refleksi kendiri psv.doc

7
Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati Di awal semester ke 5 baru-baru ini, saya penuntut Program Pensiswazahan Guru TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA) di khabarkan bahawa kami akan di beri pilihan untuk memilih satu subkek elektif iaitu Pendidikan Seni Visual (PSV) atau Pendidikan Moral. Pada awalnya, saya agak yakin untuk memilih Pendidikan Moral kerana risaukan mata pelajaran PSV yang mana jika di minta membuat tugasan-tugasan mereka cipta seni maka amat susahlah saya. Namun setelah mendengar penerangan daripada beberapa orang rakan yang telah mula mengumpul maklumat, pemahaman saya terhadap elektif PSV ini mula berubah. Pada petang interaksi pertama ini saya telah diketemukan dengan seorang insan yang bernama En Ramlan, pensyarah PSV di IPBA. Peluang mendengar penerangan beliau dengan jaminan bahawa tiada tugasan melukis, membuat arca, mencanting malah mewarna pun tidak akan diberi kecuali belajar tentang teori-teori PSV dan bagaimana PSV diajar di sekolah. Semangat dan keinginan untuk mengikuti elektif PSV ini mula ada dalam hati saya namun kami semua terpaksa menunggu hingga ke interaksi yang kedua, barulah ianya menjadi kenyataan. Apabila berjumpa dan bercerita dengan rakan-rakan yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral, persoalan pertama yang dibangkitkan adalah ‘ susah ke PSV’, ‘banyak kena melukis tak’ dan pelbagai lagi soalan yang dibangkitkan oleh mereka. Apa yang saya tahu dan belajar setakat ini, ia adalah satu subjek yang seronok untuk dipelajari kerana ada banyak perkara baru, maklumat dan pemahaman terhadap PSV yang selama ini kabur atau disalah anggap berjaya dirungkaikan. Istilah-istilah baru yang diperkenalkan, teori-teori PSV, nama-nama hebat dalam dunia seni di negara ini dan dunia serta pelbagai pengkongsian ilmu yang dilakukan oleh pensyarah membuatkan elektif PSV ini sesuatu yang menarik. 1

Upload: mohamad-muzamir-mohamad-yusof

Post on 27-Oct-2015

181 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Refleksi about seni isual

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi kendiri PSV.doc

Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati

Di awal semester ke 5 baru-baru ini, saya penuntut Program Pensiswazahan Guru

TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA) di khabarkan

bahawa kami akan di beri pilihan untuk memilih satu subkek elektif iaitu Pendidikan Seni

Visual (PSV) atau Pendidikan Moral. Pada awalnya, saya agak yakin untuk memilih

Pendidikan Moral kerana risaukan mata pelajaran PSV yang mana jika di minta membuat

tugasan-tugasan mereka cipta seni maka amat susahlah saya. Namun setelah mendengar

penerangan daripada beberapa orang rakan yang telah mula mengumpul maklumat,

pemahaman saya terhadap elektif PSV ini mula berubah. Pada petang interaksi pertama ini

saya telah diketemukan dengan seorang insan yang bernama En Ramlan, pensyarah PSV

di IPBA. Peluang mendengar penerangan beliau dengan jaminan bahawa tiada tugasan

melukis, membuat arca, mencanting malah mewarna pun tidak akan diberi kecuali belajar

tentang teori-teori PSV dan bagaimana PSV diajar di sekolah. Semangat dan keinginan

untuk mengikuti elektif PSV ini mula ada dalam hati saya namun kami semua terpaksa

menunggu hingga ke interaksi yang kedua, barulah ianya menjadi kenyataan.

Apabila berjumpa dan bercerita dengan rakan-rakan yang mengambil mata pelajaran

Pendidikan Moral, persoalan pertama yang dibangkitkan adalah ‘ susah ke PSV’, ‘banyak

kena melukis tak’ dan pelbagai lagi soalan yang dibangkitkan oleh mereka. Apa yang saya

tahu dan belajar setakat ini, ia adalah satu subjek yang seronok untuk dipelajari kerana ada

banyak perkara baru, maklumat dan pemahaman terhadap PSV yang selama ini kabur atau

disalah anggap berjaya dirungkaikan. Istilah-istilah baru yang diperkenalkan, teori-teori PSV,

nama-nama hebat dalam dunia seni di negara ini dan dunia serta pelbagai pengkongsian

ilmu yang dilakukan oleh pensyarah membuatkan elektif PSV ini sesuatu yang menarik.

