refleksi kendiri big sem 2

6
MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN BAKRI 2 PISMP PRASEKOLAH Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SK Kampung Baru pada 17 September 2012 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini, selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut kami dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan parkir bas seawal pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami walaupun semasadalam perjalanan,kami telah berhenti di perhentian R&R Gurun untuk bersarapan pagi. Sememangnya penyediaan sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah makanan dan minuman. Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baharu, memanipulasikankeupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut.

Upload: muhammad-fakhruddin

Post on 02-Aug-2015

61 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kendiri BIG sem 2

MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN BAKRI

2 PISMP PRASEKOLAH

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program

khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah

dilaksanakan di SK Kampung Baru pada 17 September 2012 yang lepas. Sebenarnya

saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini,

selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya

percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam

bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan

program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang

telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.

Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah

sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal

ini demikian kerana pada hari tersebut kami dikehendaki untuk berkumpul di

perkarangan parkir bas seawal pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas ke situ tanpa

memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan

program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan

menyediakan sarapan pagi untuk kami walaupun semasadalam perjalanan,kami telah

berhenti di perhentian R&R Gurun untuk bersarapan pagi. Sememangnya penyediaan

sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang

guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah

makanan dan minuman. Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan

keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk

mengembangkan potensi diri, belajar perkara baharu, memanipulasikankeupayaan diri

sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Daripada

insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang

guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka

dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan

pada pagi tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk

melakukan yang terbaik pada hari tersebut.

Page 2: Refleksi Kendiri BIG sem 2

Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi

dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang

diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Hal ini

demikian kerana apabila kami sampai ke destinasi kami, iaitu SK Kampung Baru, Kami

telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang pertama ditugaskan untuk

melukis dan mewarna mural pada dinding, kumpulan yang kedua ditugaskan untuk

mengemas bilik khas, kumpulan yang ketiga diberi tugas aktiviti landskap, dan

kumpulan keempat diberi tugas untuk melaksanakan aktiviti bersama para pelajar

tahun 5 di dekolah tersebut serta melakukan kerja-kerja khas seperti menghias dan

mengemas pusat sumber sekolah dan juga bilik pemulihan. Saya berasa sangat terharu

apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan

kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu

idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk

masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan

kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada

masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid dan

sekolah kita. Setiap kumpulan yang dibahagikan mempunyai pelajar daripada kelas

PISMP Prasekolah dan PISMP Pendidikan Seni Visual. Apabila kumpulan lain telah

selesai, kumpulan tersebut tetap memberikan bantuan kepada kumpulan lain yang

masih belum menyelesaikan tugas mereka. Situasi ini juga menyedarkan saya

bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita

harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan

kami, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Memandangkan kami ditugaskan untuk merumput dan membuat landskap di

kawasan sekolah, maka kami telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan

kecil untuk menjalankan tugas kami. Daripada peristiwa ini, saya mempelajari

bahawa pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan

semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada

kadar yang efektif dan optimum. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan

mengenai posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus

melakukan apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Selepas

Page 3: Refleksi Kendiri BIG sem 2

kami membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas kami seperti

yang telah diamanahkan.

Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu

sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah

ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah

sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan

kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan

dapat dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni.

Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami

dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program

khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim

antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih

akrab dan kukuh.

Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat membantu kami

mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan bangsa yang lain. Hal ini

demikian kerana kami telah pergi ke sekolah tersebut untuk menjalankan program

kidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan yang lain, iaitu PISMP PSV

ambilan Januari 2012. Kelas kami terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,

India, Melanau, Kadazan Dusun dan sebagainya. Kelas kami diberi jolokan kelas 1

Malaysia oleh para pensyarah . Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang

berasal dari kumpulan lain sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami

berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenali masalah yang

dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan

mereka dan sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami dengan kumpulan lain

hanyalah selama setengah hari sahaja, namun kami berharap agar kami dapat

bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam program khidmat masyarakat yang akan

diadakan pada masa yang akan datang.

