dokumen plbs bhs melayu 2012

28
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH _______________________________________________________ __ DOKUMEN PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PANDUAN PELAKSANAAN) BAHASA MELAYU PMR 2012 (02/2) 1

Upload: habibah76

Post on 07-Aug-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAHPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

_________________________________________________________

DOKUMEN PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH(PANDUAN PELAKSANAAN)

BAHASA MELAYU PMR2012(02/2)

DISEDIAKAN OLEHKETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN

DAN KETUA PENTAKSIR NEGERI

PLBS BAHASA MELAYU PMR

1

Page 2: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

1.0 LATAR BELAKANG PLBS

1.1 Objektif Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1.1.1 Melahirkan murid yang terampil bertutur dalam situasi yang pelbagai.

1.1.2 Memastikan pelaksanaan ujian dikendalikan semasa pengajaran dan

pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta semasa aktiviti kokurikulum

secara berterusan.

1.1.3 Mendedahkan pelbagai situasi bertutur yang sebenar kepada murid untuk

membolehkan mereka menimba pengalaman.

1.1.4 Membentuk kemahiran dan keyakinan diri kepada murid untuk berkomunikasi

dengan baik dan berkesan.

1.2 Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu (PLBS) yang dilaksanakan perlu memenuhi

keperluan dan hasrat yang berikut:-

1.2.1 Bersifat autentik kerana berupaya untuk mentaksirkan kebolehan sebenar murid

dengan berfokus pada kemahiran bertutur

1.2.2 Menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur di

dalam bilik darjah

1.2.3 Dijalankan secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 dalam pengajaran

dan pembelajaran

1.2.4 Dilakukan dalam situasi komunikasi sebenar dan lebih daripada satu kemahiran

bertutur ditaksir

1.2.5 Boleh juga dilakukan di luar bilik darjah dan dalam kegiatan kokurikulum yang

melibatkan penggunaan Bahasa Melayu

1.2.6 Pentaksir ialah guru yang mengajarkan Bahasa Melayu yang mengetahui

kemampuan sebenar kemahiran bertutur murid.

2

Page 3: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

2.0 DEFINISI PENYELARASAN

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan

cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan

peraturan penskoran dan pemberian skor.

Selain menyeragamkan skor, penyelarasan juga ialah satu proses penyeragaman alat,

bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang

terselaras.

3.0 OBJEKTIF PENYELARASAN

3.1 Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut

prosedur yang ditetapkan.

3.2 Menentukan skor pentaksir dilakukan mengikut kriteria yang ditetapkan.

3.3 Menentukan ketekalan skor.

4.0 PETUGAS PENYELARASAN

Penyelarasan dibuat oleh penyelaras luaran dan penyelaras dalaman.

Penyelaras Luar :

- Pegawai LP – Pegawai Pembina

- Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)

- Ketua Pentaksir Negeri (KPN)

- Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)

- Pentaksir Kawasan (PKw)

Penyelaras Dalaman :

- Ketua Bidang /GKM

- Guru Cemerlang

- Ketua Panitia

- Ketua Pentaksir Sekolah

- Guru yang dilantik oleh Pengetua melalui JK Kes Khas.

3

Page 4: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

5.0 PROSEDUR PENYELARASAN

5.1 Penyelarasan dilakukan dari atas ke bawah, bukan sebaliknya. Perkara ini bermakna,

KPK akan menyelaraskan skor KPN. KPN akan menyelaraskan skor KPKw. KPKw akan

menyelaraskan PKw dan PKw akan menyelaraskan KPS atau PS.

5.2 Sekiranya di sekolah itu ada PN, KPKw boleh menyelaraskan skor PKw bersama-sama

dengan PN (tetapi tidak menyelaraskan skor PN).

5.3 Sekiranya di sekolah itu ada KPKw, PKw boleh menyelaraskan skor PS bersama-sama

dengan KPKw ( tetapi tidak menyelaraskan skor KPKw).

5.4 Tiap-tiap seorang Pentaksir mestilah diselaraskan oleh Penyelaras sama ada oleh

Penyelaras Dalaman atau Penyelaras Luar satu kali bagi satu mata pelajaran dalam

satu tahun.

5.5 PKw perlu menyelaraskan semua sekolah yang ada di bawahnya. Bagi KPKw, bilangan

petugas yang hendak diselaraskan hendaklah melebihi 75% daripada PKw di

bawahnya. Bagi KPN, bilangan KPKw yang perlu diselaraskan hendaklah sekurang-

kurangnya lima orang.

