sejarah penubuhan perikatan umno-mca, 1952-55

51
Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55: Satu Tinjauan Kembali oleh Oong Hak Ching Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia synopsis The Kuala Lumpur Municipal Election of February represented a turning point in the political development of Malaya. Two communal parties, the UMNO and MCA decided to form an alliance at a local level in order to contest in the Election on a common non-communal platform. For many contemporary political observers, the forming of UMNO-MCA Alliance was unexpected, as the MCA leaders such as Tan Cheng Lock has given its full support to the IMP. Many writers such as Moore (1960), Vasil (1971,1980), Datar (1983), Heng Pek Koon (1988) and Diane K. Mauzy (1983) suggests that UMNO and the MCA joined forces because of personal animosity between H.S.Lee and Dato Onn. However, they were unable to provide any evidence to support their arguments. This present writer offers a comprehensive explanation on the genesis of the UMNO-MCA Alliance by making used of almost source available, including H.S Lee Papers. Pengenalan Penyelidikan mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA telah dijalankan sejak 3 September 1996 dan berakhir pada 4 Mac 2004. Masa yang diambil terlalu lama kerana kerana projek ini dijalankan secara sambilan dan tertunda-tunda kerana masalah mendapat data dan juga permintaan dari institusi- institusi tertentu agar penulis mengkaji beberapa

Upload: oong-hak-ching

Post on 08-Jun-2015

11.889 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Hasil PenyelidikanNo Projek : M/13/96Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan StrategiUniversiti Kebangsaan MalaysiaLaporan Akhir Penyelidikan ini dibuat sebelum penulis bersara dari UKM

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55:Satu Tinjauan Kembali

oleh

Oong Hak ChingPusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

Universiti Kebangsaan Malaysia

synopsis

The Kuala Lumpur Municipal Election of February represented a turning point in the political development of Malaya. Two communal parties, the UMNO and MCA decided to form an alliance at a local level in order to contest in the Election on a common non-communal platform. For many contemporary political observers, the forming of UMNO-MCA Alliance was unexpected, as the MCA leaders such as Tan Cheng Lock has given its full support to the IMP. Many writers such as Moore (1960), Vasil (1971,1980), Datar (1983), Heng Pek Koon (1988) and Diane K. Mauzy (1983) suggests that UMNO and the MCA joined forces because of personal animosity between H.S.Lee and Dato Onn. However, they were unable to provide any evidence to support their arguments. This present writer offers a comprehensive explanation on the genesis of the UMNO-MCA Alliance by making used of almost source available, including H.S Lee Papers.

Pengenalan

Penyelidikan mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA telah dijalankan sejak 3 September 1996 dan berakhir pada 4 Mac 2004. Masa yang diambil terlalu lama kerana kerana projek ini dijalankan secara sambilan dan tertunda-tunda kerana masalah mendapat data dan juga permintaan dari institusi-institusi tertentu agar penulis mengkaji beberapa tajuk yang berkaitan dengan projek ini seperti peranan tokoh-tokoh pengasas Perikataan UMNO-MCA terutama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan H.S.Lee; peranan Perikatan UMNO-MCA dalam perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dan isu-isu perpaduan dan huhungan kaum di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Perluasaan skop kajian yang dilakukan telah menghasilkan satu booklet (2000c) dan enam buah kertaskerja (2003a, 2003b, 2003c, 2002, 2001 dan 2000b).

Salah satu faktor penting yang mendorong penulis untuk membuat kajian semula mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA kajian–kajian

Page 2: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

yang lalu tidak membuat pemeriksaan yang teliti dan terperinci ke atas pelbagai bahan termasuk dokumen-dokumen rasmi, surat-surat persendirian dan lain-lain yang baharu ditemui atau dibuka untuk diteliti oleh para penyelidik. Antara bahan-bahan yang patut ditonjolkan di sini termasuk lah surat-surat persendirian Tan Cheng Lock di Institute of Southeast Asian Studies dan di Arkib Negara Malaysia; surat-surat persendirian H.S.Lee dan H.B.Ball.

Ada juga bahan yang telah lama dibuka untuk diteliti oleh para penyelidik tetapi tidak dirujuk dalam tulisan-tulisan mengenai sejarah penubuhan Perikataan UMNO-MCA seperti "Presidential Address at the Annual Meeting of the Central General Committee of the MCA" yang terkandung di dalam Tan Cheng Lock Papers: A Descriptive List dan Ucapan Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1955 yang bertajuk "Mengapa Perikatan Dibentuk" yang dimuatkan dalam Ahmad Fawzi Basri et al. (1991: 340-348). Pandangan-pandangan Tunku Abdul Rahman yang disiarkan dalam akhbar "The Star" dan kemudian dibukukan (Tunku Abdul Rahman Putra, 1977) juga tidak digunakan atau tidak diteliti dengan terperinci oleh penulis terdahulu yang mengkaji asal-usul Perikatan UMNO-MCA. Para penulis yang disebutkan juga tidak meneliti bahan-bahan dalam bahasa Melayu terutama Utusan Melayu dalam tulisan jawi. Penulis sendiri yang telah menyiapkan penelitian dan penulisan tesis untuk ijazah Doktor Falsafah bertajuk "British Policy and Chinese Politics in Malaya, 1942-1955" (1993) tidak dapat menggunakan kesemua bahan yang ditemui kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apabila tesis ini diterbitkan dengan tajuk Chinese politics in Malaya, 1942-1955: The Dynamics of British Policy (2000) penulis juga tidak sempat memasukkan fakta baru.

Tulisan berkenaan masih boleh diperbaiki melalui penyelidikan ini. Ada beberapa informasi yang boleh dirujuk seperti peristiwa pertemuan di antara Tan Cheng Lock, Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dalam bulan Januari 1952 dapat menjelaskan urutan peristiwa yang membawa kepada usaha-usaha menjalin kerjasama di antara MCA dengan UMNO menjelang pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Berdasarkan informasi yang diberikan oleh seorang tokoh MCA kepada seorang pegawai di Pejabat Tanah Jajahan di London satu pertemuan itu diadakan pada penghujung bulan Januari (B.H. Oon kepada Paskin, 5 Februari 1952 dalam CO 1022/85). Pertemuan ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin IMP, MCA dan UMNO dengan tujuan mencapai satu persafahaman di kalangan mereka bagi mewujudkan suasana harmoni di Tanah Melayu. Informasi yang diberikan ini berdasarkan ingatan yang masih boleh dipertikaikan. Tetapi berdasarkan urutan peristiwa yang membawa kepada penubuhan perikatan UMNO-MCA yang terdapat dalam ucapan Tunku Abdul Rahman pertemuan tersebut mungkin diadakan pada awal Januari 1952 (Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341).

Page 3: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Bagi para pemerhati politik kontemporari dan para penyelidik terutama dalam bidang Sains Politik penubuhan Perikatan UMNO-MCA merupakan satu fenomena yang luar biasa dan sukar dimengertikan. Para peneliti seperti Moore (1960), Means (1970), Vasil (1971;1980), Datar (1983) dan Heng Pek Koon (1988) telah dilanda oleh masalah untuk mendapatkan informasi yang mencukupi bagi memberi penjelasan mengenai asal usul Perikatan UMNO-MCA. Para penulis ini tidak dapat mengisi kesenjangan dalam urutan peristiwa-peristiwa penting dalam jangka masa 16 September 1951 (apabila IMP ditubuhkan) hingga 9 Januari 1952 apabila H.S. Lee, Pengerusi Malayan Chinese Association (MCA) Cawangan Selangor dan Dato Yahaya, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pilihanraya UMNO Kuala Lumpur membuat pengumuman bersama untuk bekerjasama dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur tersebut. Pengumuman ini menimbulkan kejutan kepada pemerhati politik semasa dan menyebabkan para peneliti memberikan tafsiran dan kenyataan yang berbeda untuk menjelaskan peristiwa ini.. Bahkan ada di antara mereka menggunakan cereka atau mitos dan andaian.

Moore yang membuat kajian mengenai UMNO dan Pilihanraya Tanah Melayu 1959 menyatakan "... the formation of the Alliance [UMNO-MCA] started as a local phenomenon and almost fortuitously." (1960: 208). Selanjutnya ia menambah bahawa: This decision was made locally on both sides without reference to higher party authority. Indications were that the UMNO headquarter was taken completely unawares by newspaper account of the alliance, but the Tunku, after only slight hesitation, declared his full support of the move. Sir Tan Cheng Lock's position was much more difficult as he was put in a position thereby of supporting an action aimed defeating the Malay candidates of IMP, the party which he had just help Dato Onn found.

Menurut Moore lagi tindakan H.S. Lee mengadakan kerjasama dengan UMNO menentang IMP telah menimbulkan anggapan di kalangan banyak pemimpin tertinggi MCA bahawa Lee telah mengkhianati atau "betrayed" MCA. Satu kenyataan yang tidak dapat dipertahankan dengan seberang bukti atau bahan.

Sepuluh tahun selepas Moore, Means pula tampil untuk mengemukakan pandangannya sendiri mengenai asal usul Perikatan UMNO-MCA. Menurut Means pertentangan personaliti atau rasa permusuhan (personal animosities) di antara Tan Cheng Lock dengan Dato Onn merupakan sebab melahirkan Perikatan UMNO-MCA. Ia menyatakan bahawa:

Page 4: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

The most adequate explanation of the sudden turn-about of the MCA must take into account the personalities of Dato Onn and Tan Cheng Lock. Both men were very dynamic, and both possessed too much of the quality of a prima donna on the political stage to be able to work together very well. Furthermore, personal animosities had developed between them during the Malayan Union and the Federation Agreement. Although Tan Cheng-lock could have supported a "non-communal" political party he could never been an enthusiastic supporter of such a party if it also would have given Dato Onn an unassailable position of political supremacy in Malaya.

Idea "personal animosities" yang dikemukakan oleh Means diterima oleh kebanyakan sarjana dan penulis sebagai penyebab yang membawa kepada penubuhan Perikatan. Di antara mereka termasuk Vasil yang cuba mengembangkan konsep pertentangan personaliti sebagai sebab kelahiran Perikatan. Tetapi tokoh yang terlibat dalam konflik peribadi ini bukannya di antara Tan Cheng Lock dengan Dato Onn.. Menurut Vasil tokoh yang terlibat ia lah Sir Henry Lee dengan Dato Onn.. Vasil cuba memberikan satu huraian yang terperinci mengenai peristiwa yang mewujudkan personaliti konflik di antara Sir Henry Lee dengan Dato Onn. Menurut Vasil:

Sir Henry Lee was the President of the Selangor State branch of the MCA at the time when the IMP was inaugurated. He was not invited to the inaugural meeting of the IMP in Kuala Lumpur on 16 September 1951. Sir Henry on his own did go to the inaugural meeting where he was ignored by the organizers and was not invited to sit on the platform where were seated the representatives of various organizations which had supported the formation of the IMP. He was much beter known than many of them but he was not invited even to address the meeting. Sir Henry, at the time a power to reckon with in Kuala Lumpur, was visibly hurt by the treatment given to him the organizers of the IMP. Also, Dato Onn bin Jaafar had not consulted him prior to the formation of the IMP when hehad consulted almost every important leader in the country. It seems that Sir Henry was so badly hurt that he took upon himself to destroy the IMP (1980: 86).

