refleksi makmal kaunselingty

3
Refleksi kendiri Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya membuat perancangan yang sistematik agar dapat menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan. Tuan Hj. Kudus selaku pensyarah Kaunseling Individu telah menerangkan kepada saya dengan jelas mengenai kehendak tugasan dan aspek yang dinilai untuk mendapatkan markah yang terbaik. Hasilnya, saya mendapat gambaran dan garis panduan untuk melaksanakan tugasan ini. Saya memberikan penekanan dari segi pengurusan masa, pembahagian tugasan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu juga, saya mendapatkan beberapa sumber rujukan di pusat sumber Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim sebagai maklumat tambahan dalam penghasilan ilmiah ini. Banyak pengalaman yang diperolehi di samping dapat menimba ilmu yang baharu. Selain itu, saya juga mempelajari langkah-langkah yng perlu diambil sebelum menjalan sesuatu sesi kaunseling seperti mengumpul maklumat dan menganalisis maklumat klien, menyediakan keadaan kondusif kepada klien dan banyak lagi. Semasa mencari bahan untuk tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu yang akan berguna untuk diri saya semasa membuat tugasan lain. Ini kerana semasa mencari idea untuk tugasan ini dari pelbagai media, saya dapat mempelajari untuk bagaimana menggunakan sumber cetak dan elektronik untuk mendapatkan isi bagi sesuatu tugasan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari untuk membuat dan menulis rujukan berpanduakan kepada APA sistem. Ini kerana saya menggunakan peralatan digital seperti perakam video yang di pinjam dari Jabatan Teknologi Maklumat. Semasa sesi dijalankan saya dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran mendenagar, kemahiran menyoal, kemahiran memahami, kemahiran berempati, refleksi perasaan dan banyak kemahiran. Saya

Upload: jackmuru

Post on 25-Dec-2015

101 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bjf

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi makmal kaunselingty

Refleksi kendiri

Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya membuat perancangan yang sistematik

agar dapat menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan. Tuan Hj. Kudus selaku

pensyarah Kaunseling Individu telah menerangkan kepada saya dengan jelas mengenai

kehendak tugasan dan aspek yang dinilai untuk mendapatkan markah yang terbaik.

Hasilnya, saya mendapat gambaran dan garis panduan untuk melaksanakan tugasan ini.

Saya memberikan penekanan dari segi pengurusan masa, pembahagian tugasan

untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu juga, saya mendapatkan beberapa sumber

rujukan di pusat sumber Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim sebagai maklumat

tambahan dalam penghasilan ilmiah ini. Banyak pengalaman yang diperolehi di samping

dapat menimba ilmu yang baharu. Selain itu, saya juga mempelajari langkah-langkah yng

perlu diambil sebelum menjalan sesuatu sesi kaunseling seperti mengumpul maklumat dan

menganalisis maklumat klien, menyediakan keadaan kondusif kepada klien dan banyak lagi.

Semasa mencari bahan untuk tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai ilmu

baharu yang akan berguna untuk diri saya semasa membuat tugasan lain. Ini kerana

semasa mencari idea untuk tugasan ini dari pelbagai media, saya dapat mempelajari untuk

bagaimana menggunakan sumber cetak dan elektronik untuk mendapatkan isi bagi sesuatu

tugasan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari untuk membuat dan menulis rujukan

berpanduakan kepada APA sistem. Ini kerana saya menggunakan peralatan digital seperti

perakam video yang di pinjam dari Jabatan Teknologi Maklumat. Semasa sesi dijalankan

saya dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran

mendenagar, kemahiran menyoal, kemahiran memahami, kemahiran berempati, refleksi

perasaan dan banyak kemahiran. Saya dapat mula memahami dan menjinak-jinakkan diri

saya untuk menggunakan semua kemahiran kaunseling. Kerjasama yang saya terima

semasa mengambil video sesi kuanseling dari rakan-rakan sekumpulan adalah amat tinggi.

Mereka banyak membantu saya dalam sesi kaunseling ini.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari eleman kreativiti dan teknologi maklumat

melalui konteks yang sesuai untuk menjayakan tugasan ini. Selain itu, saya juga dapat

meningkatkan kemahiran saya dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada

pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan secara sistematik dan bermakna.

Selepas sesi kaunseling dijalankan saya memahami bahwa tindakan sususlan amat

memainkan peranan supaya kaunseloer dapat memantau perkembangan kliennya. Selain

itu, saya juga menilai sendiri sesi kaunseling yang saya lakukan tadi. Daripada situ saya

dapat menjana pelbagai idea. Maka saya boleh menggunakan idea tersebut pada sesi

Page 2: Refleksi makmal kaunselingty

kaunseling akan datang.saya juga telah merekod kelemahan dan juga kesalahan yang saya

lakukan pada sesi ini supaya saya tidak akan berulang kesalahan dan kesilapan yang sama

pada sesi bimbinagn dan kaunseling akan datang

Selain itu semasa saya mengalami sedikit tekanan kerana ini merupakan sesi

kaunseling yang akan dinilai oleh pensyarah kelak nanti. Walaubagaimanapun saya dapat

mengharungi cabaran ini kerana sebelum ini saya pernah berlatih di Makmal Kaunseling

Dan Psikoterapi bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas. Selain itu, saya juga telah

mengalami masalah teknikal semasa merakam sesi kaunseling dimana suara tidak jelas

semasa rakaman. Oleh kerana itu saya terpaksa mencari klien yang lain untuk menjalankan

sesi kaunseling dengannya. Pada masa itu saya telah mengambil langkah berjaga-jaga

supaya masalah teknikal tidak diulangi sekali lagi.

Secara keseluruhannyanya, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai

seorang kaunselor dalam bidang bimbingan dan kaunseling, saya perlu mahir untuk

mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling supaya dapat menjalankan sesi

bimbingan dan kaunseling tanpa ada halangan,

Sekian terima kasih.