refleksi lawatan ilmiah mca

6
REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE MALAYSIAN CRICKET ASSOCIATION, BUKIT KINRARA, PUCHONG, SELANGOR. NAMA: AZNI BT ABDUL RASHID NO K/P : Alhamdu lillah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana saya bersama-sama rakan sekelas telah berj aya mel aksa nakan Lawatan Ilmiah Pengurusan dan Pent adb iran Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) pada 13 hingga 14 Februari 2011. Lawatan Ilmiah ini telah kami lakukan ke Malaysian Cricket Association yang terletak di Bandar Kinrara, Selangor untuk melengkapk an tugasan amali dalam Pro-Forma PJM 3112 kali ini. Kami dike hendaki mempela jari cara-cara pen guru san dan pentadbiran agen si- agensi atau persatuan sukan di Malaysia. Sepanjang mengikuti program lawatan ilmiah ini, saya telah mendapat input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa berada disekolah nanti. Ini kerana sa ya seri ng mend ap at tuga san me ng enda likan sesebuah pe rl awan an permainan seperti Pertandingan Bolajaring, Bola Tampar dan tidak ketinggalan sukan sekolah yang diadakan setiap tahun. Selain memberikan satu pengalaman baru yang bermakna dalam hidup saya, pelbagai pendedahan yang saya perolehi semasa lawatan ilmi ah ini juga telah memb uk a mata dan minda sa ya baha wa peng urusan dan pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan yang teliti akan menghasilkan tugasan yang sempurna. Saya juga dapat mengaplikasi ilmu yang saya terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar. Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup berharga buat diri saya sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah saya per olehi semasa pro gra m lawatan ilmiah ini ialah pengu rusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititik beratkan.

Upload: azni-rashid

Post on 06-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 1/6

REFLEKSI

LAWATAN ILMIAH KE MALAYSIAN CRICKET ASSOCIATION, BUKIT KINRARA,

PUCHONG, SELANGOR.

NAMA: AZNI BT ABDUL RASHID

NO K/P :

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana saya bersama-sama rakan

sekelas telah berjaya melaksanakan Lawatan Ilmiah Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) pada 13 hingga 14 Februari 2011. Lawatan

Ilmiah ini telah kami lakukan ke Malaysian Cricket Association yang terletak di Bandar 

Kinrara, Selangor untuk melengkapkan tugasan amali dalam Pro-Forma PJM 3112 kali

ini. Kami dikehendaki mempelajari cara-cara pengurusan dan pentadbiran agensi-

agensi atau persatuan sukan di Malaysia.

Sepanjang mengikuti program lawatan ilmiah ini, saya telah mendapat input yang

amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa berada disekolah nanti. Ini

kerana saya sering mendapat tugasan mengendalikan sesebuah perlawanan

permainan seperti Pertandingan Bolajaring, Bola Tampar dan tidak ketinggalan sukan

sekolah yang diadakan setiap tahun. Selain memberikan satu pengalaman baru yangbermakna dalam hidup saya, pelbagai pendedahan yang saya perolehi semasa lawatan

ilmiah ini juga telah membuka mata dan minda saya bahawa pengurusan dan

pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan

yang teliti akan menghasilkan tugasan yang sempurna. Saya juga dapat mengaplikasi

ilmu yang saya terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar.

Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup berharga

buat diri saya sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah saya

perolehi semasa program lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran

pendidikan jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititik

beratkan.

Page 2: Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 2/6

Tepat jam 8 pagi kami menaiki bas maktab menuju ke Bandar Kinrara, Puchong

di mana terletaknya Malaysian Cricket Association atau secara ringkasnya MCA. Lebih

kurang jam 9 pagi kami tiba di MCA. Agak terlewat sedikit kerana pemandu bas tidak

begitu kenal dan biasa dengan tempat yang dituju. Perkara seperti ini sering berlaku.

Akan tetapi sekiranya pelan menuju ke tempat tersebut disediakan dan diberi kepada

pemandu bas, pasti kejadian tersebut dapat dielakkan. Kita sering memandang remeh

dan beranggapan bahawa semua pemandu bas tahu selok-belok jalan dan tempat yang

dituju. Pengalaman ini memberikan pengajaran yang amat bermakna kepada saya. Ini

kerana saya juga sering mengadakan lawatan ke luar bersama-sama anak murid. Saya

akan menyediakan pelan perjalanan ke destinasi yang dituju agar kesulitan dapat

dielakkan. Setibanya kami di MCA, kami disambut mesra oleh En Ramani Batumalai

selaku salah seorang pegawai merangkap jurulatih dan pengadil Kriket Kebangsaan.

Saya dan rakan-rakan telah dibawa ke dewan taklimat dan diberikan penerangan oleh

Encik Ramani Batumalai yang mana telah menerangkan pelbagai perkara yang telah

membuka minda saya.

Melalui sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas sekali

peranan pihak pengurusan dan pentadbiran adalah asas kepada kejayaan MCA untuk

melahirkan atlet bertaraf dunia. Sesuai dengan matlamat MCA untuk melahirkan lebih

ramai atlet bertaraf dunia, saya dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang darikemahiran dan kekuatan atlet semata-mata, tetapi disokong dan dibantu oleh pihak

pengurusan dan pentadbiran yang menyediakan pelbagai bantuan dari pelbagai

bahagian.

