dalam masa 30 minit setelah

dihamparkan dan dilicinkan dengan pelepa untuk mengelakkan lapis buih simen

berlaku.

Kambi hendaklah dibentuk 150 mm tinggi dan 20 mm tebal, melekuk di

bahagian bawah dan membulat di bahagian atas.

Ubinan berbentuk anjur bagi jejak tangga konkrit hendaklah dibulatkan sedikit

dan mempunyai empat baris alur separuh bulat berdiameter 6 mm dan

dijarakkan 12mm antara satu sama lain untuk dijadikan penghalang gelincir.

Ubinan Granolitik setebal 20 mm mengandungi 2 bahagian simen dan 5

bahagian batu serpih granit yang menelusi ayakan 6mm tetapi tidak boleh

menelusi ayakan 3mm.

Bahagian tepi bendul dan jejak tangga konkrit hendaklah dipasang dengan 150

mm X 76 mm X 12 mm genting kekaca anjur penghalang gelincir yang

diluluskan, disusun memanjang dan diikat serta dikemaskan dengan

menggunakan mortar simen dan pasir 1 : 3.

Terazo hendaklah mengandungi 1 bahagian simen berwarna dan 3 bahagian

batu serpih kapur untuk menembusi ayakan 12 mm dan tidak boleh menembusi

ayakan 3 mm.

Terazo hendaklah setebal 20 mm dan dihamparkan atas lapis lepa simen pasir

(1:3) setebal 20mm.

Kambi-kambi dan lilitan terazo hendaklah setinggi 100 mm dan setebal 20mm

membulat di bahagian atas dan melekuk di bahagian bawah.

74

Page 11: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

3.4.2.2 Pemasangan Jubin/mozek (tile)

Spesifikasi JKR

Jubin seramik untuk lantai hendaklah jubin kekaca dari jenis penghalang

gelincir, berukuran 200 mm X 100 mm X 12 mm tebal mematuhi Piawaian

British BS 1286.

Jubin seramik untuk dinding hendaklah dari jenis bergilap dan tahan cakar

berukuran 200 mm X 100 mm X 6.5 mm dan memtuhi Piawaian British BS

1281.

Jubin seramik untuk lantai hendaklah dipasang di atas lapis lepa simen dan

pasir (1:3) setebal 20 mm.

Kambi jubin seramik hendaklah sepadan dengan jubin lantai dan berukuran 200

mm X 100 mm X 12 mm tebal dipasang memanjang di tas lapis lepa simen dan

pasir (1:3) . Semua sudut pada kambi hendaklah dipotong menepati semua

timpan.

Setelah siap dipasang, keseluruhan lantai hendaklah dibersih, digilap atau

disempurnakan mengikut peraturan pembuat.

Cara kerja :

1) Setelah lantai atau tempat yang ingin dijubin di ‘render’, kerja-kerja ‘setting out’

dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya adalah bagi memudahkan dan

memastikan kemasan yang dipasang lurus dan menepati spesifikasi yang telah

ditetapkan.

75

Page 12: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Rajah 3.4.2.2.1 Kerja ‘setting out’ dijalankan

2) Kerja-kerja pemasangan jubin atau mozek dijalankan. Dua kaedah

pemasangan kemasan jenis ini iaitu :

Cara pertama :

Bancuhan Simen diletak pada kepingan mozek kemudian dilekatkan

pada lantai atau bahagian yang ingin dipasang.

Mozek tersebut diketuk perlahan-lahan bagi tujuan melaras dan

mengemaskan kedudukannya.

Pelarasan dibuat pada pemasangan menggunakan timbang air.

76

Page 13: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Rajah 3.4.2.2.2 Pemasangan mozek dibuat

Cara kedua :

Bancuhan simen diratakan pada lantai yang ingin dipasang kemasan.

Kemudian kepingan-kepingan mozek disusun pada lantai menikut ‘setting out’

yang telah dibuat.

Mozek tersebut diketuk perlahan-lahan bagi melaras dan mengemaskan pada

kedudukannya.

Timbang air digunakan bagi memastikan pemasangan betul-betul mengikut

laras yang dikehendaki.

3) Setelah kerja-kerja pemasangan selesai, proses mengilat dilakukan. Kerja

mencuci kemasan ini mesti dilakukan sebagai langkah pemasangan terakhir

kemasan mozek atau jubin. Walaubagaimanapun, pastikan celah-celah antara

77

Page 14: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

mozek diisi dengan simen putih iaitu bagi mengelakkan air masuk dan

merosakkan kemasan.