Bila memperkatakan tentang mata pelajaran PSV di sekolah, saya amat teruja

kerana ianya adalah merupakan kebitaraan akademik bagi percalonan sekolah kluster di SK

Wangsa Melawati di mana saya adalah Guru Besarnya. Mengapakah mata pelajaran PSV

menjadi pilihan SK Wangsa Melawati sebagai kebitaraan akademiknya? Faktor minat,

kesungguhan dan komitmen guru PSV saya serta perancangan aktiviti yang dijalankan

memang menjadi kekuatan kami. Kejayaan seperti memenangi tempat pertama

pertandingan anjuran Art Atack Astro di mana hadiahnya adalah bercuti ke Disneyland di

Amerika Syarikat. Keaktifan murid-murid dalam menyertai pelbagai jenis pertandingan yang

dianjurkan oleh Kementerian atau pihak-pihak swasta. Pembudayaan Seni dan Visual di

sekolah masih dan akan terus berlangsung di bawah kepimpinan saya. Namun semuanya

tidak akan berjaya jika tiada sokongan daripada guru PSV saya serta rakan-rakan guru yang

lain. Kelangsungan pembudayaan PSV di sekolah memerlukan sokongan pelbagai pihak

dan kemenjadian murid adalah salah satu misi yang perlu dicapai.

1

Page 2: refleksi kendiri PSV.doc

Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati

Apabila membicarakan tentang PSV di sekolah, salah satu faktor pengerak PSV

adalah bilik PSV. Ianya adalah nadi dan bilik perang bagi guru saya, menjadi tempat

permulaan bagi sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pertama kali saya masuk ke bilik

PSV sewaktu mula-mula bertugas di sekolah ini, saya amat tertarik dengan hasil-hasil kerja

murid yang dipamirkan di ruang yang disediakan. Hasil seperti capan yang berwarna – warni

dan juga hasil kerja kraf tradisional. Biarpun biliknya agak sempit namun susunan yang

kemas dan menarik secara tidak langsung menutup kelemahan itu. Usaha yang dilakukan

oleh guru saya itu amat saya hargai dan senang melihat hasil kerjanya dalam bilik PSV itu.

Namun, apabila sekolah saya dicalonkan sebagai calon sekolah kluster negara dan

mata pelajaran PSV menjadi kebitaraan akademik kami permasalahan yang ada mula

bermain di mata dan fikiran. Bilik yang kecil dan sempit, ruang untuk meletak bahan

pameran, susunan meja dan kerusi murid serta kelengkapan-kelengkapa asas bilik PSV

mula timbul. Apabila saya mula mempelajari berkenaan elektif PSV ini, saya juga mula

disedarkan oleh pensyarah saya bahawa bilik PSV sebenarnya memerlukan pelbagai

kelengkapan dan mempunyai peraturan-peraturan yang tertulis.

Seperti yang dimaklumkan, bilik PSV disekolah saya memang agak sempit namun

usaha yang dilakukan oleh guru saya seperti mewujudkan sudut hiasan untuk

mempamerkan hasil kerja murid di sekolah ini. Ruang yang ada dipergunakan sepenuhnya.

Walaupun kadang-kala, apa yang dilakukan agak radikal, namun saya sebagai Guru Besar

amat memahami perasaan guru saya dan sentiasa menyokong beliau. Segala hasil kerja

murid di tampal dan diletakkan di sudut yang strategik menjadi tumpuan pengunjung ke bilik

ini.

2

Page 3: refleksi kendiri PSV.doc

Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati

Bilik PSV di sekolah saya ini asalnya adalah sebuah bilik kelas yang tidak digunakan.

