refleksi pedagogi

9
Refleksi Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus KBSR/KSSR Pedagogi Seni walaupun telah dikelilingi oleh kerja kursus lain yang turut memerlukan komitmen yang tinggi seperti kerja kursus ini. Namun begitu segala cabaran dan dugaan adalah sebuah pembelajaran untuk meningkatkan lagi kualiti diri. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Faridah Anum dan Puan Zainun kerana banyak memberi tunjuk ajar dan arah untuk kami bergerak sendiri mendalami ilmu pengetahuan. Disamping itu juga bimbingan yang turut diberikan banyak membantu saya untuk memahami penghasilan RPH yang baik. Penghasilan RPH yang baik akan dapat membantu saya untuk mendokong pelan pembangunan pendidikan Malaysia(PPPM)menghasilkan sebuah pengajaran yang melibatkan pelajar. Pada tugasan bahagian A iaitu menghasilkan peta i-think berdasarkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan teori,pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV. Dalam menghasilkan peta i-think ini saya dapat memahami dengan lebih jelas mengenai struktur yang terdalam dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Ianya dapat membuka minda dan pengetahuan saya untuk memahami struktur-struktur tersebut contohnya teknik yang terdiri daripada teknik soal jawab, main peranan dan lain-lain. Malahan , kesan daripada menggunakan peta i-think ini saya dapat mengetahui setiap fungsi-fungsi yang terdapat dalam peta i-think

Upload: ahmad-pojie

Post on 13-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jabatan ilmu pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi pedagogi

Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan

tugasan kerja kursus KBSR/KSSR Pedagogi Seni walaupun telah dikelilingi oleh kerja

kursus lain yang turut memerlukan komitmen yang tinggi seperti kerja kursus ini.

Namun begitu segala cabaran dan dugaan adalah sebuah pembelajaran untuk

meningkatkan lagi kualiti diri. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Faridah Anum

dan Puan Zainun kerana banyak memberi tunjuk ajar dan arah untuk kami bergerak

sendiri mendalami ilmu pengetahuan. Disamping itu juga bimbingan yang turut

diberikan banyak membantu saya untuk memahami penghasilan RPH yang baik.

Penghasilan RPH yang baik akan dapat membantu saya untuk mendokong pelan

pembangunan pendidikan Malaysia(PPPM)menghasilkan sebuah pengajaran yang

melibatkan pelajar.

Pada tugasan bahagian A iaitu menghasilkan peta i-think berdasarkan

pengetahuan dan kefahaman berkaitan teori,pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik

pengajaran dan pembelajaran PSV. Dalam menghasilkan peta i-think ini saya dapat

memahami dengan lebih jelas mengenai struktur yang terdalam dalam pengajaran dan

pembelajaran PSV. Ianya dapat membuka minda dan pengetahuan saya untuk

memahami struktur-struktur tersebut contohnya teknik yang terdiri daripada teknik soal

jawab, main peranan dan lain-lain. Malahan , kesan daripada menggunakan peta i-think

ini saya dapat mengetahui setiap fungsi-fungsi yang terdapat dalam peta i-think

tersebut sebagai contoh circle map yang mana menceritakan mengenai definisi yang

terdapat dalam sesebuah tajuk. Oleh itu, saya akan mudah memahami dan dapat

menyediakan diri dalam peperiksaan dengan mengaplikasikan penggunaan peta I think

ini untuk mengumpul nota dengan cara yang lebih sistematik dan tersusun. Selaras

dengan kehendak KPM yang mana mahukan sebuah transformasi kepada guru pelatih

untuk meningkatkan kualiti seminimum yang mungkin. Oleh itu, saya merasakan

penambahbaikkan untuk saya dan pengajaran dan pembelajaran PSV, nota yang

dihasilkan oleh guru pelatih menggunakan peta pemikiran ini disiarkan atau dikongsikan

didalam laman sesawang atau blog yang mungkin dapat dijadikan contoh kepada guru-

Page 2: refleksi pedagogi

guru yang baru mengenali peta pemikiran ini di kawasan pendalaman dan luar Bandar

yang mana penggunaannya masih belum meluas. Selaras dengan PPPM yang mana

mahukan golongan pendidik memanfaatkan penggunaan ICT. Daripada pandangan

saya juga, guru boleh menggunakan peta pemikiran ini dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, seorang guru seni boleh menggunakan flow

map untuk menghasilkan langkah-langkah untuk menunjukkan sebuah demostrasi

kepada pelajar. Cara ini akan dapat memberi gambaran kepada murid dengan lebih

jelas dan tepat.

