refleksi harian
TRANSCRIPT
REFLEKSI HARIAN
HARI PERTAMA
ISNIN ( 1 APRIL 2012)
Pada hari pertama, segala aktiviti dijalankan di Kem Seri Banai. Tepat pukul 7.30
pagi saya melangkah ke Kem Seri Banai dengan penuh semangat. saya bersama
rakan-rakan berkumpul di kem seri banai untuk sesi pendaftaran dan sedikit
pemberitahuan. Setelah lengkap dan selesai, kami bergerak ke depan bangunan
GERKO untuk sesi taklimat bersama kem komanden. Kami melakukan kawad kaki,
nyanyian lagu-lagu serta pembaharuan nama kumpulan. Saya yang dahulunya berada
dalam kumpulan ikan kacang telah ditukar kepada ikan baracuda.
Kemudian acara pemasangan khemah bermula kira-kira pukul 9 pagi. Terdapat 6
khemah lelaki dan 6 khemah perempuan. Saya bersam-sama lima orang rakan
daripada kelas yang berlainan telah memulakan pemasangan khemah. Sebelum itu,
kem komanden telah membuat satu demostrasi pemasangan dengan bantuan
beberapa orang peserta lain. Setelah siap pemasangan khemah, kira-kira pukul 10.30,
kami menikmati sedikit kudapan sebelum melanjutkan aktiviti. Setelah siap dalam pukul
11.00 pagi, aktiviti diteruskan dengan ikatan dan simpulan. Sebelum memulakan sesi
ini, AJK makanan telah mungumumkan nama-nama yang terlibat untuk memasak pada
untuk makan tengahari. Dalam kelas ini, kami belajar simpulan-simpulan asas dan
ikatan mudah khusus untuk digunakan ketika membuat rakit nanti. Ikatan dan simpulan
seperti buku sila, bunga keti, ikatan pencuri, fisherman knot, ikatan seraya, ikatan balak
dan lain-lain lagi antara ikatan asas yang telah saya pelajari ketika menghadiri sesi ini.
setelah semua ikatan dipelajari, kira-kira pukul 1.00 petang, kami diberi peluang untuk
makan, solat dan berehat sebentar sebelum ke aktiviti seterusnya.
setelah kami solat dan kemudian makn tengahari secara berjemaah, aktiviti
disambung semula dengan latihan dalam kumpulan(LDK). Aktiviti kali ini dikendalikan
oleh faslitator yang tidak asing lagi iaitu En. Rosli Bin Abdul Wahab. Beliau merupakan
pensyarah kaunseling di jabatan bimbingan dan kaunseling IPDA. Beliau memulakan
aktiviti dengan sedikit permainan memanaskan badan. Kami yang terdiri daripada 8
kumpulan mengasah ketangksan dan sikap kerjasama antara ahli kupulan dengan
permaianan yang dinamakan pemburu, harimau dan hakim. Setelah itu, barulah aktivti
ice breaking ; topik untuk LDK 1 dijalankan. Setelah itu, IPS atau inventori personaliti
Sidek menjadi wahana dalam LDK 2 yang dijalankan selepas minum petang. Tidak
semua peserta terlibat untuk aktiviti kali ini kerana ada yang terlibat untuk memasak
makan malam. Pada LDK kali ini menghendaki kami untuk menjawab soalan-soalan
yang diberikan. Kira-kira pukul 600 petang, aktiviti pun tamat dan kami dibenarkan
untuk sesi persiapan diri. Saya solat secara berjemaah di dewan dan kemudian
bersiap-siap untuk mandi dan makan malam yang disediakan oleh rakan-rakan yang
bertugas.
Selepas selesai makan malam, saya bersama rakan seagama yang lain solat
maghrib secara bejemaah di dewan. Sementara rakan-rakan bukan Islam berkumpul di
dewan jabatan GERKO untuk membincangkan tentang bendera kumpulan masing-
masing. Setelah solat, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh AJK
kerohanian. Kemudian, setelah masuk waktu Isyak, kami solat bersama-sama.