Pandangan Vasil telah diterima bulat-bulat oleh beberapa sarjana terutama Diane K. Mauzy (1983). Diane telah mengambil pandangan Vasil tanpa mengakui sumbernya seolah-olah pandangan tersebut telah menjadi fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Menurut Diane : "Colonel H.S.Lee, the influential President of the Selangor State MCA organization, was not consulted by Dato Onn about the formation of the IMP, and at an Inaugral Meeting he was not only not asked to give an address, he was also not invited to sit on the platform." Ia menambah bahawa :"By these acts of omission the IMP created a powerful enemy it could ill afford" (1983: 16). Datar memberi pendapat yang sama bahawa :

Page 5: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

"It seem, personal animosity between the Chairman of the Selangor MCA, H.S.Lee and Dato Onn, brought together the UMNO and MCA to defeat a common foe, Dato Onn and his Independence of Malaya Party (IMP)" (1983:13). Datar cuba menunjukkan bahawa ia mendapat fakta atau informasi ini daripada Tunku Abdul Rahman (cacatan nota kaki no.57 dalam Datar, 1983:29) Nota kaki no. 57 menyebut "This view is presented by Tunku Abdul Rahman, The Star, Penang, 2 June 1975." Apabila diteliti tulisan Tunku matlumat berkenaan tidak pun dinyatakan. (Tunku, 1977: Article 25. 2 Jun , 1975: 169-174). Tunku cuma menyebutkan bahawa:

When he [Tan Cheng Lock] first decided to join the Alliance, his son, Tun Tan Siew Sin, was in opposing group, the Independence of Party headed by Dato Onn. At one meeting the Alliance held in Kuala Lumpur in the Chinese Assembly Hall- in fact the very meeting called to launch the Alliance Party- we waited a long time for him to appear. To our dismay we found he could not come. He had been spirited away earlier by Siew Sin and we only know of this next. We heard that Siew Sin was saying his father did not want to join the Alliance. The meeting went on, and despite the absence of the MCA President, it was an unqualified success. Representing the MCA were H.S. Lee, Ong Yoke Lin, T.H.Tan, S.M.Yong and many other MCA leaders (1977: 173).

Setahun selepas penerbitan tulisan-tulisan Diane dan Datar, Khong Kim Hoong pula menerbitkan tulisannya (1984). Ia juga cuba menghuraikan asal usul Perikatan. Ia mengutip pandangan Means mengenai konflik peribadi di antara Tan Cheng Lock dengan Dato Onn sebagai faktor yang membawa kepada kelahiran Perikatan UMNO-MCA tetapi menganggap kenyataan itu jauh dari tepat. Khong lebih tertarik kepada pandangan Vasil dan Diane dan menyatakan: "Recent studies have suggested that the formation of the UMNO-MCA alliance for Kuala Lumpur elections had nothing to do with the UMNO President, Tengku Abdul Rahman or Tan Cheng Lock, the MCA President" (1984: 171).

Heng Pek Koon yang menulis dalam tahun 1988 dan Stubbs dalam tahun 1989 juga meraba dalam kegelapan untuk memberi penjelasan tentang asal-usul Perikatan. Mereka juga tidak dapat membezakan antara jerami dengan jarum. Tanpa mengunakan sebarang bahan rujukan Heng menyatakan: "Rejecting Tan Cheng Lock's decision to support the IMP in the election, the Selangor MCA leadership searched for an alternative strategy which would enable the MCA to field its candidate on a communal ticket but within an interethnic framework" (1988: 159). Stubbs sebagaimana Vasil dan Diane mengandaikan pertentangan personaliti dan rasa permusuhan terhadap Dato Onn mendorong MCA Selangor bekerjasama dengan UMNO bagi menentang IMP dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur (1989:209).

Page 6: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Dalam tahun 1991 Ahmad Fawzi Basri telah menerbitkan satu koleksi Ucapan Yang Dipertua UMNO 1946-56 (Ahmad Fawzi Basri et al., 1991) dan salah satu Ucapan Tunku Abdul Rahman telah menyentuh secara langsung mengenai asal usul Perikataan UMNO-MCA. Ucapan tersebut bertajuk "Mengapa Perikatan Dibentuk" dibuat pada 17 Mac 1955 di Universiti Malaya (Ibid: 340-248) dapat menambahkan informasi mengenai asal usul Perikatan UMNO-MCA. Tunku telah menerangkan: (1) Bagaimana Perikatan telah ditubuhkan; (2) Mengapa Perikatan ditubuhkan; dan (3) Tujuan dan polisi Perikatan (Ibid: 340). Walau pun bahan ini telah lama didedahkan kepada pengetahuan orang ramai, nampaknya tiada pula para sarjana merujuk bahan tersebut. Salah satu sebab mungkin kerana bahan ini diterbitkan dalam tulisan jawi yang tidak dapat dibaca oleh para sarjana yang telah disebutkan. Informasi yang diberi oleh Tunku masih boleh disangsikan ketepatannya atau belum dapat diterima sebagai fakta sejarah.

Dalam tahun 1992 pula Muhamad Agus Yusoff (1992a; 1992b) menerbitkan dua buah kajiannya: Consociational Politics: The Malaysia Experience dan “Demokrasi Permuafakatan di Malaysia: Suatu Analisis” yang mengkaji mengenai kerjasama parti-parti politik perkauman Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC) dengan mengunakan rangka tiori politik permuafakatan (consociational ) seperti yang dikemukakan oleh Arend Lijphart. Muhamad Agus mengelakkan diri dari memberi penjelasan mengenai proses politik yang membawa kepada kemunculan Perikatan UMNO-MCA. Dengan rengkas dinyatakan:

Teori demokrasi permuafakatan mengatakan kestabilan politik akan tercapai jika elit-elit dari berbagai segmen sosial bersetuju berkerja sama. Di Malaysia, permuafakatan antara kaum bermula dengan terbentuknya Perikatan pada 1952, bila dua parti utama, UMNO (Melayu) dan MCA (Cina) berkerjasama dalam menghadapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (1992b:63).

Dengan demikian kajian ini dijalankan juga dengan harapan untuk mendeskripsikan secara jelas dan kronologikal peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penubuhan Perikatan UMNO-MCA dan memperluaskan lagi pengetahuan tentang asal-usul politik permuafakatan di Malaysia.

Rekonstruksi Asal Usul Perikataan UMNO-MCA

Perikatan merupakan satu koalisi parti-parti politik perkauman Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan kemudian India (Malayan/Malaysia Indian Congress atau MIC) berlandaskan politik permuafakatan atau "consociationalism." Asal usul Perikatan dapat dikesan sejak bermulanya tradisi permuafakatan di kalangan pemimpin-pemimpin atau golongan elit

Page 7: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Melayu, Cina dan kaum-kaum lain bagi menyelesaikan konflik perkauman yang melanda penduduk Tanah Melayu sejak zaman pendudukan Jepun (1942-1945).

Pada zaman pendudukan Jepun British telah merancang satu dasar baru yang dikenali sebagai Malayan Union. Dasar ini digubal dengan tujuan untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah satu unit pentadbiran dan menamatkan sistem pemerintahan secara tidak langsung yang rumit dan tidak cekap. Dasar baru ini membayangkan satu perubahan dasar terhadap komuniti Cina dan penghapusan dasar "pro-Melayu" yang diamalkan sebelum perang (Oong, 1993: 87-128). Dasar baru untuk memenangi sokongan dan meningkatkan kerjasama komuniti Cina terutama pasukan gurila Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) terhadap usaha-usaha British untuk mengambil kembali Tanah Melayu daripada angkatan tentera Jepun. Dasar baru itu akan memberi peluang kepada orang Cina untuk menjadi warganegara Malayan Union dan menikmati hak-hak politik yang sama seperti orang Melayu atau masyarakat bumiputera. Ini bermakna dasar tersebut menjejaskan hak-hak atau kedudukan politik orang Melayu. Dasar tersebut juga menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu dan konsep negeri-negeri Melayu sebagai tanah air orang Melayu.

Pendudukan Jepun telah mencetuskan ketegangan kaum yang hebat di Tanah Melayu kerana dasar-dasar Jepun yang menindas komuniti Cina dan lebih bertolak ansur dengan masyarakat Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dengan mengejut pada 14 Ogos 1945 pasukan gurila MPAJA atau askar Bintang Tiga mengambil kesempatan untuk mengisi "political vacuum" dan mengambil alih pentadbiran di beberapa wilayah yang ditinggalkan oleh tentera Jepun. Pasukan gerila MPAJA yang didominasi orang Cina terutama daripada Malayan Communist Party (MCP) mengambil kesempatan untuk menangkap dan membicarakan orang-orang yang disyaki menjadi talibarut Jepun. Secara kebetulan kebanyakan mereka yang ditahan dan dibunuh terdiri dari masyarakat Melayu. Keadaan ini telah mencetus konflik perkauman yang serius apabila masyarakat Melayu bertindak balas menyerang anggota masyarakat Cina di beberapa kawasan di Tanah Melayu.

Konflik perkauman berterusan apabila British mengumumkan rancangan Malayan Union. Masyarakat Melayu di bawah pimpinan Dato Onn bin Jafaar telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO bagi memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan masyarakat mereka dan menggagalkan Malayan Union. British yang menyedari bahawa kedudukan kuasa mereka di Tanah Melayu amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang Melayu dan raja-raja menampakkan kesediaan untuk meminda perlembagaan melalui rundingan

Page 8: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

dengan wakil-wakil UMNO dan Raja-raja. Hasilnya satu perlembagaan baru yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan telah diperkenalkan.

Dengan pengenalan perlembagaan Perjanjian Persekutuan, peluang orang Cina dan bukan Melayu yang lain untuk menjadi warganegara menjadi terlalu sukar dan harapan mereka untuk menyertai bidang perkhidmatan awam menjadi tipis. Perlembagaan ini memulih kedaulatan "dalaman" Raja-raja Melayu dan konsep Tanah Melayu sebagai negeri bagi orang Melayu.

Tindakan British mengadakan rundingan dengan orang Melayu melalui UMNO dan Raja-raja Melayu dalam hal-hal perlembagaan dan memperkenalkan dasar persekutuan membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan golongan nasionalis Melayu berhaluan kiri seperti Malay Nationalist Party (MNP). Tan Cheng Lock, seorang tokoh Cina Peranakan yang sangat kecewa dengan tindak British telah menyatukan diri dengan golongan kiri telah membentuk satu Majlis tindakan Bersama atau Council of Joint Action (CJA) bagi memperjuangkan soal-soal perlembagaan.

Beberapa pertubuhan dan kesatuan sekerja yang kebanyakannya dipengaruhi oleh MCP menyertai CJA. Orang Melayu kecuali MNP dan pertubuhan-pertubuhan Cina berhaluan kanan seperti Dewan-dewan Perniagaan Cina, Dewan-dewan Perhimpunan Cina dan lain-lain yang berhaluan kanan tidak memberi menyertai CJA. Tetapi mereka turt membantah sikap British yang mengenapikan masyarakat Cina dalam perbincangan mengenai isu-isu perlembagaan. Usaha-usaha CJA untuk memperluaskan pengaroh keatas masyarakat Melayu tidak berjaya walaupun beberapa kali CJA bertukar nama kepada Pan-Malayan Council of Joint Action (PMCJA), dan kemudian dikenali sebagai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan akhirnya dinamakan sebagai AMCJA-PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat). AMCJA-PUTERA telah merangka sebuah perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan). Beberapa prinsip Perlembagaan Rakyat termasuk penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penerimaan nama "Melayu" untuk taraf kewarganegaran dan rupa bangsa Tanah Melayu. Walau bagaimanapun kerajaan British tidak dapat menerima cadangan AMCJA-PUTERA.

Apabila kerajaan Persekutuan dibentuk masyarakat Cina telah memulaukannya dan melancarkan "hartal." MCP mengambil kesempatan dalam situasi tersebut dengan melancarkan pemberontakan bersenjata dan mencetuskan keadaan darurat. Perhubungan kaum menjadi tegang, memperkuatkan lagi konflik di kalangan penduduk Tanah Melayu kepada dua pihak yang bertentangan-Melayu dan bukan Melayu. Masing-masing

Page 9: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

kelompok merasakan untung nasib, kepentingan dan hala tuju mereka berlainan. Dalam situasi inilah Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya-Jeneral British bagi Asia Tenggara menyedari ketegangan kaum yang tidak terkawal boleh menghancurkan Tanah Melayu (Oong, 1996). Ia mengambil peranan penting dalam usaha mengurus dan mengurangkan konflik perkauman dengan mengambil langkah-langkah untuk menjalinkan hubungan yang rapat dengan di kalangan pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu.

