refleksi math2

Upload: amr-han

Post on 05-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 REFLEKSI math2

    1/2

    REFLEKSI BERKAITAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN.

    Amirhan Bin Latuwo

    Syukur Alhamdulillah, Saya berasa sangat lega kerana berjaya menyiapkan

    tugasan kerja kursus Matematik 2 ini dengan kerjasama yang baik daripada ahli

    kumpulan saya iaitu, amrit kaur, yung ee jia Nur Ain, viviana dan muhammad ikhwan.

    Sewaktu menerima tugasan ini, saya kurang memahami tugasan yang perlu dilakukan.

    Kami telah membuat banyak kali perbincangan untuk meneliti dan memahami dengan

    lebih mendalam mengenai setiap tugasan untuk memenuhi setiap kriteria yang diminta.

    Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya akui sememangnya

    tugasan ini agak rumit terutamanya bagi saya yang kurang arif mengenai penyediaan

    aktiviti. Saya dan ahli kumpulan telah Membina satu cadangan aktiviti yang dapat

    membantu guru-guru Tahun 2 melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik

    bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR berdasarkan pilihan tajuk yang diberi

    bagi memenuhi kehendak tugasan matematik ini. Tugasan ini sedikit mencabar bagi

    kami kerana KSSR adalah kurikulum yang baru setahun diperkenalkan di malaysia. Hal

    ini menyukarkan kami mencari bahan rujukan untuk menbina satu aktiviti.

    Namun hasil daripada kolaburasi dengan pensyarah bimbingan dan rakan-rakan,

    akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini. Melalui ini, saya dapat mempelajari

    bagaimana menyediakan aktiviti dalam menbantu guru-guru melaksanakan pengajaran

    dan pembelajaran. Sebagai bakal guru, ilmu yang saya dapat hasil daripada tugasan ini

    sangatlah berguna pada masa hadapan kelak, agar saya lebih bersedia dalam

    mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran saya nanti. Selain itu, saya

    dapati kerjasama dalam kumpulan amatlah penting bagi menyiapkan satu tugasan yang

    diberi. Oleh itu, saya berharap agar guru-guru pelatih dapat mengekalkan sifat

    kerjasama dalam diri sendiri untuk kebaikan bersama.

    Kepentingan aktiviti aktiviti pengajaran dalam kelas dapat dilihat berdasarkan

    penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar pada peringkat ini yang

    lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui aktiviti pengajaran kerana ia boleh

  • 8/2/2019 REFLEKSI math2

    2/2

    mempengaruhi perkembangan setiap pelajar dari berbagai aspek iaitu fizikal, kognitif,

    mental, bahasa dan sosio emosi.

    Di samping itu juga, ianya juga mampu menggalakkan perasaan yang positif di

    mana pelajar dalam kumpulan masing-masing atau kelas masing-masing akan salingmenghargai, menyokong, dan menghormati di antara satu sama lain. Situasi sebegini

    sudah tentu akan membantu perkembangan kemahiran sosial seperti komunikasi,

    interpersonal, interaksi kumpulan dan resolusi konflik. Hasil akhirnya adalah

    peningkatan pencapaian akademik, sosial, dan psikologikal.

    Namun demikian, Sebelum sebarang aktiviti atau strategi boleh digunakan

    dengan berkesan, guru perlu terlebih dahulu menyedari beberapa perkara yang perlu

    ada pada seorang guru bagi membolehkan pendekatan ini digunakan untuk mengajar

    untuk kefahaman. Di antara keperluan yang perlu ada pada seorang guru adalah, dia

    perlu menguasai kandungan mata pelajaran yang ingin diajarnya dan perlu tahu apa

    tujuan dan input yang bakal diberikan kepada pelajarnya.

    Kesimpulannya, aktiviti pengajaran amat berguna kepada semua guru-guru bagi

    melahirkan suasana pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Disamping

    menerapkan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada Puan Mariani binti abdullah

    selaku pensyarah MTE 3102, rakan ahli kumpulan, rakan kumpulan Matematik Bserta

    semua pihak yang membentu saya dan ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan

    tugasan ini.