Tidak kira dalam bentuk insentif kemenangan, bantuan psikologi, penjagaan

kesihatan, kajian sains sukan dan sebagainya, semuanya memerlukan satu pihak

pengurusan dan pentadbiran yang benar-benar kukuh dan utuh. Dengan ini barulah

MCA mampu berdiri segagah sekarang yang telah melahirkan ramai atlet berbakat

yang mampu bersaing pada peringkat dunia. Walaubagaimanapun masih banyak yang

perlu ditambahbaik dan kita pelajari dari pengurusan dan pentadbiran negara-negara

luar agar pembangunan sukan kriket negara dapat melahirkan atlet yang mantap.

Pasukan kriket negara juga tidak akan dipandang sepi oleh peminat sukan Malaysia.

Contohnya semasa temasya Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou, China , skuad wanita

Page 3: Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 3/6

dan lelaki seakan sekadar mengambil bahagian apabila masing-masing hanya mampu

beraksi di dua saingan sebelum kecundang.

Susulan itu, prestasi hambar mereka seakan menepati sasaran yang tidak

mengintai sebarang pingat berikutan sedia maklum cabaran hebat di Sukan Asia.

Skuad wanita tersingkir selepas tewas di tangan China dan Thailand yang dikatakan

berpunca daripada saingan pasukan lawan jauh lebih muda serta bertenaga.

Berita gembira kemudian dibawa dari skuad lelaki, yang berjaya melangkah ke suku

akhir selepas menumpaskan China. Namun, tuah lebih memihak kepada Bangladesh

yang mendominasi saingan seterusnya. Daripada laporan yang di atas, dapat kita

simpulkan bahawa pembangunan sukan negara kita masih berada ditahap yang perlu

di perbaiki terutamanya pada peringkat akar umbi iaitu sekolah rendah. Pengurusan

dan pentadbiran sesebuah persatuan atau agensi sukan memainkan peranan yang

amat penting terhadap kejayaan sukan negara. Dari penerangan yang saya dengar dan

input yang saya terima, pembangunan sukan seharusnya bermula dari asas

terutamanya di sekolah rendah. Kekurangan dari segi kewangan sebenarnya hanyalah

satu alasan yang tidak sepatutnya menjadi batu penghalang untuk kita terus

memajukan sukan serta menguruskan persatuan atau menganjurkan acara-acara

sukan disekolah. Saya juga belajar cara untuk mendapatkan penaja dari pihak-pihak

yang berminat dalam bidang sukan seperti MILO dan Al- Ikhsan yang mana merekaboleh menaja dari segi pemberian wang atau menyediakan minuman atau

menyediakan pakaian yang sesuai untuk para pemain. Saya juga dapat input dimana

khidmat jurulatih boleh didapati dari pihak MCA atau Majlis sukan Negara bagi

permainan kriket atau lain-lain agensi yang boleh menyediakan perkhidmatan

kejurulatihan bagi permainan sukan yang lain. Saya hanya perlu menyediakan kertas

kerja yang lengkap dan sentiasa memastikan senarai kerja dipantau sepanjang masa.

Semasa taklimat oleh En Ramani, banyak input yang saya dapat terutamanya

tentang pengurusan dan pentadbiran . Tidak ketinggalan ilmu tentang kejurulatihan

kriket. En Ramani pada pandangan saya adalah seorang jurulatih yang mempunyai

tahap motivasi yang tinggi , pengalaman yang banyak dan seorang yang berfikiran

terbuka dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Beliau tidak lokek malahan sanggup

berkongsi segala pengalaman serta teknik kejurulatihan yang amat berguna kepada

Page 4: Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 4/6

saya serta rakan-rakan. Cara beliau menarik minat murid-murid amat unik dan tidak

membebankan. Beliau seolah-olah menjadi rakan sebaya kepada murid-murid yang

beliau ajar tentang permainan kriket. Teknik Induktif yang beliau gunakan amat

berkesan dan memberi pemahaman yang jelas tentang cara permainan kriket . Murid-

murid merasakan diri mereka dihargai dan penting kepada jururlatih. En Ramani pada

pandangan saya seorang jurulatih yang bermotivasi tinggi dan mengambil berat akan

murid-murid beliau. Saya yakin beliau seorang yang dihormati dan disayangi para

pemain kriket dibawah seliaan beliau. Segala pengalaman yang beliau lalui akan saya

  jadikan panduan semasa disekolah nanti untuk melatih murid-murid saya dalam

permainan bola jaring. Saya seorang jurulatih bolajaring sekolah dan teknik yang

digunakan oleh En Ramani akan saya aplikasikan kepada murid-murid saya.

