dinamika bhs 4

23
TOPIK 4 APRESIASI BAHASA MPW 1113 4.0 Variasi Bahasa Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa dikenali sebagai dialek. Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yang berkiatand dengan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. PERDA-TECH | MAZLIYATON SAMSUDIN 1 | Page PENSYARAH BAHASA KEBANGSAAN

Upload: azizul-anwar

Post on 27-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

DINAMIKA BHS 4

TRANSCRIPT

TOPIK 4 APRESIASI BAHASA

TOPIK 4 APRESIASI BAHASAMPW 1113

4.0Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

DialekMerupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa dikenali sebagai dialek.

IdiolekVariasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosialDikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yang berkiatand dengan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa TerkawalRagam Bahasa BebasBahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa FormalRagam Bahasa MesraRagam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa SlangaBahasa tidak rasmi, tidak baku.Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa BasahanJuga disebut sebagai bahasa kolokial.Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupaBahasa BakuBahasa Basahan

MengapaKenapa

Bagaimanamacam mana

SedangTengah

(b) bentuk kependekanBahasa BakuBahasa Basahan

HendakNak

tidak Tak

SudahDah

(c) perubahan bunyiBahasa BakuBahasa Basahan

AmbilAmbik

KecilKecik

PulaPulak

Bahasa PasarBahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan MelayuPelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa HalusBahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.Berikut diturunkan beberapa contoh:Bahasa BasahanBahasa Halus

KencingBuang air kecil

BerakBuang air besar

mengandung/buntingBerbadan dua

Kuburmakam

Bahasa KasarBahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.Dialekvariasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:a. SebutanContoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.b Gaya lagu bahasaContoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.c. TatabahasaContoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).(d) Kosa kataContoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)(e) kata ganti diriContoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)Hang (dialek utara bermaksud kamu)Laras BahasaDikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacanamerujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, pendidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaianSama ada wacana berkenaan disampaiakansecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaianmengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras BahasaLaas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:kosa katatatabahasagaya

Laras Bahasa BiasaTidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.Laras Bahasa Biasa

Formal/RasmiTak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

.Laras Bahasa PerniagaanMempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:(a) slogan: Kami Ada Cara(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa AkademikMeliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.Bersifat teknikal.Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.Laras Bahasa Undang-UndangTiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.Laras bahasa mediaBerita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.Laras Bahasa SasteraMemperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.Beberapa ciri bahasa sastera:a kreatif dan imaginatif: kabur mesejb. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan katac. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa AgamaMengandungi istilah agama daripada bahasa ArabStruktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa ArabDiselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan larasBidangSituasiContoh Bahan

BiasaHiburan

PengetahuanMaklumatUpacara/.MajlisKhalayak UmumBerita, laporan. iklan, surat peribadi

Ucapan syarahanAcara majlis umumDoa, khutbah

KhususDoa-khutbah

TeknikalIlmiahKhalayak UmumAcara majlis rasmi

Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

Wacana

1. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.

2. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.

3. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.

4Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).

5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.

6. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. pendahuluanb. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)c. penutupd. graf, jadual, peta dan statistik.

7. Ia dapat digambarkan seperti berikut:

8. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.

FungsiContoh1. Tambahandan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.2. Urutanpertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.3. Penyataan semulaiaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.4. Contohcontohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.5. Rumusanrumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata6. Tempatberhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.7. Waktuapabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.8. Sebab dan kesanoleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.9. Bandinganseperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.10. Pertentangantetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.11. Pengesahansebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

RetorikSeni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:1. penguasaan tatabahsa2. penggunaan pelbagai ragam bahasa3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan.Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.InduktifMengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.

DeduktifMengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.

AnalogiMenggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.

NaratifDeskriptifEksposisiPenghujahan

- Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.

- Menerangkan atau memerikan sesuatu.

- Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya.- Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.- Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan sebagainya.- Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi.- Mendedahkan sesuatu isu, perkara.

-Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi.- Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali.

-Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit.-Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja.

Kesantunan Berbahasa1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3.Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5.Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6.Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7.Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8.Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9,Lihat contoh berikut: PakDigunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.MakDigunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiriTokDigunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.AbangDigunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.KakakDigunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.AdikDigunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

10.Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinanDiwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12.Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15.Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

17. Rujukan Hormat

Orang Yang DisapaRujukan HormatYang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri AgongKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaSultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja PermaisuriDuli Yang Maha MuliaBalu RajaYang Maha MuliaRaja Muda atau Tengku MahkotaDuli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat MuliaKerabat Diraja KaribYang Amat MuliaBergelar warisanYang MuliaPerdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua MenteriYang Amat BerhormatMenteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)Yang BerhormatWakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau RajaYang Berhormat MuliaTun, Toh PuanYang Amat BerbahagiaYang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formalYang BerbahagiaKetua Hakim NegaraYang Amat ArifKetua Polis NegaraYang Amat SetiaHakim, KadiYang ArifMufti dan pemimpin IslamSahibul SamahahKetua jabatan tanpa gelaranYang Berusaha

PERDA-TECH | MAZLIYATON SAMSUDIN8 | Page

PENSYARAH BAHASA KEBANGSAAN