refleksi kendiri big_rani arumugam

Upload: queenie772002

Post on 07-Jul-2015

3.749 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

LAPORAN REFLEKTIFBINA INSAN GURU SIRI 12 25 27 JULAI 2011

RANI A/P ARUMUGAM 770118 13 - 5498 PENGAJIAN INGGERIS KUMPULAN 2 (TESL 2)IPG KAMPUS BATU LINTANG

Perkara(1) Biodata (2) Pendahuluan (3) Matlamat i (4) Objektif BIG (5) Jadual Pelaksanaan (6) Refleksi Kendiri (6.1) Taklimat Peserta (6.2) Taklimat B.I.G. (6.3) Pembinaan Rakit (6.4) Aktiviti Darat (6.5) Latihan Dalam Kumpulan (LDK) (6.6) Sesi Moral (6.7) Aktiviti Air (6.8) Tongkat Amanah (6.9) Malaysia Cergas (6.10) Persembahan Kumpulan & Karaoke (6.11) Aktiviti Memasak dan memanggang (6.12) Manfaat daripada Program BIG (6.13 Pemurnian Program BIG (6.14) S.W.O.T Kendiri

Muka Surat1 3 4 5

8 12 16 19 23 29 31 35 37 39 41 44 46 48

(7) Penutup (8) Lampiran (8.1) Koleksi Gambar-Gambar (8.2) Salinan Surat Panggilan (8.3) Salinan Buku Program (8.4) Bahan-Bahan Lain

50

NAMA : JANTINA : STATUS PERKAHWINAN: KUMPULAN : SEMESTER : STESYEN &ALAMAT TEMPAT BERTUGAS:

RANI A/P ARUMUGAM PEREMPUAN BERKAHWIN PPG TESL 2 (AMBILAN 2011) PERTAMA S.K. ASYAKIRIN, KM 5, JLN SULTAN ISKANDAR, 97000, BINTULU, SARAWAK

ALAMAT TETAP :

LOT 7726, JLN PERMYJAYA UTAMA, DESA INDAH (MARIGOLD), 98000 MIRI, SARAWAK

NO. TEL SEKOLAH :

086-322064

NO. TELEFON PELAJAR: NAMA WARIS TERDEKAT : HUBUNGAN : NO. TELEFON:

016 - 8507842 MATTHEW BABA SUAMI 0198554015

1

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru lebih-lebih lagi kepada peserta B.I.G siri 12 bagi pelajar Program Pensiswazahan Guru. Kami telah berjaya menempuhi semuanya dengan berjaya sekali.Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan program ini.Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua fasilitator dan jurulatih yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan.Kepada fasilitator kumpulan 1, En. Patrick Anong, jutaan terima kasih diucapkan di atas semua motivasi, teguran dan input yang telah dicurahkan dan dikongsikan bersama kami. Saya akan memanfaatkan semua ilmu dan perspektif baru yang telah saya perolehi semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin memohon kemaafan diatas segala kesilapan yang telah saya lakukan.Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan

kesilapan.Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang

2

dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya. Anggaplah semua itu adalah kelemahan bagi pihak diri saya. Bagi rakan peserta yang lain, walaupun ada diantara kita ini bukanlah kali pertama kita menjalani Program Bina insan Guru (B.I.G.), namun setiap B.I.G itu adalah unik dan mengundang pengalaman dan memori yang baru. Saya berharap semua peserta akan dapat memanfaatkan pengalaman yang diperolehi ini dengan baik selepas ini. Anggaplah segala aktiviti yang telah dilakukan sebagai aktiviti

pembugaran ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi selama ini. Bersamasamalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita akan dapat terus melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian terima kasih.

3

Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan fizikal, mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan 100% secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan seorang guru kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi jati diri, kayakinan serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran-cabaran di era dunia tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan tali silaturahim di kalangan guru-guru dan juga pihak pengurusan IPG serta masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan.

4

Melalui program BIG, peserta dapat mencapai objektif : 1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama. 2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. 3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta perpaduan masyarakat. 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

5

Kursus BIG ini telah dilaksanakan pada 25 sehingga 27 Julai 2011 (Perkhemahan 3 hari 2 malam). HARI PERTAMA : 25 JULAI 2011 (ISNIN)

Masa 0630 0730

Aktiviti yang dijalankan y Berkumpul di hadapan Auditorium Tun Abdul Razak (TAZA), IPG Kampus Batu Lintang. y y Mengambil kehadiran dan taklimat ringkas. Pembahagian kumpulan. Perjalanan ke Kem Alapong, Lundu. Taklimat BIG Mendirikan khemah Rehat dan minum pagi Menyediakan peralatan (batang rakit dan tali) Ikatan tali Pembinaan rakit Pengurusan diri

0730 0930 0930 1000 1000 1030 1030 1100 1100 1230

y y y y y y y

1230 1400

y

y 1400 1700 y y 1700 2000 y y 2000 2030 2030 2200 y y

Merarau Keyakinan diri di air dan berakit (K4 6) Orientaring (K1 3) Solat / pengurusan diri Makan malam Ikatan dan simpulan Latihan dalam kumpulan (LDK)

HARI KEDUA : 26 JULAI 2011 (SELASA) Masa 0530 -0730 Aktiviti yang dijalankan y y 0730 0800 0800 - 0900 0900 1200 y y y y 1300 1400 y y 1400 1430 1430 1700 1800 2000 2000 1700 1700 2000 y y y y y y 2000 2200 y Solat subuh Aktiviti Malaysia Cergas (senaman) Sarapan pagi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Keyakinan diri di air dan berakit (K1 3) Orienteering (K4 6) Solat Merarau Penerangan membina laporan portfolio Perbincangan persembahan Kumpulan Solat dan makan malam Malam persembahan dan karaoke Solat / pengurusan diri Makan malam Malam persembahan dan karaoke

7

HARI KETIGA : 27 JULAI 2011 (RABU) Masa 0530 0730 Aktiviti yang dijalankan y y 0730 0800 0800 1030 1130 1300 1300 1330 y y y y y Solat Subuh Malaysia Cergas Sarapan pagi Refleksi dan Penilaian Kursus Majlis Penangguhan Rasmi Merarau Perjalanan balik ke IPG Kampus Batu Lintang

8

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

25 JULAI 2011 0630 - 0730 Di hadapan bangunan TAZA, IPGKBL Taklimat (1) Peserta berkumpul dan pembahagian kumpulan

KEKUATAN KELEMAHAN

Tumpuan penuh diberikan Kurang jelas disebabkan tiada penggunaan alat p.a. semasa memberi taklimat

PELUANG

Mendapatkan info first hand dari fasilitator yang dijalankan penuh teliti dan perancangan

ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Kecairan maklumat Buku program diadakan untuk setiap peserta

Para peserta telah mula berkumpulm di hadapan bangunan TAZA seawal jam 6.30 pagi lagi. Lebih mengujakan apabila Pegawai Pengurus B.I.G, En. Micheal Tarang ak Jelaming telah pun bersedia di situ tepat pada masa yang telah dijadualkan. B.I.G siri ke 12 ini telah dihadiri oleh para perserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar

Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011. Kumpulan ini adalah seramai 83 orang dengan 22 peserta lelaki dan 61 peserta perempuan. Kumpulan terbesar diantara kumpulan-kumpulan B.I.G yang lain ini dianggotai oleh kumpulan major yang berbeza iaitu TESL 2, Prasekolah dan Pengajian Agama 3.