Setelah selesai solat dan berkumpul, En. Rosli sekali lagi berbesar hati untuk
mengendalikan LDK ketiga ini. pada LDK kali ini, kami diterangkan mengenai inventori
yang kami jawab pada LDK 2 tadi. LDK kali ini agak santai kerana En. Rosli hanya
memberi penerangan seperti dalam bilik kuliah dan hanya sedikit regangan dibuat.
Fasilitator mengupas satu demi satu bahagian yaang tersirat dalam inventori ini dan
menerangkan serba sedikit personaliti hasil daripada jawapan kami itu. Saya amat
berpuas hati kerana hasil penerangan En. Rosli mengenai personaliti saya tidak
menghampakan.
Setelah selesai aktiviti LDK yang terakhir untuk hari pertama ini, kami disajikan
dengan makan malam yanng santai juga. Lama juga rasanya tidak makan biskut kering
bersama air teh-o begini. Terasa kesedapannya melebihi makanan-makanan lain
kerana perut saya sudahpun berkeroncong sejak tadi. Kira-kira pukul 10 45 malam,
aktiviti diteruskan lagi dengan pertunjukan memasang rakit oleh kem komanden.
Setelah selesai menunjukkan cara-cara membuat rakit, Kami dikehendaki membuat
praktikal di situ sambil dipantau oleh En. Rahim sendiri. Praktikal ini mengambil masa
yang agak lama kerana ramai di kalangan kami yang tidak mahir dalam ikat-mengikat
ini. En. Rahim terpaksa memberi tunjuk ajar sekali lagi kepada kami. Bagi pelajar yang
sudah mahir, kesempatan ini digunakan untuk membuat logo dan bendera pasukan
memandangkan masa semakin suntuk kerana bendera itu perlu dikibarkan pada
keesokan harinya.
Pada pukul 11.30 malam setelah selesai aktiviti bersama kem komanden, kami
diarahkan pula untuk memunggah barang kedalam lori untuk dibawa ke Kg. Teluk
Nipah esoknya. Antara barang yang perlu dimasukkan ke dalam lori ialah jaket
keselamatan, enjin bot, barang kelengkapan memasak, dan banyak lagi. Kami
bekerjasama memunggah barang-barang ke dalam lori sambil diselia oleh abang Sani,
pengurus stor GERKO. Dalam kekalutan dan keletihan ini, ada juga yang sempat tidur
di kaki lima bangunan GERKO ini. adegan ini sangat melucukan dan sempat dirakam
oleh lensa kamera AJK dokumentasi.
Hampir ke pukul 1.00 pagi, barulah majoriti dari kami dibenarkan tidur sementara
yang lain diminta untuk berkawal malam. Saya terlibat dalam aktiviti berkawal malam
ini. saya ditugaskan untuk berjaga pada pukul 2 - 4 pagi. Saya bersama-sama dengan
rakan yang berkawal pada malam itu dibenarkan tidur di dewan. Terdapat juga
makanan disediakan kepada yang berjaga malam. Alhamdulillah pada malam itu
semuanya selamat dan tiada kejadian-kejadina buruk berlaku.
HARI KEDUA
ISNIN ( 2 APRIL 2012)
Kedengaran azan subuh berkumandang diselang - selikan dengan suara rakan-
rakan yang sedang berkawal mengejutkan saya dari tidur yang sebentar. Bermulalah
hari kedua saya sebagai peserta B.I.G. fasa 1 siri 3 ini. saya bersiap - siap untuk mandi
dan mengemaskan diri. Pada pukul 6.15 pagi, saya dan rakan-rakan berjemaah untuk
menunaikan solat subuh. Seusai solat, saya terus bergegas untuk mengemaskan
barang-barang peribadi yang ingin dibawa ke Kg. Teluk Nipah. Selesai packing, saya
terus ke dewan untuk mengumpulkan peserta-peserta bagi menjamu selera. Pada pagi
ini makanan kami agak berat kerana selepas ini kami memerlukan banyak tenaga untuk
melaksanakan aktiviti seterusnya.