5.6 Petugas perlulah diselaraskan di sekolah tempat beliau bertugas kecuali atas sebab

tertentu seperti arahan JPN atau LP.

5.7 Tatacara pelaksanaan penyelarasan

5.7.1 Menyampaikan makluman melalui surat kepada pihak pentadbir sekolah untuk

mengadakan penyelarasan.

5.7.2 Membuat pengesahan melalui panggilan telefon kepada Ketua Pentaksir

Sekolah (KPs) sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh penyelarasan di

sekolah tersebut.

5.7.3 Berjumpa dengan pengetua sekolah/wakilnya

5.7.4 Mendapatkan Borang Penskoran Individu

5.7.5 Memilih sampel / calon untuk tujuan penyelarasan

5.7.6 Membuat penyelarasan

4

Page 5: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

5.7.7 Membuat perbandingan skor antara pentaksir dengan penyelaras

5.7.8 Memastikan tindakan pembetulan dibuat ketika itu juga sekiranya terdapat

perbezaan yang ketara berdasarkan kiraan IRT yang melebihi 3

5.7.9 Memberikan bimbingan kepada pentaksir untuk kesefahaman konstruk, kriteria

dan penskoran jika berlaku perbezaan yang ketara

5.7.10 Melaporkan hasil penyelarasan kepada pengetua

5.7.11 Mendapatkan pengesahan pengetua bagi skor yang telah diselaraskan

5.7.12 Membuat laporan penyelarasan

5.8 Pemilihan pentaksir yang hendak diselaraskan atau diutamakan hendaklah berdasarkan

kriteria yang berikut:

5.8.1 Pentaksir yang baru dilantik

5.8.2 Pentaksir atau sekolah yang menghadapi masalah sama ada masalah pentaksir

atau masalah calon

5.8.3 Keutamaan JPN

6.0 JADUAL KERJA PENYELARASAN 2012

Untuk tahun 2012, penyelarasan akan dijalankan mulai:

Tingkatan 3 : Februari 2012 – Julai 2012

Tingkatan 1 dan 2 : Julai 2012 – Oktober 2012

7.0 TUGAS PENYELARASAN

7.1 KEKERAPAN

7.1.1 Mengikut kerangka, sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap tingkatan.

Bermakna, penyelaras perlu melakukan penyelarasan dua kali setahun.

7.1.1.1 Penyelarasan 1: Februari hingga Julai bagi Tingkatan 3

7.1.1.2 Penyelarasan 2: Julai hingga Oktober bagi Tingkatan 1 dan 2

7.2 KAEDAH

7.2.1 Ada tiga kaedah pentaksiran iaitu:

Pentaksiran proses :

Proses penyeragaman skor, alat, bahan dan situasi semasa calon melakukan

tugasan/aktiviti.

5

Page 6: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

Pentaksiran produk :

Proses penyeragaman skor, alat, bahan dan situasi selepas calon menjalankan

tugasan/aktiviti.

Pentaksiran proses dan produk :

Proses penyeragaman skor, alat, bahan dan situasi semasa dan selepas calon

melakukan tugasan /aktiviti.

7.2.2 Untuk PLBS, kaedah yang diguna pakai ialah kaedah pentaksiran proses.

7.2.3 Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Proses

7.2.3.1 Pentaksir menyediakan kumpulan calon kompetens dan belum kompetens

manakala penyelaras memilih sampel calon yang mewakili kumpulan

tersebut.

7.2.3.2 Pentaksiran dilakukan oleh pentaksir dan penyelaras luar secara

berasingan pada masa calon melaksanakan tugasan.

7.2.3.3 Penyelaras luar membandingkan skor yang telah diberikannya dengan skor

pentaksir.

7.2.3.4 Jika ada perbezaan skor, bimbingan diberikan kepada pentaksir bagi

mendapatkan kesefahaman kriteria yang ditetapkan dan boleh menskor

dengan betul.

7.2.3.5 Skor penyelaras luar adalah muktamad.

7.2.4 Pemilihan Sampel

7.2.4.1 Memilih 10 sampel / calon mengikut tahap pencapaian

rendah, sederhana, tinggi (3:4:3).

7.2.4.2 Setiap sampel / calon ditaksir berasaskan empat

konstruk/elemen yang ditetapkan.

7.3 PENSKORAN

7.3.1 Penskoran dibuat mengikut kaedah holistik.

Sila lihat fail powerpoint “Mesyuarat Penyelarasan Skor”.