9

Sebelum taklimat dimulakan, para peserta telah diminta untuk berkumpul mengikut kumpulan pengajian masing-masing dan kehadiran diambil. Kemudian semua hadirin telah menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti oleh lagu Ibu Pertiwiku. Semasa taklimat, para peserta telah diingatkan secara tegas agar mengambil pil malaria, 1 biji sebelum perjalanan ke kem dan 1 biji selepas tamatnya B.I.G. En. Micheal turut memberi peringatan kepada peserta wanita yang mengandung supaya tidak mengambil pil berkenaan agar tidak menanggung risiko yang tidak diingini. Para peserta juga telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan saya telah ditempatkan di kumpulan 1. En. Micheal turut memberitahu bahawa kumpulan 1, 2 dan 3 yang berjumlah seramai 41 peserta akan bertolak ke Kem Alapong menggunakan bas berhawa dingin dan selebihnya menggunakan bas yang tidak berhawa dingin. Sebelum bertolak, semua peserta telah berdoa mengikut kepercayaan dan agama masingmasing. Pada pendapat saya, taklimat sebegini amat penting terutama sekali bagi peserta mod pengajian jarak jauh yang sememangnya mempunyai masa yang terhad untuk berinteraksi. Sesi sebeginilah akan menjadi titik permulaan kelancaran sesuatu program yang akan dijalankan. Dengan kehadiran Encik Micheal tepat pada masanya, menunjukkan keseriusan pihak pengelola akan pengurusan masa dan disiplin para peserta. Dengan menetapkan aras disiplin yang tinggi, sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan akan menjadi lebih teratur, lancar dan berkesan. Ia juga berupaya meminimakan cacat cela sesuatu perancangan terutamanya yang melibatkan ketepatan masa. Saya juga turut kagum dengan keperihatinan pihak pengelola kerana telah berupaya membekalkan 2 biji pil malaria kepada setiap peserta walaupun kami telah

10

diberitahu

terlebih

awal

agar

mendapatkan

pil

tersebut

sendiri.

Saya

pula

sememangnya terpaksa mendapatkan pil tersebut di farmasi kerana pihak Hospital Bintulu dan klinik swasta kehabisan stok. Saya amat terharu dengan keperihatinan pihat pengurusan. Ini bermaksud, pihak pengelola sememangnya telah dapat meramal akan sesuatu kepincangan terutama dari segi persediaan para peserta. Keperihatinan sebeginilah yang telah saya amati dan berharap agar saya dapat mempratikkannya apabila saya mengelolakan sesuatu aktiviti sebegini di peringkat sekolah sendiri kelak. Kekuatan saya semasa taklimat diberikan adalah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap fasilitator. ;Ini adalah kerana kepincangan maklumat akan menyebabkan saya menjadi tidak terurus. Semasa taklimat disampaikan, ada diantara peserta yang agak terpinga-pinga kerana maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas. Inilah menjadi kelemahan utama kerana arahan dan maklumat yang disampaikan adalah tidak jelas. Inilah juga yang menjadi ancaman utama apabila kecairan maklumat berlaku disebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas. Di sini, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, apabila ingin mengadakan taklimat untuk sekumpulan individu yang agak ramai, eloklah sekiranya saya mengambil kira penggunaan hailer agar semua peserta mendapat first-hand information dan tidak berlaku salah faham. Dari segi penambahbaikan pula, saya berpendapat bahawa setiap individu haruslah dibekalkan dengan buku program secara individu agar perancangan program dan masa dapat diketahui dengan lebih awal. Perkara ini boleh dirancang dengan terlebih awal dengan meminta ketua kumpulan pengajian masing-masing

memperbanyakkan salinan sebagai rujukan setiap peserta dan boleh diberi pada pagi

11

taklimat ini. Ini membolehkan agar para peserta dapat mempunyai gambaran awal, bersedia dari segi mental dan mempunyai maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan susunan aktiviti yang akan dijalankan.

.

12

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN

25 JULAI 2011 0930 - 1200 Dewan Utama, Kem Alapong, Lundu Taklimat (2) Taklimat Program dan Peraturan B.I.G Telah sedia maklum akan peraturan B.I.G Kurang memahami lokasi kem kerana ketiadaan pelan atau peta kawasan kem

PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Mengenalpasti lokasi kem Kecairan maklumat Pelan atau peta Kem Alapong dipaparkan semasa taklimat

Setibanya rombongan peserta B.I.G di Kem Alapong, ramai di antara kami yang agak teruja melihat suasana kem yang amat berbeza dari kem-kem yang pernah dilawati sebelum ini. Kem yang dimilki oleh Tuan Haji Reduan bin Tuah berlokasi agak jauh dari hiruk pikuk kota. Kem ini terletak di lokasi strategik di tepi Pantai Lundu kirakira seraturs (100) km dari Bandaraya Kuching. Kem Alapong yang berkonsepkan kampung ini amat mengujakan saya dan rasa hati ini tidak sabar untuk meninjau-ninjau keindahan semulajadi di situ.

13 Kami telah dikumpulkan sekali lagi mengikut kumpulan B.I.G masing-masing bagi upacara perasmian Program B.I.G. Siri 12 ini. Program telah dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera kebesaran negeri Sarawak. Para peserta turut menyanyikan Lagu Negaraku dan diikuti oleh Ibu Pertiwiku sambil bendera-bendera tersebut dinaikkan. Kemudian para peserta diminta untuk berada

di Dewan Utama bagi sesi Taklimat B.I.G. yang disampaikan oleh En.Micheal Tarang ak Jelaming. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menyentuh dan menerangkan peraturan dan arahan tetap serta etika program B.I.G. Di antara perkara-perkara yang telah disentuh semasa taklimat adalah etika berpakaian, penetapan kawasan larangan, pergerakan, penjagaan kebersihan, penggunaan bilik air, ketepatan masa, adab makan, penjagaan keselamatan kawasan khemah, isyarat kecemasan, sesi Tazkirah dan Pendidikan Moral, masa perhimpunan pagi, larangan keras B.I.G, penggiliran tugas, jadual pertukaran giliran bertugas, petua berkursus dan penyerahan telefon bimbit dan barangan berharga. Kekuatan diri saya adalah saya telah sedia maklum akan peraturan berkursus. Maka tiada masalah untuk saya akur terhadap peraturan yang telah ditetapkan.Begitu jugalah dengan intipati taklimat yang telah disampaikan.Etika berpakaian amatlah penting terutama sekali apabila peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada para guru yang telah berkhidmat untuk sekian lamanya. Bagi saya, etika berpakaian yang telah ditetapkan amatlah bersesuaian dengan profesion kerana ia mencerminkan jati diri seorang guru. Jika kita sebagai seorang guru boleh mengenakan etika yang serupa kepada murid-murid, jadi adalah secara semula jadinya kita harus mematuhi etika yang telah ditetapkan.

