refleksi keusahawanan

Upload: muhammad-rizam-hj-bakri

Post on 10-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 REFLEKSI KEUSAHAWANAN

    1/2

    REFLEKSI KEUSAHAWANAN(KUMPULAN 4)

    Assalamualaikum W.B.T.

    Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat membuat refleksi tentang

    kumpulan saya ini. Saya Mohammad Fadzrin Bin Abdul Karim telah ditugaskan

    sebagai pemerhati/pemantau untuk kumpulan saya. Pada 23.2.2009 saya dan

    anggota kumpulan saya telah diberikan tugasan dan tugasan itu perlu dibentang

    pada 2.3.2009. tugasan yang telah diberi kepada kami ialah mengenai

    perniagaan perikatan strategik. Walaupun tidak tahu lagi mengenai perniagaan

    perikatan strategik dengan lebih spesifik tetapi itu tidak menghalang kami dari

    mencari maklumat dan mencubanya. Kami telah diberikan tugasan setiapseorang iaitu Mohd. Bashir( Ketua Kumpulan ), Nik Mohd. Nur Khaidir ( Pembuat

    slide show ), Syrlly ( Pembentang ), Illi Nur Nadiah ( Penulis ) dan saya sendiri

    Mohd. Fadzrin sebagai Pemantau. Pada hari yang sama iaitu 23.2.2009 kami

    telah memulakan perbincangan kami. Khaidir telah memberikan idea iaitu

    menggunakan Laptop yang disambung dengan LCD yang membolehkan laptop

    digunakan bersama dengan LCD. Selain itu, Syrlly telah memberikan idea

    mengenai pen yang boleh menggunakan ultraviolet bagi membolehkan mengenal

    pasti kad pengenalan ataupun matawang palsu. Ketua kami sendiri iaitu Mohd.

    Bashir telah mengusulkan idea mengenai meja yang boleh dibawa kemana-mana

    sahaja. Illi pula telah berkongsi idea mengenai kasut yang boleh mengira jarak

    yang telah dilalui semasa berjalan ataupun berlari. Setelah selesai membuat

    perbincangan tersebut kumpulan saya telah mengambil keputusan untuk

    mengikut idea Khaidir iaitu Laptop yang boleh digunakan bersama LCD. Setelah

    itu, masing- masing menjalankan tugasan yang telah diberikan seperti membuat

    carian dalam internet mengenai syarikat yang menjalankan perikatan strategik.

    Kumpulan saya telah memberikan seluruh tenaga untuk membuat tugasan ini.

    Saya dan kumpulan saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Nor Fadhilah

    kerana memberikan kami tugasan ini walaupun pada mulanya ia amat sukar bagi

    kami. Tetapi kami bersyukur kerana ilmu Allah ini telah kami pelajari dan tidak

  • 8/8/2019 REFLEKSI KEUSAHAWANAN

    2/2

    akan mensia- siakan serta pada masa akan datang kami berharap dapat ilmu lain

    lagi dan memanfaatkannya dalam kehidupan kami dan kehidupan akhirat.

    Sekian, Jazakallah Khair....