Selesai makan kira-kira pukul 7.30 pagi, saya membantu rakan-rakan lain
mengangkat kelengkapan dapur dan makanan untuk dimuatkan ke dalam lori. Kerana
kami bersiap agak lambat, kami terpaksa mengadakan perhimpuanan sekejap sahaja
untuk membahagikan tempat duduk dalambas nanti. Bas yanng dijangka tiba pada
pukul 7.30 pagi terlewat satu jam. Kira-kira pukul 8.45 barulah kami bertolak ke Kg.
Teluk Nipah. pagi ini amat mencabar kerana kami perlu mengejar masa. Saya
menggunakan masa di dalam bas sepenuhnya untuk berehat bagi menempuh satu
pengembaraan yang lebih mencabar fizikal dan mental selepas ini.
Perjalanan sejauh kira-kira dua jam seperti tidak terasa kerana saya tertidur di
dalam bas. Sesampainya kami; menaiki dua buah bas ke Kg. Teluk Nipah, kami
semuateru berjalan ke tapak perkhemahan kami. Ketua rumah yang mesra dengan
panggilan Pak Darus, menyambut kedatngan kami. Lokasi perkhemahan kami betul-
betul di tengah teluk menyebabkan pemandangan yang disajikan sungguh indah.
Sementara menanti rakan-rakan lain, saya mengambil kesempatan ini untuk menatap
keindahan bumi ciptaan Allah ini. Kira-kira pukul 10.00 pagi, kami berkumpul untuk
meneruskan misi aktiviti seterusnya iaitu aktiviti darat. Kumpulan saya, kumpulan
Baracuda dipecahkan kepada dua kumpulan kecil sama seperti kumpulan lain.dalam
dua kumpulan besar yang terbentuk itu, kami dikehendaki melalui dua jalan yang
berbeza menuju ke puncak bukit yang memisahkan pantai Merdeka dengan Kg. Teluk
Nipah. Saya termasuk dalam team kedua akan memulakan perjalanan dari pantai
Merdeka langsung ke puncak bukit berdekatan.
Setelah team 1 memulakan langkah, kami menyusuli mereka menuju ke lori yang
sedia menunggu. Kami dibawa menaiki lori ke pantai merdeka. Setelah tiba lebih
kurang jam 12.00 tengahari, kami yang diketuai oleh kem komanden dan Ustaz Haji
Othman Azumi menyusuri tepian pantai merdeka. Sebelum itu, kami dikehendaki
berbaris dan perlu berjalan dalam barisan. Saya dipilih untuk mengetuai barisan itu dan
duduk di belakang pensyarah pengiring. Setelah selesai, kami pun berjalan. Pada
ketika itu, cuaca agak terik tetapi disebabkan kami berada di tepi laut, angin yang sepoi-
sepoi bahasa menghalang keterikan itu dari menjilat kulit mulus kami. Kami sampai di
kaki bukit itu. Tebing yang agak curam kami daiki. Perjalanan itu hanya mengambil
masa lebih kurang 15 minit. Sesampainya kami di puncak, kami berehat sambil
menunggu team 1 tiba.
Hampir ke pukul 1 petang, team 1 pun tiba. Kami terus memasak secara
berkumpulan. Lauk pada ketika itu hanyalah sardin dalam tin dan kari ayam dalam tin.
Akan tetapi saya sangat berselera kerana perut sudah lapar. Sesudah itu, kira-kira
pukul 2 petang, saya yang berada di team 2 pun meninggalkan kawasan perkhemahan.
Kami mengambil jalan yang telah diambil oleh team 1 tadi begitu juga sebaliknya.
Perjalanan kami kali ini bagi saya agak mudah kerana menuruni bukit walaupun
terdapat lurah yanng agak sukar untuk dituruni tetapi saya dapat tanganinya dengan
baik. kira-kira hampir ke pukul 3.00 petang, saya dan kumpulan tiba di tapak khemah.