MacDonald memainkan peranan penting untuk membawa pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina ke meja rundingan bagi membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan isu-isu yang menyentuh masa hadapan Tanah Melayu. MacDonald dan pegawai-pegawai British yang lain berusaha menyakinkan pemimpin-pemimpin Melayu bahawa mereka harus menumpukan perhatian kepada usaha-usaha membaiki ekonomi masyarakat mereka dengan cara antara lain mendapatkan kerjasama daripada masyarakat Cina. Sebagai ganjaran kepada kesediaan orang Cina membantu masyarakat Melayu mereka akan diberi hak-hak politik yang lebih luas. Pemimpin-pemimpin Cina dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam tindak tanduk mereka agar tidak menimbulkan kecurigaan dan salah faham di kalangan orang Melayu. Misalnya, apabila Tan Cheng Lock menyatakan hasratnya untuk membentuk pertubuhan Cina yang kemudiannya dikenali sebagai MCA ia telah dinasihati agar berbincang dahulu dengan pemimpin-pemimpin Melayu bagi menggelakkan sebarang salah faham (Malcolm MacDonald Papers).

Pada 29 Disember 1948 satu pertemuan telah diadakan di rumah Dato Onn di Johor yang dihadiri oleh beberapa pemimpin Melayu, Cina dan MacDonald. Pertemuan ini membuka jalan bagi pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina untuk menjalinkan perasaan muhibbah dan membawa Communities Liaison Committee atau nama singkatnya CLC. CLC berusaha memupuk semangat bekerjasama dan berakomodasi di kalangan golongan elit Tanah Melayu terutama di antara pemimpin-pemimpin UMNO dengan MCA. CLC telah dapat menghasilkan satu formula bagi kerjasama antara kaum. Kedudukan istimewa bangsa Melayu diakui dan masyarakat Melayu dibantu dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Masyarakat Cina atau bukan Melayu akan memperolehi hak-hak politik yang lebih luas dan peluang lebih ramai bagi mereka menjadi warga negara. Walau bagaimana pun ini perlu dinyatakan segala cadangan CLC tidak samestinya diterima atau dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Cadangan-cadangan dikemukakan juga tidak mengikat mana-mana parti politik walau pun pemimpin-pemimpin mereka menjadi ahli CLC. Tetapi yang lebih penting CLC membuka jalan membolehkan para pemimpin politik Melayu dan bukan Melayu berkerja sama dan meneruskan kaedah rundingan atau permuafakatan bagi mengatasi konflik perkauman pada masa hadapan.

Page 10: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Proses dan Perkembangan Politik Kearah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA 1952

CLC memainkan peranan secara tidak langsung dalam menimbulkan kesederan di kalangan pemimpin-pemimpin politik Melayu dan Cina bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan dan membentuk hala tuju yang sama yaitu membawa Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dan membina sebuah kesatuan negara bangsa. MacDonald dapat melihat dengan jelas perubahan sikap pemimpin-pemimpin pelbagai kaum dalam CLC. Menurutnya:

a. members of each community spoke quite frankly about the other communities, and no-one took offence at this; b.The Chinese and other non-Malays showed great readiness to make concessions to the Malays in the economic field; c. The Malays were impressed with this and lost something at least of their suspicions of the bona fides of the non-Malays on the Committee... (Oong, 1993:275).

Peranan CLC secara tidak langsung mengurangkan perasaan perkauman pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina terutama Dato Onn dan Tan Cheng Lock. Pada penghujung tahun 1950 Dato Onn Jaafar ingin mengubah UMNO darisebuah pertubuhan Melayu kepada organisasi tidak perkauman dengan tujuan untuk menyatukan semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira bangsa dan agama. Ia mencadangkan agar asas keanggotaan UMNO diperluaskan untuk membolehkan orang bukan Melayu yang merupakan warganegara Persekutuan menjadi ahli bersekutu atau associate member (Vasil,1971:46). Yong Shook Lin, Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin MCA telah diterima sebagai ahli bersekutu UMNO (TCL/VII/7 16 April 1950). Dato Onn kemudian ingin mengubah nama UMNO daripada "United Malay National Organisation" kepada "United Malayan National Organisation." Ia menyatakan hasratnya untuk membentuk sebuah parti baru andai kata ahli-ahli UMNO menolak cadangan tersebut. Parti baru itu bermatlamat mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam masa tujuh tahun (Vasil, 1971: 46).

Sebagaimana Dato Onn, Tan Cheng Lock juga menaroh harapan untuk melihat kemunculan badan bukan perkauman. Idea ini dikemukakan dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MCA pada 21 April 1951. Menurut Tan parti itu "might be superimposed upon, and co-exist with UMNO,MCA and the Malayan Indian Congress (MIC)." Tan menyatakan bahawa:

Perhaps what is needed, and the first and most practical step to be taken under existing development of Malayan consciousness among the people of this land would be to create a new United Malayan National

Page 11: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Organization or Party with a new constitution in which members of all the races are assembled and meet on a common ground and an equal footing to discuss the affairs of the country purely as Malayans and which may be superimposed on or superadded to and co-exist with the existing communal bodies such as the United National Malay National organisation, Malayan Indian Congress and Malayan Chinese Association which are to be retained to care only for the special and peculiar interests of the various communities (Oong, 1993:289)

Ia menambah:

Thus the ground could be prepared for the possible eventual merging of the existing communal Associations into the proposed non-communal and national organization when the time is ripe for and the circumstances should indicate such a course....(Oong, 1993: 298)

Mengikut Malayan Political Intelligence reaksi terhadap cadangan Tan Cheng Lock untuk "... amalgamate the three main communal organisations has been varied" (CO537/7346) MCA Cawangan Seberang Perai mengalu-alukan idea tersebut dan mencadangkan nama bakal parti politik atau badan yang akan dibentuk sebagai Kongres Tanah Melayu atau Malayan Congress. Beberapa pemimpin MIC “… also welcomed the proposal to amalgamate the MCA, MIC and UMNO" (ibid.).

Cadangan Tan Cheng Lock berbeda sedikit dengan cadangan Dato Onn. Tan Cheng Lock mencadangkan penubuhan UMNO baru-- United Malayan National Organization tetapi UMNO lama (United Malays National organization) dikekalkan atau "co-exist." Parti baru itu akan menjadi payung atau pengikat kepada badan-badan perkauman-- UMNO, MCA dan MIC. Dalam kata-kata lain Tan Cheng Lock ingin mewujudkan perpautan di antara parti baru dengan badan-badan perkauman yang telah sedia ada. Konsep yang dikemukakan hampir mendekati konsep perikatan atau politik permuafakatan. Tetapi Dato Onn pula ingin menukarkan United Malays National Organization kepada United Malayan National Organization yang akan membawa kepada penghapusan organisasi politik Melayu. Usaha Dato Onn ini tidak berjaya kerana ideanya terlalu kehadapan dan belum dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Dato Onn juga nampaknya terpengaroh dengan kenyataan British yang akan memberi kemajuan politik dan kemerdekaan kepada Tanah Melayu jika penduduk Tanah Melayu dari pelbagai kaum dapat bersatupadu dan berkerjasama. Dato Onn dengan berat hati telah mengambil alternatif kedua, keluar daripada UMNO dan berusaha menubuh parti baru yang dinamakan IMP yang bersifat bukan perkauman. Tan Cheng Lock pula menyokong parti baru yang dicadangkan tetapi ia terus kekal dalam MCA.

Page 12: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Setelah berbincang dengan Tan Cheng Lock Dato Onn mengambil keputusan untuk mengumumkan tujuannya untuk membentuk sebuah parti bukan perkauman pada awal bulan Jun 1951. Dato Onn kemudiannya menemui Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Henry Gurney memberitahu J. Higham, pegawai kolonial di Pejabat Kolonial di London bahawa ia "had a long and frank talk" dengan Dato Onn pada 13 June 1951 (CO573/7303,1951). Mengikut Gurney, Dato Onn menerangkan tujuannya untuk membentuk Independence of Malaya Party untuk membebaskan dirinya daripada "the inactive and purely conservative elements in UMNO who have been obstructing his efforts to admit non-Malays into UMNO." Golongan ini, menurut Dato Onn, "merely a dead weight in any political party"(ibid.) Dato Onn berharap sebagai pemimpin sebuah parti bukan perkauman yang baru ia akan berupaya mengambil "... the live and active elements of UMNO and also the kampong Malays" (ibid.)

Gurney memberi nasihat kepada Dato Onn supaya terus memimpin UMNO dan juga IMP. Tetapi Dato Onn sudah berazam meninggalkan UMNO kerana "...he was utterly tired of the sabotaging of his efforts by diehards in UMNO"(ibid.).

Pada 26 Ogos 1951 Dato Onn secara rasmi meletakkan jawatan dalam Perhimpunan Agong UMNO. Tunku Abdul Rahman, adek Sultan Kedah telah mengambil alih teraju kepimpinan UMNO. Dato Onn menganjurkan satu perhimpunan di Majestic Hotel, di Kuala Lumpur pada 17 September 1951. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock. Dianggarkan kira-kira satu ribu orang yang mewakili berbagai bangsa dan kaum menyertai perhimpunan ini. Satu resolusi telah diterima yang antara lain menyatakan:

We, the people, here assembled, do hereby affirm the unalterable and inalienable right of the people of this country to determine the future political, social, and economic destiny of Malaya. Fully conscious of the grave problems of the present and the future, we solemnly pledge ourselves to the task of uniting the people in common loyalty, irrespective of creed, class,or race, and to work together towards the goal of an independent State of Malaya.(Oong, 1993:294).

Sebuah jawatankuasa untuk mengorganisasikan IMP telah dibentuk yang turut dianggotai oleh pemimpin-pemimpin MCA seperti Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, Setiausaha Agung MCA, dan Khoo Teik Ee, Bendahari MCA. IMP menyebutkan objektifnya di antara lain: (1) mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun, (2) pilihanraya berasaskan prinsip demokrasi diperkenalkan diperingkat kerajaan tempatan pada 1953 dan kemudian ke peringkat perundangan pusat berasaskan "adult suffrage" pada 1955, (3) memalayanisasikan

Page 13: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah Melayu (Malayan service), (4) memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanak-kanak berumur di antara enam hingga dua belas tahun, (5) membaiki perkhidmatan kebajikan sosial, terutama di kawasan luar bandaran the rural areas, (6) memberi subsid dan jaminan harga barangan keluaran petani-petani, dan (7) mengadakan reform ke atas sistem feudal di negeri-negeri Melayu (Khong, 1984:162).

Pembentukan IMP telah menimbulkan kembali kegelisahan masyarakat Melayu yang dahulunya menentang habis-habisan dasar Malayan Union. Perinsip IMP yang menekankan kosep persamaan hak kepada semua tanpa mengira bangsa, agama atau etnik menyerupai dasar Malayan Union. Apabila sahaja Dato Onn membuat pengumuman untuk membentuk sebuah parti baru masyarakat Melayu terus mengecamnya. Dalam sepucuk surat kepada akhbar, seorang Melayu dari Kedah mengatakan pembentukan parti itu merupakan "... a prelude to the disappearance of the Malay race" (Finkelstein, 1952: 12) dan taraf orang Melayu akan diturun seperti "... the Red Indians striving to live in the waste lands of America" (ibid.).

