refleksi lawatan

2
Refleksi Nama : Beatrice Ann Sophia Anak Sinie Kumpulan : PISMP PK MP (SK) 1 Ambilan Jan 2013 Tarikh : 11 Julai 2013 Pada 11 Julai 2013, saya dan rakan-rakan yang lain telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah DPHA Gapor, Stampin. Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan juga mengikuti lawatan ini iaitu Dr. Rosana, Encik Yusop dan Encik Ahmad. Di sana, saya dan rakan-rakan telah disambut dengan baik oleh pihak sekolah tersebut. Di sekolah tersebut terdapat kelas program pendidikan khas integrasi di mana kelas pelajar-pelajar pendidikan khas bercampur dengan kelas pelajar normal. Pada mulanya, saya agak keliru dengan tujuan lawatan ini diadakan. Setelah mendengar ucapan daripada pihak sekolah, saya mendapati pelajar-pelajar pendidikan khas ini mempunyai masalah pendengaran. Di sana juga, semua pelajar menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan guru dan juga rakan. Semasa pengetua berucap, terdapat seorang guru telah menterjemahkan ucapan yang diberi oleh pengetua dengan kaedah bahasa isyarat. Saya juga berasa tertarik dengan bahasa isyarat yang diberi guru pendidikan khas kepada pelajar-pelajar tersebut. Pada pendapat saya, mengetahui bahasa isyarat merupakan satu kelebihan bagi orang normal seperti saya kerana dapat membantu pelajar- pelajar pendidikan khas dari pelbagai aspek. Pada awal semester satu, saya dan rakan-rakan lain juga mempelajari bahasa isyarat. Saya dan rakan-rakan juga berpeluang menyanyi di atas pentas semasa lagu Negaraku dimainkan semasa perhimpunan. Bagi saya amat bersyukur dan juga bangga mempelajari bahasa isyarat. Itulah keistimewaan sebagai guru pendidikan khas. Selain itu, pelajar-pelajar pendidikan khas telah menunjukkan bakatnya sungguh luar biasa. Hal ini kerana, pelajar-pelajar tersebut dapat menari dengan hebatnya walaupun mempunyai masalah pendengaran tanpa ada masalah. Malah, saya amat kagum dengan bakat menari mereka kerana agak susah menari dengan betul tanpa mendengar ritma dan muzik. Kemampuan penari-penari menari dengan hebat telah

Upload: behet93

Post on 27-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Lawatan

Refleksi

Nama : Beatrice Ann Sophia Anak Sinie

Kumpulan : PISMP PK MP (SK) 1 Ambilan Jan 2013

Tarikh : 11 Julai 2013

Pada 11 Julai 2013, saya dan rakan-rakan yang lain telah mengadakan

lawatan ke Sekolah Menengah DPHA Gapor, Stampin. Pensyarah-pensyarah dari

Jabatan Ilmu Pendidikan juga mengikuti lawatan ini iaitu Dr. Rosana, Encik Yusop

dan Encik Ahmad. Di sana, saya dan rakan-rakan telah disambut dengan baik oleh

pihak sekolah tersebut.

Di sekolah tersebut terdapat kelas program pendidikan khas integrasi di mana

kelas pelajar-pelajar pendidikan khas bercampur dengan kelas pelajar normal. Pada

mulanya, saya agak keliru dengan tujuan lawatan ini diadakan. Setelah mendengar

ucapan daripada pihak sekolah, saya mendapati pelajar-pelajar pendidikan khas ini

mempunyai masalah pendengaran.

Di sana juga, semua pelajar menggunakan bahasa isyarat untuk

berkomunikasi dengan guru dan juga rakan. Semasa pengetua berucap, terdapat

seorang guru telah menterjemahkan ucapan yang diberi oleh pengetua dengan

kaedah bahasa isyarat. Saya juga berasa tertarik dengan bahasa isyarat yang diberi

guru pendidikan khas kepada pelajar-pelajar tersebut. Pada pendapat saya,

mengetahui bahasa isyarat merupakan satu kelebihan bagi orang normal seperti

saya kerana dapat membantu pelajar-pelajar pendidikan khas dari pelbagai aspek.

Pada awal semester satu, saya dan rakan-rakan lain juga mempelajari bahasa

isyarat. Saya dan rakan-rakan juga berpeluang menyanyi di atas pentas semasa

lagu Negaraku dimainkan semasa perhimpunan. Bagi saya amat bersyukur dan juga

bangga mempelajari bahasa isyarat. Itulah keistimewaan sebagai guru pendidikan

khas.

Selain itu, pelajar-pelajar pendidikan khas telah menunjukkan bakatnya

sungguh luar biasa. Hal ini kerana, pelajar-pelajar tersebut dapat menari dengan

hebatnya walaupun mempunyai masalah pendengaran tanpa ada masalah. Malah,

saya amat kagum dengan bakat menari mereka kerana agak susah menari dengan

Page 2: Refleksi Lawatan

betul tanpa mendengar ritma dan muzik. Kemampuan penari-penari menari dengan

hebat telah membuat mereka juara dalam pertandingan menari pelbagai peringkat.

Saya juga amat kagum dengan guru-guru mereka tidak mensia-siakan bakat mereka

walaupun mempunyai masalah pendengaran. Malah, sebagai seorang guru

pendidkan khas harus mengasah bakat yang ada dalam pelajar-pelajar pendidikan

khas. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh yang demikian

saya percaya pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memajukan diri dengan

bimbingan yang betul.

Di sekolah tersebut, terdapat seorang guru cemerlang dalam pendidikan

khas. Saya amat teruja berjumpa dengan guru tersebut. Selepas itu, saya dan

rakan-rakan telah dibawa oleh pihak sekolah untuk melihat kaedah pengajaran dan

pembelajaran ketika mengajar pelajar-pelajar pendidikan khas. Saya dan rakan-

rakan lain sangat bertuah kerana berupaya menyaksikan bagaimana guru

cemerlang mengajar pelajar-pelajar tersebut. Pada pendapat saya, guru tersebut

sangat menyayangi pelajarnya dan senang memahami. Guru tersebut juga memberi

ransangan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas berfikir. Oleh itu, sebagai seorang

guru pendidikan khas harus pandai menggunakan pelbagai kaedah untuk

meransang pemikiran pelajar-pelajar pendidikan khas agar mereka dapat tingkatkan

kemahiran berfikir.

Pada masa yang sama juga, saya berkesempatan untuk mengenal pasti

masalah bahasa, tutur dan tulisan yang ada dalam pelajar-pelajar pendidikan khas.

Hal ini kerana, pada semester kedua ini saya mempelajari masalah bahasa, tutur

dan tulisan dan peluang inilah saya dapat mengenal pasti masalah ke atas pelajar.

Kesimpulannya, lawatan ke SMK DPHA Gapor memanglah tidak sia-sia

diadalan dan memberi pengalaman baru bagi saya. Saya dapat melihat bakat

pelajar-pelajar pendidikan khas malah berpeluang untuk menyaksikan guru

cemerlang mengajar pelajar-pelajar. Saya juga mempunyai pengalaman langsung di

mana saya dapat mengenal pasti malasah bahasa, tutur dan tulisan yang ada dalam

pendidikan khas. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan dan juga berguna untuk

saya semasa menjadi guru pendidikan khas.