refleksi individu

2
Nama : Siti Wahida Wahab REFLEKSI INDIVIDU Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mat Zin sebagai penyarah subjek Ilmu Pendidikan bagi kelas saya. Beliau banyak membantu saya dan ahli-ahli kumpulan saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi teori psikologi, teori pembelajaran, teori dan prinsip grafik, teori media pengajaran, teknik penyoalan, kemahiran berfikir dan sebagainya dalam penyediaan pakej TPP.Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini.. Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video, perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik perhatian dan minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi alat bantu mengajar yang disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini secara berkumpulan, kami telah bekerjasama berbincang

Upload: bam-mia

Post on 20-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

RT

TRANSCRIPT

Nama : Siti Wahida WahabREFLEKSI INDIVIDU

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadaEncik Mat Zin sebagai penyarah subjek Ilmu Pendidikan bagi kelas saya. Beliau banyak membantu saya dan ahli-ahli kumpulan saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan kerja kursus ini.Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi teori psikologi, teori pembelajaran, teori dan prinsip grafik, teori media pengajaran, teknik penyoalan, kemahiran berfikir dan sebagainya dalam penyediaan pakej TPP.Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini.. Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video, perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran.Guru juga dapat menarik perhatian dan minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi alat bantu mengajar yang disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini secara berkumpulan, kami telah bekerjasama berbincang dan mencari maklumat bagi topik yang berkaitan jika menghadapi masalah atau kekangan.Jadi, walaupun masa yang diberi singkat, tetapi tugasan yang dihasilkan benar-benar memuaskan hati saya.Antara masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untuk menghasilkan video klip yang menarik dan berkualiti. Hal ini kerana kami kurang berpengalaman dalam menggunakan perakam video digital dan teknik menggambaryang sesuai. Namun, nota dan bimbingan daripada Encik Mat Zin amat saya hargai kerana telah berjaya membantu saya menyelesaikan masalah tersebut. Melalui pencarian maklumat dan pengolahan kerja kursus ini, saya berjaya meningkatkan pemahaman saya dalam topik ini dengan bantuan Encik Mat Zin dan rakan-rakan saya. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada Encik Mat Zin kerana menyediakan soalan kerja kursus yang sedemikian rupa kerana ia banyak menolong meningkatkan kemahiran dan pemahaman saya dalam topik yang dipelajari.Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan, saya akan menghasilkan video klip yang lebih menarik dan berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya dengan teknik fotografi, penggambaran, perisian komputer dan sebagainya supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang memuaskan. Selain itu, saya juga akan cuba untuk menggunakan reka bentuk dan grafik yang lebih menarik yang dapat menarik perhatian murid-murid.Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus pendek ini. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.