refleksi kbp.docx

4
REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN & PADANG DISEDIAKAN OLEH : SITI AINIZAH BINTI SAMSURI Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah pada 5 Mac 2015 yang lalu, saya bersama guru- guru pelatih PISMP Semester 5 yang lain telah berjaya menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang bertempat di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Kejohanan ini perlu diuruskan oleh guru pelatih Semester 5 bagi memenuhi silibus mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga. Tujuan utama kejohanan ini dilaksanakan bagi melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan sesuatu penganjuran sukan yang akan diadakan secara besar-besaran di samping mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah sepanjang penyediaan kejohanan ini dilaksanakan. Bagi memudahkan pengurusan pentadbiran, kami telah memecahkan Ahli Jawatankuasa mengikut kelas masing-masing. Hal ini kerana, kami PISMP Semester 5 terdiri daripada sepuluh kelas dan beberapa opsyen seperti opsyen Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam dan lain-lain. Lantaran, kelas saya telah diamanahkan untuk memegang tanggungjawab bagi AJK Pertandingan dan Statistik. Pada awal tugas ini dilasksanakan, kami sekelas agak keliru tentang skop tugasan kami dan bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dalam satu organisasi yang agak besar. Tetapi setelah beberapa kali perbincangan dan kolaborasi, kami akhirnya memahami skop tugasan kami. Tambahan, disebabkan kami mempunyai ahli seramai 30 orang, kami dibahagikan kepada dua skop iaitu dibawah AJK Pertandingan dan separuh lagi dibawah AJK Statistik sementara saya diletakkan dibawah AJK Pertandingan sebagai Setiausaha bagi jawatankuasa ini. Setiap aktviti yang dilaksanakan, pasti akan ada kekuatan juga kelemahan. Begitu juga dengan kejohanan yang dianjurkan ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara

Upload: siti-ainizah

Post on 02-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kbp

TRANSCRIPT

REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN & PADANGDISEDIAKAN OLEH : SITI AINIZAH BINTI SAMSURIAssalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.Alhamdulillah pada 5 Mac 2015 yang lalu, saya bersama guru-guru pelatih PISMP Semester 5 yang lain telah berjaya menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang bertempat di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Kejohanan ini perlu diuruskan oleh guru pelatih Semester 5 bagi memenuhi silibus mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga. Tujuan utama kejohanan ini dilaksanakan bagi melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan sesuatu penganjuran sukan yang akan diadakan secara besar-besaran di samping mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah sepanjang penyediaan kejohanan ini dilaksanakan.Bagi memudahkan pengurusan pentadbiran, kami telah memecahkan Ahli Jawatankuasa mengikut kelas masing-masing. Hal ini kerana, kami PISMP Semester 5 terdiri daripada sepuluh kelas dan beberapa opsyen seperti opsyen Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam dan lain-lain. Lantaran, kelas saya telah diamanahkan untuk memegang tanggungjawab bagi AJK Pertandingan dan Statistik. Pada awal tugas ini dilasksanakan, kami sekelas agak keliru tentang skop tugasan kami dan bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dalam satu organisasi yang agak besar. Tetapi setelah beberapa kali perbincangan dan kolaborasi, kami akhirnya memahami skop tugasan kami. Tambahan, disebabkan kami mempunyai ahli seramai 30 orang, kami dibahagikan kepada dua skop iaitu dibawah AJK Pertandingan dan separuh lagi dibawah AJK Statistik sementara saya diletakkan dibawah AJK Pertandingan sebagai Setiausaha bagi jawatankuasa ini.Setiap aktviti yang dilaksanakan, pasti akan ada kekuatan juga kelemahan. Begitu juga dengan kejohanan yang dianjurkan ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara kekuatan AJK Pertandingan ialah skop tugasan yang dibentang telah dilaksanakan dengan tersusun dan teratur. Hal ini kerana, kami sentiasa melaksanakan taklimat penyelarasan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya kesalahfahaman dari segi maklumat yang diterima dan yang ingin disampaikan kepada pihak yang sepatutnya. Lantaran, tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar kerana adanya kerjasama antara ahli kumpulan dan komunikasi yang terjadi tercapai. Hal ini terbukti apabila segala maklumat yang diterima oleh peserta sama seperti apa yang telah disampaikan dalam taklimat penyelarasan AJK Pertandingan.

