refleksi mingguan

12
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Isu / Perkara yang difokus : 1.1 Bil. Catatan : 1/4 1.2 Minggu : Pertama 1.3 Tarikh : 19 Ogos 2015 1.4 Sasaran : 30 orang murid ( 4 Dinamik ) 1.5 Tajuk : Kaedah DARwin ( Fokus kepada sifir 4, 5 dan 6 ) - Murid-murid membaca sifir mengikut guru dengan kaedah hafalan. - Terdapat beberapa orang murid tidak dapat menghafal sifir dengan baik. - Secara teori murid dapat menghafal sifir 5 tetapi gagal apabila mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah Matematik. 2. Analisis isu / perkara yang difokus : 2.1 Kekuatan: - Murid-murid dapat menyebut sifir dengan bimbingan guru dengan betul. - Murid dapat menghafal sifir 5 dengan baik. 2.2 Kelemahan: - 4 orang murid yang lemah penghafalan sifir dikenalpasti. - Murid ini tidak yakin dalam penghafalan sifir. - Murid menghafal sifir 5 namun tidak selancar sifir 4 dan sifir 6. 3. Cadangan penambahbaikan : - Guru memilih murid yang bermasalah dalam hafalan sifir khasnya pada murid yang sering melakukan kesilapan semasa membuat latihan yang melibatkan operasi darab. - Murid tersebut diberi bimbingan dengan melibatkan diri dalam projek inovasi iaitu berbantukan bahan seperti kaedah DARwin . - Guru mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dalam menghafal sifir 4, 5 dan 6 semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui sesi soal jawab dan temuramah.

Upload: puanyana

Post on 10-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI MINGGUAN

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Isu / Perkara yang difokus :

1.1 Bil. Catatan : 1/4

1.2 Minggu : Pertama

1.3 Tarikh : 19 Ogos 2015

1.4 Sasaran : 30 orang murid ( 4 Dinamik )

1.5 Tajuk : Kaedah ‘DARwin’( Fokus kepada sifir 4, 5 dan 6 )

- Murid-murid membaca sifir mengikut guru dengan kaedah hafalan.

- Terdapat beberapa orang murid tidak dapat menghafal sifir dengan baik.

- Secara teori murid dapat menghafal sifir 5 tetapi gagal apabila

mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah Matematik.

2. Analisis isu / perkara yang difokus :

2.1 Kekuatan:

- Murid-murid dapat menyebut sifir dengan bimbingan guru dengan betul.

- Murid dapat menghafal sifir 5 dengan baik.

2.2 Kelemahan:

- 4 orang murid yang lemah penghafalan sifir dikenalpasti.

- Murid ini tidak yakin dalam penghafalan sifir.

- Murid menghafal sifir 5 namun tidak selancar sifir 4 dan sifir 6.

3. Cadangan penambahbaikan :

- Guru memilih murid yang bermasalah dalam hafalan sifir khasnya pada murid

yang sering melakukan kesilapan semasa membuat latihan yang melibatkan

operasi darab.

- Murid tersebut diberi bimbingan dengan melibatkan diri dalam projek inovasi

iaitu berbantukan bahan seperti kaedah ‘DARwin’.

- Guru mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dalam menghafal sifir 4, 5

dan 6 semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui sesi soal jawab dan

temuramah.

Page 2: REFLEKSI MINGGUAN

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Isu / Perkara yang difokus :

1. Bil. Catatan : 2/4

2. Minggu : Kedua

3. Tarikh : 26 Ogos 2015

4. Sasaran : 4 orang murid ( 4 Dinamik )

5. Tajuk : Kaedah DARwin ( Fokus kepada sifir 5 )

- Murid menghafal sifir 5.

- Pengenalan kepada murid tentang pembinaan BBM berbentuk jam DARwin

yang berwarna-warni.

- Guru menerangkan cara menghafal sifir 5 dengan kaedah DARwin.

Rajah 1: Kaedah DARwin bagi Sifir 5

Berdasarkan Rajah 1, Sifir 5 adalah asas bagi kaedah DARwin. Ia merupakan

penanda aras bagi Sifir 4 dan Sifir 6. Berikut adalah langkah-langkah pengajaran bagi

Sifir 5 dengan Kaedah DARwin.