Sesampainya saya di tapak khemah, saya terus menunaikan solat jamak zohor dan
asar. Kemudian saya bersama rakan bergotong royong memasang khemah. Kami tidur
dalam satu khemah secara beramai-ramai. Tapak khemah kami terletak di luar rumah
yang berdekatan dengan laut. Pastinya satu pengalaman yang terindah bagi saya dapat
tidur di kawasan pantai bertatahkan lautan membru di kawasan teluk.
Pada pukul 4.30 petang, aktiviti aut pun bermula. Kami semua berkumpul dan
dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza jantina. Ada peserta yanng tidak turut
serta kerana komitmen untuk memasak juadah makan malam disandang oleh mereka.
Ketika itu air surut. Kami ke tengah laut berdekatan dengan kawasan kapal dan bot
berlabuh. Sesi ini dipanggil water confident dan dikendalikan oleh jurulatih air iaitu En.
Chee Pao Kam. Saya didedahkan dengan cara-cara berenang seperti kuak belakang
dan lain-lain lagi. Saya belajar juga teknik apungan. Alhamdulillah saya dapat
menguasai teknik-teknik itu denga baik. setelah matahari berlabuh, kami pun kembali
ke tapak khemah untuk persiapan diri.
Setelah solat jamak di tepi pantai secara berjemaah, saya selaku naib pengerusi
mengumpulkan anak buah untuk makan malam. Juadah segera iaitu sardin dalam tin
benar-benar membuatkan saya berasa seperti seorang askar. Selepas selesai
menikmati makan malam, kami diminta berkumpul untuk aktiviti membina rakit. Setiap
kumpulan diminta mengambil 4 paip pvc yang panjang dan 6 paip pvc yang pendek
serta seberkas tali. Disebabkan generator yang ada tidak cukup kuasanya, saya
mewakili kumpulan mengangkat pam angin ke chalet berdekatan untuk mengepam tiub
lori yang akan diletakkan di bawah rakit nanti. Setelah kira-kira 48 tiub dipam, saya
kembali ke pasukan saya untuk membuat rakit. Aktiviti ini adalah yang paling mencabar
kerana rakit perlu diikat dengan ketat untuk menglakkannya tenggelam. Setelah
bertungkus lumus sehingga pukul 4.00 pagi alhamdulillah akhirnya siap rakit kami.
Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang menyiapkan rakit. Setelah
berhempas pulas, saya pun tidur.
HARI KETIGA
SELASA ( 3 APRIL 2012)
Saya dikejutkan oleh rakan sebelah untuk bangun dan memulakan
langkah pada hari ketiga B.I.G. ini. saya bangun dengan penuh semangat. Pada pagi
itu saya solat bersama rakan di dalam rumah Pak Darus. Seusai solat, kami beratur
untuk bersarapan pagi. Juadah kali ini ialah nasi goreng berlaukkan sosej dan sardin
serta telur benar-benar membuka selera saya. “kamu perlu makan banyak pagi ini
kerana aktiviti kali ini lebih mencabar berbanding semalam”, kata pensyarah pengiring.
Setelah makan kami dikehendaki berkumpul untuk sedikit senaman. Kami
dikehendaki membuat aktiviti pumping sebanyak 50 kali. Untuk aktiviti kali ini, semua
pelajar akn terlibat kerana makanan telah disediakan oleh pihak luar. Sebelum
menguruskan rakit masing-masing, saya bersama rakan-rakan yang gagah
mengangkat enjin bot yang untuk dipasang di bot. peserta perempuan pula diminta
untuk menolak bot ke laut. Setelah itu, kami diarahkan untuk bersiap-siap dengan
lifebuoy dan rakit masing-masing. Rakit kami perlu diangkat ke gigi air bagi
mengelakkan tiub daripada bocor. Kemudian, setelah selesai mengaturkan rakit, setiap
kumpulan perlu mengaturkan formasi kedudukan supaya rakit masing-masing stabil.
Saya diminta untuk duduk di belakang kerana saya agak berat berbanding dengan ahli
lain yang kurus-kurus belaka.
