refleksi individu

5
REFLEKSI INDIVIDU (NUR RASYIDAH BT BUJANG) Pertama kalinya, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dan rakan-rakan mampu menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) ini bagi subjek perkembangan kanak-kanak. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami diminta untuk menemubual enam orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pra-sekolah dan pelajar sekolah rendah. Oleh demikian, kami perlu menemubual tiga orang pelajar pra-sekolah dan tiga orang pelajar dari sekolah rendah. Untuk memudahkan tugas, kami membahagikan tugasan dalam kumpulan dimana setiap seorang daripada kami perlu menemubual dua orang pelajar dimana salah seorang pelajar merupakan pelajar pra-sekolah dan seorang lagi pelajar sekolah rendah.

Upload: syidahbujang

Post on 17-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU (NUR RASYIDAH BT BUJANG)

Pertama kalinya, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

akhirnya saya dan rakan-rakan mampu menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan

ilmu (KKBI) ini bagi subjek perkembangan kanak-kanak. Bagi melaksanakan tugasan

ini, kami diminta untuk menemubual enam orang pelajar yang terdiri daripada pelajar

pra-sekolah dan pelajar sekolah rendah. Oleh demikian, kami perlu menemubual tiga

orang pelajar pra-sekolah dan tiga orang pelajar dari sekolah rendah. Untuk

memudahkan tugas, kami membahagikan tugasan dalam kumpulan dimana setiap

seorang daripada kami perlu menemubual dua orang pelajar dimana salah seorang

pelajar merupakan pelajar pra-sekolah dan seorang lagi pelajar sekolah rendah.

Tugasan yang telah saya terima ialah menemubual seorang pelajar pra-sekolah

yang berusia 6 tahun dan pelajar Tahun 3. Pada mulanya, saya merasakan tugasan ini

amat skar dan rumit kerana sepertimana yang kita sedia maklum, kanak-kanak akan

merasa malu untuk berkomunikasi dengan orang luar apatah lagi orang yang tidak

dikenali oleh mereka. Akan tetapi, atas bantuan guru-guru kelas saya mampu

mendapatkan seorang pelajar yang sangat aktif dan tidak malu untuk berkomunikasi

Page 2: REFLEKSI INDIVIDU

dengan orang luar. Oleh demikian, ianya amat mudah untuk saya melaksanakan

tugasan tersebut dengan mendapatkan responden/pelajar yang sangat aktif.

Berada di sekolah memang bukan merupakan satu tugas yang mudah. Hal ini

kerana, kita akan lebih terdedah dengan situasi perguruan yang sebenar apabila

berada di sekolah. Di sanalah kita akan melihat berbagai jenis pelajar yang mempunyai

bermacam-macam jenis tingkah laku. Namun begitu, ianya merupakan kenangan yang

terindah buat saya kerana melalui pengalaman inilah saya mampu mencari

pengetahuan baru yang berguna di masa hadapan. Semasa menjalankan tugasan,

terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Antaranya ialah penentuan masa untuk

mengadakan temubual dan pemilihan pelajar untuk ditemubual.

Pada masa yang sama, sekolah di mana saya mengadakan PBS sedang sibuk

melakukan persiapan dan persediaan untuk pertandingan bola jaring, sepak takraw dan

juga Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran (MTQ). Ramai guru dan pelajar kelihatan

agak sibuk tambahan pula lebih ramai lagi guru mempunyai urusan rasmi di luar

sekolah. Dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan di mana PBS hanya

diperuntukkan selama seminggu, kami turut diminta untuk masuk ke kelas yang

gurunya tiada di dalam kawasan sekolah. Selama dua hari berturut-turut saya diminta

untuk seat-in dalam kelas yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, saya masih

mampu melaksanakan tugasan saya di mana saya mencari masa yang sesuai untuk

berbincang dengan PK HEM dan juga guru kelas tahun 3 serta guru pra-sekolah bagi

menetapkan masa untuk mengadakan temubual kepada pelajar-pelajar tersebut.

Akhirnya, masa yang telah ditetapkan ialah pada hari rabu. Alhamdulillah, pada hari

tersebut saya telah berjaya menemubual kedua-dua orang pelajar dan mendapatkan

hasil dapatan kajian/ujikaji.

Tidak dinafikan, semasa melakukan temubual/soal selidik terdapat beberapa

jawapan yang telah diberikan oleh pelajar menimbulkan keraguan saya. Ketika saya

menyoal selidik pelajar pra-sekolah bagi mengenal pasti tahap perkembangan

moralnya, jawapan yang diberikan amat memeranjatkan. Apabila saya bertanya

samada wajarkah Heinz mencuri ubat-ubat tersebut, dia memberikan jawapan tidak.

Pendapat yang diberikan oleh pelajar ini amat memuaskan saya di mana dia

Page 3: REFLEKSI INDIVIDU

menyatakan bahawa Heinz boleh mencuri ubat tersebut. Hal ini kerana, pemuda

tersebut enggan membantu Heinz yang telah merayu kepadanya supaya menjual ubat

tersebut pada harga yang rendah. Heinz terpaksa mencuri kerana rasa sayang dan

kasihankan isterinya, manakala pemuda tersebut hanya mementingkan diri sendiri

sahaja dan ingin mendapatkan keuntugan semata-mata. Akan tetapi jika Heinz mencuri

untuk tujuan lain (tidak baik), maka Heinz boleh ditangkap dan dihukum kerana telah

melakukan kesalahan besar.

Berdasarkan jawapan yang telah diberikan pelajar tersebut, ini menunjukkan dia

mampu berfikir diluar kotak di mana dia tidak terus menghukum Heinz malahan

menyatakan tindakan Heinz adalah wajar walaupun salah di sisi undang-undang.

Kesemua pelajar yang telah kami temubual kebanyakannya menjawab Heinz tidak

wajar mencuri kerana ianya merupakan satu kesalahan. Berbeza dengan pelajar ini di

mana jawapan yang diberikan tidak bersesuaian dengan usianya yang masih belajar di

pringkat pra-sekolah.

Secara keseluruhannya, saya berasa amat gembira semasa menjalankan soal

selidik ini kerana saya mampu membina sebuah hubungan baru dengan kanak-kanak

dan berkomunikasi dengan mereka secara baik dan memuaskan. Manakala, saya juga

turut berkenalan dengan guru-guru di sekolah tersebut dan meminta pandangan serta

nasihat mereka untuk dijadikan pegangan suatu hari nanti. Melalui pelaksanaan kerja

kursus ini, saya telah mendapat pengajaran dan pengetahuan baru bahawa betapa

pentingnya kita mengenali pelajar dengan baik. Hal ini kerana, tahap perkembangan

individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor tertentu. Maka, sebagai seorang

guru. Kita tidak wajar menyisih dan mengenepikan pelajar yang lemah, malah kita perlu

mendorong mereka serta mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan mereka

menjadi lemah dalam sesuatu perkara misalnya akademik.

Oleh demikian, subjek perkembangan kanak-kanak ini sangat penting dan sesuai

dijadikan subjek penting dalam melahirkan seorang guru kerana di sinilah nanti mereka

akan mengenal bagaimana seseorang kanak-kanak tersebut membesar dan

berkembangan. Setelah membuat pembacaan daripada pelbagai sumber, baru kini

saya mengetahui bahawa konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu

Page 4: REFLEKSI INDIVIDU

adalah dua perkara yang berbeza. Pengetahuan yang telah diperoleh melalui kursus ini

akan saya jadikan sebagai panduan apabila saya bergelar seorang guru suatu hari

kelak.