Manakala pada bahagian B pula, tugasan memerlukan saya untuk menghasilkan

4 RPH. Tugasan ini sangat membantu saya dalam memahami dan mempelajari cara

yang terbaik menghasilkan RPH. Bimbingan daripada pensyarah sangat membantu

dalam segala ketidakpastian dan kemusyikilan saya dalam menghasilkan sebuah RPH

yang berkualiti. Proses pembelajaran adalah satu proses yang sangat bermakna

apabila kita dapat menghasilkan apa yang dipelajari dengan berkesan dan baik.

Walaupun tugasan ini agak berat pada mulanya untuk mengahsilkan 4 RPH , ianya

tidak dapat mematahkan semangat untuk terus mempelajari dalam mempersiapkan diri

sebagai seorang guru yang berkualiti menjelang gelombang ke-2 PPIM pada tahun

2016. Dalam menghasilkan RPH ini saya dapat mengenali kelemahan diri saya adalah

daripada perancangan aktiviti pembelajaran yang mana saya keliru dengan standard

pembelajaran dan aktiviti pengajaran sehinggakan terdapat banyak kesalahan yang

berlaku ketika menghasilkan RPH . Oleh itu, saya berusaha untuk memperbaikki

kelemahan tersebut dengan mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang rakan

dan pensyarah untuk membawa kefaham yang jitu di dalam diri. Malahan, saya dapat

mengetahui kepentingan yang sebenar sebuah langkah yang dihasilkan dalam satu

pengajaran. Bukan sahaja dari segi kurikulumnya tetapi kemahiran dan teknik yang

telah dipelajari juga perlu untuk di serap didalam langkah yang akan dilaksanakan.

Mengetahui dan mengenali struktur pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

seperti kemahiran dan pendekatan ini memberi ruang kepada guru itu sendiri untuk

mengajar dengan cara yang terbaik dan menghasilkan kualiti seperti yang diingini.

Daripada segi BBM yang saya akan gunakan adalah bahan yang dekat dengan diri

pelajar kerana saya percaya kepada teori behavourisme yang ada mengatakan bahawa

Page 3: refleksi pedagogi

kanak-kanak belajar dengan persekitarannya. Oleh itu, saya mahu menghasilkan

sebuah pengajaran yang terdapat disekeliling kehidupan sehariannya. Daripada

penggunaan bahan, saya merasakan bahawa penghasilan pengajaran hendaklah

berdasarkan kepada gelombang yang telah dihasilkan oleh KPM iaitu menggunakan

bahan yang interaktif. Cadangan bagi penambah baikan bagi bahan bantu belajar ini,

sebaik-baiknya bahan yang boleh digunakan kembali pelajar dan guru untuk aktiviti lain

dan juga bahan yang realiti supaya memberi pengalaman yang sebenar kepada murid .

contohnya, guru membawa buahan tempatan kepada murid untuk memberi

pendedahan sebenar mengenai bentuk dan saiz buah serta menghasilkan aktiviti kolaj

lalu memberi murid merasai pengalaman merasai buah terbabit dengan memakannya

atau memegang. Ianya akan memberikan murid pendedahan yang menyeluruh.

Selain itu, pada bahagian C yang mana dikehendaki untuk melaksanakan satu

pengajaran mikro. Untuk mengadakan sebuah pengajaran mikro saya telah didedahkan

mengenai kepentingan menghasilkannya. Secara tidak langsung saya mempelajari cara

dan aspek untuk menghasilkan sebuah pengajaran yang berkesan. Disamping itu juga

saya dapat mengetahui kesesuaian sesuatu pengajaran yang dirancang dengan

kefahaman murid yang akan saya sampaikan. Kerana tidak semua perkara dapat

disampaikan dengan mudah dan dapat diterima oleh seseorang murid itu.