7.3.2 Sepanjang Tingkatan 1 – 3, lima skor terbaik pelajar berdasarkan model

yang ditetapkan akan direkodkan. Lihat jadual di bawah:

6

Page 7: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

MODEL INDIVIDU MODEL KUMPULAN

TINGKATAN 1 √ √

TINGKATAN 2 √ √

TINGKATAN 3 Pilih sama ada Individu atau Kumpulan

7.3.3 Skor muktamad hendaklah diisi ke dalam Borang Skor Induk (BSI). Skor

muktamad yang diputuskan setakat ini ialah skor yang terbaik daripada

kesemua skor yang diperoleh oleh pelajar dari Tingkatan 1-3.

7.4 INDEKS RALAT TOLERANSI

7.4.1 Indeks Ralat Toleransi ialah alat yang digunakan untuk menentukan sama ada

skor yang diberikan oleh pentaksir adalah selaras dengan skor yang sepatutnya

di semua peringkat.

7.4.2 Sekiranya Indeks Ralat Toleransi (IRT) lebih daripada 3, keputusannya, skor itu

tidak selaras. Pembetulan skor perlu dilakukanketika itu juga.

7.4.3 Cara memperoleh IRT.

7.4.3.1 Jumlahkan selisih penskoran 10 orang pelajar yang

ditaksir. Ambil puratanya.Contoh : IRT -> 18÷10 = 1.8. Maka skor

selaras.

Bil. Nama Pelajar Skor PS/KPS Skor PKw/KPKw Selisih1. Harun 15 17 22. Nizar 20 18 23. Amir 25 23 24. Hashim 11 12 15. Maziah 28 27 16. Azizah 20 18 27. Hairi 22 24 28. Abu Bakar 12 15 39. Hamdiah 18 19 1

10. Rohida 16 18 2JUMLAH SELISIH 18

7.4.3.2 Jika IRT lebih daripada 3, laporkan segera kepada KPN.

7

Page 8: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

7.4.3.3 Maklumat IRT yang diperoleh PKw juga dijumlahkan dan

diambil purata (mengikut jumlah sekolah ). Contohnya, IRT Sekolah A =

1.8. Dapatkan IRT sekolah lain. Maklumat tersebut dicampurkan untuk

mendapat IRT kawasan seterusnya IRT daerah dan negeri. Maklumat

tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam laporan penyelarasan / laporan

keseluruhan pelaksanaan PLBS BM.

7.4.3.4 Jika kes di atas berlaku, teguran hendaklah dibuat kepada

pentaksir. Pemakluman juga perlu dibuat kepada pihak sekolah. Kedua-

duanya perlu dilakukan secara berhemah.

8.0 PELAPORAN

8.1 Pelaporan yang perlu pihak sekolah sediakan ialah:8.1.1 Laporan Pencapaian Murid – diserahkan kepada murid pada akhir setiap penggal

persekolahan dengan mengisi borang Pelaporan Pencapaian Murid (PPM). Dalam borang tersebut, yang diisi untuk dilaporkan ialah peringkat pencapaian sahaja, sama ada SANGAT BAIK, BAIK, KURANG MEMUASKAN dan sebagainya. Skor calon tidak perlu dilaporkan.

8.1.2 Laporan kepada Jabatan Pelajaran Negeri – dengan mengisi borang Laporan PLBS (LP) untuk calon PMR (Tingkatan 3) sahaja dan dihantar ke JPN bersama-sama dengan Borang Skor Induk (BSI). Satu salinan hendaklah disimpan oleh pihak sekolah.

8.1.3 Laporan kepada Lembaga Peperiksaan – dengan mengisi Borang Skor Induk (BSI), ketika calon di Tingkatan 3 dan dihantar selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2012 ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing- masing.

8.1.3 Sijil PLBS bagi calon PMR tidak perlu dikeluarkan, bergantung pada budi bicara pihak sekolah, memadai calon diberi penyataan keputusan, iaitu Borang PPM bagi menyatakan Skor Muktamad/Skor Akhir setiap calon.

