refleksi internshipmuzik 4

Upload: shah-rule

Post on 07-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan muzik

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 2CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 4 (PdP Harian)1. Isu / Perkara yang difokus:

Fokus minggu terakhir ini ialah sambungan kepada tajuk irama iaitu memainkan perkusi mengikut corak irama melodi.Saya telah menggunakan perisian telefon pintar untuk meningkatkan kemahiran murid dalam permainan perkusi.. Hasil pembelajaran yang ditetapkan ialah murid dapat memainkan alat perkusi kayu tik tok, kastanet dan loceng dengan corak irama yang telah ditetapkan mengiringi lagu Mari Ke Taman Bunga:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Murid telah mempelajari cara-cara bermain alat kastanet, loceng dan kayu tik tok. Perancangan awal serta teratur telah membantu murid memahami teknik kaedah dan boleh melakukan dengan mudah dan cepat. Saya mendapat kerjasama dan perhatian daripada murid kerana telah diberi arahan dan teguran pada sesi PdP sebelum ini. Penggunaan perisian drum digital telefon pintar dapat menarik tumpuan dan minat murid.

2.2 Kelemahan :

Masih terdapat murid yang murid yang menghadapi masalah tempo dan corak irama dalam permainan perkusi. Murid baru didedahkan dengan perisian drum digital, mereka belum mahir untuk menggunakannya. Latihan di dalam kelas kurang mencukupi untuk memastikan murid benar-menguasai kemahiran ini.

3. Cadangan penambahbaikan:

Saya perlu kerap memperkenalkan perisian drum digital ini untuk membantu murid dalam masalah tempo. Murid yang bermasalah perlu diberi bimbingan secara individu atau dalam kumpulan kecil. Melatih murid menepuk berbagai corak irama.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 4 (Projek Inovasi)4. Isu / Perkara yang difokus:

Perkara yang difokuskan dalam projek inovasi ini ialah kemahiran mendarab yang melibatkan nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit dan hasil darabnya hingga 100 000 dengan menggunakan Kaedah Tiang. Kaedah Tiang ini merupakan salah satu kaedah alternatif untuk membantu murid yang kurang mahir menggunakan kaedah lazim dalam operasi darab. Selain itu, guru juga menilai penggunaan slaid power point dalam meningkatkan kefahaman murid dalam pelaksanaan PdP.

5. Analisis isu / perkara yang difokus:

5.1 Kekuatan :

Penyediaan RPH yang lengkap serta mengandungi semua langkah-langkah penting dalam proses PdP seperti set induksi, langkah perkembangan, aktiviti kumpulan, serta latihan bertulis. Penerangan guru lebih jelas dan mudah kerana dibantu oleh slaid power point yang menarik dan berwarna. Murid memberi perhatian sewaktu penerangan guru kerana tertarik dan berminat dengan slaid yang ditayangkan. Murid aktif sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan serta ingin mengambil bahagian untuk menjawab soalan di papan tulis. Aktiviti kumpulan yang dijalankan telah dapat membantu murid bekerjasama dan tolong-menolong untuk mencari jawapan menggunakan Kedah Tiang. Kaedah Tiang telah membantu murid memilih dan menggunakan kaedah yang lebih mudah dan senang untuk difahami. Kaedah Tiang juga boleh digunakan untuk mendarab nombor hingga empat digit dengan nombor dua digit.

5.2 Kelemahan :

Arahan yang diberi sewaktu aktiviti kumpulan tidak lengkap dan jelas, lantaran itu murid akan bertanya kepada guru berulang kali. Pengurusan dan penyediaan BBM agak kecil dan tidak jelas untuk dilihat oleh keseluruhan kelas. Latar belakang slaid power point perlu digelapkan sedikit kerana kurang jelas apabila dirakam. Latihan menjawab di papan tulis terhad kerana terikat dengan tempoh masa yang terhad.

6. Cadangan penambahbaikan:

Perancangan dan persediaan yang rapi serta teratur perlu dilakukan oleh semua guru agar proses PdP berjalan dengan lancar. Penggunaan bahan yang menarik serta sesuai akan membantu mempercepatkan proses pemahaman murid dalam operasi darab. Murid perlu diperkenalkan kepada sesuatu kemahiran dari peringkat mudah ke susah, contohnya menggunakan nombor yang lebih kecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan nombor yang lebih besar. Menggunakan pelbagai strategi pengajaran seperti kuiz, permainan, peta minda i-Think, buku skrap dan sebagainya. Melakukan kolaborasi bersama guru matematik lain agar dapat menilai setiap akiviti yang dilaksanakan dengan berkesan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

5