Keberkesanan pengajaran mikro ini saya perolehi apabila saya menjalankannya saya

dapat melihat kesan kepada murid. Malahan , saya dapat mengenalpasti PDP PSV

yang sesuai dengan pengajaran yang disampaikan. Kerana sepanjang penghasilan

RPH saya dapati terdapat banyak kelemahan saya dalam menggunakan teknik dan

pendekatan. Contohnya , tidak semua langkah dapat saya laksanakan dengan

memenuhi kehendak PPPM yang lebih kepada pendekatan yang berpusatkan murid.

Kerana tidak semua murid mempunyai kemampuan untuk berinteraksi dan mempunyai

pemikiran seperti yang kita mahukan. Disamping itu, dalam melaksanakan pengajaran

mikro ini saya dapat dinilai oleh pensayarah. Saya dapat mengenali kelemahan yang

terdapat dalam diri saya. Malahan ,saya juga diberi peluang oleh rakan – rakan yang

mana terdapat rakan yang menegur cara pengajaran saya. Daripada sini saya dapat

meningkatkan kemampuan diri supaya selesa berhadapan dengan pelajar. Teguran

dan nasihat rakan dan juga pensyarah lebih kepada intonasi suara yang saya guna.

Page 4: refleksi pedagogi

Intonasi suara yang saya hasilkan tidak banyak menggunakan nada yang tinggi ketika

menegaskan sesuatu. Oleh itu, untuk menarik perhatian pelajar dan memberitahu

bahawa apa yang disampaikan adalah penting saya perlu menaikan nada suara

seterusnya memampu menarik perhatian keseluruhan kelas. Pengajaran mikro adalah

selangkah kepada pengajaran makro. Manakala, kekuatan saya dalam pengajaran

adalah dari segi gerak badan. Gerak badan yang sentiasa bergerak juga akan dapat

memberi gambaran kepada murid. Malahan, akan memberi keyakinan yang

menyeluruh kepada murid mengenai pengajaran yang akan disampaikan. Oleh itu, saya

harus meneruskan cara yang terbaik untuk diri saya dan menambah atau memperbaiki

kekurangan tersebut. Persediaan yang baik pada pengajaran mikro akan memberi

impak kepada pengajaran makro kelak.

Pada bahagian D, iaitu saya perlu melaksanakan pengajaran makro.

Melaksanakan pengajaran makro ini memerlukan persediaan yang menyeluruh

daripada pelbagai aspek. Malahan, pengalaman yang telah dipelajari pada bahagian

mikro akan dapat membantu dalam menghasilkan sebuah pengajaran makro yang

sempurna. Namun begitu, pada pandangan saya pada peringkat pembelajaran ini

kekurangan yang ditampilkan adalah nadi utama dalam memperbaiki diri dan

memahami car pengajaran yang sebenar. Penghasilan makro ini juga ditugaskan untuk

saya melaksanakan disekolah ketika PBS ( Pengalaman berasaskan Sekolah). Saya

mempunyai pelbagai perasaan dan sikap ketika mengetahui mengenai pengajaran

makro akan dilaksanakan di sekolah. Namun, saya sedar bahawa ianya adalah cabaran

yang sebenar. Kerana pelanggan utama sebagai guru adalah seorang murid. Pada

masa akan datang juga saya akan mengenali dan memahami situasi disekolah dan

kelas. Oleh itu, saya menerima tugasan ini sebagai cabaran untuk memperkasakan diri

selaras dengan PPIM yang mahukan penghasilan seorang guru pelatih yang berkualiti

dan guru yang serba boleh . Sebagai guru masa depan saya bersedia untuk

mempersiapkan diri dengan ilmu yang lengkap. Persediaan yang saya laksanakan

sebelum melaksanakan pengajaran adalah dengan meneliti butiran RPH dengan

sempurna supaya pengajaran yang saya akan laksanakan akan dihasilkan dengan

baik. Pada pandangan saya kesesuaian bahan dengan pemikiran murid sangat penting.

