refleksi guru cemerlang

3
REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan dari kumpulan PPG 8.8 Ambilan Jun 2011, telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru bagi semester ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang pada 03 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Seri Penanti ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan memberi pendedahan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan dan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Guru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Tn. Hj. Yusoff bin Mat PJM. yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Saya dan rakan bernasib baik kerana Tn.Hj. Yusoff baru sahaja berpindah ke sekolah tersebut. Tambahan pula Tn. Hj Yusoff merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan dapat kami jadikan sebagai penanda aras. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses – proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang –kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 25-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI

LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan dari kumpulan PPG 8.8 Ambilan Jun 2011, telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru bagi semester ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang pada 03 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Seri Penantiini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan memberi pendedahan budaya kerja cemerlangoleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan dan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Guru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Tn. Hj. Yusoff bin Mat PJM. yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Saya dan rakan bernasib baik kerana Tn.Hj. Yusoff baru sahaja berpindah ke sekolah tersebut. Tambahan pula Tn. Hj Yusoff merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan dapat kami jadikan sebagai penanda aras. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Bagi Tn. Hj Yusoff bin Mat, beliau merupakan penerima anugerah cemerlang sebanyak tiga kali sebagai guru matapelajaran Bahasa Melayu. Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang diajarnya. Seterusnya, guru cemerlang juga mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar (akademik ataupun kokurikulum) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Ini merupakan proses untuk memohon menjadi Guru Cemerlang. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang ingin menjadi guru cemerlang kelak. Walaupun prosedurnya yang agak rumit untuk menjadi guru cemerlang, tetapi guru yang betul-betul komited tidak menjadikan isu ini sebagai masalah untuk berjaya malah mereka akan menjadikan isu ini satu cabaran untuk berjaya. Kelemahan yang berlaku dalam Program Bina Insan ini ialah apabila waktu yang terhad untuk mengadakan lawatan penanda aras ini. Tn.Hj Yusof seorang Guru Cemerlang yang sibuk dengan pelbagai program sama ada di peringkat daerah atau negeri. Di sebabkan kesibukannya, saya dan rakan hanya dapat mengadakan lawatan penanda aras Guru Cemerlang bersama dengannya pada hari Jumaat. Oleh demikian, saya dan rakan perlu menamatkan sesi lawatan penanda aras ini sebelum pukul 12 tengahari kerana guru-guru yang beragama Islam akan menunaikan Solat Jumaat. Namun begitu, program ini tetap berjalan lancar dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak. Program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada saya dan rakan untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar.Saya ingin menjadikan input yang saya dapat melalui program ini sebagai pemangkin saya untuk menjadi guru yang komited dan berwibawa seterusnya dapat mengejar gelaran guru cemerlang suatu hari nanti.Sekian, terima kasih.