9.0 BORANG-BORANG PENYELARASAN/ PLBS

RUJUK LAMPIRAN

8

Page 9: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

10.0 UMUM

10.1 PENSKORAN (HOLISTIK)

Skor yang diberi berdasarkan empat konstruk, iaitu:

a. Tatabahasa dan kosa katab. Sebutan, Intonasi dan Nadac. Fasih dan bermaknad. Bertatasusila

Skor calon akan diperingkatkan seperti yang berikut:

PENCAPAIAN GRED SEMPADAN

SANGAT BAIKATAS 28 – 30

TENGAH 25 – 27BAWAH 23 – 24

BAIKATAS 21 – 22

TENGAH 18 – 20BAWAH 16 – 17

KURANG MEMUASKAN

ATAS 14 – 15TENGAH 11 – 13BAWAH 09 – 10

PENGUASAAN TAHAP

MINIMUM

ATAS 06 – 08TENGAH 03 – 05BAWAH 01 – 02

10.1.2 CARA PELAKSANAAN

Tingkatan 1 & 2 Dua kali

Model individu (1 kali)Model kumpulan (1 kali)

Tingkatan 3 Satu kali

Model individu atau kumpulan

10.1.3 PENYELARASAN

10.1.1.1 Penyelarasan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali bagi setiap pentaksir bagi setiap sekolah bagi setiap tingkatan. Sekiranya Pentaksir Sekolah telah diselaraskan oleh Pentaksir Negeri atau Ketua Pentaksir Kawasan atau Pentaksir Kawasan, Ketua Pentaksir Sekolah tidak perlu mengulanginya lagi.

10.1.1.2 Pada setiap sesi penyelarasan, PN atau KPKw atau PKw atau KPS perlu menyelaraskan 10 orang pelajar dengan

9

Page 10: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

nisbah 3:4:3, iaitu 3 orang pelajar kategori cemerlang, 4 orang kategori sederhana dan 3 orang kategori lemah.

10.1.1.3 Penyelarasan skor mesti dilakukan antara Februari hingga Oktober.

10.1.1.4 Semua KPKw diminta menyediakan jadual penyelarasan masing-masing dan jadual tersebut hendaklah diserahkan kepada Pentaksir Negeri.

10.1.1.5 Penyelarasan skor mesti dilakukan dua kali, iaitu sekali untuk tingkatan 3 dan selepas bulan Julai, penyelarasan dilakukan sekali lagi untuk tingkatan 2 atau tingkatan 1.

10.1.1.6 Penyelaras luaran hendaklah menghantar surat kepada sekolah untuk memaklumkan tarikh penyelarasan yang akan dilakukan di sekolah berkenaan.

10.1.1.7 Penyelaras luaran juga dikehendaki menghubungi pihak sekolah atau KPS yang hendak diselaraskan melalui telefon.

10.1.1.8 Keselarasan skor dilihat dari segi Indeks Ralat Toleransi (IRT). Sekiranya berlaku Indeks Ralat Toleransi (IRT) lebih daripada 3, keputusannya, skor itu tidak selaras. Pembetulan skor perlu dilakukan.

11.0 PENGURUSAN FAIL PLBS

11.1 Setiap sekolah harus menyediakan fail-fail berikut;

11.1.1 Fail Induk (Pengurusan), yang mengandungi:1. Maklumat Pentaksir2. Rangka Kerja / Jadual Kerja3. Surat Pelantikan Pentaksir Sekolah bagi tahun 2012.4. Contoh borang – Pemantauan dan penyelarasan5. Rekod Pemantauan dan Penyelarasan.6. Surat-surat pekeliling / arahan kerja7. Surat panggilan mesyuarat8. Minit Mesyuarat JK PLBS / PBS peringkat sekolah9. Dokumen PLBS – tahun semasa10. Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran

11.1.2 Fail Skor Murid – 1 fail bagi satu kelas yang di dalamnya mengandungi senarai pelajar dan Borang Rekod Pencapaian Murid (RPM) bagi setiap murid dalam kelas tersebut. Borang ini disediakan sejak murid dalam Tingkatan 1 dan digunakan sehingga murid berada dalam Tingkatan 3.

11.1.3 Fail Pelaporan – mengandungi Borang Skor Induk (BSI), Borang Laporan PLBS (LP)

11.1.4 Fail Input – mengandungi bahan-bahan yang diterima semasa penataran PLBS dan bahan-bahan lain yang berkaitan, untuk dijadikan rujukan Pentaksir Sekolah.

* Bagi calon yang berpindah sekolah, borang Rekod Pencapaian Murid (RPM) yang asal hendaklah dihantar ke sekolah yang baru. Borang tersebut perlu dibuat salinan dan disimpan salinannya di dalam Fail Skor Murid di sekolah asal, dan dicatatkan calon sudah berpindah.

