refleksi gimnastik

3
6.0 REFLEKSI 6.1 Refleksi 1 Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang perlu saya lakukan. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti ialah pemilihan aktiviti dalam RPH sesuai dan menarik untuk dilakukan. Aktiviti yang dipilih iaitu putar roda amat sesuai untuk murid sekolah rendah kerana ianya tidaklah terlalu susah untuk dilakukan dengan adanya bantuan guru.. Oleh itu, sebagai refleksi, saya sebagai bakal guru seharusnya menyediakan dan memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap umur murid supaya mereka dapat melakukannya dengan mudah, berkesan dan seronok di samping mengelakkan rasa bosan mereka sepanjang P&P berlangsung. Kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah kemahiran dalam merangka RPH dengan lebih baik. Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, kesilapan dalam RPH dikenal pasti semasa perbincangan dengan rakan kumpulan. Ini menunjukkan bahawa masih ada kelemahan dalam merangka RPH pada bahagian-bahagian tertentu. Bahagian-bahagian yang bermasalah ialah objektif pembelajaran, kesepaduan dan organisasi pengajaran Dalam objektif pembelajaran, saya seharusnya menetapkan satu objektif yang bersifat eksplisit iaitu lebih spesifikasi dalam mengenal pasti penguasaan murid dalam kemahiran putar roda. Sebagai contoh, murid dapat melakukan putar roda dalam 3 daripada 5 percubaan. Selain itu, organisasi pengajaran juga perlulah dilakukan dalam bentuk stesen kerana jumlah murid yang ramai. Dengan adanya stesen, guru boleh mengawal keseluruhan kelas dengan baik. Saya seharusnya lebih teliti dalam merangka RPH dan tidak mengabaikan keperluan murid-murid. Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah menguasai penulisan RPH dengan baik. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu 26

Upload: lancelot-enchen

Post on 23-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Gimnastik, Pendidikan Jasmani, Refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Gimnastik

6.0 REFLEKSI

6.1 Refleksi 1

Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan,

kelemahan dan penambahbaikan yang perlu saya lakukan.

Kekuatan yang dapat saya kenal pasti ialah pemilihan aktiviti dalam RPH

sesuai dan menarik untuk dilakukan. Aktiviti yang dipilih iaitu putar roda amat sesuai

untuk murid sekolah rendah kerana ianya tidaklah terlalu susah untuk dilakukan

dengan adanya bantuan guru.. Oleh itu, sebagai refleksi, saya sebagai bakal guru

seharusnya menyediakan dan memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap umur murid

supaya mereka dapat melakukannya dengan mudah, berkesan dan seronok di

samping mengelakkan rasa bosan mereka sepanjang P&P berlangsung.

Kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah kemahiran dalam merangka

RPH dengan lebih baik. Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, kesilapan dalam RPH

dikenal pasti semasa perbincangan dengan rakan kumpulan. Ini menunjukkan

bahawa masih ada kelemahan dalam merangka RPH pada bahagian-bahagian

tertentu. Bahagian-bahagian yang bermasalah ialah objektif pembelajaran,

kesepaduan dan organisasi pengajaran Dalam objektif pembelajaran, saya

seharusnya menetapkan satu objektif yang bersifat eksplisit iaitu lebih spesifikasi

dalam mengenal pasti penguasaan murid dalam kemahiran putar roda. Sebagai

contoh, murid dapat melakukan putar roda dalam 3 daripada 5 percubaan. Selain itu,

organisasi pengajaran juga perlulah dilakukan dalam bentuk stesen kerana jumlah

murid yang ramai. Dengan adanya stesen, guru boleh mengawal keseluruhan kelas

dengan baik. Saya seharusnya lebih teliti dalam merangka RPH dan tidak

mengabaikan keperluan murid-murid.

26

Page 2: Refleksi Gimnastik

Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah menguasai penulisan RPH

dengan baik. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu menguasai penulisan RPH

kerana RPH adalah penting dalam proses P&P di sekolah. RPH adalah satu

panduan kepada guru untuk melaksanakan P&P tanpa tersasar daripada objektif

pembelajaran. Oleh itu, penting bagi saya selaku bakal guru untuk menguasainya

supaya di sekolah kelak saya boleh melaksanakan proses P&P dengan lancar dan

baik.

Sebagai guru, saya perlulah mahir dalam merangka RPH untuk P&P. Ini

merangkumi aspek pemilihan set induksi, aktiviti kemahiran, permainan kecil dan

penutup. Aspek-aspek ini mempengaruhi suasana P&P sama ada menyeronokkan,

hambar atau kurang menarik. Saya menyedari bahawa murid-murid lebih menyukai

aktiviti yang mereka tidak pernah lakukan dan menyeronokkan. Oleh itu, saya

perlulah kreatif dan boleh mengubahsuai sesuatu aktiviti yang sukar menjadi senang

dna menyeronokkan. Sebagai contoh, dalam kemahiran putar roda, ianya susah

kerana saya juga kurang mahir dalam kemahiran ini, apatah lagi jika kanak-kanak.

Oleh itu, kemahiran ini diubahsuai menjadi lebih senang dan mudah supaya murid-

murid mampu menguasainya secara ansur maju dan seronok melakukannya. Oleh

itu, saya menggunakan platform untuk memudahkan murid mempelajari kemahiran

ini.

Selain itu, saya perlulah mahir dalam kemahiran yang diajar. Sebagai contoh,

kemahiran putar roda dalam gimnastik. Jika saya dapat melakukan kemahiran

dengan betul, mudah bagi saya untuk mengajarkannya kepada murid-murid. Saya

menyedari bahawa, sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, saya perlulah

menguasai bidang ilmu terutamanya dari segi teori dan praktikal. Jika saya

menguasai kemahiran ini dengan baik, saya mampu mengajar dan melakukan

demonstrasi kepada murid-murid semasa P&P. Lakuan yang saya lakukan bolehlah

ditiru oleh murid-murid dan sekiranya saya melakukan dengan betul, maka murid-

murid juga melakukannya dengan betul. Saya menyedari bahawa guru Pendidikan

Jasmani yang menguasai kemahiran dalam segi praktikal mempunyai kelebihan

untuk mengajar murid-murid dengan lebih berkesan.

27

Page 3: Refleksi Gimnastik

Selain itu, saya perlu lebih kreatif dalam merangka RPH kerana aktiviti yang

dipilih perlulah menarik perhatian murid-murid. Sebagai contoh, set induksi atau

bahan bantu mengajar perlu menarik dan menyeronokkan murid-murid supaya

mereka sentiasa bermotivasi untuk meneruskan sesi P&P. Dalam proses P&P,

adalah penting untuk saya menarik perhatian murid-murid sebelum memulakan sesi

P&P. Saya boleh melakukannya dalam bahagian set induksi untuk menjana idea

atau pengetahuan sedia ada murid-murid. Melalui cara ini, mereka akan lebih

bersemangat dan bersedia untuk mempelajari topik pembelajaran pada hari tersebut.

Sebagai contoh, permainan puzzle semasa set induksi merangsang mereka untuk

ingin tahu langkah seterusnya dalam P&P. Ini menjadikan mereka lebih aktif dalam

aktiviti sepanjang P&P.

Sebagai ringkasan, saya menyedari banyak aspek yang perlu saya perbaiki

dan kekuatan yang sedia ada dimurnikan lagi dengan beberapa aspek yang lain

supaya P&P yang saya laksanakan menepati dan mencapai objektif pembelajaran.

Sekian.

Disediakan oleh : Mohd. Dzul Alfian bin Samin

28