Pembentukan IMP telah menimbulkan konflik perkauman kuat terutama di Kedah. Menurut Tunku "Di Kedah sahaja telah berlaku perbunuhan di dalam tidak kurang dari empat buah kampung" (Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341). Tunku Abdul Rahman yang juga Presiden UMNO menentang keras prinsip-prinsip IMP yang membuka pintu keahliannya kepada semua orang tinggal di Tanah Melayu tanpa mengira kesetiaan atau hak-hak kelahiran mereka di sini (Vasil, 1971:52). Memandangkan tentangan yang kuat daripada orang Melayu harapan IMP untuk menjadi organisasi yang kuat agak tipis. Namun begitu Dato Onn mempunyai kenyakinan sikap orang Melayu terhadap IMP akan berubah. Menurut Dato Onn: "In six or twelve months the Malays would have got used to the idea of this party"(Oong, 1993:295).

Orang Cina terutama yang diwakili oleh MCA lebih berhati-hati dalam memberi sokongan kepada IMP. Di kalangan orang ramai Tan Cheng Lock menyatakan sokongan kepada IMP dan ia juga menyeru mereka terutama masyarakat Cina supaya mereka menyokong IMP. Tetapi secara sulit Tan Cheng Lock meneruskan rancangan asalnya ia itu membentuk satu perpautan atau perikatan parti-parti politik perkauman-- UMNO-MCA dan MIC dengan parti baru atau IMP. Sementara itu MIC memberi sokongan kuat kepada IMP, bahkan mengikut Vasil MIC "was to remain loyal to the IMP throughout until its end" (1980: 82-83). Ini bermakna dua organisasi politik-- MCA dan MIC sudah mempunyai hubungan rapat dengan IMP.

Jika Tan Cheng Lock ingin merealisasikan idea politiknya untuk mewujudkan perpautan badan-badan politik perkauman-- UMNO, MCA

Page 14: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

dan MIC dengan organisasi bukan perkauman-- IMP, ia harus terlebih dahulu menyelesaikan konflik di antara Dato Onn dengan Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan membawa mereka ke meja perundingan. Sebagai salah satu usaha melaksanakan rancangan politiknya Tan Cheng Lock telah membentuk Tabung Kerjasama Ekonomi dan Persahabatan Melayu-Cina atau Sino-Malay Friendship and Economic Cooperation Fund(SMFECF) yang anggota-anggotanya akan terdiri dari Dato Onn, Tunku dan lain-lain (TCL/4/2-2a,Singapore). Tetapi apabila perkara ini dibawa ke dalam mesyuarat MCA pada 16 September 1951 nama Tunku tidak termasuk dalam cadangan keanggotaan SMFECF mungkin disebabkan tentangan daripada Dato Onn atau Tunku sendiri keberatan menjadi anggota tabung ini.

Pada mulanya MCA bercadang untuk memberikan peruntukan berjumlah $100,000.00 untuk tabung berkenaan yang dinyatakan tujuannya untuk membaiki ekonomi masyarakat Melayu (TCL.4.1. 1951; TCL.4.7a; dan TCL.4.1b.). Peruntukan besar yang disediakan oleh Tan Cheng Lock ini dapat dilihat sebagai rasuah politik (political bribe) untuk mempengarohi dan mendorong Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn bekerjasama dan mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang dibentukkan nanti. Tan Cheng Lock membincangkan rancangan pembentukan jawatankuasa SMFECF tersebut dengan Md. Sopiee (Social Welfare Department) yang diharapkan dapat menjadi orang pengantara antaranya Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam suratnya kepada Tan Cheng Lock bertarikh 12 November 1951, Md. Sopiee yang mungkin tidak dapat membaca niat politik Tan Cheng Lock menyatakan kesediaannya untuk memberitahu Dato Onn dan pemimpin-pemimpin UMNO mengenai SMFECF dan rancangan MCA untuk membantu membaiki ekonomi masyarakat Melayu (TCL/4/7b, Singapore). Menurut pandangan Md. Sopiee, besar kemungkinan Tunku Abdul Rahman akan bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut jika ia dijemput dan ia bersedia "to sound UMNO leaders on [Tan Cheng Lock}... plan and their participation in it" (ibid.). Tetapi ia menjangka Dato Onn tidak akan bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan kemungkinan besar akan meminta supaya peruntukan yang dicadangkan diselenggarakan melalui Rural and Industrial Development Authority (RIDA). Md. Sopiee menambah: "What we have to remember is that it is the goodwill of the Malays that we want, and not if Dato Onn or Raja Ayoub or myself." Md. Sopiee juga mengingatkan Tan Cheng Lock "Eventhough we might disagree very strongly with Tunku Abdul Rahman and his narrow communalism, UMNO is still the most representative of existing Malay organisations." Pada pandangannya "...it would be a tragic failure if we by-passed UMNO" (ibid.).

Usaha-usaha Tan Cheng Lock untuk memainkan peranan sebagai orang tengah di antara Dato Onn dan Tunku menghadapi masalah apabila

Page 15: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Dato Onn meminta ia mengambil peranan penting bagi menubuhkan cawangan IMP di Melaka. Permintaan Dato Onn yang terkandong dalam suratnya bertarikh 30 November 1951 telah menimbul dilemma bagi Tan Cheng Lock. Tan Cheng Lock sebenarnya belum bersedia untuk komited kepada IMP tetapi ia harus memberikan jawapan yang positif bagi mengelakkan sebarang salah faham dengan Dato Onn. Dengan demikian Tan Cheng Lock menyatakan ia menyokong cadangan Dato Onn bagi membentuk cawangan IMP Melaka (TCL.4.7. 15 Dis. 1951, Singapore). Tan Cheng Lock juga memberitahu Dato Onn bahawa "I have also written to Mr. Humphrey Ball of Allen & Gledhill to see me." Ia menambah "He has been so far extremely useful to our cause" (ibid.) Ball, seorang peguam British yang kemudiannya menjadi Penasihat Undang-undang MCA membincangkan perkara tersebut. Tan Cheng Lock tidak menjelaskan apa pandangan atau pendirian Ball tetapi kemudian didapati Ball mempunyai pandangan yang bertentangan dengan cadangan Dato Onn.

Pada 19 Disember 1951 MCA cawangan Melaka telah mengadakan satu mesyuarat informal dengan tujuan untuk membentuk IMP cawangan Melaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Humphrey Ball telah mencadangkan supaya "... a reconciliation between [the] I.M.P and U.M.N.O should be attempted before the creation of a Branch in Malacca" (HBB, 1951). Jika tidak menurut Ball, "there was a risk of creating a racial division" (ibid.). S. Shunmugan, seorang peguam, juga menyokong dengan kuat cadangan Ball. Ia mengatakan "... it would be desirable that other parties and Organisations having the same aims as I.M.P. should be allowed to affiliate rather than forced to disband" (ibid.). Dalam mesyuarat tersebut Tan Cheng Lock memperlihatkan sokongan kepada "I.M.P movement whole-heartedly because it undertook to work for communal equality" dan ia merayu kepada hadiran untuk membentuk "Organising Committee" bagi IMP cawangan Melaka (ibid.). Para hadiran yang lain termasuk Tan Siew Sin menyokong cadangan ini. Beberapa orang yang dipilih menjadi ahli jawatankuasa tersebut termasuk lah Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin dan C.F. Gomes yang menjadi "Convenor of the Organising Committee" (ibid.).

Nampaknya mesyuarat ini lebih merupakan satu sendiwara untuk memberi tambahan masa bagi Tan Cheng Lock meneruskan rancangannya. Jika Tan Cheng Lock benar-benar tidak bersetuju dengan pandangan Ball ia tidak akan mengambilnya sebagai Penasihat Undang-undang MCA. Tan Cheng Lock boleh menggunakan pandangan Ball dan Shunmugan sebagai alasan bagi melengah-lengahkan pembentukan IMP cawangan Melaka. Oleh kerana itu dalam mesyuarat tersebut Tan menyatakan "...if Mr. Shunmugan and Mr. Ball would put their views on paper he would forward to Dato Onn..."(ibid.) Mesyuarat tersebut memutuskan akan membentuk IMP pada Januari 1952 sekiranya terdapat

Page 16: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

sekurang-kurangnya 250 yang mendaftar untuk menjadi ahli IMP cawangan tersebut. Walau bagaimanapun IMP Cawangan Melaka tidak dapat dibentuk mengikut jadual yang ditetapkan. Sementara itu IMP Cawangan Kuala Lumpur pula mendapati kesukaran untuk menjalinkan kerjasama dengan MCA Cawangan Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat Jawatankuasa IMP Cawangan Kuala Lumpur pada 3 Januari 1952 Dato Onn menyatakan bahawa MCA Cawangan Selangor "was not prepared to come in with the IMP for the election"(Vasil, 1980:85). Perkembangan yang berlaku menunjukkan bahawa sementara MCA Melaka berusaha mengukohkan hubungan dengan IMP, MCA Kuala Lumpur pula menjauhkan diri. Perkembangan-perkembangan yang terjadi memang telah menimbul kekeliruan Dato Onn dan juga beberapa pemimpin MCA sendiri terutama kelewatan menubuhkan IMP Cawangan Melaka. Ini menyebabkan Dato Onn meminta penjelasan MCA yang dijawab oleh Tan Siew Sin.

My father [Tan Cheng Lock] informs (me) that (Yong) Shook Lin (MCA Secretary general) is under the impression that we in Malacca are afraid of forming a branch of the IMP just because two lawyers [H.B.Ball and S.Shunmugam] are against it. I can assure you on behalf of my father and myself that the opposition of two lawyers is no importance whatever as far my father and I are concerned" (kutipan dlm Vasil,1971:p.66).

Sementara itu tindakan Dato Onn dan pemimpin-pemimpin politik lain telah membentuk IMP, Tunku Abdul Rahman selaku Yang DiPertua atau Presiden UMNO "telah berasa khuatir di atas nasib orang-orang Melayu kelak sekiranya parti tersebut memegang kuasa atas Malaya"(kutipan dalam Ahmad Fawzi Basri, 1991:340). Tunku menyedari bahawa perkembangan politik waktu itu telah meningkatkan konflik perkauman. IMP sebuah organisasi politik yang memperjuangkan kosep persamaan hak bagi semua kaum disokong oleh MCA dan MIC, sementara masyarakat Melayu pula terus menyokong UMNO. Konflik perkauman akan bertambah buruk jika sekiranya kedua-dua pihak--IMP, MCA dan MIC-- di satu pihak bertanding melawan UMNO.

Memandangkan keadaan demikian Tunku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menghadiri satu pertemuan di kediaman Thuraisinggam (bekas pengerusi CLC dan juga pemimpin IMP) pada bulan Januari 1952. Antara mereka yang turut serta termasuk Tan Cheng Lock, Rasmani R. Ramani, seorang peguam India dan beberapa ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Menurut Thuraisinggam "the reason for the meeting as being the altruistic one of saving Malaya from bloodshed."(CO 1022/85 B.H. Oon kepada J.J.Paskin, 5 Feb. 1952). Untuk menggelakkan konflik perkauman Thuraisinggam mencadangkan supaya dibentuk sebuah pergerakan antara kaum seperti CLC dengan salah satu tujuan untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku juga telah

Page 17: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

bersetuju dengan cadangan tesebut yang menurutnya "Saya telah mengambil berat pergi jumpa Dato Sir Onn dan pemimpim-pemimpim IMP... dan mencadangkan kepada mereka supaya mengadakan perikatan dengan UMNO" (kutipan dalam Ahmad Fawzi Basri, 1991:341). Tetapi pertemuan ini gagal menghasilkan satu keputusan yang positif kerana menurut B.H.Oon, ahli Majlis Perundangan Persekutuan dari Pulau Pinang dan salah seorang pemimpin MCA, "T[unku] A[bdul Rahman] took the stand that all must help him drive out the British before he would discuss terms of granting rights to non-Malays" (CO 1022/85). Tan Cheng Lock tidak membuat sebarang komitmen dan seterusnya "... excused himself to attend a dinner with Sir J.Hay"(ibid.).