Menurut En Ramani juga, jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran MCA

dilantik oleh ahli majlis MCA yang terdiri daripada Presiden dan Timbalan Presiden

Persatuan Kriket Negeri-negeri seluruh Malaysia seperti Persatuan Kriket Negeri Perak,

Persatuan kriket Negeri Selangor dan lain-lain negeri. Akan tetapi negeri yang tidak

mempunyai persatuan kriket ialah Trengganu, Kelantan dan Perlis. Persatuan Kriket

Malaysia membantu para atlet kriket dari segi kewangan, kejurulatihan, psikologi sukan,

kebajikan dan kesihatan mereka. MCA juga banyak mengadakan program

pembangunan sukan kriket seperti “Coaching Camp” yang memberikan kursus tentangkejurulatihan kriket kepada mereka yang berminat terutamanya guru-guru.

Tepat jam 10.30 pagi, kami berhenti untuk menikmati makan pagi. Menurut En

Ramani, pihak MCA biasanya akan menyediakan sarapan pagi kepad tetamu yang

mereka terima. Oleh kerana pihak jawatankuasa terlepas pandang akan perkara ini,

permohonan tajaan sarapan pagi tidak disertakan. Pengalaman ini mengingatkan saya

agar membuat jadual kerja secara sempurna sebelum mengadakan lawatan agar tiada

perkara yang tertinggal. Bagaimanapun kami tidak menjadikan perkara tersebut isu

yang besar. Kami telah bersepakat berjalan kaki menuju ke Restoran Nasi Ulam yang

terletak berhadapan dengan MCA untuk menikmati makan pagi beramai-ramai

termasuk En Baharudin Hassan pensyarah PJM 3112 kami.

Selesai sarapan pada jam 11 pagi, kami kembali ke dewan taklimat untuk

menyambung semula sesi soal jawab yang telah tertangguh tadi. Kali ini En Ramani

Page 5: Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 5/6

menerangkan tentang Undang-undang dan peralatan yang digunakan dalam permainan

kriket. Oleh kerana kami datang tanpa mengkaji terlebih dahulu tentang MCA serta

undang-undang kriket, suasana sesi soal jawab sedikit hambar kerana kebanyakan

daripada kami tidak tahu apa yang hendak di tanya. Saya cuba menutup kelemahan

tersebut dengan bertanya tentang pengurusan perlawanan sesebuah kejohanan

terutamanya perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Singapura yang akan

berlangsung pada 16-18 disember nanti. Saya juga sepatutnya membuat kajian tentang

MCA serta undang-undang dalam permainan kriket sebelum pergi ke lawatan tersebut.

En Ramani telah membawa peralatan seperti “bats” iaitu kayu pemukul untuk

ditunjukkan kepada kami semua. Saya sangat teruja melihat peralatan tersebut kerana

inilah kali pertama saya memegang kayu pemukul kriket dan bola yang digunakan

semasa pemainan. Akan tetapi tujuan saya dan rakan-rakan membuat lawatan ke MCA

adalah untuk mendapat kan input tentang pengurusan dan pentadbiran serta cara

pengendalian sesebuah pertandingan. Maka niat saya untuk belajar permainan kriket

secara praktikal di atas padang tidak kesampaian. Mungkin dilain masa saya

berpeluang bermain kriket bersama rakan-rakan.

Setelah penerangan tentang undang-undang , sedikit tentang kejurulatihan dan

pengurusan selesai, acara penyampaian cenderahati oleh En Baharudin Hassan

kepada En Ramani Batumalai. En Baharudin mengucapkan terima kasih yang tidakterhingga kepada En Ramani kerana kesudian beliau melayan dan menerima kehadiran

kami di Malaysian Cricket Association. Selepas En Ramani berlalu pergi, En Baharudin

memberi penerangan tentang laporan yang harus kami sediakan. Kami dikehendaki

membuat refleksi tentang lawatan ilmiah yang telah diadakan. Saya telah mencatatkan

perkara yang sepatutnya ada dalam laporan lawatan tersebut.

Lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami menaiki bas untuk pulang ke maktab.

Sepanjang perjalanan saya tertidur kerana terlalu letih setelah seharian berada di MCA.

Kami tiba di maktab pada jam 2.30 petang. Segala pengalaman yang saya timba dari

lawatan ini akan saya gunakan sebagai panduan apabila pulang kesekolah nanti. Saya

akan cuba mewujudkan pasukan kriket sekolah dengan bantuan rakan-rakan sekerja.

Saya akan mendapatkan khidmat jurulatih dari Majlis Sukan- sukan Negeri Perak .

Saya akan membuat satu kertas kerja untuk menjayakan hasrat saya ini.

Page 6: Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 6/6

Akhir sekali, saya yakin bahawa objektif program lawatan ilmiah yang saya telah

lalui benar-benar telah mencapai objektifnya iaitu memberikan kefahaman yang lebih

mendalam meliputi pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan,

pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antaranbangsa, pengurusan

pendidikan jasmani dan sukan, pembangunan sukan dan lain-lain lagi. Semoga segala

ilmu yang diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai seorang guru nanti dan

seterusnya mengembangkan lagi profesionalisme dalam diri saya. Saya mengucapkan

setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih atas bimbingan dan panduan yang

diberikan oleh pensyarah PJM 3112 iaitu En Baharudin Hassan dan En Kalisvaran

Narayanasamy yang tiada penghujung.