Selain daripada menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepada saya

dalam kumpulan empat, saya dan rakan-rakan juga pergi meninjau dan memberikan

bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang lain sekiranya perlu. Sebagai contoh, kami

telah pergi meninjau kumpulan satu yang menjalankan tugas melukis mural yang

Page 4: Refleksi Kendiri BIG sem 2

mengandungi kata-kata hikmah di kawasan kantin sekolah. Daripada pemerhatian

saya, berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan tersebut, saya

sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba boleh, kita haruslah mempunyai unsur-

unsur kekreativiti dan inovasi dalam menjalankan rutin tugas kita. Hal ini demikian

kerana kumpulan tersebut telah ,melukis mural di kantin sekolah tersebut dengan begitu

kreatif sekali, sehingga kantin tersebut nampak berbeza dan cantik sekali juga

berbanding dengan keadaan asal. Ini menyedarkan saya bahawa kekreativitian ini

adalah begitu penting sekali, khususnya bagi kita yang akan bergelar guru pada masa

depan. Hal ini demikian kerana kita perlu kreatif dalam merancang set induksi,

merancang pelan mengajar, merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang

P&P, mereka kertas soalan, mengendalikan projek-projek kelas, dan banyak lagi.

Tanpa unsur kreatif, murid-murid akan berasa bosan dan kesannya, mereka tidak dapat

menerima dan menerap apa yang hendak kita sampaikan. Oleh itu, mula dari sekarang,

saya akan cuba mencungkil potensi kreativiti yang terpendam dalam diri saya agar saya

dapat menjalankan rutin tugas saya dengan kreatif, lancar dan sempurna pada masa

depan kelak.

Selain itu, kumpulan saya juga berpeluang meninjau kumpulan dua yang

ditugaskan untuk mengemas bilik khas sekolah tersebut. Kumpulan tersebut mengemas

serta menyusun atur perabot-perabot di dalam bilik tersebut. Berdasarkan pemerhatian

kami, saya dan rakan-rakan kumpulan kami sedar bahawa iklim atau budaya sekolah

dan bilik darjah yang selesa, enak dipandang, dan kondusif akan dapat menggalakkan

motivasi seseorang murid untuk belajar. Bayangkan apabila seseorang murid belajar di

sebuah sekolah yang teratur, selesa dilihat dan selesa tanpa sebarang kerosakan dan

kekotoran, semangat murid tersebut untuk belajar di sekolah tersebut pastinya akan

meningkat mendadak dan berkobar-kobar untuk mempelajari sesuatu yang baharu

daripada guru-guru mereka. Jadi, jelaslah di sini bahawa persekitaran sekolah adalah

amat penting bagi memotivasikan seseorang murid untuk belajar dan melakukan yang

terbaik dalam pelajaran mereka.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat

bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan

orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita

Page 5: Refleksi Kendiri BIG sem 2

sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan

golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata

lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai,

kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan

bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil

contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dan

berbual-bual dengan guru-guru yang terlibat dalam program khidmat masyarakat pada

hari tersebut. Daripada interaksi dan perbualan kami, saya telah mengetahui tentang

suka dan duka sebagai sebagai seorang guru, masalah-masalah yang akan dan sering

dihadapi oleh seorang guru, khususnya guru baharu yang baru menamatkan pengajian

dari institut pendidikan guru, keadaan sekolah tersebut, cara-cara mengawal murid di

sekolah dan banyak lagi. Semua maklumat atau informasi yang saya peroleh sepanjang

interaksi tersebut adalah amat penting untuk saya jadikan sebagai panduan suluh api

pada masa hadapan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat

penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain

dengan baik. Malah, saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah

berani berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni

dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa atau

memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, mustahil saya akan dapat

mendapatkan maklumat atau infomasi seperti yang dinyatakan di atas.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun kerana

menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina Insan

Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi

seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala

masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang

dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada En. Zarani bin Othman, tutor kumpulan Prasekolah dan Tn. Hj.

Nazri bin Abbas, tutor kumpulan PSV kerana sentiasa membantu kami sepanjang

program khidmat masyarakat ini. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama

Page 6: Refleksi Kendiri BIG sem 2

daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan

program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua

aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan

pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih

jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang

akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk

menyertai aktiviti ini.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan

lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang

sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru

yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri

dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau

rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat

memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak

bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan

program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan

bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa

seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini.

Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.