Cadangan Tunku untuk membentuk perikataan UMNO dengan IMP telah gagal kerana menurut Tunku "Mereka [IMP] telah menolak" (Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341). Selepas itu "beberapa orang pemimpin-pemimpin UMNO di Kuala Lumpur telah berjumpa saya dan memberitahu bahawa tujuan mereka hendak mengadakan perikataan dengan MCA untuk bertanding di dalam pilihanraya Municipal Kuala Lumpur"(Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341). Menurut Tunku, "Saya telah berfikir inilah suatu jalan bagi menghuraikan masalah yang telah meruncingkan saya itu dan saya pun memberikan persetujuan saya dengan serta-merta, dan dengan itu terdirilah Perikatan dengan tujuan bertanding di dalam pilihanraya Municipal Kuala Lumpur." (Ahmad Fawzi Basri, 1991:341) yang diadakan pada 16 Februari 1952.

Pilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur Dan Pengumunan Perikatan UMNO-MCA

Para pemerhati politik semasa seperti para wartawan tidak mengetahui pertemuan sulit yang diadakan di antara Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn di rumah Thuraisinggam di Kuala Lumpur. Berita mengenai peristewa ini tidak kedapatan dalam akhbar-akhbar tempatan. Apabila UMNO Cawangan Kuala Lumpur dan MCA mengumumkan deklarasi bersama pada 8 januari 1952 sebuah akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk "UMNO and MCA To Fight Elections" menyatakan : "The merger was the most unexpected move to date in the campaign" (The Straits Budgets, 10 Januari 1952).

The Straits Budgets menyatakan bahawa pengumuman deklarasi bersama tersebut dibuat satelah satu perjumpaan diadakan di anatara H.S.Lee, Presiden MCA Cawangan Selangor dan Dato Yahya bin Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UMNO Kuala Lumpur. Seterusnya dinyatakan bahawa UMNO-MCA akan bertanding dalam pilihanraya tersebut "on a common non communal, non-party basis" (ibid.). Akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan pada 9 Januari 1952 di bawah tajuk berita "Kegemparan Dalam Pilihanraya Kuala Lumpur:

Page 18: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

UMNO Dan MCA Bersatu" melaporkan bahawa "Suatu kejadian yang telah mengemparkan telah berlaku dalam ... pertandingan pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur... dua pertubuhan politik yang berdasarkan perkauman telah bersatu dalam pertandingan itu."

Akhbar Utusan Melayu keluaran hari berikutnya melaporkan reaksi berbagai-bagai pihak terhadap tindakan MCA dan UMNO menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya ini. R.K. Pannikar, ahli Majlis Bandaran Kuala Lumpur berkata: "perpaduan antara UMNO cawangan Kuala Lumpur dengan Persatuan Cina Malaya ada lah satu perpaduan yang tidak suci." (Utusan Melayu, 10, Jan. 1952) Ia juga mengatakan "sekarang siapa jual Melayu kepada Cina... UMNO atau Parti Kemerdekaan Malaya." K.L.Devasar, Presiden MIC yang juga calon IMP dalam Pilihanraya Majlis Bandara Kuala Lumpur berpendapat:

Perpaduan itu satu perpaduaan di luar kulit sahaja. Bagaimana dua pertubuhan yang berdasar perkauman bersatu padu dan memanggil diri mereka satu pertubuhan yang tidak berdasar perkauman.

Hashim Ghani, Presiden Persatuan Melayu Semenanjung dilapor sebagai berkata:

Saya meramalkan bahawa UMNO akan sekali lagi jatuh di mata orang ramai. Saya tidak terkejut kalau Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UMNO Kuala Lumpur telah menjualkan UMNO kepada Persatuan Cina Malaya. Saya takut tindakan ini tidak dipersetujui oleh UMNO ibu pejabat.

Akhbar Utusan Melayu juga melaporkan tindakan UMNO Kuala Lumpur dan MCA Cawangan Selangor tersebut mendapat respon yang positif daripada Mohammad Sopiee yang dilaporkan sebagai Setiausaha Parti Buruh Selangor (Utusan Melayu, 10 Jan.1952). Menurut Utusan Melayu Inche Sopiee berkata:

dia menyambut baik akan perpaduan itu kerana pilihanraya Munisipal tidak akan dijalankan di atas dasar perkauman. Dia berharap perpaduan tidak terbatas kepada setakat Kuala Lumpur atau Selangor sahaja tetapi seluruh Malaya. Dia juga berharap bahawa perpaduan ini tidak bersifat sementara hanya dalam pertandingan Pilihanraya Munisipal sahaja tetapi kekal sebab kedua-dua pertubuhan itu ada lah pertubuhan-pertubuhan yang betul-betul mewakili kaum Melayu dan Cina.

Perlu disebutkan kembali bahawa Mohamad Sopiee telah membantu Tan Cheng Lock dalam usaha-usaha untuk menarik Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO menganggotai jawatankuasa SMFECF dan ia juga mengingatkan Tan supayai tidak

Page 19: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

mengenapikan UMNO. Besar kemungkinan Mohammad Sopiee masih meneruskan peranan sebagai orang tengah di antara Tan Cheng Lock dengan Tunku Abdul Rahman dan menyokong kuat pewujudan kerjasama UMNO-MCA dalam pilihanraya ini.

Tuduhan bahawa ibupejabat UMNO tidak mengetahui usaha-usaha bagi mewujdkan kerjasama UMNO-MCA telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Sadon Jubir, ahli Jawatankuasa Kerja Agung UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Hal-ehwal Siasah dan Pilihanraya UMNO mengatakan pihak ibupejabat mengetahui perkara itu dan "ibupejabat UMNO telah bersetuju dengan sikap UMNO Kuala Lumpur itu" ( Utusan Melayu 10 Januari 1952). Sadon menambah bahawa "...itu lah cara yang baik dalam perjuangan pilihanraya itu." Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO turut serta dalam kempen pilihanraya untuk menyokong calon-calon UMNO dan MCA. Pada 13 Januari 1952 turut hadir dalam satu rapat umum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. Tunku memberi penjelasan kepada para hadirin seramai 400 orang (70 daripadanya Melayu) bahawa "beberapa kejadian telah berlaku dalam beberapa bulan terakhir ini menyebabkan UMNO dan Persatuan Cina Malaya sangat perlu bekerjasama dan saling mengerti antara satu sama lain" dan menyatakan perasaan gembiranya kerana "persetujuan di antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Cawangan Selangor... dapat berlaku dengan segera dan lancar..." (Utusan Melayu, 14 Januari 1952). H.S. Lee selaku Presiden MCA Cawangan Selangor pula menjelaskan bahawa pembentukan "Persatuan UMNO-MCA ... merupakan kemahuan semula jadi politik" (ibid.).

Dalam Pilihanraya Bandaran perikatan UMNO-MCA bertanding dalam semua kawasan undi: Lima UMNO dan tujuh MCA termasuk seorang ahli bersekutu. Calon-calon UMNO tediri daripada Inche Abdullah Yassin, Inche Yahya bin Sheikh Ahmad, Inche Salleh Hakim dan Raja Mohamad bin Raja Alang yang kesemua kecuali satu bertanding merebut kerusi-kerusi dalam Sentul Ward. Seorang lagi calon, Raja Mohamad bertanding di Bangsar Ward. Calon-calon MCA pula terdiri dari Chan Kwong Hon, Ong Yoke Lin, Cheah Ewe Keat, Douglas K.K. Lee dan Chan Chee Hong, kesemuanya bertanding di Imbi dan Petaling Ward. Elsie Somasundaram, seorang ahli sekutu MCA turut bertanding di Bangsar Ward. Dalam kempen pilihanraya perikatan UMNO-MCA menekankan kepada isu-isu tempatan seperti yang terkandong dalam deklarasi bersama mereka yang antara lain menekankan aspek-aspek berikut:

1. Inter-racial harmony was a pre-requisite to any successful administration; 2. Close co-operation among all the elected councillors was necessary for

efficient municipal council; dan

Page 20: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

3. The purely localinterests of the municipality did not call for politicalactivies (The Straits Budgets, 10 Januari 1952).

Seperti yang disebutkan pada masa Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan pada pemimpin-pemimpin MCA kelihatan seolah-olah berpecah. Pemimpin-pemimpin MCA terutama Tan Siew Sin, anak kepada Tan Cheng Lock dan Yong Shook Lin memberikan sokongan kuat kepada calon-calon IMP. Sementara itu H.S.Lee, Pengerusi MCA Cawangan Selangor pula menyokong calon-calon perikataan UMNO-MCA (Oong, 1993: 347). Tan Cheng Lock yang dijangkakan akan berkempen bagi IMP mengambil sikap berkecuali. Menurut Vasil sepanjang pilihanraya ini "the IMP had emphasized its non-communal characters; it put forward non-communalism as one of its main appeals"( Vasil,1980:86). Ketepatan pandangan ini boleh diakui. Tetapi untuk menyatakan "The UMNO and the MCA, on the other hand, emphasized their respective communal appeals" agak kurang tepat. Tidak ada bukti menunjukkan MCA cuba mengexploitasikan isu-isu perkauman bagi memancing undi, sebalinya menekankan kepentingan kerjasama antara kaum. UMNO juga menekankan prinsip ini. Misalnya Suara UMNO menyatakan "Kaum-kaum bukan Melayu boleh menaroh kepercayaan penoh dan tidak was-was lagi ya itu orang-orang Melayu bukan lah terlalu sempit fikiran dan pandangan mereka sekira-kira tidak sanggup menimbangkan kedudukan kaum-kaum bukan Melayu" (Petikan daripada Suara UMNO dalam Utusan Melayu, 17 Jan. 1952).

Keputusan pilihanraya memperlihatkan bahawa pengundi memberikan sokongan kuat kepada calon-calon perikatan UMNO-MCA. Sembilan daripada 12 kerusi dimenangi oleh perikatan manakala dua sahaja kerusi diperolehi oleh IMP termasuk kerusi yang dimenangi oleh Presiden MIC Kuala Lumpur. Perikatan UMNO-MCA memperolehi 5,180 undi Melayu, 4,928 undi Cina dan 232 undi India (Vasil,1980:89). IMP pula memperolehi 1,988 undi Melayu, 1,394 undi Cina dan 3,262 undi India (ibid.). Nampaknya masyarakat India memberi sokongan padu kepada IMP mungkin disebabkan oleh kerana K.L.Devasar, Presiden MIC Kuala Lumpur bertanding di atas tiket parti ini.

Keputusan Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur memperlihatkan dengan jelas bahawa masyarakat Melayu dan Cina lebih tertarik kepada idea kerjasama politik antara kaum (interracial cooperation) daripada non-perkauman. Tan Cheng Lock sangat gembira dengan kemenangan yang dicapai oleh perikataan UMNO-MCA dan menghantar telegram ucapan tahniah yang diterima oleh H.S.Lee pada 18 Februari 1952 (Oong, 1993:347). Antara lain ia menyatakan “… that the cause of Sino-Malay co-operation and the political activities should triumph throughout the country...(ibid). Kenyataan ini tidak pula bermakna Tan Cheng Lock tergesa-gesa mengubah pendirian politiknya tetapi perkembangan yang

Page 21: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

berlaku ada lah selaras dengan idea politiknya yang menyatakan: "Principles are more important than people"(ibid: 349). Ia menyokong prinsip-prinsip IMP, kerjasama UMNO-MCA dan Melayu-Cina. Thio Chan Bee, seorang teman karibnya menyatakan: What is now needed is a rallying together of the UMNO-MCA-IMP, but it will need god's guidance and help to be successful." Ia seterusnya menasihatkan Tan Cheng Lock supaya "show goodwill to rival units and hold up the ideal of all-Malayan unity and co-operation for the good of all and for the country" (ibid: 349).

