refleksi kendiri program bina insan guru fasa 5 2011

Upload: kelvin-andreas

Post on 19-Jul-2015

1.361 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Refleksi Kendiri Program Bina Insan Guru Fasa 5 2012 Kelvin Andreas Anak Apaw Pengajian Matematik Pendidikan Rendah Semester Satu Tahun Tiga Ambilan Januari 2010 900921-13-6257

Pada 15 Februari 2012 hingga 18 Februari 2012, Pengajian PISMP Matematik Pendidikan Rendah Semester 1 Tahun 3 ambilan Januari 2010 telah mengadakan program Bina Insan Guru iaitu Lawatan Penandaarasan. Laewatan Penandaarasan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Kuching. Pada lawatan ini, kami telah diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Puan Baity Bujeng dan juga Encik Jeffery Apdal. Pada program BIG kali ini, saya, Hubert Campbell Douglas dan Dayang Khairunnisa Binti Abang Sazali telah ditugaskan sebagai AJK Pengangkutan. Kami telah berjumpa dengan Pengerusi Program, Saudara Hisyamuddin Suhaili mengenai bidang tugas kami untuk menjayakan program ini. Antara bidang tugas kami ialah memilih pengangkutan yang bersesuaian untuk digunakan ke Kuching dan balik semula ke Miri, memastikan pengangkutan semasa berada di Kuching dan pengangkutan ke hotel yang telah ditempah oleh AJK Penginapan. Dalam program BIG ini, kami telah mengadakan banyak perbincangan untuk memastikan semua AJK bertindak bagi melicinkan program BIG kami ini. Kami telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin bagi memstikan program ini berjalan dengan lancar. Pada hari lawatan, kami telah bertolak pada pukul 7.00 pagi dan tiba di sekolah pada pukul pada pukul 7.30 pagi. Kami disambut oleh Penolong Kanan Murid, Ustazah Siti Zulaiha binti Haji Ibrahim. Beliau telah membawa kami ke bilik kuliah di mana kami akan mendengar taklimat berkaitan dengan sekolah berkenaan. Di sana kami telah disambut oleh Cik Norhafizah Mustapa, Kaunselor Sekolah

Menengah Sains Kuching bersama beberapa ahli Pembimbing Rakan Sebaya sekolah. Setelah itu, kami mendengar taklimat berkenaan dengan pengurusan sekolah daripada Encik Bakthiar Affendy, Penolong Kanan Pentadbiran berkenaan dengan pengurusan sekolah dalam sistem akademik dan juga kokurikulum. Banyak input diperolehi daripada taklimat yang diberikan dan amat berguna kepada kami. Setelah itu, kami diberi taklimat oleh Ustazah Siti Zulaiha berkenaan pengurusan asrama sekolah dan penggunaan kaedah rumah dalam pengurusan sekolah. Dalam taklimat itu, penggunaan sistem rumah memang menarik perhatian saya untuk mengaplikasikannya di sekolah kelak. Setelah itu, kami berhenti rehat seketika dan menjamu selera. Setelah itu, kami dibawa untuk melawat ke sekolah berkenaan terutamanya di kawasan dapur sekolah kerana kawasan tersebut sangat terkenal dengan kebersihan bahagian dapurnya. Setelah habis lawatan tersebut, kami kemudiannya berkumpul di hadapan blok pentadbiran sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah.

S Strength (Kekuatan) Sesungguhnya, program lawatan Penandaarasan ini sangat memberikan banyak input yang berguna kepada kami. Salah satu input yang berguna adalah pengurusan lawatan yang melibatkan interaksi dengan pihak atasan seperti Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang mana kami perlu menghantar surat kepada pihak tersebut bagi memaklumkan program kami. Bahkan juga dalam proses

perbincangan dengan pihak sekolah yang dipilih, penganggkutan dan penginapan yang mana perlu dibincangkan dengan sebaik mungkin yang mana telah mendewasakan kami untuk berfikir di luar kotak apatah lagi untuk menjadi seoarang guru. Selain itu, program ini juga telah memberi peluang kepada kami sekelah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan lebih baik sebagai sebuah institusi pentadbiran dalam sesebuah organisasi terutamanya untuk menjayakan program

seperti ini. Program seperti ini sangat memerlukan perbincangan yang rapi dan penyediaan kertas kerja yang mantap dan memikirkan banyak andaian bagi memudahkan proses program ini berlangsung. Selain itu, program ini juga telah memberi kami input berguna mengenai pengurusan sekolah yang mantap dari segi akademik, kokurikulum dan pentadbiran hal ehwal murid di sekolah. Penggunaan sistem rumah yang mana banyak membantu mengurangkan masalah disiplin dan juga meningkatkan pencapaian diri dan sekolah boleh diaplikasikan di mana-mana sekolah untuk menjadi sekolah cemerlang juga suatu hari nanti.