60

10

15

20

2530

35

40

45

50

55 5

Page 3: REFLEKSI MINGGUAN

Langkah 1:

Murid menyanyikan lagu ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’ secara beramai-ramai

sambil diiringi muzik yang dipasang oleh guru.

Langkah 2:

Guru menunjukkan Jam DARwin kepada murid sambil memberi penerangan

tentang jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan Sifir 5 yang melibatkan

putaran jam yang mewakili angka 1 hingga 12.

.

Langkah 3:

Murid diberikan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan. Murid diminta

menyelesaikan Sifir 5 dengan kaedah DARwin.

Penutup:

Murid dan guru berbincang tentang jawapan yang diperolehi murid dengan kaedah

DARwin.

Page 4: REFLEKSI MINGGUAN

2. Analisis Isu / perkara yang difokus :

2.1 Kekuatan:

- Murid-murid dapat menghafal sifir 5 dengan betul.

- Murid sangat seronok dalam pembinaan BBM.

- Murid lebih fokus dan mudah ingat apabila menggunakan jam DARwin yang

mewakili sifir 5.

2.2 Kelemahan:

- Murid perlu latih tubi yang kerap supaya ingatan lebih kukuh.

- Masa yang sangat terhad kerana bertembung dengan aktiviti sekolah iaitu

sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

- Murid terlibat dengan aktiviti tersebut juga mewakili kelas bagi pertandingan koir

sempena bulan kemerdekaan.

3. Cadangan penambahbaikan :

- Murid sangat seronok dapat melibatkan diri dalam projek inovasi.

- Diharapkan dapat dilaksanakan dalam masa yang panjang supaya projek ini lebih

bermakna pada murid dan guru.

Page 5: REFLEKSI MINGGUAN

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Isu / Perkara yang difokus :

1. Bil. Catatan : 3/4

2. Minggu : Ketiga

3. Tarikh : 2 September 2015

4. Sasaran : 4 orang murid ( 4 Dinamik )

5. Tajuk : Kaedah DARwin ( Fokus kepada sifir 4 )

- Murid menghafal sifir 4.

- Pengenalan kepada murid tentang pembinaan BBM berbentuk jam

DARwin yang berwarna-warni.

- Guru menerangkan cara menghafal sifir 4 dengan kaedah DARwin.

Gambarajah 2: Kaedah DARwin bagi Sifir 4

Berdasarkan Rajah 2, Sifir 4 adalah pengikut bagi kaedah DARwin berdasarkan

jawapan Sifir 5. Ia merupakan penanda aras bagi Sifir 6. Berikut adalah langkah-langkah

5-1 = 4

10-2 = 850-10 = 40

55-11 = 44

60-12 = 48

30-6 = 24

35-7 = 28

40-8 = 32

45-9 = 36 15-3 =12

20-4 = 16

25-5 = 20

Page 6: REFLEKSI MINGGUAN

pengajaran bagi Sifir 4 dengan Kaedah DARwin.

Langkah 1:

Murid menyanyikan lagu ’12 Botol Hijau’ secara beramai-ramai sambil diiringi

muzik yang dipasang oleh guru.

Langkah 2:

Guru menunjukkan Jam DARwin kepada murid sambil memberi penerangan

tentang jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan Sifir 4 yang melibatkan

putaran jam yang mewakili angka 1 hingga 12. Apa yang penting ialah murid perlu

menggunakan asas jawapan Sifir 5 yang melibatkan proses penolakan dalam

kaedah Matematik.

Langkah 3:

Murid diberikan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan. Murid diminta

menyelesaikan Sifir 4 dengan kaedah DARwin yang diajarkan guru sehingga

selesai angka 1 hingga 12.

Penutup:

Page 7: REFLEKSI MINGGUAN

Murid dan guru berbincang tentang jawapan yang diperolehi murid dengan kaedah

DARwin.