Bagi Tunku Abdul Rahman kemenangan perikatan UMNO-MCA dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur sangat bermakna. Dalam perutusan yang dikirimkan kepada H.S. Lee, Tunku menyatakan "Alliance great achievement profit[s] Malaya" dan berharap perikatan ini akan berkekalan dan berkembang ke seluruh negara (ibid: 348). Tunku juga sacara peribadi bersedia memberi konsesi politik yang lebih luas kepada orang Cina dan bukan Melayu yang lain seperti prinsip kewarganegaraan berdasar jus soli dan konsep Tanah Melayu untuk semua penduduk Tanah Melayu. Tetapi menurut Tunku "in order to get his view agreed to his U.M.N.O. Branches ...there should be liaison meetings between the leaders of the U.M.N.O. and the leaders of the M.C.A. in the various States and Settlements to discuss confidentially and in a friendly manner these various points" ( Ibid.).

Selepas pilihanraya Tan Cheng Lock masih menjalinkan hubungan yang rapat dengan IMP dan Dato Onn di samping itu secara sulit ia terus memainkan peranan orang tengah untuk merapatkan hubungan Dato Onn dengan Tunku Abdul Rahman. Tan Cheng Lock mengikut rombongan Dato Onn ke seluruh Semenanjung bagi membentuk cawangan-cawangan IMP seperti di Melaka dan Pulau Pinang. Melalui H.S. Lee pula perbincangan-perbincangan diadakan untuk membentuk perikatan UMNO-MCA secara formal.

Tindak-tandok Tan Cheng Lock bermain "kayu tiga" telah dapat dihidu oleh Dato Onn dan telah menimbulkan kemarahannya.Hubungan mereka menjadi tegang apabila Dato Onn mengambil tindak balas dengan melancarkan kempen menentang kegiatan-kegiatan MCA yang menganjurkan loteri yang dikatakannya digunakan untuk tujuan-tujuan politik (Vasil, 1971: 72). Tindakan ini menyebabkan Tan Siew Sin meletakkan jawatan daripada IMP pada 18 September 1952. MCA juga meneruskan usaha merapatkan hubungan dengan UMNO. Walau bagaimana pun Tan Cheng Lock perlu mempastikan hubungan ini tidak akan merugikan masyarakat Cina. Pandangan dan sikap Tunku secara peribadi terhadap masyarakat Cina perlu diselidiki agar masa hadapan masyarakat Cina di Tanah Melayu terjamin.

Page 22: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Hampir setahun selepas Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur, yakni pada 3 Februari 1953 buat kali pertama pemimpin-pemimpin MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tunku menghadiri mesyuarat secara tidak formal bagi mengukuhkan hubungan di antara kedua pertubuhan. Antara yang hadir termasuk lah wakil-wakil UMNO: Inche Sardon Jubir [sic], S.A. Bahaman, Dr. Ismail Rahman dan Syed Nasir bin Ismail dan wakil-wakil MCA: H.S.Lee, Leong Yew Koh, S.M. Yong dan Ong Yoke Lin. Tan Cheng Lock telah dipilih bagi mempengerusikan mesyuarat ini dan mesyuarat berikut oleh Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock secara bergilir. T. H. Tan, Ketua Setiausaha Eksekutif MCA dipilih menjadi Setiausaha mesyuarat tidak formal ini. Tan Cheng Lock menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini ia lah "to fix an agenda for the UMNO-MCA roundtable conference" (HSL, Minutes of the informal meeting of UMNO-MCA representatives, 3 Feb. 1953).

Sebelum perbincangan lanjut dibuat Tan Cheng Lock telah memberi penerangan kepada mesyuarat tentang usaha-usaha MCA untuk menolong membaiki ekonomi orang Melayu. Menurutnya MCA telah menyediakan peruntukan $500,000.00 (daripada wang loteri) untuk tujuan menolong orang Melayu. Tan Cheng Lock juga menjelaskan usahanya untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh Dato Onn, wakil-wakil UMNO, Tan Cheng Lock, Raja Ayoub (sebagai setiausaha) dan lain-lain. Malangnya menurut Tan Dato Onn menentang kemasukan wakil-wakil UMNO. Dengan demikian usahanya terbengkalai.

Tan Cheng juga telah menyentuh mengenai CLC yang dianggapnya kurang berguna kerana ahli-ahlinya terbatas kepada beberapa pemimpin kaum. Menurut Tan apa yang diperlukan ia lah "...a pyramidial system of Sino -Malay liaison committee starting from the top right down to the massess" (ibid.). Tan Cheng Lock kemudian menyoh isu kemerdekaaan. Menurutnya: "Before even discussing independence, it was essential that the Malays and Chinese who together formed 90 percent of the population, must get together and stand ao a common platform of understanding and co-operation." Tan Cheng Lock juga menyentoh perkhidmatan awam atau Malayan Civil Services (MCS) yang pintunya masih tertutup bagi masyarakat Cina atau bukan Melayu. Tetapi Tunku Abdul Rahman menyatakan pehak Sultan yang "oppose the opening of the M.C.S. to the other races" (ibid.). Tindakan selanjutnya mengatakan bahawa masalah tersebut timbul disebabkan oleh penjajahan British. Menurutnya: "...the Malay now felt that as long as the British were here , there could never be any true understanding between the Malays and the other races because of the British policy of Divide-and-Rule." Ia menambah: The Malays no longer wanted to play the role of children." Walau bagaimana pun menurut Tunku mereka belum bersedia untuk

Page 23: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

membincangkan isu kemerdekaan tetapi mengenai pilihanraya di peringkat persekutuan yang merupakan satu tahap ke arah kemerdekaan.

Mesyuarat tidak formal ini bersetuju untuk membentuk jawatankuasa perhubungan UMNO-MCA di semua peringkat dan arahan akan diberikan kepada cawangan-cawangan UMNO dan MCA. Sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri dari Dr. Ismail rahman, Sardon Jubir, S.M.Yong dan H.S.Lee untuk merangka peraturan-peraturan pilihanraya persekutuan.

Mesyuarat kedua di antara wakil-wakil UMNO dengan MCA diadakan pada 21 Februari 1953 di Singapura (HSL, Minutes of the second informal meeting of UMNO and MCA representative, 21 Feb. 1953). Mesyuarat ini membincangkan deraf memoramdum mengenai Peraturan-peraturan Pilihanraya Persekutuan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kecil yang dilantik pada 3 Februari lalu. H.S.Lee meminta mesyuarat memasukkan kenyataan "We agreed that anybody who cuold vote in the Municipal elections in Kuala Lumpur in Februari 1952 could also vote in the Federal elections." Tunku tidak keberatan menerima prinsip tersebut. H.S. Lee dan Tan Cheng Lock juga membetulkan beberapa fakta yang dianggap tidak tepat mengenai MCA. Misalnya Dr.Ismail menimbulkan pertanyaan tentang kemungkinan MCA dipecahkan kepada dua bahagian iaitu politik dan kebajikan. Menurut Dr.Ismail bahagian politik disertai oleh golongan yang boleh mengundi dalam pilihanraya mengikut undang-undang. Sementara golongan yang menyertai MCA "on account of the lottery menyertai bahagian kebajikan. Kedua-dua pemimpin MCA membantah kenyataan tersebut dan mengatakan "it was not correct to say that the M.C.A. was purely a welfare organization". Mereka menambah: In fact , it was political from the start and its political aspects had been implemented from its inception."

Tunku pula menjelaskan pendirian UMNO bahawa segala keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa bersama tidak akan mengikat UMNO dan MCA. Menurutnya: "The decisions were merely recommendations to the MCA and UMNO for acceptance or otherwise by their respiective executive." Fungsi mesyuarat perwakilan UMNO-MCA persis sama dengan CLC sebagai badan membincangkan masalah-masalah politik dan ekonomi yang boleh menjejaskan hubungan kaum. Perbincangan yang terperinci dibuat diperingkat tertinggi dan segala keputusan yang diambil akan diserahkan kepada pertimbangan pertubuhan masing-masing. Dalam mesyuarat ini juga Tunku mencadangkan "Joint Committee" menganjurkan kongres kebangsaan yang akan turut dihadiri oleh pertubuhan-pertubuhan politik yang lain termasuk IMP. Ini juga

Page 24: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

bermakna Tunku tidak menolakkan kerjasama dengan Dato Onn dan IMP. Tetapi cadangan Tunku tidak disetujui oleh Tan Cheng Lock yang mengatakan ada lah merbahaya untuk menganjurkan kongres "without the Chinese and the Malays first agreeing absolutely on each principle to be put before the congress..." H.S. Lee dan Ong Yoke Lin juga sependapat dengan Tan Cheng Lock. Dengan ini Tunku terpaksa menangguhkan rancangannya itu sehingga "UMNO and MCA had achieved absolute agreement on vital principles."

Mesyuarat wakil-wakil UMNO-MCA ketiga dilangsungkan pada 8 Mac 1953 di Johor Baharu (HSL, Minutes of the third informal meeting of UMNO and MCA representatives, 8 Mac 1953) at the UMNO. Mesyuarat membincangkan isu-isu mengenai tahanan politik dan usaha-usaha UMNO dan MCA untuk menolong membebaskan mereka. Tunku Abdul Rahman memberitahu mesyuarat bahawa "UMNO had already taken up the case of the detention of Abdul Samad, formerly of Utusan Melayu. Ia meminta bantuan Tan Cheng Lock yang akan berbincang dengan peguamnya. Perkara-perkara lain yang dibincangkan termasuk lah mengenai lawatan John D. Rockeller, pembentukan perikatan UMNO-MCA di Singapura, penubuhan Universiti Nanyang, rancangan latihan untuk membantu masyarakat Melayu dari segi ekonomi dan rancangan untuk mengadakan kongres kebangsaan. Tunku masih berharap untuk mengadakan kongres kebangsaan secepat mungkin kerana akhbar-akhbar menuduhnya "of selling out the Malays to the Chinese" kerana butir-butir perbincangan mereka diadakan secara sulit. Menurut Tunku, Inche Mohamad Sopiee, Pengerusi Parti Buruh yang juga pegawai perhubungan UMNO Seberang Perai dan Pulau Pinang telah pun bersiap untuk menganjurkan kongres kebangsaan. Tetapi Tunku telah meminta supaya ditangguhkan. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan kepada akhbar bahawa mereka "agreed to sponsor a National Congress to discuss the question of General Elections in the Federation." Kongres tersebut akan diadakan selepas UMNO dan MCA mencapai persetujuan sebulat suara mengenai pilihanraya. Seterusnya dinyatakan bahawa "The Congress will be part of the plan to attain the objective of full responsible self-government by all legitimate means."

Setelah beberapa kali bermesyuarat akhirnya Perikatan mengambil keputusan mengadakan Konvensi Kebangsaan (nama asal Kongres digugurkan) pada 23 Ogos 1953. Perikatan UMNO-MCA mengenalpasti beberapa pertubuhan yang akan dijemput menyertai Kongress Kebangsaan Antara pertubuhan-pertubuhan itu termasuk UMNO, MCA, PMU, pertubuhan-pertubuhan India saperti MIC, FIO, MIA, dan MBIA, Persatuan Orang Serani, Persekutuan Ceylon Tanah Melayu, SCBA dan juga IMP. Objektif awal Kongress ini untuk membentuk National Congress Party of Malaya dan membolehkan pilihanraya umum diadakan pada tahun 1954. Perikatan UMNO-MCA

Page 25: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

menghadapi banyak masalah untuk menganjorkan Kongress kebangsaan termasuk perselisihan faham di antara MCA dengan pemimpin-pemimpin Parti Buruh yang menyebabkan parti ini menarik diri daripada menjadi panganjor.