W Weakness ( Kelemahan) Di dunia ini, tiada benda yang begitu sempurna. Walaupun sesuatu benda itu nampak sempurna, mesti ada sedikit kekurangannya. Begitu juga dengan program BIG ini. Antaranya ialah kekangan masa dan kewangan. Memandangkan kami ingin mengelakkan daripada kelewatan mengadakan lawatan ini, jadi kami ingin mengawalkan program agar tidak mengganggu terutamanya sewaktu praktikum dan juga selepas praktikum. Namun, masalah kewangan menjadikan kami mungkin terpaksa menunda program tersebut. Masalah kewangan ini ekoran daripada kami menunggu elaun kami dimasukkan. Jadi, program ini agak mengejar masa dan masa persiapan untuk program ini turut agak singkat. Setiap AJK agak kelam kabut dalam membuat persiapan namun kekangan ini berjaya diatasi dengan jayanya. Sekalung tahniah untuk semua AJK.

O Opportunities (Peluang) Dari segi peluang, saya melihat banyak kesempatan yang dapat saya gunakan untuk memperbaiki diri dan pengurusan sesuatu program pada masa akan datang. Saya dapat melihat peluang untuk memperbaiki diri sendiri di dalam mengurus diri dengan lebih efisien. Disiplin, etika dan sahsiah yang baik dan sikap ringan tulang akan menjadikan lebih ramai orang untuk menjadi lebih mesra dan

berdampingan dengan kita. Perbincangan dan saling bertolak ansur telah membuka peluang kepada kami untuk bertukar-tukar pendapat dan menerima pendapat dengan rakan yang lain khususnya dalam proses mendapatkan pengangkutan yang baik semasa kami berangkat ke Kuching dan kembali ke Kuching. Di samping itu juga, melalui program seperti ini juga membantu saya dalam menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan guru pelatih yang lain di samping dengan para pensyarah dan juga pihak sekolah yang menerima kunjungan ini. Lawatan Penandaarasan seperti ini juga memberikan kami peluang untuk menimba ilmu daripada sekolah yang kami lawati iaitu Sekolah Menengah Sains Kuching. Maklumat mengenai sistem rumah dan pengurusan yang lain akan membantu kami dan mungkin boleh diaplikasikan di sekolah kami pada masa akan datang dan akan memberikan manfaat yang berguna kepadabukan kepada kami sahaja tetapi juga kepada pihak murid dan sekolah kami kelak. Kesemua perkara itulah yang akan menjadi perkara penting yang akan saya amalkan dalam menjadikan diri lebih baik pada masa akan datang.

T Threats ( Ancaman) Terdapat beberapa ancaman yang dapat saya kenalpasti semasa

pengurusan program ini. Kesemua ancaman ini hendaklah dibuang supaya sesuatu program itu dapat dijalankan dengan telus dan memuaskan hati semua pihak. Antaranya ialah kekangan masa. Sepatutnya masa perlu dirancang dengan teliti. Selain itu, ancaman seterusnya ialah pengangkutan. Semasa kami membincangkan mengenai pengangkutan yang digunakan untuk ke Kuching dan kembali ke Miri, kami mendapat banyak masalah. Tiket tidak dapat ditempah apabila kami menggunakan kapal terbang kerana masalah surat yang dikatakan belum sampai ke sekolah dan ini telah menyebabkan kami terlepas peluang untuk mendapatkan tiket murah. Namun, kami mempunyai pelan kedua iaitu menggunakan bas.

Penutup Keseluruhannya, program ini banyak memberi pengetahuan baharu yang berguna kepada kami sebagai bakal pendidik untuk menempuh alam persekolahan kelak. Harapan saya, agar pada masa hadapan, saya mampu untuk menjadikan sekolah saya sebagai sekolah harapan di Malaysia dengan menggunakan Sekolah Menengah Sains Kuching sebagai penanda aras. Diharapkan juga agar Sekolah Menengah Sains Kuching akan terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia dengan pencapaian guru, murid dan ibu bapa yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah sekolah tersebut sebagai sekolah cemerlang.