refleksi minggu .docx

2
Refleksi Minggu 2 Untuk minggu kedua, berikut merupakan refleksi berkenaan topik yang telah dipelajari. Setelah selesai topik kedua, saya mendapati bahawa saya memiliki kekuatan dan amalan diri yang baik. Untuk minggu ini, saya melihat secara kasarnya bahawa diri saya memiliki sifat kerjasama yang tinggi. Saya melihat bahawa diri saya mudah untuk melontar pendapat dan pandangan terhadap persoalan dan tugasan yang dilakukan. Saya juga melihat bahawa saya terbuka dalam menerima pandangan orang lain dalam permasalahan yang timbul. Untuk minggu ini juga, saya melihat bahawa saya masih kurang menelaah topik yang akan dipelajari menyebabkan saya lambat untuk memahami apa yang diajar dihadapan. Selain itu, saya juga kurang memberi persoalan seandainya saya tidak memahami satu-satu perkara yang tidak difahami. Untuk minggu-minggu yang seterusnya, saya mengharapkan bahawa saya mampu untuk mengubah sikap tidak menelaah terlebih dahulu sebelum masuk kepada satu-satu topik yang baharu. Saya mensasarkan untuk meluangkan masa dalam 2 jam keatas bagi memberi saya kefahaman awal terhadap topik yang akan dipelajari pada masa seterusnya. Selain itu,saya juga mengharapkan penglibatan yang lebih aktif dalam kelas dan juga diluar kelas. Dengan memberi kerjasama dengan ahli kelas yang lain, saya mampu menerima dan mencari pengetahuan diluar bilik darjah serta menambah pengetahuan am saya dalam topik yang dipelajari. Untuk pentas schoology pula, saya melihat saya masih kurang memberi penglibatan dan melontarkan pendapat kepada rakan-rakan saya dalam topik yang dipelajari. Ini menyebabkan saya kurang cakna dengan perkembangan semasa yang berlaku untuk topik tersebut. Untuk schoology, saya melihat satu peluang yang besar andai saya

Upload: syahrin-nadzif

Post on 11-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

huhu

TRANSCRIPT

Refleksi Minggu 2

Untuk minggu kedua, berikut merupakan refleksi berkenaan topik yang telah dipelajari. Setelah selesai topik kedua, saya mendapati bahawa saya memiliki kekuatan dan amalan diri yang baik. Untuk minggu ini, saya melihat secara kasarnya bahawa diri saya memiliki sifat kerjasama yang tinggi. Saya melihat bahawa diri saya mudah untuk melontar pendapat dan pandangan terhadap persoalan dan tugasan yang dilakukan. Saya juga melihat bahawa saya terbuka dalam menerima pandangan orang lain dalam permasalahan yang timbul. Untuk minggu ini juga, saya melihat bahawa saya masih kurang menelaah topik yang akan dipelajari menyebabkan saya lambat untuk memahami apa yang diajar dihadapan. Selain itu, saya juga kurang memberi persoalan seandainya saya tidak memahami satu-satu perkara yang tidak difahami.Untuk minggu-minggu yang seterusnya, saya mengharapkan bahawa saya mampu untuk mengubah sikap tidak menelaah terlebih dahulu sebelum masuk kepada satu-satu topik yang baharu. Saya mensasarkan untuk meluangkan masa dalam 2 jam keatas bagi memberi saya kefahaman awal terhadap topik yang akan dipelajari pada masa seterusnya. Selain itu,saya juga mengharapkan penglibatan yang lebih aktif dalam kelas dan juga diluar kelas. Dengan memberi kerjasama dengan ahli kelas yang lain, saya mampu menerima dan mencari pengetahuan diluar bilik darjah serta menambah pengetahuan am saya dalam topik yang dipelajari. Untuk pentas schoology pula, saya melihat saya masih kurang memberi penglibatan dan melontarkan pendapat kepada rakan-rakan saya dalam topik yang dipelajari. Ini menyebabkan saya kurang cakna dengan perkembangan semasa yang berlaku untuk topik tersebut. Untuk schoology, saya melihat satu peluang yang besar andai saya memanfaatkan sepenuhnya apa kelebihan yang ada dalam pentas ini. Saya juga melihat pentas ini membolehkan saya berkongsi segala pengetahuan dan berbincang tentang perkara yang saya kurang faham berkenaan topik ini. Pentas ini membolehkan saya untuk mencerminkan tahap penumpuan saya terhadap kursus ini. Jikalau saya memberi masa yang banyak dalam menggunakan sepenuhnya manfaat schoology, saya pasti saya mampu meningkatkan lagi kefahaman terhadap topik-topik yang tidak difahamai dengan lebih pantas dan cekap.