Walaupun Perikatan UMNO-MCA menjemput 15 pertubuhan tetapi yang hadir cuma empat buah tidak termasuk perikatan. Pertubuhan itu ialah PAS (Pan-Malayan Islamic Party), PMU (Peninsular Malays Union ), KMU (the Kelantan Malay Union ) dan Parti Buruh Tanah Melayu (the Pan-Malayan Labour Party). Konvensi Kebangsaan mengeluarkan manifestonya yang antara lain menyatakan : "We the people of Malaya, as reprensented by our political organisations, determined to establish strenght and unity independent state ( in which the sovereignty of the sultans as constitutional Rulers of their respective territories shall be maintain) , social order on the basis of eternal principles of justice, liberty and unity…" (SSPHSLee). Konvensi ini juga meminta supaya Pilihanraya Persekutuan diadakan pada atau sebelum bulan November 1954.

Dalam ucapan perasmian Konvensi Nasional ini Tunku Abdul Rahman menjelaskan kepada hadirin mengenai keperluan penduduk Tanah Melayu bersatupadu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. British akan menamatkan penjajahan ke atas Tanah Melayu dengan syarat penduduk dari pelbagai kaum dapat bersatupadu dan pemberontakan Komunis dapat dihapuskan. Perkara ini dinyatakan oleh Oliver Lyttelton, Stiausaha Negara Bagi Tanahjajahan British semasa lawatannya ke Kuala Lumpur dalam bulan Disember 1951 (Oong, 2000a:175). Menurut Tunku, “We were informed by him that Malaya would be given Independence as soon as as the various races in this country are united and from that moment we are determined to show him and the rest of the world …” (HSLee Papers, Opening of Tunku Abdul rahman’s address at the National Convention) Tunku selanjutnya menyatakan “ Without this unity all talk and planning for self-government is futile and meaningless.” Tan Cheng Lock juga bersetuju dengan pandangan Tunku dan mengatakan “we must exert our earnest and utmost effort s to achieve the positive task of bringing about and advancing the cause of communal unity, especially between the Malays and Chinese and this is the prerequisite of freedom and independence.” (HSLee Papers, Speech by Sir Cheng-Lock Tan , 23 Ogos 1953). Dengan semangat dan dorongan untuk mendapatkan kemerdekaan ini juga menyebabkan terpecutnya keinginan dan kekuatan kepada kedua-dua pemimpin berkenaan untuk berusaha and berkerja keras dalam merealisasikan Perikatan UMNO-MCA dan mencapai matlamat mewujudkan perpaduan nasional.

Konvensi Nasional telah mencadangkan supaya keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan diperluaskan dengan ahli-ahli yang

Page 26: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

dipilih membentuk golongan majoriti dan Pilihanraya Persekutuan diadakan pada 1954. Sebagai respon kepada tuntutan-tuntutan Perikatan dan organisasi-organisasi politik kerajaan British telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pilihan raya bagi merangka langkah-langkah memperkenalkan Pilihanraya Persekutuan. Jawatankuasa ini mengandungi 46 ahli yang kebanyakan mereka daripada pengikut Dato Onn dan wakil-wakil dalam Konferens Kebangsaan (National Conference ). Perikatan UMNO-MCA cuma diberi peluang menghantar tujuh wakil sahaja. Satu angka yang terlalu kecil bagi dua pertubuhan politik yang kuat dan besar.

Pada Januari 1954, Jawatankuasa Pilihanraya menghasilkan laporan yang menunjukkan mereka tidak dapat mencapai kata sepakat. Laporan Majoriti mencadangkan bahawa 48 dilantik dan 44 dipilih. Ini bermakna mereka mau melambatkan proses membawa Tanah Melayu kearah berkerajaan sendiri. Laporan Minoriti yang disokong oleh Perikatan mencadangkan 60 dipilih dan 40 dilantik. Perikatan mengemukakan cadangan majoriti ahli dipilih kerana mereka diduga akan memenangi Pilihan raya yang akan diadakan kelak.

Laporan Jawatankuasa Pilihanraya telah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tinggi dan Persidangan Raja-raja. Sebuah Kertas Putih (White Paper) telah diterbitkan mengandungi satu tolak ansur: Dewan Perundangan Persekutuan yang disusun semula akan mengandongi 98 ahli dengan 46 dilantik dan 52 dipilih.Perikatan tidak puashati dan menuntut supaya sekurang-kuranya 3/5 ahli Dewan Perundangan baru dipilih.Perikatan mengambil keputusan menghantar delegasi ke London untuk membincangkan isu berkenaan dengan Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan. Wakil-wakil Perikataan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato Razak dan T.H. Tan.

Melalui pertolongan Lord Ogmore, wakil-wakil Perikatan telah dapat menemui Setiausaha Bagi Negara (Oong, 2000a:203). Perikatan mengatakan mereka tidak dapat menerima cadangan Kertas Putih kerana pihak yang menang dalam Pilihanraya tidak berupaya membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan mereka boleh dipermain-mainkan oleh ahli-ahli yang dilantik. Selain daripada kos mengadakan pilihanraya terlalu besar dan membebankan parti-parti yang bertanding. Rombongan Perikatan gagal mendapat sokong Setiausaha Negara Bagi tanahjajahan. Sekembali mereka ke Tanah Melayu mereka meneruskan tuntutan berkenaan. Templer bersetuju dengan beberapa cadangan Perikatan dan membayangkan kemungkinan beberapa ahli-ahli khas yang akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi diambil daripada mereka yang dicadangkan oleh pihak yang menang.

Pada 13 Jun 1954 Perikatan UMNO-MCA mengambil keputusan memboikot kerajaan dengan menarik ahli-ahli mereka yaang dilantk dalam badaan-badan kerajaan. Antara mereka yang meletak jawatan termasuklah

Page 27: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

H.S. Lee (Pengangkutan), Ismail (Sumber Alam) dan Tunku sendiri. British berpendapat tindakan Perikatan tidak akan berkesan kerana kebanyakan ahli-ahli yang dilantik dalam Dewan Perundangan dan badan-badan kerajaan terdiri daripada penyokong Dato Onn dan Parti Negara yang mengantikan IMP.

Pada 24 Jun 1954, the Federation of Malaya Agreement (Amendment) Bill telah dibentangkan di Dewan Perundangan oleh Dato Onn selaku Ahli Ehwal dalam Negeri. 59 ahli-ahli Dewan yang hadir telah meluluskan Rang Undang-undang ini dengan sebulat suara. 16 ahli Perikatan UMNO-MCA memulaukan persidangan ini kerana mereka menyedari dengan kedudukan sebagai golongan minoriti yang begitu kecil mereka tidak mempengarohi keputusan Dewan. Pindaan perlembagaan dilakukan mengikut cadangan Kertas Putih dan Pilihanraya akan diadakan pada Julai 1955.

Selepas kegagalannya Perikatan telah mengubah strategi perjuangan dengan cuba mendapat sokongan daripada Sultan-sultan. Pada 2 Julai 1954, mereka mengadakan perarakan yang dihadiri oleh seramai 2000 orang ke Johor Baharu untuk mengadap dan mengemukakan petisi yang antara lain meminta supaya dilantik sebuah jawatankuasa bagi mengkaji dan mengemukakan cadangan reformasi perlembagaan unuk Tanah Melayu.

Strategi Perikatan berjaya memikat hati Sultan Johor yang kemudian mengadakan mesyuarat dengan sultan-sultan pada 22 dan 23 Ogos 1954. Persidangan Raja-raja Melayu yang diadakan 21 Oktober 1954 telah bersetuju dengan cadangan UMNO mengenai keperluan menyemak semula perlembagaan Tanah Melayu dan dicadangkan sebuah Jawatankuasa dilantik dengan ahli-ahli yang kebanyakannya bersimpati dengan UMNO termasuk Dato Abdul Razak, Naib yang Di pertua UMNO.

Pesuruhjaya Tinggi juga bertolak ansor dengan Perikatan dengan memberi jaminan bahawa ia akan berunding dengan parti yang menang bagi menentukan lima daripada tujuh ahli khas ( seven reserved Nominated Members seats) dalam Dewan Perundangan. Ini bermakna parti yang menangi Pilihanraya Persekutuan nanti mempunyai kesempatan menentukan penyokong mereka akan dilantik bagi lima kerusi khas berkenaan. Jaminan Pesuruhjaya Tinggi British ini telah diterima oleh Perikatan dan mereka telah menamatkan pemulauan atau boikot. Kejayaan ini menyebabkan Perikataan dianggap sebagai juara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan kedudukan politik Dato Onn semangkin pudar.

Konvensi Nasional telah telah melahirkan Perikataan UMNO-MCA secara rasmi dan telah kejayaannya menganjurkan Konvensi Nasional dan tuntutan pilihanraya peringkat persekutuan telah menarik

Page 28: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

perhatian dan popular di kalangan penduduk Tanah Melayu. Beberapa parti politik lain yang bersetuju dengan dasar perjuangan Perikatan telah memohon untuk menyertai Perikatan. Tunku melaporkan kepada mesyuarat the UMNO-MCA Alliance yang diadakan pada 13 November 1954 bahawa Pan-Malayan Labour Party berhasrat untuk menyertai Perikatan. Tunku menyatakan Tan Phock Kim telah menghubungi beliau “ to meet him for a talk to find out whether it would be possible for the Alliance to accept the Pan-Malayan Labour Party into its fold.”(HSL Papers). Tetapi Tunku telah menolak permohonan PMLP dan “there was no place for party like theirs: the Alliance wanted communal parties to get together and form a united national movement.” Tambahan lagi rancangan ekonomi Parti Buruh terutama dasar pemiliknegaraan harta asing bercanggah dengan dasar ekonomi MCA dan UMNO. Penerimaan parti juga akan menimbul perpecahan dalam MCA dan juga UMNO.

Sementara itu Ong Yoke Lin pula melaporkan kepada mesyuarat Dr Lim Chong “…wanted to know whether there was any possibility of four or five members of Penang Radical Party being included in the Alliance National Council.” Mesyuarat ini mengambil keputusan parti ini bersifat parti tempatan dan mereka harus menyertai Perikatan peringkat tempatan atau negeri sebelum mereka diterima di peringkat tertinggi. Dengan keputusan ini bererti Perikatan menolak penyertaan Parti Radikal. Tetapi menerima anggota-anggota Cina dari parti berkenaan untuk menyertai MCA. Antara mereka tewrmasuk Dr Lim Chong Eu yang kemudian menggantikan Tan Cheng Lock sebagai presiden MCA yang kedua. Permohonan MIC pula mendapati simpati daripada H.S Lee. Lee mengatakan K.L.Devaser “…had asked the MIC everwhere in the Federation to co-operate with the Alliance , whether or not they had been accepted into the fold.” Lee memuji sikap Devaser dan beliau mengatakan : “This was to show that the MIC deserved admission.” Tambahan lagi penerimaan MIC tidak menjejaskan matlamat Perikatan yang ingin membawa bersama-sama parti-parti perkauman ke dalam satu pergerakan kebangsaan yang bersatu.

Kesimpulan

Kajian ini memperlihatkan bahawa tiori konflik peribadi yang dikemukakan oleh beberapa seperti Vasil, 1980: Diane Mauzy, 1983; Heng Pek Koon, 1988 memang lemah dan tidak disokong dengan data yang mencukupi.perlu. Hujah-hujah yang dikemukakan merupakan retorik yang menarik tetapi gagal menjelaskan asal-usul penubuhan Perikatan UMNO-MCA. Peranan H.S.Lee ditonjol berlebihan sementara Tan Cheng Lock selaku Presiden MCA dan Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO bertindak secara pasif atau seolah-olah tidak memainkan apa-apa peranan

Page 29: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

dalam pembentukan Perikatan .Sebaliknya kajian ini mendapati Tan Cheng Lock memberi idea dan telah berusaha untuk mewujudkan perpautan atau gabungan antara pertubuhan-pertubuhan perkauman UMNO, MCA dan MIC dengan pertubuhan politik tidak perkauman sejak 21 April 1952.