14

Penetapan kawasan larangan juga adalah penting kerana setiap peserta harus tahu limitasi pergerakan masing-masing.Ini adalah perkara biasa bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Semangat setia kawan diteguhkan lagi dengan implementasi buddy system iaitu berteman walau dimana-mana berada.Ini amatlah penting dan haruslah dipratikkan lebih-lebih lagi apabila mengadakan aktiviti yang serupa di peringkat sekolah. Guru harus menekankan aspek keselamatan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Begitu juga dengan aspek kebersihan. Mengambil berat akan kebersihan; baik kebersihan diri sendiri atau persekitaran adalah sangat penting. Seorang guru harus berupaya mengurus anak-anak muridnya agar sentiasa memastikan tahap kebersihan adalah berada di tahap yang tertinggi.Sepanjang program ini, saya amat berbangga kerana para guru telah menunjukkan kerjasama yang baik semasa mencuci pinggan mangkuk, di bilik mandi dan kawasan sekitar khemah. Ketepatan masa amatlah penting semasa mengelolakan sesuatu aktiviti. Ini adalah kerana kegagalan berbuat sedemikian akan melibatkan sesetengah aktiviti tidak dapat dijalankan mengikut perancangan. Ini akan membuatkan objektif sesuatu aktiviti tidak akan tercapai. Saya harus sentiasa menitikberatkan aspek ini jika mahu berjaya dalam mengelolakan sesuatu aktiviti.Ini juga harus dipratikkan di dalam bilik darjah.Apabila kita mengikut perancangan, maka mudahlah objektif kita tercapai. Adab makan yang baik mencerminkan budi pekerti, etika dan keperibadian seseorang itu.Saya amat bersetuju dengan peraturan makan yang telah ditetapkan kerana adap makan yang sopan mencerminkan keperibadian tinggi seorang guru itu.Ini termasuklah berdoa sebelum makan bagi memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan

15

dalam agama masing-masing dan makan apabila semua ahli kumpulan berada di meja masing-masing. Pada pendapat saya, peraturan-peraturan yang telah dikenakan ke atas semua peserta B.I.G adalah perkara biasa dan harus agar semua sedar dan tahu akan batasbatas diri sendiri. Ini adalah demi kebaikan bersama dan dengan harapan akan dapat melindungi diri sendiri dan orang lain dari kesusahan dan malapetaka. Selain itu keharmonian silaturahim akan terpelihara dan kelancaran program yang dijalankan akan terpelihara. Kelemahan saya adalah kerana ini merupakan pertama kali diri saya memijakkan kaki ke Kem Alapong ini.Maka apabila fasilitator memberitahu lokasi prasarana, saya agak terpinga-pinga.Saya juga turut merasakan kecairan maklumat adalah menjadi ancaman utama kepada diri saya untuk menjadi perserta kursus yang baik. Penambahbaikan yang boleh menjadi peringatan untuk diri saya sendiri apabila menguruskan aktiviti seumpamanya adalah dengan mengadakan pelan atau peta kawasan.Ini adalah harus agar mudah bagi kita untuk mengenalpasti lokasi sesuatu tempat.Ini amatlah penting terutama bagi individu yang pertama kali memijakkan kaki ke sesuatu tempat yang baru. Dengan adanya pelan, penerangan mengenai kawasan larangan, contohnya akan menjadi lebih mudah difahami.

16

TARIKH MASA TEMPAT

25 JULAI 2011 1230 - 1400 Kawasan lapang berdekatan dengan Dewan Utama, Kem Alapong, Lundu

AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG

Pembinaan rakit Berpengalaman membina rakit Hanya mahir mengguinakan simpul manok Mengetahui dan menguasai tiga ikatan penting yakni simpul balak, simpul manok dan simpul tindih kasih

ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Tidak mahir dalam simpulan Melakukan latihan membuat simpulan dan cuba jaya sendiri sebelum Program B.I.G

Selesai minum pagi, para peserta telah diarahkan untuk membuat 21 buah rakit. Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat sebuah rakit adalah 7 batang paip pvc, 2 batang besi berukuran 1 meter panjang setiap satunya dan 2 utas tali yang berukuran panjang kira-kira 5 meter setiap satu. Demonstrasi pembinaan rakit telah dilakukan oleh 2 fasilitator iaitu mantan pensyarah IPG Kampus Batu Lintang, Tn. Hj. Noraini dan dibantu oleh En. Micheal.

17

Kekuatan diri saya semasa aktiviti ini ialah, saya telah berpengalaman membina rakit semasa di maktab hampir 10 tahun yang lepas. Namun kemahiran yang telah dipelajari serba sedikit masih boleh dipakai guna. Kelemahan diri saya adalah saya berasa agak gelabah kerana telah lama tidak mempratikkan simpulan-simpulan yang telah saya pelajari semasa menjadi Kadet Pandu Puteri di maktab dahulu. Hanya simpul manok yang saya masih boleh pratikkan dengan baik. Kerisauan juga timbul kerana tidak diberi peluang untuk mengulangkaji tiga simpulan utama yang diperlukan iaitu simpul balak, simpul manok dan simpul tindih kasih. Sebagai penambahbaikan, saya rasa sesi cuba jaya membuat tiga simpulan tersebut haruslah diadakan. Ini dapat membantu untuk mengembalikan keyakinan para peserta dalam membina rakit. Jika diberitahu secara awal, saya mungkin akan melakukan ulangkaji simpulan sebelum berkursus. Dengan ini, saya akan menjadi peserta kursus yang lebih proaktif dan relevan. Namun begitu, dengan berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman, kumpulan saya yang terdiri dari 4 wanita dan seorang lelaki telah berjaya menghasilkan sebuah rakit yang teguh dalam lebih kurang 35 minit. Kami amat berbangga memandangkan kumpulan kami adalah yang terakhir bermula dan antara yang terawal siap. Pengalaman ini dapat saya aplikasikan dengan sikap seseorang guru. Kita tidak seharusnya bersikap berpeluk tubuh dan membiarkan orang lain melakukan tugas kita apabila kita tidak tahu atau mahir dalam sesuatu perkara. Perkongsian secara

18

kolaboratif sebagaimana rakan sekumpulan saya yang lain kepada saya memastikan saya juga turut menyumbang ke arah pembinaan rakit tersebut. Memang mudah untuk kita mengatakan kita tidak tahu dan mengalah. Namun adakah itu akan menjadikan kita seorang guru dan contoh yang baik kepada anak-anak didik kita? Kita harus sentiasa mencabar diri kita sendiri kerana tanpa berbuat demikian kita tidak akan tahu sejauhmanakah kemampuan kita. Persaingan yang sihat juga perlu ada dalam jati diri seseorang guru agar akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri dalam apa jua bidang. Dengan cara ini, guru akan menjadi lebih relevan dan berupaya meningkatkan kualiti diri sendiri.

19

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

25 JULAI 2011 1500 - 1830 Kawasan hutan berdekatan Kem Alapong Orientering Berpengelaman meredah hutan Tidak berpeluang menggunakan kompas Mengenapasti flora dan fauna setempat Tidak mahir menggunakan kompas Tiada

Apabila dikatakan akan pergi mengembara di dalam hutan, hati saya sudah sedikit risau kerana sememangnya takut dengan pacat. Namun saya pendamkan juga kerisauan kerana saya harus akur akan kehendak program. Sebelum bertolak kami telah diberi satu taklimat. Penerangan yang amat berguna sekali telah disampaikan oleh Tuan Haji Reduan bin Tuah, pemilik Kem Alapong ini sendiri dan fasilitator aktiviti ini. Beliau turut memperkenalkan 6 kata-kata hikmat iaitu;

20

i) Kristal Kami fokus ii) Irama berkomunikasi dan berinteraksi iii) samudera proses menimba ilmu iv) Matahari berbakti, beramal dan ikhlas v) Intan kasih sayang dan kerjasama vi) Sempurna pemikiran, kreativiti dan inovasi