Ianya bukanlah seperti sekolah-sekolah terbaru di mana bilik PSV mempunyai pelbagai

kemudahan seperti rak-rak untuk pameran, kerusi meja yang memang sesuai untuk bilik

PSV dimana ianya pelbagai bentuk dan luas, sudut untuk mencairkan lilin untuk aktiviti

mencanting, sinki untuk membasuh tangan dan peralatan yang digunakan dan pelbagai lagi

kemudahan yang sedia ada. Malangnya, sekolah saya tidak mendapat anugerah itu, maka

kami terpaksa mengunakan apa yang ada berdasarkan kemampuan kewangan dan tenaga

kami.

Walaupun serba kekurangan namun warga sekolah tetap bersemangat untuk

menjadikan bilik PSV ini antara yang tercantik, mesra pengguna dan dapat memberi input

kepada anak-anak murid di sekolah ini.

Ruang menyimpan hasil kerja murid juga sentiasa menjadi maslah yang tidak

berhabisan. Hendak dibuang hasil kerja yang lama, sayang. Hasil kerja murid yang baru

pula perlu dipamerkan agar menjadi ikutan dan panduan pada yang lain. Penyelesaiannya

adalah mewujudkan satu sudut pameran hasil kerja murid di ruang lain, luar dari bilik PSV.

Namun persoalannya adalah lokasi dan sumber kewangan yang diperlukan untuk

merealisasikan harapan ini. Projek itu masih dalam proses persiapan akhir namun bebanan

3

Page 4: refleksi kendiri PSV.doc

Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati

kerja dan kesibukan tugas guru-guru menyebabkan saya menangguhkan sebentar projek

itu.

Pencahayaan dan pengudaraan bilik PSV saya juga mula diambil perhatian setelah

saya mengikuti dan belajjar daripada pensyarah saya berkenaan prinsip bilik PSV yang

kondusif. Kedudukan bilik PSV yang berada hampir dengan jalan utama tanpa halangan

pokok besar atau bangunan tinggi menyebabkan pengudaraanbbilik itu baik. Cahaya

matahari juga mencukupi seperti faktor di atas. Bilik yang mempunyai cahaya yang cukup

secara tak langsung akan meningkatkan prestasi anak murid dalam pembelajaran mereka.

Kedudukan bilik PSV yang berhampiran juga dengan kelas tahun 1, menyebabkan tempias

kerajinan guru-guru tahun 1 menghias kelas mereka hingga ke laluan pejalan kaki secara

langsung membawa satu suasana yang kreatif dan berwarna warni .

Susunan kerusi meja anak murid dalam bilik PSV ini juga hanya di atur mengelilingi

meja yang bersegi 4 tepat. Kerusi yang diguna juga adalah kerusi biasa. Seperti yang

dimaklumkan sebelum ini, tiada peralatan khas atau perabut yang benar-benar sesuai untuk

bilik PSV. Kami terpaksa mengunakan apa jua perabut yang ada selagi ia boleh digunakan

oleh mrid di sekolah ini. Kebanyakan perabut yang digunakan juga adalah di beli

mengunakan peruntukan kerajaan dan ada juga yang di sumbangkan oleh orang

persendirian. Inilah usaha yang dilakukan oleh guru PSV saya dalam menaikkan taraf bilik

PSV.

4

Page 5: refleksi kendiri PSV.doc

Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bilik PSV di sekolah saya masih belum

mencapai tahap kecemerlangan jika di lihat dari kemudahan peralatan, saiz dan perabut

yang ada. Namun, semangat yang ditunjukkan oleh guru PSV saya penuh dengan

kecemerlangan. Biarlah saiz biliknya kecil, perabutnya lama dan sudut-sudut pamerannya

sempit tapi bagi diri saya itu semua tidak penting. Matlamat bilik PSV adalah menyediakan

satu persekitaran yang kondusif di mana anak murid dapat mempelajari seni visual. Segala

kekurangan yang ada perlu diatasi bukan ditangisi.

Akhir kata, terima kasih kepada En Ramlan, pensyarah Pendidikan Seni Visual,

rakan-rakan dan guru PSV saya iaitu Pn Hazila Afni yang banyak membantu saya dalam

menyediakan bahan dan memberi penerangan tentang fungsi bilik PSV yang lebih terperinci

dan berkesan. Tugasan ini benar-benar membuka mata dan minda saya kepada

kepentingan bilik PSV dan mata pelajaran PSV itu secara keseluruhannya.

Terima kasih…………….

5