10

Page 11: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

12.0 ISU-ISU PLBS

BIL SOALAN JAWAPAN1 Bagaimanakah cara menentukan

skor MUKTAMAD/AKHIR bagi calon PMR ?

Penulisan skor ditulis mengikut BORANG RPM (Lampiran).Skor akhir diambil daripada skor terbaik sama ada tingkatan 1, 2 atau 3.

2 Bolehkah guru GSTT dilantik sebagai Pentaksir Sekolah?

Boleh, tetapi perlu diberi penataran.

3 Bolehkah diuji calon yang dikecualikan daripada PBS mata pelajaran lain untuk diuji PLBS ?

Boleh sekiranya calon berkeupayaan untuk berlisan. Walau bagaimanapun bagi kes-kes khas, perlu mengemukakan permohonan pengecualian daripada JPN.

4 Adakah penyelarasan skor dilakukan sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Sedapat-dapatnya dilakukan di dalam kelas. Jika menghadapi kekangan, lakukan sekurang-kurangnya untuk satu p&p dan calon yang diselaraskan sekurang-kurangnya dua orang calon. Yang selebihnya boleh dilakukan di luar p&p.

5 Adakah 10 orang calon yang hendak diselaraskan mesti diambil dari satu kelas sahaja?

Boleh jika terdapat ketiga-tiga aras calon ( tiga orang calon yang baik, empat orang calon sederhana dan tiga orang calon yang lemah )

Jika sebaliknya, 10 orang calon itu diambil daripada jumlah keseluruhan calon tingkatan tiga untuk mendapatkan ketiga-tiga aras.

6. Boleh atau tidak penyelaras luar menyemak Buku Rekod Pengajaran pentaksir sekolah untuk memastikan evidens?

Untuk mengelakkan masalah, dicadangkan agar penyelaras tidak perlu memeriksa Buku Rekod Pengajaran. Tugas ini perlu diambil oleh kumpulan pemantau.

7 Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang KPN dan KPKw hendak melepaskan jawatan?

KPN dan KPKW perlu menyerahkan semua fail ( fail pengurusan dan fail input ) kepada penggantinya.

8 Berapa kalikah penyelarasan skor perlu dilakukan setahun?

Dua kali iaitu yang pertama untuk Tingkatan 3 dan yang kedua untuk Tingkatan 1 atau/dan 2.

9 Adakah calon PLBS diberikan sijil? Sijil boleh dikeluarkan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah juga boleh mengeluarkan laporan dalam bentuk penyataan sahaja.

10 Bolehkah logo LP dimasukkan Tidak, hanya gunakan logo sekolah sahaja

11

Page 12: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

dalam pernyataan pelaporan PLBS?

boleh digunakan.

11 Berapakah skor maksimum bagi calon gagap dan sengau?

Skor maksimum yang wajar diberikan ialah di peringkat Sangat Baik (Bawah)

12 Berapakah skor maksimum bagi calon yang tidak beradab?

Calon yang tidak beradab tidak boleh diberikan skor Sangat Baik walaupun boleh berlisan dengan sangat baik dan matang. Malahan boleh diberikan skor pada tahap penguasaan minimum sekiranya calon keterlaluan.

13 Bolehkah penyelarasan skor oleh penyelaras luar dilakukan biarpun surat pelantikan belum diterima?

Perlu menunggu surat pelantikan dikeluarkan.

14 Bagaimanakah untuk menyelaraskan skor sekiranya KPKw dan PKw berada di sekolah yang sama?

KPN akan membuat penyelarasan.

PKw dari sekolah lain masih boleh menyelaraskan skor bagi KPS atau PS sekolah tersebut.

12

Page 13: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

13

Page 14: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

RPM LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD PENCAPAIAN MURID

NAMA : _______________________________ NO. KAD PENGENALAN: ___________________

TING CERAPAN 1 2 3 4

Skor Terbaik Penggal

1

1 2 3 4

Skor Terbaik Penggal

2

1

Tahun…….

ModelAktivitiTarikhSKORNama PentaksirTandatanganPentaksirTandatanganMurid

TING CERAPAN 1 2 3 4

Skor Terbaik Penggal

1

1 2 3 4

Skor Terbaik Penggal

2

2

Tahun…….

ModelAktivitiTarikhSKORNama PentaksirTandatanganPentaksirTandatanganMurid

TING CERAPAN 1 2 3 4Skor

Terbaik Penggal

PENCAPAIANSKOR

3

Tahun…….