Kami juga telah diberikan sebiji belon seorang yang akan kami jaga sepanjang aktiviti meredah hutan. Kami perlu berjalan selama 30 minit sebelum kami melalui hutan. Permandangan yang saya saksikan perlu saya simpankan terus dalam memori kerana ini permandangan sebegini mungkin akan hilang dalam masa 20 tahun akan datang. Suasana sebegini juga turut mengingatkan saya kepada kawasan rumah panjang datuk saya yang kini telah digantikan dengan hutan kelapa sawit. Melihat akan permandangan yang sebegini, menyedarkan saya bahawa sabagai manusia kita harus bersyukur di atas segala ciptaan Tuhan di dunia ini. Semasa meredah hutan, kumpulan kami telah dibekalkan dengan 1 kompas dan ketua kumpulan telah diamanahkan untuk memegang kompas tersebut.Namun demikian, ahli-ahli kumpulan telah menunjukkan kerjasama yang amat baik dan saling bantu-membantu terutama apabila melalui jalan yang sukar.Ini adalah sinonim dengan diri kita sebagai warga pendidik agar tidak mudah mengaku kalah apabila menghadapi kesukaran dan masalah. Kita harus berusaha mencari jalan penyelesaian dan harus berfikiran positif agar setiap kesukaran itu menjadi api yang menyemarakkan lagi iltizam diri kita. Sebagai pendidik, kita juga tidak harus gentar dengan setiap tugas yang telah

21

diamanahkan tetapi sahut cabaran tersebut sebagai peluang untuk memperbaiki diri sendiri. Kekuatan saya semasa melakukan aktiviti sebegini adalah saya agak biasa meredah hutan keran latar belakang keluarga.Aktiviti yang dijalankan tidaklah berapa mencabar kerana kawasan hutan bukanlah hutan belantara tetapi masih kawasan dusun dan kebun orang.Namun begitu, saya telah mengambil peluang ini untuk mengenalpasti flora dan fauna yang terdapat di sepanjang perjalanan. Kelemahan saya semasa aktiviti ini adalah kerana tidak berpeluang untuk memegang kompas. Saya sedar bahawa perjalanan meredah hutan tidak ;mengambil masa yang lama. Oleh itu, sebelum giliran saya tiba, kami telah sampai ke checkpoint yang telah ditetapkan. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan dalam tempoh 28 minit. Sesi refleksi aktiviti telah dijalankan bersama tutor kumpulan kami iatu, Encik Patrick Anong. Semasa sesi tersebut, kami telah diminta untuk membentangkan 3 flora dan fauna yang kami temui.Saya telah diberikan kepercayaan oleh kumpulan saya untuk membentangkan hasil dapatan kumpulan kami. Namun, apabila diminta untuk mengaitkan daun buan dengan diri seorang guru, saya telah membuat analogi yang kurang tepat. Semasa dalam perjalanan pulang ke kem barulah saya terfikir untuk mengaitkan daun tersebut dengan diri seorang guru yang multi purposeatau pelbagai guna. Dalam era globalisasi sekarang, peranan seorang guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.Golongan guru haruslah memiliki criteria-kriteria tertentu yang tidak hanya membataskan diri kepada tugas mengajar di dalam kelas sahaja. Guru haruslah bersifat global dan meliputi pelbagai aspek dalam pembangunan anak murid.

22

Tidak cukup dengan tugas guru sebagai pengajar, guru juga harus menjadi pendidik, perancang, pemimpin, pelaksana, penggerak, penilai, pelaksana disiplin dan

sebagainya.Begitulah pentingya peranan seorang guru.

23

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN

25 JULAI 2011 2030 - 2200 Dewan Utama,Kem Alapong Latihan dalam Kumpulan Penglibatan aktif diri Skrip lakonan tidak dirancang dengan baik Mengetengahkan isu-isu semasa dan benar Kumpulan yang tidak memahami situasi dengan baik

PENAMBAHBAIKAN

Penambahan masa perbincangan

Sebagai aktiviti ice-breaking fasilitator LDK, iaitu Puan Rojian bt Abdullah telah memperkenalkan aktiviti Salam Semut. Para peserta diminta untuk menjalankan aktiviti secara berpasangan.Seterusnya peserta diminta untuk senyum kepada pasangan sejantina masing-masing sambil menggeletek dagu pasangan. Seandainya bukan sejantina, pasangan akan melakukan curtsy sahaja.

24

Aktiviti yang telah dijalankan amat sesuai dan melucukan, Pada pandangan saya, kemesraan lebih cepat terjalin apabila ada suasana yang melucukan atau menggembirakan.Kalau aktiviti ini diaplikasikan di dalam kelas, bayangkan betapa meriahnya sesi ice-breaking tersebut. Seterusnya setiap kumpulan B.I.G telah diberikan satu situasi.Berdasarkan situasi-situasi tersebut, setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah sketsa. Diantara isu-isu yang telah diketengahkan adalah: i) sikap berpuak-puak guru ii) penglibatan para guru dalam kerja sampingan seperti jualan langsung iii) guru besar super yang melakukan perubahan yang drastik dan lmembuat keputusan secara mendadak iv) isu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) v) isu keperihatinan guru terhadap pelajar vi) perbezaan gred jawatan antara guru-guru Setiap isu yang diketengahkan sememangnya berlaku di sekolah-

sekolah.Kumpulan Empat itelah mengetengahkan sebuah sketsa yang berkaitan dengan sikap berpuak-puak kalangan guru.Kebiasaannya sikap berpuak-puak segelintir guru-guru di sekolah adalah merupakan unsur negatif dan bisa mengugat

kesejahteraan dan keeratan silaturahim di kalangan kakitangan sekolah.Kumpulan ini juga akan bergembleng tenaga secara negatif dan bisa untuk mempengaruhi budaya

25

kerja dan pemikiran rakan-rakan sejawatan yang lainnya ke arah yang negatif.Sebagai role model di sekolah golongan pendidik haruslah memberikan contoh dan teladan yang terbaik.Jika kalangan guru-guru bersikap berpuak-puak, bagaimana pula seseorang guru hendak mendidik murid-murid agar tidak bersikap sedemikian.Seorang guru haruslah berperibadi mulia dan mengamalkan sikap terpuji di sepanjang masa sesuai dengan profesion perguruan. Sketsa yang kedua oleh Kumpulan Tiga pula sememangnya berlaku di hampir semua sekolah.Penglibatan guru-guru dalam aktiviti perniagaan sudah menjadi satu kebiasaan.Guru-guru yang sememangnya mempunyai rangkaian networking yang luas sering digoda dan kebiasaannya aktiviti ini akan dijalankan pada waktu bekerja dan kadang-kadang pula ada yang berlaku di dalam bilik darjah.Ini merupakan satu senario yang merungsingkan apabila guru lebih banyak memberikan tumpuan kepada aktiviti perniagaan mereka daripada menumpukan perhatian kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah timbulnya konflik apabila guru-guru melihat akan aktiviti perniagaan sebegini sebagai periuk nasi utama dan bukannya kerjaya sebagai seorang guru. Pada pendapat saya, larangan keras harus dikeluarkan kepada guru-guru agar tidak menjalankan aktiviti perniagaansemasa waktu bekerja. Perbuatan sebegini

adalah salah dan boleh diumpamakan pecah amanah kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan dibayar gaji, iaitu mengajar. Sketsa ketiga pula adalah berkaitan guru besar yang menganggap dirinya guru besar super.Sketsa yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan Satu ini juga berlaku di sekolah dalam situasi yang sebenar.Pada pendapat saya, sesuatu perubahan yang membawa kepada kebaikan adalah perkara positif.Akan tetapi perubahan yang terlalu