Rakit kemudian ditolak sehingga ia berlayar dengan sendiri. Kami menaikinya
mengikut formasi yang ditetapkan. Setelah itu, kami terus berkayuh ke tengah lautan
mengikut arahan jurulatih air. Setelah bebrapa lama, rakit kami tidak dapat mengejar
rakit lain. Kemudian saya menawarkan diri untuk berkayuh di tepi dan menukar formasi
dengan rakan sekumpulan. Setelah itu, barulah kami dapat mengejar rakit kumpulan
lain. Aktiviti ini bagi saya sangat seronok. Setelah beberapa lama, semua rakit
dikehendaki untuk merapatkan antara satu sama lain. Perbuatan ini dipanggil rafting
atau raft-up. Ketika ini saya dapat rasakan rakit kami betul-betul stabil. Ketika aktiviti air
ini, kami melakukan dua rafting iaitu semasa di tengah laut menuju ke pantai merdeka
dan ketika hendak pulang ke tapak khemah. Setelah membuat aktiviti rafting yang
pertama, kami diarah untuk berdiri di atas rakit dan membuat satu pusingan 360 darjah
mengelilingi rakit tersebut. Kumpulan kami pada mulanya telah membuahkan hasil
kerana berjaya berpusing sebanyak 180 darjah akan tetapi rakit kami senget dan ada di
antara ahli yang jatuh ke dalam laut. Kemudian, kami diarah untuk lompat dari rakit.
Saya menunjukkan skil dengan melakukan ‘lipat’ terjun ke dalam laut. Aktivit ini sangat
mengembirakan. Jurulatih memberi peluang kepada kami untuk berenang dan bermain-
main di dalam air buat seketika. Setelah itu, kami diarahkan kembali ke pantai.
Sesampainya di pantai, kami perlu membuka dan menceraikan bahagian rakit
yang dipasang semalam. Ikatan yang sangat ketat mula memakan diri. Walaupun
kumpulan saya merupakan kumpulan yang terawal sampai di pantai, kami mengambil
masa yang agak lama untuk membuka ikatan-ikatan tersebut. Setelah selesai
membuka ikatan dan memancitkan tiub itu, saya ke khemah untuk membersihkan diri
dan mengemaskan peralatan peribadi.
Setelah selesai bersiap, kami makan tengahari. Saya ada mendengar ura-ura
yang tersebut disedekahkan oleh keluarga salah seorang peserta. Selepas makan
tengahari, kami pun berkemas-kemas dan solat jamak. Saya menolong memasukkan
baran-barang yang diperlukan ke dalam lori. Kemudian kami bersam-sama membuka
khemah dan meletakkannya ke dalam lori. Selepas selesai berkemas, kami sama-sama
menunggu bas datang menjemput kami. Kira-kira pukul 3.00 petang, bas yang ditunggu
pun tiba. Kami menaiki bas seperti yang telah ditetapkan dan memulakan perjalanan.
Setelah sampai ke IPDA kira-kira dua jam kemudian, saya terus menyiapkan diri
dan membersihkan khemah. Kemudian saya menolong rakan-rakan memasak untuk
malam kebudayaan. Dalam pada itu, saya berlatih dengan watak yang diberikan. Dalam
malam kebudayaan nanti, saya memegang watak sebagai bendahara kerajaan Bali,
Indonesia. Watak saya agak penting juga dan memerlukan dialog spontan yan banyak.
Ketika sedang asyik berlatih, azan maghrib pun berkumandang. Lalu kami solat secara
berjemaah. Setelah solat, kami meneruskan latihan.
Sebelum memulakan persembahan, kami diarahkan untuk makan terlebih
dahulu. Makanan kali ini agak istimewa kerana ada ayam dan udang panggang. Juadah
ini ditempah khas dari luar. Kira-kira pukul 10.00 malam, aktiviti malam kebudayaan
bermula. Antara tetamu yang sudi memeriahkan suasana ialah kem komanden sendiri,
jurulatih, mentor dan fasilitator. Sebanyak 8 kumpulan telah bergabung membentuk 4
kumpulan besar yang akan menjadi kerajaan. Setiap kerajaan akan meminang puteri
dari sebuah kerajaan yang diberi nama Kerajaan Jerai. Secara kesuluruhan
persembahan ini memang menghiburkan dan mendapat pujian dari kem komanden.
