refleksi moral

2
Refleksi H afidh Saya telah mendapat tugasan Pendidikan Moral ini daripada pensyarah, saya melihat tugasan ini agak mencabar kerana perlu membuat kajian tentang Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dimana sebelum ini saya tidak pernak tahu mengenai fungsi pertubuhan ini. Terlebih dahulu, saya memutuskan untuk membuat bahagian pertama iaitu yang berkenaan dengan Persatuan UNICEF. Saya mula mencari maklumat tentang tajuk tersebut melalui internet.Proses pencarian maklumat melalui internet kali ini agak sukar kerana saya tidak begitu memahami kehendak tajuk ini, namun saya berusaha juga sehingga mendapat beberapa maklumat yang sesuai dengan tajuk ini. Setelah mencari dalam jangka masa yang agak panjang, akhirnya saya dapat beberapa maklumat yang mengenai UNICEF. Setelah selesai mencari maklumat tentang UNICEF, saya mula menjalankan kajian tentang masalah disiplin di sekolah.kajian yang saya jalankan ialah mengenai masalah ponteng sekolah. Di sekolah, masalah ponteng ini menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.Dalam proses meyiapkan kajian, saya telah merujuk pada beberapa laman web yang mempunyai maklumat yang dapat dijadikan sebagai panduan untuk menulis laporan ini.

Upload: hafidh-bakkeri

Post on 19-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

school

TRANSCRIPT

Refleksi HafidhSaya telah mendapat tugasan Pendidikan Moral ini daripada pensyarah, saya melihat tugasan ini agak mencabar kerana perlu membuat kajian tentang Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dimana sebelum ini saya tidak pernak tahu mengenai fungsi pertubuhan ini.Terlebih dahulu, saya memutuskan untuk membuat bahagian pertama iaitu yang berkenaan dengan Persatuan UNICEF. Saya mula mencari maklumat tentang tajuk tersebut melalui internet.Proses pencarian maklumat melalui internet kali ini agak sukar kerana saya tidak begitu memahami kehendak tajuk ini, namun saya berusaha juga sehingga mendapat beberapa maklumat yang sesuai dengan tajuk ini. Setelah mencari dalam jangka masa yang agak panjang, akhirnya saya dapat beberapa maklumat yang mengenai UNICEF. Setelah selesai mencari maklumat tentang UNICEF, saya mula menjalankan kajian tentang masalah disiplin di sekolah.kajian yang saya jalankan ialah mengenai masalah ponteng sekolah. Di sekolah, masalah ponteng ini menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.Dalam proses meyiapkan kajian, saya telah merujuk pada beberapa laman web yang mempunyai maklumat yang dapat dijadikan sebagai panduan untuk menulis laporan ini.Sepanjang kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan. Dengan pencarian maklumat tentang Persatuan UNICEF di Malaysia, saya mula sedar bahawa persatuan bukan kerajaan ini banyak memberikan sumbangan dan bantuan kepada orang yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Saya amat mengagumi setelah membaca beberapa artikel yang mengenai pengerusi dan pengasas UNICEF iaitu Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dimana beliau telah mengetuai rombongan persatuan ini ke beberapa buah negara yang mememerlukan bantuan..Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, rakan-rakan dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.