26

drastik boleh menyebabkan perkara yang baik itu menjadi negatif.Ini adalah kerana, apabila berlaku sesuatu perubahan, adalah diingatkan bahawa faktor manusia juga perlu juga dititikberatkan.Semua pentadbir peringkat sekolah harus ingat, sokongan padu semua pihak adalah perlu untuk menjayakan sesuatu perubahan. Kumpulan Dua turut meyampaikan sebuah sketsa bertajuk, KWAMP.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apabila bercakap mengenai KWAMP, semua mengeluh dan mengatakan perkara yang serupa. Sikap segelintir ibu bapa yang tidak mahu ambil peduli akan pelajaran anak-anak. Namun begitu golongan kecil inilah akan menjadi orang pertama terpacul di sekolah apabila tiba giliran untuk mendapatkan KWAMP. Hakikatnya sekarang, pihak sekolah harus berupaya menarik minat para ibu bapa agar lebih bersedia dan terbuka untuk melibatkan diri secara aktif dalam apa jua aktviti sekolah. Di sini hubungan awam di antara pihak sekolah dan ibu bapa haruslah sihat dan erat agar satu usahasama yang akrab boleh terjalin.Rasa saling hormatmenghormati dan kesefahaman yang tinggi haruslah sentiasa dipupuk dan ditanam di antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Sketsa yang telah dilakonkan oleh kumpulan Enam agak kurang difahami oleh saya melainkan saya melihat murid-murid mempunyai masalah pembelajaran yang berbeza di dalam kelas. Sketsa terakhir oleh Kumpulan Lima pula adalah berkisarkan perbezaan gred jawatan di sekolah terutama dengan Dg41. Para guru adalah amat sensitif apabila isu gred ini diketengahkan.Namun begitu situasi sebegini sememangnya berlaku di

27

sekolah.Ada di kalangan pihak pentadbir yang terlalu tidak mempercayai golongan guru DG41 sehinggakan tidak dibenarkan untuk memegang kelas tahap dua atau mengajar kelas peperiksaan. Sebagai pihak pentadbiran, para guru ini perlulah diberi kepercayaan dan peluang kerana pengalaman tidak akan datang bergolek kalau tidak dicari. Kekuatan diri saya semasa aktiviti ini dijalankan adalah saya telah melibatkan diri secara aktif. Ini adalah salah satu nilai yang sentiasa saya amalkan. Dengan cara ini saya dapat memberi input dan disamping menerima input dari rakan-rakan yang lain. Saya juga akan lebbih banyak menimba pengalaman dan belajar perkara baru dari menjadi seorang yang pasif. Seseorang tidak harus hanya menjadi penumpang dan mengharapkan hasil perbincangan orang lain semata-mata. Di antara kelemahan saya adalah, apabila berbincang mengenai sketsa yang akan dibentangkan, saya tidak membuat skrip atau merangka plot sketsa secara ringkas Ini adalah penting agar perbentangan yang dilakukan adalah memenuhi kehendak tugasan dan mencapai objektif. Walaubagaimanapun, saya akan

menggunakan pengalaman yang telah diperolehi untuk memperbaiki diri saya dalam aktiviti yang serupa di masa akan datang. Aktiviti LDk ini juga telah mengingatkan saya akan akauntabiliti saya sebagai seorang guru kepada murid-murid, rakan-rakan sekerja, kepada masyarakat, institusi pendidikan dan seterusnya profesion keguruan. Aktiviti ini juga amatlah

menyeronokkan kerana para peserta berpeluang untuk mengetengahkan kreativiti dan bakat lakonan masing-masing.masing-masing disamping mengetengahkan bakat lakonan. Perkongsian ilmu sebegini memanglah menyeronokkan kerana ia adalah main

28

peranan situasi yang sebenarnya berlaku di sekolah.Para peserta juga berupaya mengeratkan silaturahim dengan bergembleng tenaga dan idea bagi menjayakan main peranan tersebut. Sebagai panduan untuk saya mengaplikasikan aktiviti yang serupa di dalam kelas kelak, saya akan meminta setiap kumpulan untuk merancang skrip atau plot sketsa agar jalan cerita mudah difahami oleh semua. Ini juga untuk mengelakkan agar jalan cerita menjadi terlalu panjang.Terlalu banyak unsur lawak diselitkan di dalam sesebuah sketsa juga boleh memesongkan intipati mesej yang hendak disampaikan. Perancangan masa adalah penting apabila kita merancang untuk mengadakan aktiviti sedemikian di dalam kelas.Perancangan ini boleh dilakukan dalam masa yang singkat namun penting untuk dirancang agar maksud yang hendak disampaikan akan memenuhi objektif yang sebenar. Sebagai penambahbaikan, di masa-masa akan datang, saya menyarankan agar setiap kumpulan diberikan masa yang mencukupi agar persembahan kumpulan adalah padat dan penuh dengan mesej yang positif.

29

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN

26& 27 JULAI 2011 0530 0630 (sesi pagi) Dewan Utama,Kem Alapong Latihan dalam Kumpulan Mempunyai ilmu dan kefahaman asas mengenai topik yang dikemukakan

KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Agak mendominasi sesi perbincangan Menambah pengetahuan sedia ada tiada Mencatat dengan lebih jitu lagi maklumat perbincangan

Sepanjang program B.I.G, peserta hanya berpeluang untuk menyertai aktiviti Moral sebanyak dua kali. Pengisian slot amatlah produktif di mana para peserta diminta untuk mengadakan perbincangan berkaitan topik yang telah disediakan. Untuk slot pada 26 Julai, pokok perbincangan kami adalah mengenai Sambutan Hari Kualiti. Kumpulan kami pula telah diminta untuk membincangkan konsep budaya

30

kerja cemerlang.Manakala bagi slot pagi 27 julai pula, kumpulan saya telah diminta untuk membentangkan tajuk berkaitan kod etika berpakaian. Antara kekuatan yang saya miliki adalah saya mempunyai ilmu dan kefahaman asas mengenai tajuk yang dibincangkan.Ini menjadi modal saya untuk membantu kumpulan saya bagi mengutarakan isi-isi perbentangan yang baik. Diantara budaya kerja cemerlang yang kami telah senaraikan adalah sikap bertanggungjawab, bekerja berpasukan, berani mengambil risiko, tahu akan keutamaan, berdaya saing positif, akur akan arahan dan inovatif. Kelemahan saya adalah saya agak mendominasi sesi perbincangan kumpulan bagi kedua-dua slot Moral ini. Sepatutnya saya boleh membantu memudahcarakan sesi perbincangan agar yang lain boleh turut menyumbangkan buah firkiran mereka. Dengan cara ini, perbincangan kumpulan akan menjadi lebih menarik dan lebih banyak idea-idea bernas yang dapat dibentangkan. Sebagai penambahbaikan diri saya sendiri, saya seharusnya lebih peka dan mencatat hasil perbincangan kumpulan lain agar senang untuk saya membuat refleksi kendiri ke atas aktiviti ini. Sebagai kesimpulannya, aktiviti seperti ini memang berupaya untuk

mengetengahkan sikap kepimpinan, toleransi dan kerjasama ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan.Namun harus diingatkan bahawa hasil perbincanagn sesebuah kumpulan adalah koleksi buah fikiran kesemua ahli dan tidak seorang pun harus dipinggirkan dari menyertai aktiviti sebegini.

31

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

26 JULAI 2011 0900 1200 Pantai Pandan, Lundu (1) Water Confidence (2) Berakit Suka akan aktiviti air dan tahu berenang Berat badan yang berlebihan Menambah kemahiran berakit tiada Penambahan masa bagi menjalankan senario lemas atau karam

Saya telah berpeluang untuk melakukan aktiviti air yang telah dikendalikan oleh dua orang pensyarah iaitu En. Ahmad Daud bin Haji Lugom dan En. Abg Ismail bin Abang Haji Julhi. Aktiviti ini telah dilakukan di Pantai Pandan, berdekatan dengan Kem Alapong. Aktiviti air ini telah terbahagi dua iaitu aktiviti pertama adalah water confidence. Latihan yang telah dijalankan adalah untuk membina keyakinan terhadap diri sendiri dan tidak mudah panik apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku di laut atau air.