Idea untuk mewujudkan kerjasama antara kaum dalam usaha untuk menyelesaikan konflik etnik telah pun diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA melalui CLC. Bahkan CLC telah mempengarohi Dato Onn untuk menukarkan UMNO menjadi organisasi bukan perkauman. Dato Onn gagal berbuat demikian dan sebagai alternatif menubuhkan IMP. Tan Cheng Lock menyokong Dato Onn dan IMP sebagai sebagai salah satu langkah ke arah merealisasikan idea politiknya yang berteraskan persahabatan Melayu-Cina dalam menentukan halatuju politik Tanah Melayu. Tan Cheng Lock melalui usaha membentuk SMFECF cuba menjalinkan hubungan dengan Tunku Abdul Rahman. Peranan Mohamad Sopiee yang tidak ditonjol oleh seberang penulis memang penting yang membawa kepada penubuhan Perikatan. Mohamad Sopiee memberi "feed back" kepada Tan Cheng Lock tentang sikap masyarakat Melayu dan kekuatan UMNO sebagai satu "force" dalam politik yang tidak boleh diketepikan. Peranan Ball yang kemudian menjadi Penasihat Undang-undang MCA membolehkan Tan Cheng Lock meneruskan rancangan politiknya. Seperti yang disebutkan Ball menyarankan supaya usaha-usaha untuk membaiki hubungan UMNO dengan IMP diteruskan sebelum IMP cawangan Melaka dibentuk. Jika orang ramai telah mengetahui telah Tan Cheng Lock "komited" sepenuhnya dengan IMP masalah untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO akan menjadi lebih rumit.

Perlu dijelaskan di sini pembentukan IMP telah menghidupkan kembali kebimbangan masyarakat Melayu mengenai masa hadapan mereka kerana IMP menekankan prinsip persamaan hak sebagaimana yang diutarakan dalam rancangan Malayan Union. Ball telah pun menjelaskan bahawa konflik perkauman akan menjadi lebih genting kerana IMP ditentang oleh masyarakat Melayu. Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO pernah menjelaskan bahawa pembentukan IMP telah menyebabkan berlaku pertumpahan darah di beberapa tempat terutama di Kedah. Tunku juga memang menyedari konflik perkauman akan melambatkan proses perkembangan ke arah kemerdekaan. Kesedaran ini telah menjadi pemangkin yang kuat bagi Tunku untuk menjalin hubungan dengan MCA dan organisasi-organisasi lain.

Daripada informasi yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman, ia bertemu dengan Dato Onn di rumah Thuraisinggam dalam bulan Januari 1952 dengan tujuan sebagaimana yang disebutkan oleh Thuraisinggam "saving Malaya from bloodshed." Daripada sumber lain penulis juga

Page 30: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

telahpun menyebutkan bahawa Tan Cheng Lock juga telah menghadiri pertemuan itu. Pertemuan tersebut tidak berhasil tetapi membuka jalan bagi Tunku untuk menjalinkan hubungan dengan MCA cawangan Selangor. Sebagaimana yang telah dinyatakan menurut Tunku pemimpin-pemimpin UMNO Selangor berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum berunding dengan MCA Selangor. Bahkan mengikut Tunku Abdul Rahman ia turut hadir dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin MCA Cawangan Selangor di Dewan Perhimpunan Selangor untuk membentuk perikatan (Tunku Abdul Rahman, 1977:173). Tetapi menurut Tunku, Tan Cheng Lock tidak menyertai pertemuan tersebut dan enggan menyertai perikataan. Ini tidak lah bermakna Tan Cheng Lock menentang pembentukan UMNO-MCA, bahkan Tan Cheng Lock sentiasa menekan konsep kerjasama Melayu-Cina dan ingin mewujudkan perpautan MCA, MIC dan IMP dengan UMNO.

Tindakan Tan Cheng Lock tidak menyertai pertemuan untuk membentuk perikatan UMNO-MCA dalam pilihanraya Kuala Lumpur lebih merupakan satu strategi bagi mengelakkan konflik dengan Dato Onn dan IMP. Seperti yang telah disebutkan pada masa itu Dato Onn mendesak Tan Cheng Lock membentuk IMP cawangan Melaka yang dijangkakan dilancarkan pada 31 Januari. Sebagai satu strategi bagi memelihara hubungan dengan Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman, MCA kelihatan seolah-olah berpecah dengan MCA Melaka dan Tan Siew Sin komited kepada IMP, sementara H.S. Lee dan MCA Selangor menyertai perikatan UMNO. Bagaimana pun akhirnya MCA meninggalkan IMP dan Dato Onn.

Sebagai rumusan boleh dikatakan bahawa pembentukan Perikatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Cawangan Selangor dalam tahun 1952 bukanlah disebabkan konflik peribadi di antara H.S.Lee dengan Dato Onn. Kerjasama yang diwujudkan oleh UMNO dan MCA dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur dapat dianggap sebagai satu kesinambungan dalam proses perubahan politik perkauman kepada tidak perkauman dan kerjasama antara kaum sejak CLC. Tindakan H.S. Lee dan Tunku Abdul Rahman mewujudkan kerjasama UMNO-MCA dalam Pilihanraya ini adalah untuk mengelakkan pertentangan kaum dan mengurangkan konflik perkauman di Kuala Lumpur dan juga di seluruh Tanah Melayu. Perikatan yang diwujudkan di peringkat lokal mendapat sambutan yang memuaskan di kalangan pengundi berbagai kaum. Perikatan kemudian dilahirkan secara rasmi dalam tahun 1953 dan berjaya menganjurkan Konvensi Nasional sebagai persediaan untuk bertarung dengan British bagi mendapat kemerdekaan untuk tanah Melayu. MIC yang juga bersimpati dengan perjuangan Perikataan turut diterima sebagai komponennya.

Page 31: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Walau pun banyak cabaran yang dihadapi Perikatan telah berjaya membuktikan kepada British dan dunia bahawa penduduk Tanah Melayu daripada pelbagai kaum dapat bersatu dan memenuhi syarat untuk mendapatkan kemerdekaan dan diterima sebagai sebuah negara-bangsa dalam masyarakat dunia. Perikatan UMNO-MCA dan MIC telah membuktikan hakikat ini dengan mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dalam tahun 1955. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 Perikatan telah diperluaskan lagi dengan penyertaan parti-parti politik lain dan telah membentuk Barisan Nasional.

Rujukan

CO 537/7303, Eastern Colonies, Original Correspondence (Straits Settlement and Malay States) PRO. London (Gurney kepada Higham 13 Jun 1951).

CO 537/7343, Eastern Colonies, Original Correspondence (Straits Settlements and Malay States), PRO. London (Monthly Political Intelligence Report, April to May 1951.

CO 537/7346, Eastern Colonies, Original Correspondence (Straits Settlements and Malay states) PRO. London (Political Intelligence Report, Political Summary- May 1951).

CO 1022/81, South East Asian Department, Original Correspondence 1950-1956, PRO. London (Report on Recent Political Developments by The Officer Administrating The Government).

Datar, Kiran Kapur, 1983. Malaysia: Quest for a politics of consensus. New Dehli: Vikas Publishing House PVT. LTD.

Finkelstein, Lawrence S. 1952. "Prospects for Self-Government in Malaya", Far Eastern Survey, Vol.XX1, No.2, 30 Januari, American Institute of Pacific Relations.

HBB, Surat Persendirian Humphrey Ball, koleksi persendirian.

Heng, Pek Khoon, 1988.Chinese Politics in Malaysia A History of the Malaysian Chinese Association, Singapore: Oxford University Press.

HSL, Surat Persendirian H. S. Lee, koleksi persendirian.

Page 32: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Khong, Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya, 1945-57, INSAN, Kuala Lumpur, 1984.

Mauzy, D.K. 1983. Barisan Nasional: Coalition Government in Malaysia, Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.

Means, Gordon P. 1970. Malaysian Politics, London: University of London Press.

Malcolm MacDonald Papers, Department of Palaeography and Diplomatic, University of Durham (England).

Muhamad Agus Yusoff. 1992a. Consociational Politics: The Malaysia Experience. Kuala Lumpur: Perikatan Pemuda Enterprise.

---------------------. 1992b. Demokrasi Permuafakatan di Malaysia: Satu Analisis.dlm Kobkua Suwannathat-Pian et al (peny.) Dua Dekad Penyelidikan: Sejarah, bahasa dan kebudayaan. Kumpulan kertaskerja 18. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Moore, Daniel E. 1960. "The United Malays National Organisation and The 1959 Malayan Election: A Study of A Political Party in Action in Newly Independent, Plural Society." Tesis Ph.D University of California.

Oong Hak Ching. 2003a. Peranan Tan Cheng Lock Dalam Penubuhan Persatuan Cina Malaya dalam Shahruddin Ahmad et al. (peny.),Sains Sosial dan Kemanusian Dalam Abad Ke-20: Isu dan cabaran. Bangi: FSSK (dalam bentuk cd).

-------------------2003b, Peranan dan sumbangan H.S.Lee dalam perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, dalam Ramlah Adam (peny.) Pejuang- pejuang Kemerdekaan. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka.

--------------, 2003c. Tunku Abdul Rahman Putra: Pengasas perpaduan kaum 1953-54 Seminar Memperingati 100 Tahun Kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra: Bapa Kemerdekaan dan Pengasas Perpaduan Kaum, anjuran Arkib Negara Malaysia, 10 Februari, Kuala Lumpur.

Page 33: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

-------------, 2002. Nasionalisme Melayu dan nasionalisme Cina : Konflik dan kerjasama Kertaskerja dibentangkan pada International Seminar on Chinese Scholarship in the Malay World Studies: A Reevaluation of a Scholarly Tradition, anjuran ATMA, 16 – 17 September 2002, UKM).

--------------, 2001. Sejarah Penubuhan Persatuan Cina Malaya (MCA), 1948-1949. Seminar FSKK Ke 4 “ Sains Sosial dan Kemanusian dalam Abad Ke-21: Isu dan Cabaran, anjuran FSKK, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27 dan 28 Ogos, Bangi.

------------------2000a, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The dynamics of British policy. Bangi: Penerbit UKM. -------------------, 2000b. Perikatan UMNO-MCA-MIC dan perjuangan ke arah kemerdekaan, dalam Kumpulan kertaskerja seminar penghayatan dan pengukuhan kemerdekaan (jilid I0, Kuala Lumpur: Kementeriaan Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan Malaysia.

-----------------, 2000c. Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Penubuhan UMNO-MCA. Kuala Lumpur: Memorial Tunku Abdul Rahman.

------------------ 1993. British Policy and Chinese Politics 1942-1955. Tesis PhD Universiti Hull.

Tan Cheng Papers: A Desriptive List, compiled by the Library Staff, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore.

TCL, Tan Cheng Lock Papers, Institute of Southeast Asian Studies Library (Singapore)

The Straits Budget, 1950-1953.

Tunku Abdul Rahman. 1977. Looking Back. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Page 34: Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Stubbs, Richard. 1989. Hearts and Minds in Guerrilla Warfare: The Malayan Emergency 1948-1960, Singapore: Oxford University Press.

SP13, Surat Persendirian Tan Cheng Lock Arkib Negara (Kuala Lumpur, Malaysia)

Vasil, R.K. 1971. Politics in a Plural Society, Oxford University Press.

-----------. 1980. Ethnic Politics in Malaysia. New Delhi: Radiant Publishers.

Utusan Melayu, Januari-Februari 1952.