refleksi lawatan ke institut memandu bentara harung

Upload: joicequek

Post on 04-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Refleksi Lawatan Ke Institut Memandu Bentara Harung

    1/2

    Refleksi Lawatan Ke Institut Memandu Bentara Harung, Pontian

    Selepas membuat lawatan ke Institut Memandu Bendara Harung, Pontian,

    banyak pengetahuan telah saya perolehi seperti. Selepas membuat lawatan, barulah

    saya mengetahui perkara yang patut dilakukan sebelum kita memandukan kenderaan

    kita. Sekarang, bukan senang lagi untuk mendapat lesen memandu. Banyak prosedur

    telah ditambahkan. Pemohon mendapat lesen kenderaan perlu faham betul mengenai

    cara memeriksa kenderaan dan cara menukar tayar serta nama setiap bahagian pada

    kenderaan.

    Semasa mendengar taklimat daripada En. Mohd Hary selaku !urulatih

    memandu, beliau menyatakan bahawa Malaysia telah mencatat kadar kemalangan yang

    tinggi di seluruh dunia dan beliau menekankan bahawa pendidikan keselamatan mesti

    didedahkan dengan baik kepada kanak"kanak semasa sekolah. Selaku guru sandaran

    tidak terlatih selama empat tahun di sekolah rendah, saya perasan guru"guru yang

    menga!ar pendidikan keselamatan tidak menga!ar sub!ek ini dengan baik. Menurut guru

    berkenaan, mereka hanya menulis di papan hitam dan menyuruh murid"murid menyalin

    saha!a tanpa memberi sebarang penerangan kepada mereka. Pada pemikiran saya,

    adakah ia merupakah salah satu punca kes kemalangan yang menyebabkan kematian

    pe!alan kaki berlaku.

    Saya amat bersyukur kerana dapat melihat !urulatih memandu membuat

    demonstrasi tentang pemeriksaan motosikal dan motorkar. Sebelum lawatan, saya tidak

    tahu cara memeriksa kenderaan. Setiap kali saya ingin pergi menu!u ke destinasi yang

    memerlukan per!alanan yang !auh, ayah saya akan menolong saya memeriksa

    kenderaan terlebih dahulu sebelum saya bertolak. Selepas lawatan, barulah saya

    mengetahui cara bagaimana memeriksa kenderaan seperti angin dan bunga tayar, brek,

    lampu isyarat, hons dan sebagainya. #leh kerana saya tidak pernah membuat

    pemeriksaan ke atas kenderaan bah motosikal ataupun kereta, saya rasa semua ini

    merupakan perkara yang amat menyusahkan saya.

    Sudah lama saya mendapat lesen memandu, banyak isyarat tangan telah saya

    lupakan. Selepas !urulatih membuat demonstrasi tentang isyarat"isyarat tangan yang

    digunakan semasa memandu, barulah saya teringat kembali. $upa"rupanya semuanya

    masih dalam ingatan saya. %alaupun isyarat tangan amat penting bagi seorang

    penunggang basikal, tapi masih ramai penunggang motosikal tidak menggunakannya.

  • 7/21/2019 Refleksi Lawatan Ke Institut Memandu Bentara Harung

    2/2

    Penunggang motosikal yang dalam lingkungan rema!a tidak suka menggunakan isyarat

    tangan. Mereka rasa malu menggunakannya.

    Sesetengah rema!a tidak suka menggunakan lampu isyarat. Mereka suka

    memusingkan kepala untuk melihat kenderaan di belakang. &elakuan sebegini bukan

    saha!a membahayakan diri penunggang motosikal, malah membahayakan pengguna

    !alan raya yang lain. &emalangan !alan raya yang berlaku sering disebabkan oleh

    pengguna !alan raya yang tidak menggunakan isyarat. #leh itu, tugas Institut Memandu

    bukan saha!a menga!ar teknik memandu saha!a, ia !uga memainkan peranan yang

    penting dalam mengurangkan kes kemalangan !alan raya. Matlamat Institut Memandu

    adalah bagi melahirkan Pemandu yang berilmu dan mempunyai budaya selamat

    memandu di atas 'alanraya, berkebolehan mengendalikan kenderaan dengan

    kemahiran yang terlatih, mematuhi peraturan !alanraya, pemandu yang efektif,

    kompeten diatas !alanraya dengan kemampuan untuk bertindak diatas risiko yang timbul

    semasa memandu di atas !alanraya.

    Saya berasa amat berterima kasih terhadap pihak Institut Memandu kerana

    menga!ar saya kemahiran dan teknik yang betul bah dalam memandu ataupun

    memeriksa kenderaan. Selepas menghadiri lawatan ini, saya akan memberi

    pengetahuan yang bermanfaat yang saya perolehi kepada orang yang saya kenali dan

    anak murid saya pada masa akan datang agar dapat memberi manfaat yang

    semaksimum kepada masyarakat.