32

Mula-mula kami diminta untuk telentang dan meniarap. Ini adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai apabila seseorang berada di lautan nanti dan memakai jaket keselamatan, Kami juga telah diminta untuk mengapungkan diri dan membiarkan diri terus terapung selama lebih kurang seminit dan tanpa berpegang tangan. Selesai aktiviti ini, kami seramai 41 orang yang terdiri daripada Kumpulan Satu, Dua dan Tiga diminta untuk membuat dua barisan mengikut ketinggian. Saya telah dipasangkan dengan Jamilah bt Tamam dari Pengajian Agama 3. Pada mulanya kami berdua mengalami kesukaran kerana Jamilah tidak berpengelaman mendayung. Namun dengan kerjasama dan semangat tidak mengaku kalah, Jamilah dalam masa yang singkat telah menunjukkan kebolehan mendayung. Ini menyenangkan perjalanan berakit kami berdua. Setelah kira-kira 15 minit berakit, kami diminta untuk menyambungkan rakit dan membentuk rangkaian rakit di tengah-tengah lautan. Kami kemudiannya telah berakit melepasi sebuah tanjung dan berhenti rehat di tepi pantai. Di situ kami telah dijamu dengan minuman dan kudapan ringan bagi mengembalikan tenaga yang agak berkurangan. Kekuatan diri saya semasa melakukan aktiviti ini adalah saya adalah seorang yang gemarkan air dan lautan. Kebolehan berenang juga agak menyenangkan saya untuk melakukan aktiviti yang diminta. Namun begitu saya tetap mendengar arahan dan bimbingan fasilitator kerana keakuran kita akan menyebabkan sesuatu aktiviti yang dirancang berjalan dengan lebih lancar. Kelemahan diri saya terpancar apabila rakit diterbalikkan dan diminta naik semula ke rakit masing-masing. Saya agak gusar pada mulanya kerana semasa aktiviti berkayak semasa di maktab dulu, saya tidak berjaya menaiki kayak saya semula. Ini adalah disebabkan masalah berat badan. Namun kelemahan ini saya dapat atasi kini

33

kerana berkat kesabaran menjalani kelas aerobik dan juga melengkapkan diri memakai seluar sukan yang stretchable. saya akhirnya dapat menaikkan badan sendiri ke atas rakit. Saya juga berazam untuk berjaya dalam aktiviti ini sebagai iltizam bagi diri sendiri. Antara pengalaman baru yang saya telah perolehi semasa berakit adalah aktiviti menyusur di dalam air. Ini adalah aktiviti yang amat seronok untuk dicuba. Malangnya, saya tidak berjaya melakukan aktiviti ini kerana tidak membawa goggle sendiri bagi seorang yang rabun jauh seperti saya. Disini ingin saya sarankan penambahbaikan agar senario lemas atau karam diberi penekanan dan dipanjangkan sedikit masa. Ini adalah untuk memberi peluan kepada para peserta untuk menjalankan tatacara keselamatan air yang betul. Ini adalah sebagai salah satu latihan yang saya rasa sangat relevan berdasarkan pengalaman saya sendiri mengajar di pendalaman dulu dan juga insiden bot ekspress yang karam di Tatau baru-baru ini. Secara kesimpulannya, aktiviti ini merupakan highlight utama bagi Program B.I.G. Aktiviti ini harus diteruskan pada sesi yang akan datang bagi memberi keyakinan dna pendedahan kepada para guru akan kepentingan aktiviti sedemikian. Aktiviti seperti water confidence adalah penting kerana melalui aktiviti ini akan dapat memberi keyakinan kepada seseorang semasa di dalam laut. Oleh sebab itu, aktiviti ini dilakukan terlebih dahulu oleh perenang sebelum mereka berenang. Antara pengalaman yang dapat saya bugarkan adalah cara memakai jaket keselamatan dengan betul dan teknikteknik menyelamat mangsa di air. Lebih penting saya juga diajar tentang cara untuk mengendalikan aktiviti bersama anak-anak murid kelak apabila ingin melakukan aktiviti air iaitu dari aspek keselamatan dan kawalan pelajar.

34

Diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan dan jika boleh dipelbagaikan aktiviti seperti berkayak atau berakit adalah begitu baik kerana melaluinya juga kita dapat melatih semangat berpasukan dan memperoleh ilmu baru untuk diaplikasikan.

35

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

26 JULAI 2011 1300 1430 Sekitar Kem Alapong Tongkat Amanah Semangat berpasukan yang tinggi Kurang sabar Menimba pengalaman baru Tahap konsentrasi rakan sepasukan yang rendah

Aktiviti ini adalah yang paling unik sekali kerana dikelolakan dengan kerjasama pihak pengurusan Kem Alapong dan telah ditaklimatkan sendiri oleh Tuan Hj. Reduan. Setiap kumpulan diberi sepohon buluh yang dianalogikan sebagai tongkat amanah. Tongklat amanah ini perlu sentiasa dipegang atau disentuh oleh setiap ahli kumpulan sepanjang berl;angsungnya LDK ini. Bagi mana-mana peserta yang baik secara

sengaja atau tidak sengaja terlepas pegangan tongkat tersebut, maka kumpulan itu dikehendaki untuk mengulang semula tugasan yang telah selesai mereka lakukan.

36

Melalui LDK ini, saya telah mempamerkan salah satu kelebihan saya iaitu iaitu semangat berpasukan yang tinggi.Semangat berpasukan amatlah perlu untuk menjadikan satu usaha yang kolektif itu lebih produktif. Kelemahan saya yang amat ketara adalah sikap tidak sabar saya apabila rakan sekumpulan berlengah-lengah untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Saya harus menyingkirkan sikap ini kerana sikpa ini akan menimbulkan kecuaian dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. saya juga berpeluang untuk mempelajari satu aktiviti yang baru. Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini adalah sesuai untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.Ia berupaya untuk memupuk dan menanam semangat bekerjasama, bertoleransi dan semangat setia kawan di kalangan murid-murid. Ancaman yang saya dapati adalah tahap konsentrasi segelintir kecil rakan-rakan yang agak terganggu.Saya sedar mungkin mereka berasa agak letih selepas aktiviti berakit.Namun begitu, semua orang adalah keletihan tetapi perjuangan bagi melaksanakan aktiviti ini harus diteruskan jua.

37

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

26 dan 27 JULAI 2011 1630 - 0730 Sekitar Kem Alapong danPantai Pandan Malaysia Cergas ( Senaman Pagi) Semangat kesukanan yang tinggi Menghidapi tendinitis Meningkatkan tahap kecerdasan

Setiap pagi setiap peserta adalah diwajibkan untuk menjalani aktiviti senaman pagi.Setiap kumpulan telah bergilir-gilir untuk melaksanakan upacara menaikkan bendera dan mengetuai aktiviti senaman. Pada hari kedua, kumpulan Tiga telah memimpin kesemua peserta untuk menari poco-poco.Tarian ini amat seronok untuk ditarikan kerana gerak tarinya yang mudah untuk diikuti. Selesai melakukan aktiviti memanaskan badan, kesemua peserta dikehendaki berjoging sehingga ke Pantai Pandan dan seterusnya kembali semula ke Kem Alapong.

38

Semasa menjalani aktiviti ini selama dua hari, saya tidak pernah memberikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu senaman. Ini adalah kerana kelebihan saya memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan bersifat kompetitif menyebabkan saya tidak betah duduk diam walaupun menghidap tendinitis pada lutut sebelah kiri saya..Walaupun peserta lain berlari namun saya tetap mengekori dengan berjalan laju (power walk) untuk sampai ke destinasi. Semangat yang tersemat dalam diri ini selalu saya tekankan kepada anak didik saya.