Oleh itu saya sangat berminat untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan

Page 5: refleksi pedagogi

tahap pemikiran mereka supaya aktiviti yang akan saya bawakan sesuai dengan

pemahaman mereka. Dalam melaksanakan pengajaran makro, saya berasa sangat

seronok untuk berhadapan dengan murid sebenar dan mengenali serta dapat

mengawal mereka dengan baik dalam pengajaran saya kelak. Oleh itu, saya telah

memberikan arahan terlebih dahulu mengenai kelakuan yang tidak dikehendaki ketika

didalam kelas sebelum melaksanakan pengajaran makro. Kelemahan saya ketika

melaksanakan pengajaran makro ini saya kelihatan gugup. Mungkin kerana

pengalaman pertama dalam pengajaran bersama dengan murid. Serta mengatasi

tingkah laku murid. Kelemahan ini saya perlu atasi kerana ianya akan memberikan

pemahaman yang tidak baik kepada murid serta akan kurang rasa yakin terhadap

pengajaran saya. Namun begitu, daripada pertanyaan saya kepada guru disekolah

mengenai masalah saya semuanya mengatakan mengenai pengalaman pertama.

Mereka mengatakan bahawa itu kebiasaan berlaku. Malahan tidak dapat mengawal

kelas salah satu masalah yang turut dialami guru baru. Namun begitu, kekuatan saya

adalah, saya dapat mengawal kelas dengan baik serta mengawal tingkah laku murid.

Kerana kunci untuk murid berkelakuan baik adalah menjadi seorang guru yang tegas

tetapi mesra ketika pengajaran. Apabila murid berkelakuan baik dan menunjukkan

kerjasama, guru akan dapat mencapai difisit pada PPPM yang mana ada menyebutnya

didalam impak transfomasi iaitu murid mengurangkan kelakuan yang tidak diingini dan

mengganggu didalam kelas serta bertanggungjawab menjadikan sekolah sebagai

tempat yang selamat . oleh itu guru akan dapat melaksanakan sebuah pengajaran yang

berkesan dan mengetahui gaya pembelajaran murid. Selain itu, pengalaman

mengendalikan kelas selama 1 jam adalah sangat berharga dan menambah pelbagai

pengetahuan. Saya merasakan terdapat beberapa teknik atau pendekatan saya

gunakan tidak sesuai dalam pembelajaran. Keadaan murid yang pasif menyukarkan

saya untuk mengubah keadaan. Namun, saya perlu mempelajarinya secara terbuka.

Tetapi cara untuk mengatasi murid yang terlalu pasif adalah salah satu masalah yang

sangat sukar untuk ditangani. Selain itu, penggunaan bahan maujud iaitu bahan bantu

mengajar yang sesuai kepada pengajaran yang dilaksanakan adalah memberi

gambaran positif. Saya dapati murid gembira untuk mempelajari mengenai tajuk

pengajaran yang diperkenalkan. Sekaligus membangkitkan keghairahan untuk

Page 6: refleksi pedagogi

mengajar dengan baik. Malahan kelemahan lain saya dapati adalah dari segi

penggunaan bahasa ketika menerangkan sesuatu pelajaran. Saya mengenal pasti

bahawa bahasa yang saya gunakan agak tidak jelas dan terlalu cepat kerana tidak

dapat mengawal diri dengan baik.oleh itu, sekiranya mengadakan pengajaran lagi

berpraktikum saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan

ringkas dalam memberikan arahan. Oleh itu, pengajaran makro ini banyak memberi

pendedahan dan pengalaman kepada saya untuk mengetahui realiti sebenar seorang

guru yang akan ditempuhi apabila menjadi guru dan bakal guru. Persiapan dan ilmu

yang baik serta cukup akan memberikan kemudahan yang terbaik menjadi guru yang

berkualiti selaras dengan hasrat FPG (falasah pendidikan guru).

Manakala pada bahagian D, menyatakan mengenai refleksi atau mengenal

kembali kesilapan yang telah dilakukan dan memberi penambah baikkan dan

memperbaikinya kelak.