refleksi maths

6
5.0 Laporan refleksi Saya Yamuna Nadarajan, guru pelatih opsyen Pendidikan Pemulihan mendapat tugasan kerja kursus Kaedah Pengajaran Pemulihan Matematik (PKP 3103) pada 01.03.2015. Selepas mendapat kerja kursus ini, saya rasa mencabar kerana kerja kursus ini merupakan kerja kursus pertama yang kami dapat bagi semester ini. Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini, saya memulakan tugasan pertama kerja kursus ini iaitu penulisan esei yang meminta kami menganalisis isu permasalahan berhubung kegagalan pemerolehan konsep dan kemahiran Matematik dalam kalangan murid pemulihan. Kami juga diminta menghubungkaitkan teori- teori pembelajaran yang dipelajari pada semester ini dengan strategi, kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Semasa membuat tugasan ini, saya mendapat tahu tentang semua faktor yang yang mendatangkan masalah matematik kepada murid-murid pemulihan. Contoh faktor yang mendatangkan masalah matematik ialah faktor internal, faktor external, gangguan emosi, kemalangan, sikap dan sebagainya. Saya juga dapat mengenal teori-teori tokoh terkenal seperti teori behaviorisme, teori konstruktivisme, teori kognitif, teori kontekstual dan sebagainya. Sebelum ini saya tidak begitu mendalami teori-teori tersebut,melalui tugasan ini saya mendapat tahu tentang semua teori tersebut secara lebih dalam. Ini membantu saya menggunakan teori-teori tersebut pada masa akan datang untuk murid-murid saya. Bagi

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 10-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sem 5 pemulihan matematik