39

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN

27 JULAI 2011 2030 - 2230 Dewan Utama Kem Alapong Persembahan Kumpulan Lagu yang dipersembahkan berkaitan dengan profesion

KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Tiada lagu iringan Mengetengahkan bakat nyanyian

Persembahan dari kalangan pensyarah

Semua kumpulan adalah diwajibkan untuk menyampaikan sebuah persembahan yang berkisarkan pengalaman yang telah ditimba sepanjang Program B.I.G ini.Pada malam itu, keenam-enam kumpulan berjaya melakukan persembahan yang begitu menghiburkan sekali.Persembahanpersembahan telah diadili oleh En. Mohammad bin Ameran, Pn. Hafizah bt Selamat dan Pn. Noraini bt Jon. Kumpulan saya telah mendendangkan sebuah lagu berjudul Biarku Menjadi Lilin. Kami sekumpulan telah berpakat untuk memilih lagu ini kerana ini memanjatkan

40

rasa terima kasih dan kesyukuran di atas segala tunjuk ajar para fasilitator sepanjang Porgram B.I.G ini.Kekuatan persembahan kami adalah terletak pada lirik lagu yang amat puitis dan bertepatan dengan perancangan kami. Kelemahan persembahan kami pula adalah nyanyian yang tidak diiringi oleh musik. Alangkah indahnya sekiranya lagu itu turut ditemani oleh musik. Malam persembahan ini telah dijuarai oleh Kumpulan Enam yang telah membawa lagu medley dalam pelbagai dialek di Malaysia. Persembahan Kebudayaan diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakatbakat yang terpendam dan daya kreativiti para peserta BIG. Kaitannya dengan saya ialah sebagai guru kita perlu juga mengetahui cara-cara untuk mengendalikan persembahan kebudayaan apabila di sekolah nanti agar kita menjadi guru yang aktif dan disenangi. Kita juga senang didekati jika mempunyai pemikiran yang kreatif. Ilmu baru yang saya dapati ialah setiap perkara yang kita lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej tertentu dan bukan sekadar berseronok atau berhibur semata-mata. Persembahan perlu ada mesej tersirat agar menjadi lebih bermakna dan memberi manfaat yuang berguna. Penambahbaikan ialah, persembahan daripada wakil pensyarah juga seharusnya ada bagi merapatkan silaturahim antara peserta dan pensyarah.

41

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN

27 JULAI 2011 2030 - 2230 Persekitaran Kem Alapong Pertandingan Masakan Ala Rimba Berpengetahuan dalam penyediaan masakan ala rimba

KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Kurang mahir menghidupkan api Mempelajari teknik menghidupkan api Kekangan masa

Aktiviti ini telah membabitkan para peserta menyediakan makan malam ala rimba sendiri dan seterusnya aktiviti memanggang. Kumpulan kami telah dibekalkan dengan daging ayam, ikan sardin dan udang.Daging ayam kami sediakan secara pansoh dan begitu juga dengan udang. Ikan pula kami sediakan ala pais iaitu dibalut dalam daun dan dibakar diatas api.

42

Kumpulan kami telah bekerjasama dalam semua aspek dan tiada seorang pun yang tidak turut serta. Aktiviti ini amat menyeronokkan kerana para peserta berpeluang untuk mengetengahkan bakat kulinari masaing-masing dalam menyediakan makanan sendiri. Kekuatan diri saya dalam aktiviti ini ialah menyediakan masakan ala rimba seperti pansoh dan pais adalah satu kebiasaan bagi diri saya. Akan tetapi saya juga mempunyai kelemahan iaitu kurang mahir dalam menghidupkan api menggunakan kayu api. Namun begitu, dengan bantuan rakan-rakan yang lebih mahir saya berpeluang untuk belajar cara menghidupkan api. Ancaman bagi kumpulan kami adalah kekangan masa. Masa yang agak terhad menyebabkan penyediaan makanan yang agak kelam kabut. Namun begitu, dengan perancangan yang teliti, kami telah berjaya 4 jenis makanan iaitu ikan sardin pais Alapong, Ayam pansoh Alapong, udang pansoh Alapong dan kerabu sayur Alapong. Aktiviti ini sememangnya sudah menjadi satu rutin sesuatu perkhemahan. Namun begitu, saya juga telah mempeajari sesuatu yang baru terutama resipi-resipi masakan yang tidak pernah saya cuba. Saya juga berpendapat ahli pasukan saya telah menunjukkan kerjasama yang tinggi.Ahli kumpulan secara automatik boleh bergerak sendiri tanpa perlu diarahkan untuk berbuat sesuatu. Ini menunjukkan keserasian dan persefahaman yang mendalam di kalangan ahli-ahli kumpulan.

43 Sebagai kesimpulan, aktiviti ini sememangnya aktiviti yang memerlukan komitmen dan kerjasam yang tinggi di kalangan ahli kumpulan serta seharusnya diteruskan dalam Program B.I.G yang akan datang.

44

Program Bina Insan Guru ini merupakan satu aktiviti pembugaran namun pada masa yang sama telah memberikan banyak pengalaman baru kepada saya. Pertama sekali, mod program yang telah dijalankan dalam suasana

perkhemahan amatlah sesuai sekali kerana walaupun telah lama berkhidmat di sekolah, namun peluang untuk berkhemah adalah tipis sekali. Program ini turut mempertingkatkan disiplin diri saya dan keupayaan mengurus masa dengan berkesan. Walaupun kesuntukan masa adalah kekangan utama namun para peserta masih juga harus menguruskan diri sendiri dengan baik. Keupayaan untuk menguruskan masa untuk mandi tanpa memberi

bebanan atau gangguan kepada orang lain adalah satu kemahiran yang harus dikuasai. Setiap peserta harus mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Ketiga, saya telah semakin sedar akan kepentingan kerjasama di dalam satu kumpulan. Saya amat beruntung kerana telah ditempatkan di dalam kumpulan yang sentiasa ceria dan berfikiran positif apabila menghadapi kesukaran. Di sini ingin saya tegaskan bahawa setiap ahli kumpulan Satu telah mempratikkan semangat berpasukan yang sangat kuat. Permuafakatan dan toleransi di kalangan ahli-ahli kumpulan telah berjaya menghasilkan samangat berpasukan yang padu.

45

Begitu jugalah kita sebagai warga pendidik di sekolah.Semua adalah merupakan satu pasukan. Jika tiada persefahaman dan misi yang sama, maka pincanglah sesebuah organisasi tersebut. Keempat, saya telah mempelajari bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah memainkan peranan yang pelbagai di sekolah.Kita tidak harus melimitasikan diri kita sendiri dalam lingkungan bilik darjah semata-mata.Golongan guru haruslah memiliki kriteria-kriteria tertentu yang tidak hanya membataskan diri kepada tugas mengajar di dalam kelas sahaja. Guru haruslah bersifat global dan meliputi pelbagai aspek dalam pembangunan anak murid. Tidak cukup dengan tugas guru sebagai pengajar, guru juga harus menjadi pendidik, perancang, pemimpin, pelaksana, penggerak, penilai, pelaksana disiplin dan

sebagainya.Begitulah luasnya peranan seorang guru. Kelima, sebagai seorang warga pendidik usaha untuk kita menuntut ilmu dah peluang untuk saya turut mempelajari perkara yang baru. Disebalik keseronokan dalam menjalankan aktiviti saya juga melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri bagi mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan sememangnya bertujuan untuk mengajar kita nilai-nilai murni dan mendapat imput yang berguna. Saya juga mempelajari agar terus menilai diri sendir dan jangan mudah alpa. Pengalaman ini juga melatih saya agar menjadi sorang pendidik yang berfikiran rasional, berjiwa kental dan sentiasa aktif.