2. Analisis Isu / perkara yang difokus :

2.1 Kekuatan:

- Murid-murid dapat menghafal sifir 4 dengan betul.

- Murid sangat seronok dalam pembinaan BBM.

- Murid lebih fokus dan mudah ingat apabila menggunakan jam DARwin yang

mewakili sifir 4.

2.2 Kelemahan:

- Murid perlu latih tubi yang kerap supaya ingatan lebih kukuh.

- Masa yang sangat terhad kerana bertembung dengan aktiviti sekolah iaitu

sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

- Murid terlibat dengan aktiviti tersebut juga mewakili kelas bagi pertandingan koir

sempena bulan kemerdekaan.

3. Cadangan penambahbaikan :

- Murid sangat seronok dapat melibatkan diri dalam projek inovasi.

- Diharapkan dapat dilaksanakan dalam masa yang panjang supaya projek ini lebih

bermakna pada murid dan guru.

Page 8: REFLEKSI MINGGUAN

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Isu / Perkara yang difokus :

1. Bil. Catatan : 4/4

2. Minggu : Keempat

3. Tarikh : 8 September 2015

4. Sasaran : 4 orang murid ( 4 Dinamik )

5. Tajuk : Kaedah DARwin ( Fokus kepada sifir 6 )

- Murid menghafal sifir 6.

- Pengenalan kepada murid tentang pembinaan BBM berbentuk jam

DARwin yang berwarna-warni.

- Guru menerangkan cara menghafal sifir 6 dengan kaedah DARwin.

Gambarajah 3: Kaedah DARwin bagi Sifir 6

Gambarajah 3 di atas menunjukkan kaedah DARwin bagi Sifir 6. Sifir 6 juga

adalah diasaskan daripada kaedah DARwin Sifir 5. Berikut adalah langkah-langkah

60 + 12 = 72

5 + 1 = 6

10 + 2 = 12

15 + 3 = 18

20 + 4 = 24

25 + 5 = 30

30 + 6 = 36

35 + 7 = 42

40 + 8 = 48

45 + 9 = 54

50 + 10 = 60

55 + 11 = 66

Page 9: REFLEKSI MINGGUAN

pengajaran bagi Sifir 6 dengan Kaedah DARwin.

Langkah 1:

Murid menyanyikan lagu 'Jumping Monkey’ secara beramai-ramai sambil diiringi

muzik yang dipasang oleh guru.

Langkah 2:

Guru menunjukkan Jam DARwin kepada murid sambil memberi penerangan

tentang jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan Sifir 6 yang melibatkan

putaran jam yang mewakili angka 1 hingga 12. Apa yang penting ialah murid perlu

menggunakan asas jawapan Sifir 5. Ia melibatkan proses penambahan dalam

proses Matematik.

Langkah 3:

Murid diberikan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan. Murid diminta

menyelesaikan Sifir 6 dengan kaedah DARwin yang diajarkan guru sehingga

selesai angka 1 hingga 12.

Page 10: REFLEKSI MINGGUAN

Penutup:

Murid dan guru berbincang tentang jawapan yang diperolehi murid dengan kaedah

DARwin.

2. Analisis Isu / perkara yang difokus :

2.1 Kekuatan:

- Murid-murid dapat menghafal sifir 6 dengan betul.

- Murid sangat seronok dalam pembinaan BBM.

- Murid lebih fokus dan mudah ingat apabila menggunakan jam DARwin yang

mewakili sifir 6.

2.2 Kelemahan:

- Murid perlu latih tubi yang kerap supaya ingatan lebih kukuh.

- Masa yang sangat terhad kerana bertembung dengan aktiviti sekolah iaitu

sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

- Murid terlibat dengan aktiviti tersebut juga mewakili kelas bagi pertandingan koir

sempena bulan kemerdekaan.

3. Cadangan penambahbaikan :

- Murid sangat seronok dapat melibatkan diri dalam projek inovasi.

- Diharapkan dapat dilaksanakan dalam masa yang panjang supaya projek ini lebih

bermakna pada murid dan guru.

- Murid perlu membuat latih tubi agar ingatan pada sifir kuat dan dapat menghafal

dengan lancar.