Sambil melihat persembahan kami, tetamu undangan menjamu selera.
Setelah selesai aktiviti malam kebudayaan, kami masuk ke khemah masing-
masing. Pada malam itu, saya secara sukarela ingin berkawal. Saya berkawal sihingga
kira-kirra pukul 4.00 pagi sebelum tidur di dewan menanti hari penutup.
HARI KEEMPAT
RABU ( 4 APRIL 2012)
Pada pagi yang hening saya terjaga kerana kesejukan akibat bahana hujan pada
petang semalam. Jarum jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Agak terlewat juga. Saya
terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian kami solat secara berjemaah
buat kali yang terakhir untuk program ini. Selesai solat, saya membantu rakan-rakan
menyiapkan sarapan pagi. Kami bersarapan sandwish pada pagi ini. melihat senyuman
dan gelak tawa rakan-rakan, saya tersedar bahawa gelak tawa itu akan menghilang
kerana sebentar lagi program ini akan melabuhkan tirainya. Tiba-tiba kesedihan
menjengah benak saya.
Setelah selesai bersarapan, kami terus kepada program kendalian En. Rosli,
fasilitator kami dengan program LDK 4. Pada program ini, kami diminta mencari
perkataan yang tergolong dalam buah-buahan di sebalik satu set silang kata. “terdapat
30 jenis nama buah yang ada dalam silang kata itu”, kata pensyarah. Kami meneruskan
pencarian secara berkumpulan pula. Kumpulan baracuda iaitu kumpulan saya berjaya
mencari kesemua 30 perkataan itu. Setelah habis masa diberi, kami diminta memilih
satu nama buah dan menerangkan ciri-ciri serta kebaikan buah itu. Kemudian kami
perlu olah kebaikan buah itu untuk menggambarkan sifat serta peribadi kumpulan kami
dan ciri-ciri keguruan yang ada dalam setiap ahli kumpulan baracuda. Kami berjaya
memnuhi setiap permintaan fasilitator itu. Kemudian kami diminta melakarkan di atas
satu kertas mahjong dan membentangkannya kepada rakan-rakan dari kumpulan lain.
Aktiviti LDK ini amat menyeronokkan dan memerlukan kami berfikir ketika mencari huruf
dalam teka silang kata itu. Kumpulan kami sebenarnya telah memilih buah pisang atas
sebab-sebab tertentu. Kumpulan kami telah membentangkan hasil kerja kami dengan
baik dan En. Rosli memuji kumpulan kami.
Setelah selesai aktiviti tersebut kira-kira pukul 10.30 apgi, kami menikmati
kudapan yang disediakan. Pada pukul 11.00 pagi, bermulalah majlis penutupan
program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 3 2012. Majlis ini dikendalikan oleh setiausaha.
Ketika majlis ini, En. Rahim, iaitu kem komanden B.I.G. siri 3 menyampaikan ucapan
dan diikuti oleh Puan Norasyikin selaku ketua unit kokurikulum sekaligus merasmikan
majlis penutupan ini. banyak hadiah dan cenderahati telah disampaikan kepada
pensyarah-pensyarah dan juga setiap kumpulan. Kumpulan kami telah memenangi
hadiah bagi kategori kumpulan paling bekerjasama. Saya sebagai ahli kumpulan amat
berbangga kerana sikap kerjasama kami mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.
Ketika tayangan video yang dibuat oleh AJK dokumentasi, kami dibenarkan
mengambil makanan yang ditaja khas oleh keluarga salah seorang peserta program.
setelah selesai sesi majlis penutupan, kami mengambil kesempatan mengambil
beberapa gambar kenangan bersama rakan-rakan dan pensyarah. Kemudian aktiviti
terakhir adalah sesi mengemas barang. Kami membersihkan kawasan dan khemah
secara bersam-sama. Setelah selesai kira-kira pukul 3.00 petang, barulah kami
bersurai. Alhamdulillah