refleksi individu

2

Click here to load reader

Upload: abd-mutalib

Post on 22-Nov-2014

991 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi individu

REFLEKSI INDIVIDU

ABD MUTALIB BIN MOHD SIDIK

Melalui kerja kursus ini, saya dapat memahami tentang perkembangan kurikulum

dalam pendidikan matematik. Selain itu juga, saya dapat mengetahui perkembangan

dan pengaruh kurikulum pendidkan negara lain berbandaing di Malaysia.

Temuramah yang dibuat telah memberi infomasi yang sangat nyata terutama

pandangan sebenar guru yang melalui proses KSSR ini. Sebagaimana elemen

komunikasi ditekan dalam kurikulum ini, komunikasi dua hala dari guru/ibubapa serta

pihak kementerian untuk pembaikan dan pengukuhan kurikulum ini. Ia memberi

pengalaman baru untuk saya. Saya juga dapat berfikir lebih kreatif dan kritis selepas

menyiapkan kerja kursus ini.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, rujukan beberapa buah

buku dan nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. Saya juga bersyukur kerana

mempunyai rakan kumpulan yang begitu memahami serta banyak membantu

dengan menyumbangkan idea dan sokongan.

Saya juga berterima kasih kepada pensyarah dalam memberikan maklumat dengan

lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang dihasilkan

bertepatan dengan kehendak soalan.

Setelah semua maklumat di pecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya

membuat kerja begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain

untuk memantapkan lagi kerja kursus ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak,

akhirnya siaplah kerja kurus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti

sebelum membukukan kerja kursus ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini

kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Semoga dengan bantuan

anda semua diberkati oleh Allah yang maha esa.