46

Setiap kelemahan pasti ada pemurniaan. Setiap pemurniaan adalah bertujuan untuk menambahbaikan sesuatu perancangan. Semasa taklimat disampaikan, ada diantara peserta yang agak terpinga-pinga kerana maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas. Inilah menjadi kelemahan utama kerana arahan dan maklumat yang disampaikan adalah tidak jelas. Inilah juga yang menjadi ancaman utama apabila kecairan maklumat berlaku disebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas. Di sini, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, apabila ingin mengadakan taklimat untuk sekumpulan individu yang agak ramai, eloklah sekiranya saya mengambil kira penggunaan hailer agar semua peserta mendapat first-hand information dan tidak berlaku salah faham. Kedua, saya berpendapat bahawa setiap individu haruslah dibekalkan dengan buku program secara individu agar perancangan program dan masa dapat diketahui dengan lebih awal. Perkara ini boleh dirancang dengan terlebih awal dengan meminta ketua kumpulan pengajian masing-masing memperbanyakkan salinan sebagai rujukan setiap peserta dan boleh diberi pada pagi taklimat ini. Ini membolehkan agar para peserta dapat mempunyai gambaran awal, bersedia dari segi mental dan mempunyai maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan susunan aktiviti yang akan dijalankan. Ketiga, ini merupakan pertama kali diri saya memijakkan kaki ke Kem Alapong ini. Maka apabila fasilitator memberitahu lokasi prasarana, saya agak 47

terpinga-pinga.Saya juga turut merasakan kecairan maklumat adalah menjadi ancaman utama kepada diri saya untuk menjadi perserta kursus yang baik. Keempat, penambahbaikan yang boleh menjadi peringatan untuk diri saya sendiri apabila menguruskan aktiviti seumpamanya adalah dengan mengadakan pelan atau peta kawasan.Ini adalah harus agar mudah bagi kita untuk mengenalpasti lokasi sesuatu tempat. Ini amatlah penting terutama bagi individu yang pertama kali memijakkan kaki ke sesuatu tempat yang baru. Dengan adanya pelan, penerangan mengenai kawasan larangan contohnya akan menjadi lebih mudah difahami. Kelima, melalui LDK,aktiviti ini telah mengingatkan saya akan akauntabiliti saya sebagai seorang guru kepada murid-murid, rakan-rakan sekerja, kepada masyarakat, institusi pendidikan dan seterusnya profesion keguruan. Perkongsian ilmu sebegini

memanglah menyeronokkan kerana ia adalah main peranan situasi yang sebenarnya berlaku di sekolah.Para peserta juga berupaya mengeratkan silaturahim dengan bergembleng tenaga dan idea bagi menjayakan main peranan tersebut. Keenam, setiap perkara yang kita lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej tertentu bukan sekadar seronok atau semangat semata-mata sepertimana dalam persembahan perlu ada mesej tersirat agar sesuatau persembahan adalah lebih bermakna dan bermanfaat.

48

Selesai program BIG selama 3 hari 2 malam ini banyak input yang saya dapat. Antaranya ialah: Kekuatan (Strength) i. Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina insan guru ini .ii. Semangat kerjasama antara peserta dipupuk sepanjang program Ini dijalankan iii. Dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta. iv. Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan melancarkan perjalananprogram ini. v. Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti boleh melahirkan guru yang berwibawa. vi. Kemudahan yang disediakan lengkap untuk kegunaan para peserta.

Kelemahan

(Weakness)

i. Aktiviti yang dijalankan adalah terlalu padat sehingga menyukarkan aktiviti pengurusan diri.

Peluang (Opportunity) i) Berpeluang membugarkan semula segala kemahiran yang sudah agak lapuk. Ancaman (Threat) i) Kegagalan menepati waktu yang amat terhad

50

Perkhemahan yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini amatlah berguna kepada semua golongan bakal pendidik dan pendidik yang telah sedia berkhidmat di sekolah-sekolah. Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) . Segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi akan saya menfaatkan sebaikbaiknya. Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan kerana telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru dengan jayanya. semoga Institut Perguruan Kampus Batu Lintang terus unggul dan terbilang sebagai institut perguruan yang amat efisien dan efektif dari segi pelaksanaan Program Bina Insan Guru.

51

Demonstarasi membina rakit oleh Tn. Hj. Noraini.

Peserta memanaskan badan sebelum berakit.

52

Mengapungkan badan semasa latihan water confidence

Acara berakit bermula..

53

Berdiri di atas rakit di tengah-tengah lautan.

Aksi para peserta.

54

Barisan belakang pula cuba untuk berdiri di atas rakit.

Syabas!

55

Para peserta sedang menyanyikan lagu sambil berdiri di atas rakit.

Peserta diminta terjun ke laut dan mengapungkan diri.

56

Di antara perserta yang berjaya naik semula ke atas rakit.

Peserta sedang melakukan percubaan menyelam (permainan).

57

Kumpulan 1 sedang menjalankan LDk Tongkat Amanah.

Peserta sedang berusaha berjalan di atas titi sambil memegang Tongkat Amanah.

58

Perjuangan diteruskan jua sehingga ke checkpoint terakhir.

Perjuangan diteruskan jua...

A.

Takwim Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 Bil 01 02 03 04 05 06 Siri 09/2011 10/2011 11/2011 12/2011 13/2011 14/2011 Tarikh 04-06.07.2011 11-13.07.2011 18-20.07.2011 25-27.07.2011 19-21.09.2011 26-28.09.2011 Kem Alapong, Lundu Tempat Kumpulan BI6(25),BC1(16),MT2(18),SN1(19) PA1(28),BI1(25),SN3(17) PA2(26),BI2(28),SN2(16) BI2(27),MT3(18),PRA(25) PM(29),BI4(24),BC2(17) PA3(25),BI5(26),MT1(19) Jumlah L 24 25 26 18 21 22 P 54 45 44 52 49 48 Jum Besar 78 70 70 70 70 70

B.

Peralatan-peralatan Yang Diperlukan Semasa Mengikuti Program BIna Insan Guru. 1. Baju T berlengan panjang dan berwarna gelap. 2. Track Bottom/Seluar panjang sukan 3. Kasut Getah/snickers 4. Topi/Cap 5. Sun Block/Lotion 6. Ubat-ubatan keperluan peribadi 7. Buku Nota 8. Pakaian yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti lain. (No jeans & round or V-neck T shirts are allowed) 9. Wang Tunai RM 130 (Tdk termasuk Baju T, hamper/hadiah). C. Penilaian - 2 pasang - 2 pasang - 1 pasang

1. Setiap kumpulan dikehendaki membuat kertas kerja/cadangan. (Cth: Kumpulan Sains membuat kertas kerjanya sendiri)

2. Setiap peserta diwajibkan membina Laporan Refleksi Kendiri dan ia perlu dihantar kepada Tutor Mentor SEMINGGU (7 HARI) selepas aktiviti BIG dilaksanakan. 3. Setiap peserta akan dinilai berdasarkan PEMERHATIAN PEMBINAAN LAPORAN REFLEKSI KENDIRI dan KERTAS KERJA/CADANGAN. D. Am 1. Setiap peserta wajib hadir 100% semasa Program BIG dilaksanakan. 2. Setiap peserta dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Jika ada sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila hubungi Encik Micheal Tarang Jemaling, Pegawai Penyelaras Program Bina Insan Guru, IPGKBL di talian 082-243281 atau 013-8067056.