refleksi literasi bhs

2
NAMA : NORHARYATY BT SULAIMAN NO K/P : 800119-08-5626 REFLEKSI Alhamdulilah, tugasan yang telah diberikan ini akhirnya dapat saya siapkan pada masanya. Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah, namun dengan komitmen yang tinggi serta bantuan dari rakan-rakan sekerja banyak membantu saya. Tugasan ini memerlukan saya mengumpul dan memproses maklumat tentang boneka. Saya juga meminta bantuan rakan-rakan terutamanya mereka yang lebih senior dalam bidang pendidikanmembantu saya mendapatkan idea untuk menghasilkan boneka sarung kaki. Masalah yang wujud terutamanya dari segi kekangan masa amat menguj kesabaran saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugas guru yang tidak pernah selesai memerlukan saya menjadi lebih bijak dalam menguruskan masa. Kerja-ker di sekolah disiapkan dengan segera dan saya cuba menghindarkan diri dari bertangguh melakukan sebarang kerja. i sekolah, tugas seperti guru kelas setiausaha panitia dan lain-lain lagimemberikan saya sedikit rasa tertekan tambahan pula tarikh penyerahan tugasan kian hampir. Walaupun begitu, utama iaitu mendidik anak murid tetap berjalan seperti biasa kerana keutamaan setiap guru adalah mendidik murid-murid di sekolah. Tugasan ini juga memerlukan saya meneliti konsep prabacaan serta meneliti setiap bahan yang diperoleh bagi membantu saya memahaminya. Maklumat yang diperolehi juga telah ditunjukkan dalam bentuk gra!ik. "enggunaan bentuk gra! amat sesuai kerana maklumat akan lebih mudah di!ahami namun masalah yang wujud ialah untuk membina bentuk gra!ik tersebut. "engetahuan dan kemahiran yang terbatas menyebabkan saya menghadapi sedikitkesukaran untuk menghasilkan bentuk gra!ik yang dikehendaki. engan sedikit tunjuk ajar dari rakan yang lebih ari!, akhirnya saya dan rakan mampu menghasilkan pelbagai je bentuk gra!ik. Semua pengalaman ini amat membantu saya dalam memperoleh pengetahuan yang baru. Saya juga dapat mempelajari secara lebih teliti tentang konsep pratulisan. mengajar tahun # dan masalah tulisan merupakan satu masalah yang se

Upload: norharyaty-sulaiman

Post on 05-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

NAMA : NORHARYATY BT SULAIMANNO K/P : 800119-08-5626 REFLEKSIAlhamdulilah, tugasan yang telah diberikan ini akhirnya dapat saya siapkan tepat pada masanya. Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah, namun dengan komitmen yang tinggi serta bantuan dari rakan-rakan sekerja banyak membantu saya. Tugasan ini memerlukan saya mengumpul dan memproses maklumat tentang boneka. Saya juga meminta bantuan rakan-rakan terutamanya mereka yang lebih senior dalam bidang pendidikan membantu saya mendapatkan idea untuk menghasilkan boneka sarung kaki. Masalah yang wujud terutamanya dari segi kekangan masa amat menguji kesabaran saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugas guru yang tidak pernah selesai memerlukan saya menjadi lebih bijak dalam menguruskan masa. Kerja-kerja di sekolah disiapkan dengan segera dan saya cuba menghindarkan diri dari bertangguh melakukan sebarang kerja. Di sekolah, tugas seperti guru kelas, setiausaha panitia dan lain-lain lagi memberikan saya sedikit rasa tertekan tambahan pula tarikh penyerahan tugasan kian hampir. Walaupun begitu, tugas utama iaitu mendidik anak murid tetap berjalan seperti biasa kerana keutamaan setiap guru adalah mendidik murid-murid di sekolah.Tugasan ini juga memerlukan saya meneliti konsep prabacaan serta meneliti setiap bahan yang diperoleh bagi membantu saya memahaminya. Maklumat yang diperolehi juga telah ditunjukkan dalam bentuk grafik. Penggunaan bentuk grafik amat sesuai kerana maklumat akan lebih mudah difahami namun masalah yang wujud ialah untuk membina bentuk grafik tersebut. Pengetahuan dan kemahiran yang terbatas menyebabkan saya menghadapi sedikit kesukaran untuk menghasilkan bentuk grafik yang dikehendaki. Dengan sedikit tunjuk ajar dari rakan-rakan yang lebih arif, akhirnya saya dan rakan mampu menghasilkan pelbagai jenis bentuk grafik. Semua pengalaman ini amat membantu saya dalam memperoleh pengetahuan yang baru.Saya juga dapat mempelajari secara lebih teliti tentang konsep pratulisan. Saya mengajar tahun 1 dan masalah tulisan merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh guru tahun 1. Ini kerana murid-murid belum dapat menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan melalui tugasan literasi bahasa, aktiviti-aktiviti pratulisan yang dicadangkan pastinya dapat membantu saya untuk membimbing murid yang lemah dimasa akan datang. Penghasilan boneka juga agak sukar kerana kurangnya kreativiti namun dengan melayari internet, Alhamdulilah akhirnya boneka yang kami rasakan amat sukar untuk dihasilkan telah berjaya dibuat. Saya telah menonton video daripada You Tube bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang cara-cara membina boneka daripada sarung kaki. Selepas menonton video tersebut, barulah saya dapat mencari idea untuk menghasilkan boneka yang dikehendaki. Saya dan rakan telah bersetuju untuk menghasilkan boneka haiwan. Kami telah memilih lembu, burung, buaya dan ular kerana haiwan-haiwan tersebut adalah watak yang kami pilih dalam skrip yang ditulis terlebih dahulu. Bagi memastikan boneka kelihatan menarik, pemilihan warna yang ceria telah dipilih. Saya mahu murid tertarik dengan boneka yang dihasilkan. Sebagai menguji keberkesanannya, saya telah menunjukkan boneka tersebut kepada murid dan beberapa rakan sekerja dan mereka memberikan reaksi yang positif.Walaupun saya tahu penggunaan boneka pasti mampu menarik minat murid, namun saya akui saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Banyak kebaikan menggunakan boneka seperti murid akan dapat belajar sambil berhibur. Ini dapat membantu mengelakkan mereka daripada rasa bosan dan seterusnya hilang tumpuan. Murid juga dapat menggunakan pelbagai deria dan ini akan melibatkan murid secara aktif di dalam kelas.Tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa murid memerlukan sesuatu yang baru dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Akhir kata saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang telah membimbing kami dengan penuh semangat dalam setiap sesi interaksi bersama beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Encik Rosnan bin Mahmod Zahidin. Semoga segala usaha kami diberkati Allah s.w.t.