Di samping itu, pengurusan penyertaan atlet juga berjalan dengan lancar dan sistematik seperti apa yang telah dirancang dan disusun. Bagi mengelakkan kesilapan sewaktu pemilihan atlet, penyelaras rumah sukan tidak digalakkan untuk terlibat dalam pemilihan mereka bagi mengelakkan salah faham dan ketidakpuasan hati timbul. Maka, pemilihan atlet telah diamanahkan kepada setiap ketua rumah sukan untuk memilih atlet-atlet mereka dalam pantauan penyelaras rumah sukan. Secara tidak langsung, ia memudahkan urusan pentadbiran kerana ketua rumah sukan telah mengenali atlet-atlet lama yang terdapat dalam rumah sukan mereka. Begitu juga dengan nombor peserta, bagi mengelakkan kecelaruan dalam penentuan nombor peserta, skop tugasan hanya diamanahkan kepada dua orang sahaja untuk menyelesaikan urusan nombor peserta tersebut. Antara kelemahan AJK Pertandingan ini ialah maklumat daripada AJK Induk tidak sampai kepada kami menyebabkan berlakunya sedikit salah faham antara ahli jawatankuasa dengan ahli jawatankuasa yang lain. Malahan, ini juga menyebabkan kecelaruan dan pertindihan skop tugasan antara AJK. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku, ketua setiap AJK yang telah dilantik seharusnya memainkan peranan mereka dengan memahami maklumat yang diterima kemudian barulah disampaikan kepada ahli bawahan supaya maklumat yang diberikan itu lengkap dan mudah untuk difahami. Kelemahan yang seterusnya ialah komitmen yang tidak sepenuhnya oleh ahli kelas dan kesukaran untuk memahami skop tugasan oleh ahli kelas menyebabkan kerja yang ingin diselesaikan menjadi lambat atau tergendala. Hal ini secara tidak langsung memberi akibat kepada pihak AJK lain untuk mereka melaksanakan tugasan mereka seperti AJK Kepegawaian. Justeru, hal ini boleh diatasi dengan adanya kolaborasi antara guru pelatih tersebut dengan pensyarah bagi melicinkan urusan pentadbiran. Tambahan, kelemahan yang paling ketara dilakukan sewaktu kejohanan ini ialah tidak wujud interaksi antara AJK dengan AJK yang lain menyebabkan timbulnya beberapa isu yang tidak diingini. Contoh dekat saya ambil seperti AJK Pertandingan dengan AJK Kepegawaian tidak berbincang bersama-sama menyebabkan kami AJK Pertandingan tidak mengetahui siapa Ketua Hakim, referi dan lain-lain. Begitu juga, AJK Kepegawaian tidak mengetahui peraturan pertandingan sehinggakan apabila timbul isu berlakunya saling tuding-menuding dan sedikit kesalahfahaman. Namun begitu, hal ini dapat diselesaikan dengan harmoni apabila kami menyedari dengan awal tentang kelemahan ini. Makanya, interaksi antara AJK telah kami jalankan beberapa kali bagi mengelakkan perkara seperti sebelumnya terjadi. Secara tuntasnya, sepanjang Kejohanan Balapan & Padang ini berjalan dari sebelum ia dilaksanakan, semasa perlaksanaan dan selepas ia dilaksanakan, semuanya memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri saya sebagai penganjur, AJK Pelaksana dan sebagai seorang guru pelatih. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk turut melaksanakan KBP 2015 ini yang mana ia sangat banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya, malah yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. InsyaAllah segala ilmu yang saya perolehi ini akan saya aplikasikan semasa berada di sekolah suatu hari nanti.SAYA BANGGA MENJADI GURUSekian, terima kasih.