refleksi kursus masakan

2
REFLEKSI KURSUS Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah Berjaya selesaikan kursus RBT 3113 yang telah banyak memberi input yang berguna tentang ilmu masakan serta teknologi yang amat luas skopnya. Semenjak belajar mengolah resipi dan menambahbaik resipi yang sedia ada, saya semakin berani untuk mencuba apa jua masakan dan mengeksperimenkan masakan yang saya masak. Sesungguhnya semua perkara yang kita alami sendiri akan memberi 1001 makna dalam diri. Semenjak mempelajari inovasi masakan ini telah memberi saya sifat berani mencuba dan tidak putus asa dalam diri saya. Semenjak belajar teknologi masakan ini, saya sering dan gemar mengisi masa lapang dengan mencuba memasak masakan yang belum pernah saya masak. Saya juga cuba menginovasikan masakan tersebut dengan keadaan dan bahan yang sedia ada di rumah. Sebagai contoh saya telah cuba memasak Puding Milo Oreo. Saya telah menginovasikan Agar-agar coklat dengan menggantikan serbuk koko dengan milo dan saya variasikan lagi dengan menyusun biskut oreo didalamnya. Saya sangat gembira kerana anak-anak sangat menggemarinya. Pada saya, berani mennaggung risiko adalah penting selain tahan kritikan dan mendengar segala idea mahupun pandangan orang lain tentang masakan yang kita hasilkan. Dalam kurusus ini saya berpeluang melakukan beberapa amali inovasi masakan. Saya sangat teruja dengan aktiviti amali ini kerana saya dapat melakukan beberapa penambahbaikan selain melakukan sedikit kajian kecil tentang hidangan yang saya sediakan. Sebagai

Upload: zarina-selamat

Post on 23-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

penyediaan makanan

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi kursus masakan

REFLEKSI KURSUS

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah Berjaya

selesaikan kursus RBT 3113 yang telah banyak memberi input yang berguna tentang ilmu

masakan serta teknologi yang amat luas skopnya. Semenjak belajar mengolah resipi dan

menambahbaik resipi yang sedia ada, saya semakin berani untuk mencuba apa jua

masakan dan mengeksperimenkan masakan yang saya masak. Sesungguhnya semua

perkara yang kita alami sendiri akan memberi 1001 makna dalam diri.

Semenjak mempelajari inovasi masakan ini telah memberi saya sifat berani mencuba

dan tidak putus asa dalam diri saya. Semenjak belajar teknologi masakan ini, saya sering

dan gemar mengisi masa lapang dengan mencuba memasak masakan yang belum pernah

saya masak. Saya juga cuba menginovasikan masakan tersebut dengan keadaan dan

bahan yang sedia ada di rumah. Sebagai contoh saya telah cuba memasak Puding Milo

Oreo. Saya telah menginovasikan Agar-agar coklat dengan menggantikan serbuk koko

dengan milo dan saya variasikan lagi dengan menyusun biskut oreo didalamnya. Saya

sangat gembira kerana anak-anak sangat menggemarinya. Pada saya, berani mennaggung

risiko adalah penting selain tahan kritikan dan mendengar segala idea mahupun pandangan

orang lain tentang masakan yang kita hasilkan.

Dalam kurusus ini saya berpeluang melakukan beberapa amali inovasi masakan.

Saya sangat teruja dengan aktiviti amali ini kerana saya dapat melakukan beberapa

penambahbaikan selain melakukan sedikit kajian kecil tentang hidangan yang saya

sediakan. Sebagai contoh, saya telah mencari maklumat tentang minuman yang

berasaskan sayur-sayuran. Minuman sayur-sayuran ini sungguhpun berkhasiat tetapi

kurang digemari terutamanya kanak-kanak. Hanya terdapat beberapa minuman sayuran

sahaja yang popular seperti jus timun dan jus lobak yang sering dihidangkan di kedai makan

dan juga di restoran-restoran.

Page 2: refleksi kursus masakan

Sebagai kesimpulannya,banyak yang telah saya pelajari disepanjang

mengikuti kursus RBT 3113 ini. Antaranya saya telah mempelajari selok belok dalam

mencari maklumat tentang makanan menerusi internet, buku-buku rujukan dan

perbincangan dengan golongan yang berpengalaman. Banyak input yang telah saya

perolehi semenjak mendalami kegiatan di dapur ini. Rupanya banyak yang belum saya

terokai dan saya ketahui. Melalui perkongsian ilmu dengan pensyarah yang telah kami

lakukan bersama sepanjang kursus ini, saya berasa amat bertuah kerana dapat mengikuti

progam PPG ini.

Harapan saya pada masa akan datang ilmu yang telah saya pelajari ini dapat

digunakan dan dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan seperjuangan dan kepada anak-

anak murid saya. Selain itu, saya ingin terus mencari ilmu berkaitan bidang masakan

kerana pada masa yang sama jika ada rezeki saya bercita-cita ingin membuka sebuah kedai

makan. InsyaAllah. Amiin