Model SANGAT BAIK(23-30)

Aktiviti BAIK(16-22)

Tarikh KURANG MEMUASKAN

(9-15)

SKORPENGUASAAN TAHAP

MINIMUM(1-8)

Nama Pentaksir TIDAK MELAKSANAKAN

PLBSTandatanganPentaksir

DIKECUALIKAN PLBSTandatanganMurid

14

Page 15: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

LEMBAGA PEPERIKSANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

PELAPORAN PENCAPAIAN MURID

PENGGAL: 1 / 2 TAHUN : ……….Nama Murid : …………………………………… Tingkatan :…………..

PENCAPAIAN MURID

Sangat Baik

BaikKurang

MemuaskanPenguasaan

Tahap Minimum

CATATAN

PENTAKSIR : ………………………….

NAMA : …………………………..

TARIKH : ……………………………..

PPM

PERINGKATPENCAPAIAN

KONSTRUK KRITERIA / KETERANGAN

Sangat Baik

1.Tatabahasa & Kosa kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat & betul mengikut konteks

2. Sebutan, intonasi dan nada

Sebutan betul, jelas dan tepat. Kebanyakan intonasi & nada betul seperti penutur jati

3. Fasih dan bermakna

Keseluruhan pengucapan fasih, lancar dan bermakna.

4. Bertatasusila Pengucapan yang beradab dan sesuai dengan situasi

Baik

1.Tatabahasa & Kosa kata

Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat & masih betul mengikut konteks

2. Sebutan, intonasi dan nada

Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat. Kebanyakan intonasi & nada masih betul

3. Fasih dan bermakna

Keseluruhan pengucapan masih fasih, lancar dan masih bermakna

4. Bertatasusila Pengucapan masih beradab dan masih sesuai dengan situasi

KurangMemuaskan

1.Tatabahasa & Kosa kata

Bahasa kurang gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata kurang tepat & kurang betul dan kadang kala sal

2. Sebutan, intonasi dan nada

Kebanyakan sebutan kurang jelas dan kurang tepat serta intonasi & nada ada kalanya tidak betul.

3. Fasih dan bermakna

Keseluruhan kurang pengucapan kurang fasih, lancar dan kurang bermakna

4. Bertatasusila Pengucapan kurang beradab dan kurang sesuai dengan situasi.

Penguasaan Tahap

Minimum

1.Tatabahasa & Kosa kata

Keseluruhannya persembahan calon menggambarkan ketidakcekapan berbahasa

2. Sebutan, intonasi dan nada3. Fasih dan berrmakna

15

Page 16: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

LPPENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

BAHASA MELAYU

LAPORAN PLBS

Sekolah : ______________________________________

Kelas : ______________ Bil.Murid: _________ Pentaksiran kali ke: ______________

1. STATUS PENCAPAIAN

TAHAP PENCAPAIANBIL %

SANGAT BAIKBAIKKURANG MEMUASKANPENGUASAAN TAHAP MINIMUMTIDAK MELAKSANAKAN PLBSDIKECUALIKAN PLBS

JUMLAH

2. KOMEN____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. CADANGAN_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________ _______________Tandatangan PS/KPS Tarikh(Nama: )

16

Page 17: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

Kod Pentaksir:___________________

17

Page 18: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

BORANG SKOR INDUK

NAMA SEKOLAH: __________________________________________ TINGKATAN: _______ TAHUN: ____________

BIL NAMA MURID L/P NO. KP ANGKA GILIRAN

TING. 1 TING. 2 TING.3 GRED AKHIRP1 P2 P1 P2 P1

BSI

18

Page 19: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

BPS(01)LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPENILAIAN MENENGAH RENDAH

TAHUN ________

BORANG PENYELARASAN SKORPENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

Nama Sekolah : _________________________________________ Tingkatan: ____________

Masa : _________________________________________ Tarikh : ____________

Nama Guru : _________________________________________

BIL NAMA PELAJAR NO K/P SKOR PENTAKSIR

SKOR PENYELARAS

SELISIH SELARAS / TIDAK

SELARAS( √ / X )

CATATAN

1234567891011 JUMLAH SELISIH SKOR12 INDEKS RALAT TOLERANSI (JUMLAH SELISIH SKOR ÷ JUMLAH

PELAJAR)

ULASAN: ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Penyelaras : ...................................... Tarikh : ..........................

Nama Penyelaras : ................................................. Disahkan oleh:

.....................................

..Jawatan: ......................

.

19

Page 20: Dokumen Plbs Bhs Melayu 2012

20