TRANSCRIPT

5.0Laporan refleksiSaya Yamuna Nadarajan, guru pelatih opsyen Pendidikan Pemulihan mendapat tugasan kerja kursus Kaedah Pengajaran Pemulihan Matematik (PKP 3103) pada 01.03.2015. Selepas mendapat kerja kursus ini, saya rasa mencabar kerana kerja kursus ini merupakan kerja kursus pertama yang kami dapat bagi semester ini.Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini, saya memulakan tugasan pertama kerja kursus ini iaitu penulisan esei yang meminta kami menganalisis isu permasalahan berhubung kegagalan pemerolehan konsep dan kemahiran Matematik dalam kalangan murid pemulihan. Kami juga diminta menghubungkaitkan teori-teori pembelajaran yang dipelajari pada semester ini dengan strategi, kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Semasa membuat tugasan ini, saya mendapat tahu tentang semua faktor yang yang mendatangkan masalah matematik kepada murid-murid pemulihan. Contoh faktor yang mendatangkan masalah matematik ialah faktor internal, faktor external, gangguan emosi, kemalangan, sikap dan sebagainya. Saya juga dapat mengenal teori-teori tokoh terkenal seperti teori behaviorisme, teori konstruktivisme, teori kognitif, teori kontekstual dan sebagainya. Sebelum ini saya tidak begitu mendalami teori-teori tersebut,melalui tugasan ini saya mendapat tahu tentang semua teori tersebut secara lebih dalam. Ini membantu saya menggunakan teori-teori tersebut pada masa akan datang untuk murid-murid saya. Bagi menyatakan kaedah, pendekatan dan strategi yang batul, saya merujuk kepada banyak buku-buku rujukan terutamanya buku-buku pemulihan. Walaupun saya merujuk kepada banyak buku, namun saya merasa bahawa nota-nota tersebut tidak mencukupi. Bagi mendapatkan nota yang lebih, saya merujuk kepada banyak laman web yang berkaitan dengan subjek matematik dan juga beberapa jurnal. Kebanyakan laman web yang mempunyai nota yang padat adalah dalam bahasa Inggeris. Saya membaca dan memahami semua nota tersebut pada akhirnya. Seperti dirancang, saya dapat menyatakan pelbagai keadah, pendekatan dan strategi bagi masalah-maslah matematik. Ini membantu saya memperolehi ilmu yang banyak dalam usaha membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. Bagi memberi strategi, kaedah dan strategi yang betul, saya mencari nota melalui buku-buku rujukan, internet dan juga daripada jurnal pendidikan yang berkaitan dengan matematik. Saya dapat mengaitkan teori-teori tersebut dengan strategi, pendekatan dan kaedah yang dinyatakan. Saya berharap segala strategi, pendekatan dan kaedah tersebut dapat diaplikasikan semasa praktikum dan juga pada masa akan datang. Kesemua nota tentang teori membantu saya memberikan penyelesaian yang betul untuk masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan.Seterusnya ialah penghasilan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu. Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu merupakan bahagian yang sangat diminati oleh saya dalam kerja kursus ini. Hal ini kerana ini adalah kali pertama saya menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu bagi pemulihan matematik. Sebelum ini, saya pernah menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu bagi banyak subjek kecuali matematik. Bagi menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu yang betul, saya merujuk kepada contoh Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu yang terdapat dalam Modul subjek Kaedah Pemulihan Matematik. Selain itu, saya juga merujuk pada pensyarah apabila mempunyai kekeliruan. Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu dihasilkan berdasarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan LINUS. Saya harap Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu dapat membantu murid-murid pemulihan untuk memahami konsep tambah dengan mudah dan jelas.Seterusnya ialah penghasilan bahan bantu mengajar (BBM). Bagi tugasan ini, kami dikehendaki menghasilkan BBM menggunakan bahan maujud dan juga TMK. Bagi tugasan ini, saya menghasilkan BBM bagi kedua-dua Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu. Bagi Rancangan Pengajaran Harian, saya menghasilkan BBM TMK pada set induksi iaitu video tentang konsep tambah. Bagi langkah 1, saya menghasilkan boneka lidi untuk mengajar konsep tambah. Saya memilih boneka lidi sebagai sebagai BBM kerana murid-murid suka akan objek kecil seperti boneka lidi. Boneka lidi tersebut adalah tema haiwan. Saya memilih tema haiwan sebab kebanyakan murid-murid pemulihan suka BBM yang bertemakan haiwan. Saya melukis gambar haiwan-haiwan sebanyak sepuluh di atas kertas foam. Selepas itu saya gunting gambar haiwan tersebut mengikut bentuknya, Saya menghias gambar-gambar haiwan tersebut dan akhirnya melekat lidi di belakang boneka-boneka tersebut. Saya menyediakan sebanyak 10 boneka lidi haiwan kerana saya mengajar konsep tambah yang mendatangkan jumlah dalam lingkungan 10.Seterusnya ialah, BBM menggunakan kad manila, box board, kertas warna dan polisterin yang akan digunakan pada langkah 2. Saya melaksanakan langkah kedua dengan membahagikan murid-murid kepada pasangan. Bagi langkah 3, saya menghasilan BBM bentuk lembaran kerja yang mempunyai beberapa peringkat. Hal ini kerana dengan lembaran kerja yang berlainan peringkat, saya dapat memahami tahap penguasaan murid-murid terhadap konsep tambah. Bagi set penutup, saya sekali lagi menggunakan BBM TMK di mana saya memaparkan lirik lagu merusi slaid powerpoint. Ini memudahkan murid-murid untuk menyanyi lagu dengan merujuk kepada slaid shaja dengan cara yang mudah. Bagi Rancangan Pengajaran Individu, saya telah menghasilkan BBM bentuk konkrit dan juga lembaran kerja yang lebih mudah berbanding dengan Rancangan Pengajaran Harian. Saya menggunakan bahan-bahan terpakai untuk menghasilkan BBM tersebut iaitu cawan-cawan McD. Ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan BBM. Saya menghasilkan BBM bentuk konkrit kerana dalam Rancangan Pengajaran Individu kita perlu menyediakan BBM yang lebih mudah difahami oleh murid dan murid yang berada dalam tahap permulaan dapat melakukan konsep tambah melalui BBM tersebut. Lembaran kerja merupakan lembaran kerja yang disediakan bagi peringkat awal konsep tambah. Saya harap BBM dan lembaran kerja yang disediakan dapat membantu murid-murid pemulihan untuk memahami konsep dan kemahiran matematik dengan mudah dan jelas.Tugasan ini banyak membantu saya dalam pelbagai aspek. Aspek pertama ialah Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu. Melalui penghasilan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu, saya sebagai bakal guru pemulihan dapat menyediakan strategi, pendekatan dan kaedah yang berkesan untuk mengajar dengan betul. Melalui Rancangan Pengajaran Harian saya dapat mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap pengajaran. Ini membantu saya menyediakan Rancangan Pengajaran Individu dengan spesifik mengikut kemahiran. Selain itu, penghasilan BBM menyebabkan saya melakukan inovasi dengan menggunkan bahan-bahan yang sedia ada. Dengan ini, saya mempelajari bahawa BBM dapat dihasilkan dengan cantik dan kemas walaupun kita kekurangan duit dan kita boleh menggunakan bahan-bahan yang sedia ada. Penghasilan lembaran kerja mengajar saya untuk menggunakan ICT dengan lebih mendalam lagi dalam masa yang singkat. Secara keseluruhan, kerja kursus ini banyak membantu saya dalam menyediakan diri diri saya sebagai bakal guru pemulihan.