Rajah 3.4.2.2.3 kerja membersihkan mozek dilakukan

3.4.3 Pemasangan Bumbung

Dalam sesebuah bangunan, bumbung merupakan struktur paling atas sekali.

Bumbung berfungsi sebagai pelindung daripada angina, panas, dan hujan.

Bagi projek Kem Galing ini, dua jenis bumbung yang digunakan iaitu bumbung

curam dan bumbung rata. Bagi bangunan ibu pejabat, bangunan gunasama dan

kuarters bumbung curam digunakan manakala bumbung rata digunakan untuk

banguanan TNB (TNB station)

Kerja-kerja pemasangan struktur bumbung dijalankan bermula dengan

pemasangan kerangka bumbung (truses). Kerangka ini dibuat daripada campuran besi

aluminium. Kelebihannya ialah:

78

Page 15: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Kerangka tersebut lebih ringan untuk menanggung bebannya sendiri dan

beban yang dikenakan ke atasnya.

Kerangka ini tidak mudah berkarat dan tahan lebih lama.

Sesuai digunakan bagi bangunan tinggi kerana ringan dan mudah

diangkat naik ke atas bangunan.

Rajah 3.4.3.1 pemasangan kerangka bumbung sedang dijalankan

Setelah kerja-kerja pemasangan kerangka bumbung selesai, ‘aluminium sheet’ /

‘aluminium foil’ akan dipasang sebagai lapisan sebelum atap dipasang. Lapisan ini

berfungsi bagi menghalang kelembapan sampai pada kerangka yang boleh

menyebabkan pengaratan cepat berlaku. Selain itu lapisan ini dapat mengurangkan

kesan haba pada bangunan.

79

Page 16: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Selain itu, ‘Bradford insulation’ (CSR) juga digunakan sebagai lapisan sebelum

atap dipasang. Lapisan ini dapat menurunkan suhu di dalam sesebuah bangunan

tersebut.

Rajah 3.4.3.1 pemasangan CSR dan bumbung pada

bangunan garaj

80

Page 17: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

Rajah 3.4.3.2 sampel ‘aluminium sheet’

Yang digunakan pada bumbung.

3.4.4 Kerja Pemasangan Kelengkapan Bangunan dan Sekitar Bangunan

Selepas bangunan siap termasuk kemasan, kerja pemasangan kelengkapan

bangunan seperti sirtem kebakaran, penyaman udara, sambungan paip dan

sebagainya dijalankan. Kebanyakannya kerja merupakan kerja mekanikal dan

elektrikal.

Selain itu kerja-kerja di sekitar bangunan juga dilakukan. Contohnya

penanaman rumput. Pada kebiasaannya, penanaman ini dilakukan bertujuan bagi

mengukuhkan tebing-tebing dan lereng bukit. Di samping itu, rumput ini ditanam bagi

tujuan ‘landskap’.

Langkah-langkah penanaman rumput :

i. Permukaan tanah disediakan dengan membuang sebarang akar,

tunggul, dan tumbuhan yang tidak diingini.

ii. Permukaan tanah yang hendak ditanam mestilah dibentuk curam kearah

garis alir permukaan bagi mengelakkan air dari bertakung.

iii. Tanah hitam diletakkan di atas permukaan tanah tadi.

iv. Rumput ditanam di atas tanah hitam tadi setebal 25 mm pada jarak 300

mm diantara satu sama lain.

v. Penanaman rumput tanam tompok di tanam diatas tanah yang rata.

81

Page 18: Final Report (Practical) - BAB 3 ISI

vi. Manakala bagi permukaan tebing atau curam hendaklah di tanam

dengan rumput tanam rapat supaya akar dapat mencengkam dan

memegang tanah dengan kuat bagi mengelakkan tanah daripada runtuh.

vii. Kepingan rumput hendaklah dipasak pada tempatnya dengan

menggunakan pasak kayu yang berdiameter 12 mm dan panjangnya

200 mm atau menggunakan cangkul.

viii. Rumput yang sudah ditanam hendaklah di siram sebanyak dua atau tiga

kali sehari untuk mengelakkan dari mati.

Rajah 3.4.4.1 kerja penanaman rumput di tepi lereng bukit/cerun

potong bagi mengelakkan tanah runtuh

82