refleksi individu budiman

5
REFLEKSI INDIVIDU Oleh : BUDIMAN BIN DAUD 751117-06-5463 PENGENALAN Kelas PPG Matematik Ambilan Jun 2011 telah bersepakat untuk menjayakan Hari Karnival Permainan Tradisional di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai pada 1 Mac 2015 ( Ahad ). Semua pelajar telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang mana terdiri daripada empat atau lima orang ahli bagi mewakili satu permainan tradisional. Setiap kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengelola serta menguruskan permainan tradisional yang telah dipilih. Kami telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kumpulan diminta sejenis permainan tradisional yang berbeza bagi setiap kumpulan. Melalui perbincangan dan dipersetujui semua ahli kumpulan, kami telah memilih permainan Chapteh.

Upload: budiman-daud

Post on 17-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI INDIVIDU budiman

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI INDIVIDU budiman

REFLEKSI INDIVIDU

Oleh : BUDIMAN BIN DAUD

751117-06-5463

PENGENALAN

Kelas PPG Matematik Ambilan Jun 2011 telah bersepakat untuk menjayakan

Hari Karnival Permainan Tradisional di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai pada 1

Mac 2015 ( Ahad ). Semua pelajar telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang

mana terdiri daripada empat atau lima orang ahli bagi mewakili satu permainan

tradisional. Setiap kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengelola serta

menguruskan permainan tradisional yang telah dipilih.

Kami telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan

pertandingan di mana setiap kumpulan diminta sejenis permainan tradisional yang

berbeza bagi setiap kumpulan. Melalui perbincangan dan dipersetujui semua ahli

kumpulan, kami telah memilih permainan Chapteh.

Sejurus mendapat permainan tradisional masing-masing, setiap kumpulan

diminta untuk menyediakan pamplet atau brosur bagi permainan yang telah dipilih.

Pamplet atau brosur tersebut mengandungi rasional permainan, matlamat

permainan, objektif permainan, kumpulan sasaran, peraturan dan syarat permainan,

senarai peralatan, cara pemarkahan dan borang pemarkahan. Brosur ini disediakan

kepada pemantau pada hari karnival supaya memudahkan mereka meneliti dahulu

Page 2: REFLEKSI INDIVIDU budiman

permainan sebelum ditunjukkan demonstrasi oleh para pengurus permainan.

Penyediaan brosur adalah sama dari segi rekaletak.

Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan di

kawasan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai. Tujuannya ialah kerana

permukaan padang yang berumput lembut dan adalah tidak sesuai bagi peserta

untuk menjalankan pertandingan Chapteh tersebut.

KEKUATAN/ KELEBIHAN

Semasa menganjurkan permainan tradisional Chapteh ini, antara kelebihan

yang kami dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan

peserta. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi penerangan cara bermain

dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan

permainan ini lebih menarik. selain itu, kami dapat menjimatkan masa tanpa perlu

memberikan penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada para peserta.

Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah

para peserta berasa seronok semasa bermain permainan tradisional Chapteh ini.

selain memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak penganjur. Melihatkan

peserta berasa seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80% tercapai walaupun dari

aspek afektif.

Page 3: REFLEKSI INDIVIDU budiman

Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan

permainan capteh ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat

dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan

yang banyak.

KELEMAHAN

Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang

timbul.

Pertama, kami dapati daripada pemilihan permainan ini ialah masalah dalam

kumpulan. Maksudnya, bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak seimbang diantara

setiap kumpulan. Bagi permainan yang memerlukan kudrat dan tahap kecergasan

yang tinggi, masalah akan timbul apabila ahli perempuan lebih ramai berbanding

lelaki kerana peserta perempuan kurang kemahiran.

Kelemahan yang kedua pula ialah dari segi kawasan pertandingan. Kami

terpaksa melakukan aktiviti pertandingan di dalam dewan terbuka kerana cuaca

yang sangat panas.

Bagaimanapun, pertandingan Chapteh dapat dijalankan dengan baik dan tersusun

tanpa bantahan dengan kerjasama semua pihak.

Page 4: REFLEKSI INDIVIDU budiman

Kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan

perancangan yang rapi dimana ia merupakan elemen terpenting dalam bidang

pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas

sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah

panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan

dengan lebih lancar.